6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

A/N: Story ni akak akan update secara aktif mulai minggu ni.

Mohon teruskan support.

---
Aku berbaring di atas katil. Mata aku masih sukar untuk dipejamkan. Kesunyian yang masih menyelubungi diri membuatkan aku susah untuk tidur.

Jam yang tersangkut elok di dinding bilik aku tenung lama. Segala jenis kekuatan dan semangat aku cuba kumpul.

Mohon hati kuat dan jangan terlalu rapuh wahai Shin Min Jung. Keluarga aku mesti akan kecewa jika tahu aku masih hidup dalam kesedihan.

Aku rindukan parents aku. Rindu yang sangat menebal.

Semoga mereka baik-baik sahaja.

Kelopak mata aku pejam rapat. Ditanam satu semangat yang kentl untuk memujuk diri supaya tidak terlalu bersedih.

Kau kena kuat Min Jung.

---
Kim Taehyung berjalan mundar-mandir di dalam biliknya sendiri. Jam berjenama Gucci yang dipakai dia tenung lama.

Beg sandang berwarna hitam berjalur biru itu diambil lantas digalasnya. Taehyung menuju ke laci meja. Dia tidak lupa untuk menyisipkan sepucuk pistol di pinggangnya.

"Aku kena fokus. Nak jaga baby besar ni bukannya mudah. Asyik protes je. Aku harap aku dapat kawal diri daripada mengamuk dekat dia."

Taehyung memandang sekilas bayangan wajahnya di cermin bilik tidur. Senyuman hambar terukir di wajahnya walaupun hanya beberapa saat.

Tangannya dengan pantas mengaktifkan earpieces yang tersumbat di telinga.

Hari ini merupakan hari pertama Shin Min Jung menjejakkan kaki ke sekolah.

Dia yang memainkan watak sebagai 'abang kandung' pasti akan berusaha untuk memastikan penyamaran ini tidak terbongkar.

---

Kereta kalis peluru yang dinaiki oleh aku dan Taehyung melalui satu kawasan bandar yang sibuk.

Walaupun bandar ini terletak jauh dari ibu kota Seoul, kesibukannya agak ketara dan sama sahaja seperti di ibu kota.

Taehyung, lelaki upahan yang ditugaskan untuk menjaga aku hanya senyap tanpa bicara.

Tangannya memegang kejap stereng kereta dan membelok masuk ke dalam kawasan persekolahan.

Kereta kami berhenti di kawasan parking. Taehyung segera mematikan enjin dan menoleh kepala untuk memandangku.

Aku membalas pandangannya dengan jelingan mata yang kekok.

Entah, aku sendiri rasa janggal apabila berdua-duaan dengan lelaki ini. Mungkin kerana sikapnya yang garang dan dingin sepanjang masa.

Mungkin.

"Ambik duit ni. Masa rehat nanti, kita makan sekali. Jumpa di kafe. Kelas aku betul-betul di hadapan kelas kau. Aku dah aturkan. "Jelas Taehyung.

Duit belanja persekolahan dihulurkan dan aku ambil lalu dimasukkan ke dalam poket seluar.

Aku memandang kawasan persekolahan yang ternyata begitu baru bagiku pada waktu itu.

Nafas ditarik panjang dan dihembus kuat.

"Abang Tae, Min Jung pergi masuk kelas dulu ya."

Taehyung mengangguk dan mengukirkan senyuman menyenget kepadaku.

Untuk kali pertama, aku dapat lihat senyumannya yang tidak seperti kebiasaan.

Tubuh badan Taehyung mula menghilang dari pandangan mata. Aku menggenggam buku nota dengan erat.

"Aku boleh buat. Kuatkan diri untuk semua ni, Shin Min Jung."

Baru sahaja hendak melangkah, tubuh badanku dilanggar oleh seseorang. Aku terdorong ke hadapan dan tubuh badanku yang hampir mencium tanah dipaut oleh seorang lelaki.

Mukanya berseri dengan senyuman. Senyuman yang dihiasi indah dengan pakej lesung pipit yang comel.

"Awak okay ke Cik?"

🎲
Dah berhabuk story ni sebab tak update.

Komen dan votes? ♥


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro