➜마음 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

“Kau tak masuk kelas ke?”

Tanya Wooyoung sebaik sahaja sedar bahawa San tidak masuk ke kelas sedangkan sekarang adalah waktu pembelajaran.

Dia menggeleng. San sekarang sedang melihat pemandangan di luar melalui tingkap.

Ubat dan air yang diberi oleh San tadi dipegang kemas. Dia makan ubat tersebut untuk menghilangkan rasa pening itu.

Hatinya mula resah. Takut sangat kerana dia tidak masuk kelas hari ini. Sudah pasti dia akan ketinggalan jauh.

“Kau pengsan tadi sebab tak tidur semalam.” San bersuara setelah lama dia berdiam diri.

Wooyoung terpaku. Dia pelik bagaimana San tahu bahawa dia tidak tidur semalam.

“Ya...” balasnya perlahan.

“Hari ni kau tak payah belajar. Kau rehat jer,” kata San lagi membuatkan Wooyoung terkejut.

“Hah? Kenapa pula? Kau ingat aku ni macam kau ke malas belajar!”

Ujar Wooyoung laju seumpama rap. Dia tidak boleh tidak belajar. Kalau boleh setiap hari, setiap jam, setiap saat mesti belajar.

At least aku ada matlamat sendiri sebab apa aku macam ni. Aku bukan macam kau yang belajar tapi tak ada matlamat hidup. Umpama robot yang hidup tapi tak ada hala tuju sendiri.”

Wooyoung terdiam seribu bahasa. Entah mengapa kata-kata San itu tadi menusuk hatinya.

Memang betul kata San. Dia belajar tetapi dia tidak tahu pun untuk apa dia belajar. Dia hanya mengikut kata ibunya sejak dia kecil sehinggalah sekarang.

“Habis tu kau nak aku buat apa lah sekarang?” tanya Wooyoung lagi.

“Kau nak aku ulang lagi ke? Kau tahu perkataan rehat? R-E-H-A-T? Kalau tahu baguslah,” jawab San selamba.

Selepas sahaja itu, dia terus keluar dari bilik sakit untuk pergi ke tandas.

Maka, tinggal Wooyoung seorang sahajalah yang berada di bilik sakit itu. Dia tidak tahu mengapa tapi apa yang telah dikatakan oleh San tadi betul.

Dia perlu rehat. Kalau tidak, apa yang dia belajar nanti tidak masuk pula. Nanti tak fasal-fasal kena marah dengan ibunya kalau dia dapat keputusan corot.

•°•°•°•°•°•

“Wooyoung-ah, aku dah tuliskan nota untuk kau.”

Cakap Yunho sebaik sahaja ternampak susuk badan Wooyoung masuk ke kelas. Buku nota Wooyoung itu dihulur kemas.

“Wah! Thank you, Yuyu!” ucap Wooyoung riang.

Buku nota yang dihulur oleh Yunho tadi itu terus diambil. Dia menyelak beberapa helaian mukasurat buku notanya.

Matanya terbutang melihat banyak kesan contengan pada buku nota dia.

“Yunho, kau conteng buku nota aku ke?” soal Wooyoung terkejut.

Yunho berkerut dahi. Wooyoung terus menunjukkan buku notanya itu. Dia juga terkejut melihat buku nota Wooyoung sudah diconteng teruk.

“Hah? Siapa yang buat ni? Buku nota kau ni memang tak ada kesan contengan tadi!” Yunho mula gelabah. 

Setahu dia, dia yang jaga buku nota Wooyoung tadi. Tak mungkin dia akan menconteng buku kawan dia sendiri.

Wooyoung terpaku seketika. Kemudian dia mula mengesyaki seseorang. Lantas dia menoleh melihat barisan belakang kelas.

Kelihatan Yeosang dan Mingi sedang rancak berbual di tepi pintu kelas. Dia syak bahawa mereka berdualah yang menconteng buku notanya. Lantas dia berjalan menghampiri mereka berdua.

“Yah!”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro