02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sehingga munculnya satu perasaan

DENDAM

Aku dah tak tahan lagi. Kenapa? Apa masalahnya kalau gemuk? Badan aku bukan badan engkau

Aku simpan dendam aku. Suatu hari aku akan balas apa yang diorang buat selama ini dekat aku.

Tapi

Aku bukan psiko

Kan?
______________________________________

Bulan ramadhan hampir berlalu,hari hariku tetap berjalan seperti biasa.

Pagi,aku ke sekolah. Malam,aku buat semua kerja sekolah yang tertangguh. Begitulah rutin harianku. Kecuali di hari minggu,aku hanya rehatkan diri.

Malam ini aku buat keputusan untuk luangkan masa dengan media sosial.

Aplikasi whatsapp aku buka.

Aku pergi ke bahagian status. Bella,kawan sekelas ku. Aku buka status yang baru diupdatenya beberapa minit tadi "hi geng,hari ini i exercise 2 jam tahu🤭 and berat i dah turun, dari 40 kg - 36 kg hihi.tak macam orang tu gemuk🙄tak reti nak bersenam".

Aku tahu,dia tujukan kepadaku. Dia memang tak suka aku. Dia seorang yang memilih kawan. Yang cantik,kurus,bijak, itulah yang ditariknya sebagai kawan. Yang bertentangan sifat itu,dia hanya pandang sebelah mata sahaja.

Bosan.

Aplikasi instagram pula jadi pilihanku.

Tiada yang menarik. Hanya posting-posting perempuan cantik sahaja. Aku suka ikuti perkembangan mereka,tetapi aku tak mampu jadi seperti mereka. Tapi aku akan cuba.

Satu suara menarik perhatianku dari ruang tamu

"abang pergilah masjid"ujar ibuku agak tegas.

Ayahku hanya berdiam diri sahaja. Bukan apa,dia sudah berumur,menghidap penyakit semput. Penyakit itu bila-bila masa sahaja datang. Menyerang tak menentu.Tak larat dia mahu pergi masjid lagi.

"janganlah semalam pergi,hari ini tak pergi. Tak eloklah macam tu. Abang tu dah la pengerusi masjid,nanti apa pula orang kata"

"jom solat" ajak ayahku kerana mahu mengelak dari topik masjid itu. Tak mahu dia bergaduh dengan ibu. Ibu bukannya nak mengalah

"lah...pergilah masjid" dia tetap berkeras.

Ayah yang tak mahu panjangkan cerita hanya ikutkan sahaja. Dia bersiap untuk ke masjid,hari ini dia hanya menunggang motorsikal kerana hari pun tidak hujan. Motorsikal ayah meluncur di jalan raya menuju ke masjid.

Aku yang dari tadi melihat dan mendengar perbualan mereka hanya diam sahaja. Bila ibu pandang aku,aku buat buat tengah scroll instagram. Bijak bukan?

Entah lah,aku tak mampu nak buat apa apa. Ibu seorang yang tegas ,boleh dikatakan garang jugalah. Ayah perlakuannya baik,sporting dan kadang-kadang tegas.

Aku agak manja dengan ayah,dia tidak pernah bukak topik yang melibatkan berat mahupun tubuh badanku. Dia sentiasa menyokong apa yang aku buat.
______________________________________

Sedang aku baring sambil menonton televisyen menunggu waktu berbuka, ayah datang dan ikut sama baring di sebelahku.

"cuba exercise sikit hani...berpeluh-peluh sikit. Ni tidur saja. Esok ikut ayah jogging" kata ayah dengan suara yang agak tegas.

Aku hanya diam. Terkejut juga aku. Tak pernah-pernah ayah cakap pasal aku selalu tidur,ini tiba-tiba saja. Mungkin memang aku dah nampak gemuk sangat. Aku kan pemalas.

Tapi,takkanlah nak ajak jogging masa puasa?? Boleh mati aku dekat tengah-tengah jalan.






Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro