01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"gemok"

"Ya Allah adik leher engkau berlapis lapis.pandai kau buat kuih lapis ya"

"gemuk gila kau.perut ni Ya Allah"

"makin berisi badan kau ya"

"Hani.MakTeh tengok kau makin gemuk"

"Jangan tegur sebab tu tadi dia datang,dia tidur saja"

"Iyaa makin debab haa!kalau dia bukak tudung tu,leher berlapis.Mana taknya bangun tengah hari"

Aku

Hani Aqilah.Gadis yang berusia 13 tahun. Masih mempunyai ibu bapa dan seorang kakak, Sarah Aqilah.

Ya, aku gemuk. Jujur aku kata aku seorang pemalas, badan berisi, kerja aku hanya tidur sahaja. Mana tak gemuk.

Sungguh berbisa kata-kata mereka. Sakit sangat apa yang aku rasa bila orang kata aku gemuk. Memang itu satu kenyataan tapi ketika mereka cakap bukannya hanya aku saja ada ditempat itu. Malah, saudara-maraku juga.

Malu

Itu saja perkataan yang keluar dari mulutku. Apabila tubuh badanku menjadi bualan saudara rapatku.

Bila aku ikut balik kampung saja mesti kakak aku orang yang dinanti. PakNdak, dia cari kakak aku dulu untuk salam dengannya.Aku yang depan mata?

Hanya dihiraukan sahaja.

Dicubit-cubit pipi sarah. Dah puas,barulah giliran aku salam dia.

PakCik pula,hanya bersalam dengan sarah sahaja sewaktu baru tiba di kampung.Sehinggalah kami pulang, sarah juga yang salam dengannya. Bila aku nak salam, dia buat buat sibuk. Memang dari dulu aku jarang bercakap dengan PakCik ku itu.

MakTeh, MakCu, PakNdak, PakLang, MakTam.Dulu mereka selalu berbual dengan aku. Rapat la jugak kami.

Sehinggalah aku gemuk, semua tak layan aku.

Apa?

Mereka pandang rupa sahaja bukan?

Sedangkan mereka tak sedar yang mereka dah lukakan hati anak buahnya seorang ini.

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro