➜마음 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

San khusyuk membaca buku komik di dalam bilik stor. Sesekali matanya melirik melihat jam di telefonnya. Sudah 30 minit berlalu tetapi Wooyoung masih lagi belum munculkan diri.

San mula terfikirkan sesuatu yang buruk akan berlaku. Dia bingkas bangun dan keluar dari bilik stor untuk mencari Wooyoung.

Tatkala San menaiki tangga, dia tiba-tiba terdengar seseorang bergaduh di dalam kelas 5-1.

“Aku bukan macam kau yang sanggup gunakan cara tipu untuk dapatkan keputusan bagus!”

“Lantak kau lah! Aku dah bagi kerjasama kat kau untuk tugasan ni tapi ni yang kau balas?”

Itulah yang San dengar dari tangga. Atas sebab perasaan yang ingin tahu itu menguasai di hatinya, dia terus lihat di dalam kelas 5-1.

Apa yang dia lihat sekarang ialah Wooyoung sedang bergaduh di kelas dengan Yeosang. Dua orang lagi pula cuba untuk menenangkan mereka.

Sebaik sahaja dia ternampak bahawa Wooyoung mahu keluar dari kelas, San terus menyorok. Dia tak mahu mereka tahu tentang kehadirannya itu.

“Woo gaduh fasal apa kali ni?” gumamnya dalam hati.

San beralih pandangan melihat Yeosang, Yunho dan Mingi yang masih lagi berada di dalam kelas.

Kelihatan Yeosang sudah mencampakkan beg sekolah dia di atas lantai dengan kasar. Malah, dia juga perasan bahawa mata Yeosang sudah berkaca.

Tunggu masa lagi untuk ia pecah. Yunho dan Mingi cuba untuk menenangkan dia.

Selepas itu San segera berlalu pergi untuk berjumpa Wooyoung di hadapan pintu stor.

“Wooyoung-ah, dah lama ke tunggu tu?” sapa San sebaik sahaja tiba di hadapan pintu bilik stor.

Wooyoung mengukir senyuman kelat kearah San. Riak wajah Wooyoung menunjukkan bahawa dia seperti mengalami tekanan.

“Oh, ni tablet kau. Maaflah skrin dia retak sedikit sebab aku terjatuh tadi,” kata Wooyoung seraya memberikan semula tablet itu kepada San.

Tanpa berkata apa, San mengambil tablet dia dari Wooyoung. Skrin tablet itu ditatap seketika.

“Rupa kau macam tertekan jer. Kenapa?” soal San ingin tahu. Wooyoung mengeluh kecil.

“Aku gaduh dengan Yeosang tadi. Aku tak tahu kenapa mood aku tiba-tiba tak baik hari ni,” jawab Wooyoung perlahan.

Ketika dia meraup wajah, San mengambil kesempatan untuk menyentuh sedikit tangan dia.

San yakin bahawa Wooyoung tidak akan beritahu perkara yang sebenar dengannya. Jadi, lebih baik sekiranya dia tahu sendiri dalam diam.

“Aku takkan sesekali bagi kerjasama dengan diorang! Cukuplah setiap hari asyik buat aku sakit hati jer!”

“Aku tahu kerja tugasan tu penting. Tapi mesti diorang akan suruh aku dengan Yunho jer buat! Tak adil betul...”

Itulah isi hati Wooyoung yang sempat dia dengar. Rupanya mereka bergaduh fasal kerja tugasan sahaja.

Tetapi, punca sebenar tentang pergaduhan mereka masih lagi belum diketahui. San bercadang untuk mendengar isi hati Yeosang nanti.

“Apa kata kau tenangkan diri kau tu dulu. Tak baik juga kalau aku suruh kau ajarkan sekarang sebab kau masih tertekan.”

Pesan San. Wooyoung mengangguk kecil. Dia mengambil tempat untuk merehatkan dirinya seketika sementara San pula menjaganya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro