➜마음 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•°•

Loceng sekolah berbunyi menandakan sekarang waktu pulang bagi pelajar. Wooyoung segera mengemas barangnya untuk berjumpa dengan San di bilik stor.

Baru sahaja dia mahu melangkah keluar, Yunho terus memanggilnya. Terbantut dia untuk keluar dari kelas.

“Wooyoung, petang ni kau free kan?” soal Yunho. Kelihatan Yeosang dan Mingi berada di sisinya.

“Kenapa?” Wooyoung tidak membalas sebaliknya dia menyoal semula pada Yunho.

“Yeosang ajak untuk berbincang tentang tugasan kita. Aku ingat kau free sebab biasa hari Selasa kau tak ada buat apa-apa.”

Balas Yunho. Namun Wooyoung segera menolak dengan dingin.

“Siapa kata aku free? Aku ada hal lah petang ni. Korang berbincang dululah.”

“Ada hal ke atau lepak dengan orang lain?”

Yeosang tiba-tiba mencelah. Yunho dan Mingi pantas menoleh kearahnya.

Wooyoung memandang Yeosang yang sudah berpeluk tubuh itu dengan pandangan tajam. Riak wajah Yeosang tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Aku malaslah nak gaduh dengan budak tak matang macam kau. Suka buat aku sakit hati kan?” cebik Wooyoung.

Baru sahaja dia mahu melangkah keluar, Yeosang menarik lengan dia dengan kasar menyebabkan Wooyoung berasa geram.

“Kau ni dah kenapa?” marah Wooyoung.

“Kau sedar tak yang kerja tugasan kali ni ada markah untuk penilaian kita! Kau nak kita gagal ke?” balas Yeosang geram.

Mingi di sebelahnya cuba untuk menenangkan dia. Lengan Wooyoung segera ditepis dengan kasar.

“Jadi apa masalahnya? Kalau kena tolak markah sekali pun, aku masih dapat keputusan bagus! Aku bukan macam kau yang sanggup gunakan cara tipu untuk dapat keputusan bagus!”

Laung Wooyoung. Selepas sahaja dia menyebut tentang perkara tipu, hati Yeosang terus menjadi sakit. Dia menolak Wooyoung dengan kasar menyebabkan dia terjatuh tersungkur.

“Aduh!” adu Wooyoung sakit.

“Lantak kau lah! Aku dah bagi kerjasama kat kau untuk tugasan ni tapi kau balas macam tu pula! Kalau kau rasa diri kau bagus sangat, baik kau tak payah buat kerja ni!”

Tengking Yeosang. Dadanya turun naik menahan marahnya membara. Yunho mahu menolong Wooyoung bangun semula tetapi dia ditolak.

Dia berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga di dalam kelas tanpa berkata apa. Yunho dan Mingi masih keliru dengan situasi sekarang. Yeosang mencampakkan beg dia kasar.

“Huh! Tahulah dia bijak tapi perlu ke dia kata macam tu kat aku?” omel Yeosang. Matanya mula berkaca.

“Tak apa lah. Kau tenangkan dulu diri kau tu dulu. Lepas tu barulah kita boleh berbincang fasal ni.” Yunho memberikan pesanan kepada Yeosang.

Dia mengangguk kecil. Mingi cuba untuk menenangkan Yeosang manakala Yunho pula terfikirkan sesuatu.

Dia juga tidak menyangka bahawa hal ini akan berlaku. Selalunya kalau hal-hal tentang belajar, Wooyoung tidak akan menolak.

Tetapi berbeza dengan hari ini. Wooyoung bukan sahaja menolak dengan dingin malah dia juga riak. Wooyoung yang dia kenal ialah seorang yang rendah diri dan pendiam.

Adakah Wooyoung sudah berubah sejak dia menjadi tutor San?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro