18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lelaki Upahan | KTH

Bab 18

------------

"Terima kasih untuk 7k reads dan 2.9k+ votes."

----

Taehyung yang sudah menyedari dirinya sudah terbabas segera menjauhkan diri dari Shin Min Jung.

Tercungap-cungap bibirnya menarik nafas. Matanya leka memerhati bibir gadis itu yang teruk dikerjakannya.


Debaran di hati yang berentak sakan membuatkan Taehyung menjadi tidak keruan.

Entah syaitan mana yang merasuknya ketika itu.

Dia menolak bahu Min Jung supaya menjauhinya. Dengan langkah yang laju, Taehyung segera berundur masuk ke dalam biliknya.

"M-maafkan aku. Lupakan semua yang terjadi sebentar tadi. L-lupakan."ujar Taehyung dengan nada yang gelabah.

Ditinggalnya Min Jung berseorangan di situ.


Gadis itu hanya diam. Jarinya menggigil. Bibirnya yang masih hangat dengan sentuhan bibir Taehyung membuatkannya terus kaki di situ.

"I-ini semua bukannya mimpi. Tapi kenapa?"soal Min Jung kepada dirinya sendiri.

----

Taehyung menutup pintu biliknya. Dia menggosok dadanya yang terasa sesak.

Jarinya menyentuh permukaan bibirnya yang masih terasa kelembutan bibir Min Jung.

"A-aku dah gila gamaknya. Aku tahu aku kiss dia sebab perasaan marah. Tak lebih dari tu. Lupakan semua ni dan abaikan dia esok. She's nothing!"

Taehyung meraup wajahnya kasar. Dia mengepal penumbuk. Wajahnya yang terasa membahang tidak diendahkan.

Taehyung akui. Egonya terhadap Min Jung sudah mulai runtuh sedikit selepas peristiwa ini.

"Aku boleh g-gila kalau hadap si Min Jung tu lama-lama. Aku harus lupakan semua ni. Be professional, Kim Taehyung. Aku tak boleh langgar etika kerja."

Kelopak matanya dipejam. Taehyung menarik nafas dan dihembusnya perlahan.

Rumit fikirannya ketika itu kerana hanya dipenuhi wajah mendung Shin Min Jung.

----

Min Jung mengintai di sebalik pintu biliknya. Apabila dia sudah pasti tiada langsung kelibat Taehyung, gadis itu segera membawa diri ke dapur.

"F-fuh. Nasib aku baik. Taehyung tak keluar lagi. Kalau tak jenuh aku nak buang rasa kekok ni. Hopefully dia tak bangun lagi."

Terus Min Jung mencapai satu paket coffee 3 in 1. Lalu, dibancuhnya dengan hati yang tenang.

Cuaknya belum habis. Dia masih tidak kuat untuk berhadapan dengan Taehyung.

----

Aku duduk di kerusi yang terletak di ruang tamu. Lagi 10 minit kelas akan bermula dan aku masih tercegat berdiri di muka pintu.

"T-takkan lepas tercium aku, dah mogok tak nak hantarkan ke sekolah?"keluhku sendirian.

Selang beberapa saat kemudiannya, pintu bilik Taehyung terbuka, lelaki itu melangkah keluar dari bilik.

Wajahnya kekal dingin. Matanya fokus kepada mataku dan seterusnya jatuh di bibirku pula.

"H-hai abang Tae. Kita dah lambat ni."ujarku tergagap-gagap.

Aku cuba untuk ukirkan senyuman. Namun, seperti biasa, ianya tidak berbalas.

Taehyung menuju keluar dari rumah tanpa bercakap sepatah pun dengan aku.

Aku duduk di sebelah kerusi pemandu. Aku menahan mulut daripada bertanyakan sebarang soalan.

Terutamanya berkaitan hal sentuhan bibir malam semalam.

Bimbang dia mengamuk pula.

Kepalanya ditoleh untuk memandangku. Hatiku makin rancak memainkan irama cinta. 🌚 (Ayat cheesy namatey)

Jari-jemari Taehyung menyentuh permukaan bibirku. Dikesatnya pula dengan penuh kelembutan.

"Lupakan semua yang terjadi malam tadi. Ada lelaki yang lebih layak untuk gadis seperti kau. Lain kali dengar cakap aku. Jangan bantah. Maafkan aku."

Lupakan aje?

Semudah itu kau lafazkan.

Kau dah rasmi bibir aku. Kau sesuka hati biarkan hati aku meroyan seorang diri.

"Kalau saya cakap awak dah rampas first kiss saya. Saya nak awak bertanggungjawab. Awak masih nak lupakan semua ni?"

Gatalnya mulutku ketika itu meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Terlajak kata binasa.

Apa reaksi Kim Taehyung?

Oops.

A/N:
Cari pasal ye Shin Min Jung.

Jangan dicabarnya lelaki upahan mu itu.

Saya akan hiatus sehingga selasa minggu hadapan.

Spam votes dan comment iye? 💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro