16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[HANI P.O.V ]

Tokk!! Tokk!! Tokk!! (yeheyy lawak y'all bunyi pintu aku)

Aku tersedar dari lena selepas mendengar ketukan pintu bilikku.

"hani! kau tak bangun lagi ke?" jerit sarah dari luar bilik.

"dahh! " jawabku.

"ibu panggil keluar, ada saudara mara datang" kata sarah.

"15 minit!" jerit ku dari dalam bilik. Tiada lagi kedengaran suara sarah. Alhamdulillah berambus juga perempuan tu. Aku segera melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Selesai membersihkan diri, aku menyarung pakaian. Memandangkan harini hanya raya kedua jadi tak perlu lah nak berbaju kurung. Aku mencalit sedikit lipbalm dan bedak.


Aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Ramai jugak tetamu. Sarah kata saudara mara, tapi langsung aku tak kenal. Yang menarik perhatian aku, semua masih berbaju kurung dan baju melayu. Ek elehh over. Kalau ikutkan aku pakai track suit je.

Aku mengambil tempat di sebelah ibu berhadapan tetamu.

"eh,ini siapa?" tanya salah seorang dari mereka.

"Ni hani takkan tak kenal" jawab ibu. Aku hanya tersenyum sahaja.

" lah.. Hani rupanya, makin cantik kamu ya.." pujinya. Pipiku sudah merona merah kerana dipuji.

"eh dulu pakai tudung kan? Dah cabut ke? Sekejapnya hidayah datang ya" kata seorang lagi makcik sambil ketawa kecil. Dia memang mencabar kesabaran aku. Aku nak pistol aku!aku nak tembak kepala makcik ni. Mulut tak ada insurans !

Perasaan marah mula menyelubungi diri. Tapi sedaya upaya aku cuba tahan. Takut makcik ni dicedarakan aku.

"kamu kerja apa sekarang?" tanya seorang pakcik yang berada disebelah makcik tadi. Suami dia kut. Sian dia dapat bini serupa anjing.

"saya doktor pakar psikiatri pakcik" kataku sambil tersenyum.

"bijak juga kamu yaa sampai jadi doktor... Dulu masa kecil tak silap makcik kamu ni bodoh sikit" kata makcik tadi. Babi punya makcik ko tunggu!

Serta merta senyuman aku hilang selepas mendengar kata kata makcik itu.

"usaha makcik... Dengan usaha semuanya menjadi. Saya memang teringin nak menjadi seorang doktor psikiatri, nak bantu masyarakat yang mentalnya kurang normal. Kalau makcik ni mental saya boleh rawat, datang je hospital saya" senyuman sinis aku lemparkan khas buat makcik itu. Mukanya sudah berubah merah.

"hani apa cakap macam tu" tegur ibu.

"hani cakap benda betul ibu...diorang ni siapa ibu?" bisikku.

"mereka ini sepupu ibu, yang tu nama dia Rahayu, kamu boleh panggil dia mak uda atau mak ayu" ibu menunjukkan kearah makcik tadi. Woi nak muntah sia aku..muka macam longkang memang taklah aku nak panggil dia mak kayu ups--- mak ayu.

"yang ini pula, siti dan rahman, panggil sahaja mak lang dan pak tam. Dekat sebelah mak uda tu semua anak dia dan yang lain anak maklang dan paktam" terang ibu. Aku hanya meng 'oh' kan saja.

Aku meminta diri ke dapur sebentar untuk sarapan. Dalam perjalanan aku ke dapur, tiba tiba rasa sakit sangat dibahagian tulang rusukku.

Aku memegang dinding untuk menahan diri dari jatuh. Telefon dari dalam poket baju aku ambil dan segera menghubungi amri, private doktorku

"hello ha-" tak sempat dia mahu menghabiskan ayatnya

"am sakit! Kau dekat mana?! Tolong aku!" kata ku perlahan takut didengari orang.

"kenapa ni" tanya amri cemas.

" aku rasa dia datang lagi kalini sakit sangat" kataku sambil menangis.

"k-kau dekat mana? Aku datang sekarang!"

"ka-kampung" kataku tersekat sekat. Amri mematikan panggilan, aku menyimpan semula telefon ku.

Aku bangun untuk masuk ke bilik

"hani okey?" tanya ibu yang berada di ruang tamu itu.

Aku hanya menunjukkan jari tanda okey sahaja tanpa memandang ibu.

Aku menutup pintu bilik. Ubat aku cari di dalam beg. Setelah jumpa, aku menelan 2 biji pill tahan sakit dan minum seteguk air.

Skip

[AUTHOR P.O.V ]

Amri tiba di rumah datuk hani. Dia mengambil kotak peralatannya lalu menghampiri pintu rumah itu dan memberi salam.

"ya awak siapa?" tanya atuk hani.

"saya dok- bukan saya kawan sekerja hani" jawab am dengan cemas.

"oh nak jumpa hani lah ni ye...kejap atuk pegi panggil ha- "

"tak apa! Biar saya saja yang panggil" am memotong percakapan atuk hani.

"tapi hani di dalam bilik, dia tu perem-" kata katanya dipotong amri lagi

"tolong lah atuk... Saya nak jumpa dia privacy!" amri merayu dihadapan atuk hani.

"iyalah...tapi jangan lama lama" pesan datuk hani. Amri berlari masuk kedalam rumah menuju ke bilik hani. Hani sudah memberi tahu am, pintu biliknya berwarna biru gelap.

"hani! Ni aku am!" amri mengetuk pintu bilik hani.

Hani membuka pintu biliknya sambil terbongkok bongkok menahan sakit. Tangan kirinya memegang bahagian yang sakit itu. Mukanya sangat pucat.

Amri masuk kedalam bilik hani dan menutup pintu, dia memapah hani ke katil.

"kau tak bawak ke ubat yang aku bagi?" tanya amri.

"ak-aku tertinggal dekat r-rumah" jawab hani tersekat sekat.

"aishh kau ni" amri segera memeriksa keadaan hani.

"kau tak boleh bergantung dekat ubat je hani, lagi lagi pill tahan sakit tu. Kau kena operate jugak. Kau tu dah di tahap tiga! Aku tak nak sampai tahap empat. Kalau apa apa terjadi macam mana?" kata amri risau akan keadaan hani.

"aku taknak! Aku boleh jaga diri lah! Selagi aku boleh tahan, aku tahan." kata hani

"kau boleh jaga diri?aku tak rasa kau boleh... Tak apa lah aku nak balik ni, kau jangan lupa makan! Jangan pulak makan benda yang bukan bukan. Aku dah bagitahu sebelum ni. Ubat jangan lupa makan. Ikut waktu! Jangan terlebih dos! Check-up jangan sesekali miss faham! Take care of yourself. Anything just call me. I'm always with you okay babe." kata amri.

" iya lah aku tahu. Terima kasih" kata hani. Amri mengusap rambut hani sambil tersenyum lalu keluar dari bilik hani.

Ibu hani sudah mengajak amri makan bersama, tapi dia mahu balik cepat.













Tbc




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro