➜마음 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

“Yah!”

Jeritan Wooyoung tadi membuatkan semua pelajar kelas 5-1 diam terus. Agak terkejut mungkin. Mereka semua terus memandang ke arah Wooyoung.

Yeosang dan Mingi yang berada di tepi pintu kelas itu hairan melihat Wooyoung berada di hadapan mereka. Namun, mereka hanya endahkan lalu kembali berbual semula

“Korang yang conteng buku aku kan?” tuduh Wooyoung lalu menunjukkan buku notanya kepada Yeosang dan Mingi.

Mereka berdua menatap buku Wooyoung seketika. Satu senyuman sinis terukir di bibir mereka.

“Kau yakin kitorang yang conteng buku kau?” soal Mingi sinis. Wooyoung mula berasa panas hati.

“Yalah! Sebab korang berdua jer suka kacau aku! Kalau bukan korang habis tu siapalah?” marah Wooyoung. Dadanya turun naik tahan amarah.

Yunho pula cuba untuk menenangkan Wooyoung. Dia takut sekiranya kemarahan Wooyoung itu tidak dapat dikawal. Lagipun, dia baru sahaja sedar dari pengsan.

Mingi dan Yeosang tidak berkata apa. Mereka berdua mengangkat bahu tanda tidak tahu lalu kembali buat kerja mereka semula.

Oleh disebabkan Wooyoung berasa geram dengan reaksi mereka berdua, dia mula menyerang Yeosang secara tiba-tiba dengan membaling buku.

“Auch!” Yeosang berdecit sakit.

Balingan Wooyoung itu tepat mengena pada wajahnya menyebabkan muka dia berasa sangat pedih.

“Kau dah kenapa baling buku kat muka aku?” tengkingnya. Dia menyentuh pipinya yang terasa pedih itu sambil memandang Wooyoung dengan pandangan tajam.

“Korang yang conteng buku aku kan? Kenapa tak padam semula?” balas Wooyoung geram.

Yeosang yang mula berasa sakit hati itu terus mengambil buku Wooyoung. Lalu dia mencampakkan buku tersebut tepat mengena pada kepala Wooyoung.

“Aduh!” adu Wooyoung sakit.

“Aku dah kata bukan kitorang! Kau kenapa cari fasal dengan aku?”

“Sebab memang salah korang pun!”

Maka bermulalah pergaduhan antara Wooyoung dan Yeosang. Mereka mula bertumbuk sesama sendiri menyebabkan Wooyoung luka di pipi manakala Yeosang pula luka di bibir.

Semua pelajar dalam kelas itu hanya memerhati sahaja. Tiada sesiapa pun yang mahu melaporkan hal ini dengan cikgu. Namun, pergaduhan mereka sempat dihalang oleh Mingi dan Yunho.

“Kalau aku tahu ada orang report fasal ni kat cikgu, siaplah korang!”

Ugut Yeosang membuatkan semua pelajar kelas 5-1 berasa takut. Dia bukanlah ketua kelas tetapi dia merupakan orang berkuasa di sekolah kerana keluarganya menderma banyak duit untuk sekolah ini.

Yeosang mencengkam koler baju Wooyoung dengan kasar. Lalu dia berbisik sesuatu.

“Kalau kau tak cari fasal dengan aku mesti benda ni tak akan terjadi.”

Dia menolak Wooyoung dengan kasar sehingga dia jatuh tersungkur. Selepas sahaja itu dia mengajak Mingi untuk keluar dari kelas.

Yunho segera menghampiri Wooyoung yang sudah terbaring lemah itu. Pelajar lain pula tidak mahu terlibat sekali jadi mereka buat tidak tahu sahaja.

“Kau okey?” tanya Yunho risau.

Wooyoung mengangguk kecil. Akibat terlalu risau, Yunho memapah Wooyoung untuk membantu dia berjalan semula.

Dia berasa serba salah kerana tidak dapat membantu Wooyoung tadi. Dia tahu Wooyoung selalu dibuli oleh Yeosang dan Mingi. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa.

Kerana dia sendiri pun telah diugut oleh mereka berdua. Apatah lagi rakan sekelasnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro