➜마음 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Selesai sahaja subjek sukan, semua pelajar kelas 5-1 bergegas menuju ke bilik loker untuk menukar semula pakaian mereka.

Ketika Wooyoung ingin menukar baju, Yunho secara tiba-tiba menerjah dia.

“BAA!”

”Yah! Kau ni kenapa?” marah Wooyoung kerana terkejut sangat tadi.

Nasib baiklah dia belum membuka baju lagi, kalau tidak buat malu dia sahaja. Nasib baiklah mereka berada di bilik loker.

Yunho yang badannya masih terdedah itu hanya tersengih. Dia hanya mengenakan seluar sekolah sahaja.

“Cepatlah pakai baju tu. Nanti lambat masuk kelas kau salahkan aku pula,” ujar Wooyoung geram.

Dia sudah selesai menukar pakaian. Baru sahaja dia mahu melangkah keluar, rakan sekelasnya, Changbin memanggilnya.

“Wooyoung, Cikgu Kim suruh kau jumpa dia di bilik guru sekarang.”

Maklumnya. Wooyoung berkerut dahi. Hairan kerana tiba-tiba sahaja menyuruh dia pergi ke bilik guru.

“Yunho, kau masuk kelas dulu lah. Aku pergi bilik guru sekejap,” pinta Wooyoung.

“Okey.”

Balas Yunho ringkas. Wooyoung bergegas menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Kim.

•°•°•°•°•

San baru sahaja selesai mengemas stor sukan. Tekaknya mula terasa kering semasa dia mengemas tadi. Lantas dia menuju ke salah satu mesin air untuk beli.

Penutup tin dibuka dengan kasar. Dia meneguk sehinggalah air dalam tin itu habis. San merehatkan dirinya di salah sebuah bangku yang telah tersedia itu seketika.

“San, sini rupanya kau.”

San menoleh ke arah pemilik suara yang menegur dia tadi. Rupanya rakan sekelas dia sendiri, Jaehyun.

“Kenapa?” soal San ingin tahu. Tin yang kosong itu dibaling ke arah tong sampah yang berdekatan.

“Cikgu Kim suruh kau jumpa dia dekat bilik guru sekarang,” arah Jaehyun.

San tidak membalas apa-apa. Hairan kerana baru sahaja beberapa jam lalu dia berjumpa dengan Cikgu Kim. Sekarang ni dia panggil lagi?

“Okey,” balasnya ringkas.

Dia bingkas bangun dan bergegas menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Kim.

Dalam fikirannya masih terfikir, sama ada Cikgu Kim mahu beri denda dengannya atau meminta tolong darinya.

•°•°•°•°•°•

Tiba sahaja di hadapan bilik guru, San melangkah masuk. Dia agak terkejut melihat Wooyoung juga berada di bilik guru bersama Cikgu Kim.

“Sampai pun kamu, San.”

Kata Cikgu Kim. Dia mempelawa San san Wooyoung duduk di hadapannya. Mereka akur lalu melabuhkan punggung di sebuah kerusi yang telah disediakan.

“Kenapa cikgu panggil kitorang?” soal San ingin tahu. Wooyoung disebelahnya mengangguk setuju.

“Saya panggil kamu berdua ni sebab nak minta pendapat,” ujar Cikgu Kim membuatkan mereka berdua berasa ingin tahu.

“Apa tu?”

“San, kamu setuju tak kalau Wooyoung jadi tutor kamu?”

Mata San terbeliak selepas mendengar pertanyaan Cikgu Kim tadi. Begitu juga dengan Wooyoung.

“Haa? Tutor?” soal mereka berdua serentak. Cikgu Kim mengangguk.

“Ya. Wooyoung merupakan pelajar kesayangan di sini. Memandangkan prestasi kamu agak menurun, jadi saya ingat nak minta Wooyoung jadi tutor kamu. Apa pendapat kamu berdua?”

Mereka berdua terdiam seketika. Tidak tahu mahu balas apa kerana masih lagi terkejut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro