7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

A/N: Cover story ' Lelaki Upahan' sudah bertukar. 💖

----
Aku terhenti di hadapan pintu kelas. Kakiku teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam kelas.

Namjoon menepuk bahuku lembut dan lengan aku ditariknya untuk masuk ke dalam kelas.

Bunyi sorakan para pelajar tiba-tiba bertukar sunyi. Aku hanya berdiri kekok di sebelah Kim Namjoon.

Aku berharap sangat tiada sesiapa kenal identiti sebenar aku.

Terasa bahuku dicuit, aku mendongakkan kepala untuk memandang Namjoon. Senyuman berlesung pipitnya terhias di wajah.

"Dah excited kawan-kawan kita tu. Kenalkan diri dulu. Then, duduk di tempat sebelah saya ye?"ujar Namjoon.

Dia berjalan melepasiku dan memberi isyarat agar aku memperkenalkan diri. Mata-mata rakan baru semuanya tertumpu ke arah aku.

Dengan satu nafas, aku memandang ke hadapan. Senyuman lebar aku ukir di bibir.

"Hai semua. S-saya S-shi.. saya Kim Min Jung. Pelajar baru kelas 5A1. Harap korang sudi berkawan dengan saya."

---

Tepukan meriah kedengaran di kelas. Suasana kelas bertukar riuh semula. Shin Min Jung bergerak ke tempat duduk di sebelah Namjoon.

Buku nota dikeluarkan dan jarinya bermain-main dengan sebatang pen biru yang dibawa. Gadis itu hanya membuang pandangan di luar tingkap.

Kelas Taehyung yang berhadapan dengannya membolehkan gadis itu melihat kelibat Taehyung yang juga duduk di hujung sekali berdekatan tingkap.

" Min jung , joinlah kami makan sekali nanti. Alang-alang dah kenal, join geng kami makan eh? Boleh kenal-kenal."

Pertanyaan itu datang daripada kawan Namjoon yang duduk di belakang Min Jung.

Min Jung hanya tersengih malu dan menanggukkan kepala tanda setuju.

Gadis itu sudah lupa dengan janjinya untuk makan bersama Taehyung.

---
Meja yang boleh memuatkan ramai orang itu sudah hampir penuh diduduki oleh manusia-manusia yang teruja dengan kedatangan rakan baru mereka.

Lagi-lagi pula, rakan baru mereka tu perempuan. Masing-masing tak penat untuk menonjolkan diri dan mengambil kesempatan untuk mengusik Min Jung.

Kim Namjoon hanya menggeleng kepala memerhati tindak-tanduk rakan-rakannya yang tidak ubah seperti kera mendapat bunga.

Tangannya mengetuk kepala salah seorang rakannya yang duduk bersebelahan dengan gadis pemalu itu.

"Hey, Jimin. Jangan jadi ulat bulu sangat. Awal-awal dah menggedik. Takut si Min Jung ni ..haish."keluh Namjoon.

Jimin mencebik bibir dan menggosok kepalanya yang terasa sakit akibat diketuk oleh rakannya.

"B-baik. Aku faham. Hai Min Jung. Aku Jimin. Bakal penjajah hati awak. Heh s-sakitlah bodoh."jerit Jimin apabila telinganya ditarik pula oleh lelaki berkulit cerah pucat itu.

"Jangan layan sangat si Jimeng tu. Aku Min Yoongi. Panggil Suga aje."

Min Jung menganggukkan kepala dan menoleh pula kepada tiga orang makhluk tuhan yang sedang bertengkar sesama sendiri itu.

Lelaki berbahu lebar berada di tengah-tengah. Di kirinya, seorang lelaki laju mengambil makanan di dalam bekas makanan lelaki tersebut. Di kanannya pula, seorang lelaki yang nampak jauh lebih muda menarik muka masam memandang ke bawah.

"Kenalkan, yang di tengah tu Kim Seokjin. Di sebelah kiri Jin, Hoseok dan di sebelah kanan, anak Jeon, Jungkook."terang Jimin kepada gadis itu.

Min Jung tergelak kecil dan mengangkat tangan untuk melambai kepada mereka.

Ketiga-tiga manusia yang saling bertelagah itu mengalihkan kepala memandang gadis cantik di hadapan mereka.

"H-hai Min Jung. Welcome!"

Dengan serentak suara Jin, Hoseok dan Jungkook bersatu dan menyapa Min Jung.

Gelagat rakan-rakan Namjoon membuatkan Min Jung kurang rasa kekok. Matanya hampir mengalirkan air mata kerana perangai kawan-kawan seperjuangan Namjoon yang seperti kanak-kanak itu.

----
Aku gelak sebagai tanda respons kepada lawak yang Jin sedang lakukan.

Tak henti-henti kawan-kawan si Namjoon ni nak bercerita. Perangai pula mengalahkan budak-budak.

Semua seat di sekitar meja itu sudah dipenuhi oleh kami semua. Aku memasukkan sandwich ke dalam mulut.

Kunyahan aku terhenti apabila satu tray makanan diletakkan di hadapan aku.

Satu seat kosong di hadapan aku diisi oleh kewujudan Taehyung.

Matanya mencerlung tajam ke arahku. Kemudian, lelaki itu memandang pula rakan-rakan baruku.

Diperhatikannya dari atas ke bawah bersama renungan tajam.

"S-siapa tu Min Jung? Boyfriend kau ke?"soal Jimin takut-takut.

Badannya mengesot rapat ke badan Suga.

Baru hendak membuka mulut untuk menjawab soalan Jimin, Taehyung memberi isyarat untuk aku senyap.

Diamatinya satu persatu wajah manusia yang duduk semeja dengannya.

Jin, Jungkook, Hoseok, Suga, Jimin, dan Namjoon membalas pandangan Taehyung dengan perasaan yang seram.

Masing-masing menelan air liur yang terasa pahit. Wajah dingin Taehyung terus mematikan selera mereka.

"Aku Kim Taehyung. Abang kandung Kim Min Jung."

Salam perkenalan ringkas diberikan oleh Taehyung. Panggilan keluarga Kim ditekan oleh suara Taehyung sebagai peringatan kepada Min Jung.

Dia bukan lagi Shin Min Jung. Dia Kim Min Jung.

'Adik' palsu Kim Taehyung

🎲
Update untuk hari isnin. Happy monday blues.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro