✎혼자 03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

••••••

"Hah? Korang ni biar betul?"

Tanya Wooyoung sambil berpeluk tubuh. Entah mengapa selepas mendengar cerita Seonghwa dan Jongho tadi membuatkan dia sukar untuk percaya.

"Aku cakap betullah! Kitorang sendiri nampak Yeosang hyung kat kedai tadi!" Kata Jongho sungguh-sungguh.

Dia dapat merasakan itu pasti Yeosang! Ketinggian, rupa, warna kulit dan lain-lain semuanya sama!

"Kitorang tak tahu nak percaya atau tak sebab kitorang tak tengok dengan mata sendiri," ujar Yunho sambil berguling-guling di atas karpet.

"Hwa hyung pun yakin ke itu Yeosang?"

San bertanya pada Seonghwa. Dia membalas dengan mengangkat bahu.

"Dah lah, Jjong. Kitorang tahu kau masih tak dapat lupakan Yeosang," celah Mingi setelah lama mendiamkan diri.

"Ta-tapi--"

"Ke penyakit halusinasi kau tu datang balik?" tanya Hongjoong pula secara tiba-tiba. Jongho terkejut.

"Ani! Memang aku nampak Yeosang hyung tadi kat kedai!"

Mereka semua terdiam setelah Jongho bersuara dengan kasar.

Dia mendengus geram. Hairan mengapa abang-abangnya tidak percayakan kata dia tadi? Dia tak berhalusinasi!

"Dah lah! Aku nak keluar!"

Jongho terus melangkah keluar selepas kata begitu. Hatinya masih lagi berasa sakit kerana mereka sering kata bahawa dia berhalusinasi.

Seonghwa dan yang lain pula sekadar melepaskan keluhan kecil. Mereka tahu Jongho keras kepala. Susah untuk bawa bincang.

"Biarkan jer lah dia. Nanti dia okeylah tu," kata Seonghwa kepada adik-adiknya.

Sejujurnya, dia pun terkejut apa yang dia lihat tadi. Orang yang dia lihat itu memang sama habis dengan Yeosang.

••••••

"Hyung tahu? Jjong merajuk dengan diorang! Diorang tak percayakan kata Jjong!"

Jongho meluahkan rasa geramnya di depan kubur Yeosang. Dia tahu tindakkan dia seperti bodoh kerana Yeosang tidak akan membalas.

Tetapi, itu sahajalah cara yang terbaik untuk dia menenangkan hatinya. Dia tahu dia tidak sepatutnya meluahkan perasaan di depan kubur.

"Hyung, Jjong rindu hyung... Kenapa hyung pergi masa Jjong sakit dulu?" luah Jongho perlahan. Suaranya mula menjadi serak.

Sebak hatinya sebaik sahaja dia teringatkan semula bagaimana dia tahu kebenaran bahawa Yeosang sudah tiada.

Bagaimana dia tertawa seorang diri, bercakap seorang diri, bermain seorang diri.

Sungguh. Rasanya amat perit. Rasa sakit itu tidak mampu diluahkan pada sesiapa.

Jongho mula menangis di depan kubur Yeosang. Dia tidak mampu untuk menahan rasa sedihnya lagi.

Kemudian, seorang lelaki berjalan menghampiri Jongho yang sedang menangis itu. Dia menyentuh belakang Jongho perlahan.

"Erm... Kau okey?" teguran orang itu tadi membuatkan Jongho tergamam seketika.

Pantas dia menoleh ke belakang untuk melihat orang yang menegur dia tadi. Matanya terbutang.

"Yeo-yeosang hyung?"

Ya, orang yang dia jumpa di kedai tadi kini berada di hadapannya.

"Kau kenapa? Apa yang dah berlaku?" soal orang itu risau.

Namun Jongho tidak menjawab sebaliknya dia memeluk orang yang disangka Yeosang itu dengan erat.

Tindakan Jongho tadi membuatkan dia terkejut. Dia tidak tahu mengapa Jongho tiba-tiba memeluknya.

••••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro