➜마음 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Selepas beberapa minit berlalu, mereka berdua melangkah keluar dari bilik guru bersama. Wooyoung memandang San seketika.

“Betul ke kau tak kisah jadi tutor aku?” soal San inginkan kepastian.

“Ya...” balas Wooyoung ringkas.

“Okey. Waktu balik nanti tunggu aku kat tepi tangga,” kata San lagi.

Wooyoung membuat jari tanda okey. Mereka berdua berpisah menuju ke kelas masing-masing untuk sambung belajar semula.

Dia mencapai telefon lalu mendail nombor telefon ibunya untuk maklumkan bahawa dia pulang lewat sedikit hari ini.

Omma, hari ni Woo balik lambat sikit. Woo ada hal petang ni,” kata Wooyoung kepada Puan Jung.

“Okey. Jangan lewat sangat, nanti tak sempat nak belajar pula...”

Pesan Puan Jung. Wooyoung mengangguk kecil. Selepas itu dia terus matikan telefon.

Dia sudah agak itulah jawapan dari ibunya. Belajar... Perkataan yang sering kali keluar di mulut ibunya. Tidak kiralah waktu dia penat sekali pun, ibunya tetap akan suruh belajar.

Wooyoung mengeluh kecil. Dengan langkah yang malas, dia menuju ke kelas seperti biasa. Takut pula sekiranya dia ketinggalan jauh.

•°•°•°•°•°•

Seperti yang telah dijanjikan, Wooyoung berjumpa San di tepi tangga. Tetapi di situ kelibat San tiada pun.

Wooyoung merasakan bahawa dia ada hal di dalam kelas. Jadi dia menunggu San seketika sambil membaca buku.

“Wooyoung, kau tak pulang ke?” soal Yunho yang kebetulan mahu turun tangga.

“Aku ada hal petang ni,” balas Wooyoung.

“Kalau macam tu, jumpa kau esok.”

Ucap Yunho sambil melambai tangan kearah Wooyoung sebelum dia berlaly pergi. Wooyoung sekadar mengangguk.

Baru sahaja dia mahu sambung membaca, beg dia ditarik oleh seseorang. Pantas dia menoleh ke belakang.

“Yah! Apa ni main tarik beg orang?”

Marahnya. Lalu dia terkejut kerana orang yang menarik beg dia tadi itu ialah San. Dia menghela nafas.

“Kenapa?” soal Wooyoung sedikit kehairanan.

“Tunggu kejap. Aku tak nak ada orang lain nampak kita masuk stor tu,” kata San perlahan.

Wooyoung hanya akur. Lalu dia kembali semula untuk baca. Namun, San merampas bukunya kasar menyebabkan dia berasa geram.

“Kau kenapa rampas buku aku macam tu?” marah Wooyoung. Dia mahu mengambil bukunya semula tetapi San menghalang.

“Wooyoung, kau kena rehatkan minda kau tu sekejap. Aku tahu kau ada tabiat membaca sambil buat kerja tapi kalau kau teruskan macam ni, kemungkinan besar minda kau tak dapat berfungsi dengan baik.”

Pesan San membuatkan Wooyoung terdiam seketika. Ini merupakan kali pertama orang menegur tentang tabiat dia.

Selama ini tiada sesiapa pun yang menegur. Walaupun dengan Yunho dan ibunya sendiri. Langsung tiada. Hanya San sahaja...

Buku yang dirampas itu ditatap seketika. Buku sejarah... Bagaimana budak macam Wooyoung suka belajar fasal itu?

“Dah ke? Sebab macam tak ramai orang lagi dah,” tanya Wooyoung lagi.

San melilau seketika. Selepas mendapati pelajar semua sudah berada di luar sekolah, dia mula mengajak Wooyoung untuk masuk ke dalam bilik stor.

Selepas sahaja itu, San menutup pintu dengan cermat. Dia tidak mahu orang kain mengetahui bahawa bilik stpr yang terbiar itu kini telah digunakan olehnya.

“Jadi hari ni kau nak belajar apa?”

Wooyoung melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang telah disediakan. Dia pun mula mengeluarkan buku-buku dari beg dia.

“Hari ni aku tak nak kau mengajar. Biar aku yang mengajar kau,” kata San membuatkan Wooyoung berkerut dahi.

“Hah?”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro