17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lelaki Upahan | KTH

Bab 17

------

"Ada kejutan untuk bab ini. Jangan berdarah hidung."

💖

Jari-jemariku tidak berhenti mengelap tangisan kegembiraan yang keluar dari tubir mata.

Si Jimin dan Jungkook berterusan menyerangku dengan lawak mereka yang mengarut.

Aku kerling jam yang terletak di dinding. Sudah hampir mencukupi tempoh dua jam.

Segera aku tepuk lembut bahu kedua-dua lelaki itu untuk mengingatkan mereka.

Aku tak sanggup tengok dua manusia ini kena tendang keluar oleh Kim Taehyung.

Jangan main-main dengan lelaki dingin itu.

Tersilap langkah, merana kau dijawabnya.

"B-baliklah. Dah cukup dua jam kita siapkan tugasan. Saya rasa dah selesai ni. Nanti mengamuk pula abang Tae. Boleh tak?"

Jimin dan Jungkook tanpa banyak soal segera bangun. Mereka kalut mengemas barang-barang lalu dimasukkan ke dalam beg galas masing-masing.

"Serious aku nak cakap, bakal isteri abang  Tae kau nanti memang kasihan. Dah la garang, kedekut senyum. Boleh pula dipalaunya kami dua. Kau pun kena palau. Bertabahlah Min Jung."ujar Jimin dengan ketawa kecil yang meletus.

----

Telapak tangan ditekupnya dimulut. Jungkook menjegilkan mata kepada Jimin dan Min Jung apabila dia menyedari abang Min Jung sudah datang menghampiri mereka.

"K-kami balik dulu. Min Jung, aku ada selit something dalam buku kau. Nanti baca tau. Jangan buka depan abang singa kau tu."bisik Jungkook kepada Min Jung.

Kelam-kabut dua manusia itu keluar dari rumah yang dihuni Min Jung dan Taehyung.

"Gembira sangat dapat membawang pasal aku? Lepas ni, aku tak izinkan jebon dua ekor tu datang rumah dah. Kau bukan belajar. Tetapi, kau mengumpat."bebel Taehyung.

-----

Aku mengumpul buku-buku yang berselerakan di atas lantai ruang tamu. Aku bingkas bangun untuk meninggalkan Kim Taehyung.

Jujur aku dah tak tahan. Dia bukan sahaja kerek nak mampus. Perangai suka sakitkan hati aku aje.

Aku sengaja melanggar bahu Taehyung secara kasar.

Nasib aku kurang baik selepas itu. Taehyung menarik lenganku menyebabkan buku-buku yang ada di dalam pelukan berhamburan di atas lantai.

"Jangan biadap, budak kecik."jerkah Taehyung.

Nadanya yang sinis membuatkan aku tergamam. Mataku sudah mula berair.

Apa salah aku?

Tak boleh ke walaupun sehari kau berlembut sedikit dengan aku?

Bahu aku dicengkam kasar. Tubuhku ditolak rapat ke dinding.

Riak wajah Taehyung yang tegang semakin menimbulkan bibit menyampah teramat sangat di dalam hati aku.

"Awak ni kurang kasih s-sayang ke Kim Taehyung? Tolonglah, awak hanya polis yang menjaga saya. You're not my real brother at all! Jangan terlalu mengawal saya. "

Soalan yang keluar dari bibir aku membuatkan tingkah laku Taehyung selepas itu menjadi teruk.

Baran dan egonya yang tinggi menyebabkan aku menangis teruk.

Rahangku dicengkam kasar. Nafas Taehyung kedengaran dihembus dengan kuat.

"Aku dah lama bersabar dengan kerenah manja kau,Min Jung. Aku nak latih kau supaya keselamatan kau terjamin. Tapi, kau tak faham. Bodoh kau Min Jung."

Aku digelarnya bodoh? Aku digelarnya lembik?

Aku menyusahkan?

Esak tangisku semakin kuat. Perasaan sedih dan berjauh hati menguasai hati kecil yang lemah ini.

Aku cuba menolak bahu Taehyung tapi tidak membuahkan hasil. Lelaki itu mengeraskan diri.

"Saya benci awak,  Taehyung! Benci!"

Tiada respons darinya. Taehyung diam tanpa kata.

Aku sudah menjadi kecewa. Fikiranku berserabut.

"Awak..lelaki upahan yang paling saya b-benci. Kim Taehyung jahat. Kejam, takde hati perut, suka sakitkan hati saya. Saya benci aw-"

Taehyung mendekatkan dahinya dengan dahiku. Nafasnya yang terasa hangat menyebabkan aku berhenti melafazkan kata benci kepadanya.

''D-diam Shin Min Jung. Tolong dengar. Sebelum aku.."

Aku menampar bahunya. Aku bergelut sakan untuk melepaskan diri daripada cengkaman Taehyung.

"Kalau saya cakap tak nak. Awak bukan sesiapa untuk bagi arahan kepada saya. B-bukan sesiapa. You're nothing."

Hari yang aku tidak jangkakan. Ianya hadiah pertama yang aku dapat daripada Taehyung pada malam itu.

"Aku takkan berhenti. Sampai kau tak cukup nafas. Ini amaran kerana kau cabar aku."

Bibirnya tanpa izin, didaratkan perlahan ke bibir aku.

Telapak tangan Taehyung menarik daguku supaya wajah kami saling merapati antara satu sama lain.

Kasar sentuhannya. Debaran di dada menjadi gila.

Aku hanyut.

Tuhan.

Maafkan aku.

👫
A/N:

Hahahahahahahahhaahhaha.

Bab yang akan bikin anda meroyan.

Kunyah popcorn.

Anda sukakannya?

💋


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro