✎혼자 04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•••••••

"Dah okey ke sekarang?"

Tanya lelaki itu kepada Jongho. Kini mereka berada di sebuah kafe yang terletak tidak jauh dengan dorm dia.

Jongho membalas dengan anggukkan kecil. Kepalanya masih lagi menunduk. Kopi latte yang berada di atas mejanya itu belum lagi dihirup.

"Kau kalau tak kisah ceritalah dengan aku. Mana tahu mungkin aku boleh kurangkan sikit beban kau tu," kata lelaki itu lagi dengan ramah.

Dia mula menghirup air coklat yang masih lagi panas. Jongho yang dari tadi terdiam itu akhirnya bersuara jua.

"Aku cuma rindu hyung aku..."

Lelaki itu tidak membalas apa-apa. Dia membiarkan Jongho menghabiskan ceritanya.

"Aku minta maaf sebab terpeluk kau tadi. Rupa kau memang seiras habis dengan hyung aku..." ucap Jongho membuatkan lelaki itu hampir tersedak.

"Mwo? Rupa aku sama dengan rupa hyung kau?" soal lelaki itu inginkan kepastian.

Jongho mengangguk lalu menunjukkan gambar Yeosang kepada lelaki itu.


Lelaki itu terkejut. Tidak menyangka bahawa dia akan jumpa juga orang yang memiliki rupa paras sama dengannya.

"Oh my..." dia terhilang kata.

"Hyung aku dah tak ada sekarang. Dia terlibat dalam kemalangan lepas dia lawat aku kat hospital dua tahun lepas," cerita Jongho lebar. Lelaki itu terdiam seketika.

"Ma-maaf sebab aku tanya soalan sensitif kat kau," ucap lelaki itu dengan rasa sedikit serba salah.

"Gwenchana. Bukan salah kau pun," balas Jongho sambil tersenyum kelat.

Dia mula menghirup kopinya setelah lama mendiamkan diri. Entah mengapa selepas dia luah pada lelaki itu, hatinya rasa tenang sekarang.

"Erm, boleh aku tahu nama kau? Sebab aku pernah nampak kau kat kedai pagi tadi," ujar Jongho. Dia belum tahu lagi apa nama lelaki yang berada di hadapannya kini.

"Nama aku Kang Yeohun. Umur aku baru 20 tahun."

Jongho terbeliak mata selepas sahaja mendengar nama dan umur dia tadi.

"Mwo? Nama kau dan umur kau sama dengan hyung aku!" katanya membuatkan Yeohun juga turut terkejut.

"Eh? Seriuslah?"

"Ya! Nama hyung aku Kang Yeosang dan umur dia pun sama dengan kau!"

Terkebil-kebil Yeohun mendengar setelah Jongho menyebut nama Yeosang tadi.

Bukan setakat rupa sama, umur dan nama pun lebih kurang sama juga!

"Okey... Itu memang mengejutkan," ujarnya perlahan.

"Aku ada cerita kat abang aku yang kau ada rupa sama macam Yeosang hyung. Tapi diorang tak percaya. Diorang kata yang aku ni halusinasi."

Kata Jongho lagi. Yeohun tidak tahu mahu membalas apa.

"Oh ya, nama aku Choi Jongho. Umur 19 tahun. Selamat berkenalan, Yeo hyung."

Jongho menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Yeohun.

Tanpa berkata apa, Yeohun pun berjabat tangan Jongho sambil tersenyum.

Namun, Jongho perasan bahawa di pergelangan Yeohun, terdapat banyak kesan torehan. Dia tergamam.

"Dia ada masalah ke?" gumamnya dalam hati.

••••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro