17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[AUTHOR P.O.V ]

Hani kembali bekerja seperti biasa selepas sehari pulang dari kampung. Walaupun sekarang masih di dalam musim perayaan, tapi hani tetap mahu bekerja. Duduk rumah buat apa. Rimas. Semalam ada orang datang beraya di rumahnya,tanya bila dia mahu berkawin

#Flashback

[HANI P.O.V ]

Dah 15 minit makcik rose dan anaknya duduk dekat sofa dihadapan aku dan ibuku sambil berbual bual. Tiada angin tiada ribut tiba tiba dia membuka topik tentang perkahwinan

"hani kamu bila nak kahwin?" tanya makcik rose, jiran aku.

"heh belum ada calon lagi lah makcik?" kata aku kekok.

"susah susah sangat jadi jelah menantu makcik. Kahwin dengan Haiqal , anak makcik. Dia dah 27 tahun single. Eloklah tu dengan kamu, 2 tahun je beza. Dia handsome tau! Muka macam jimin bts uuuu you will like him!" kata makcik rose selamba. Aku hanya diam membisu,tak tahu nak jawab apa.

"tak apalah...biarlah hani cari pilihan sendiri. Soal perkahwinan ni kita tak boleh paksa. Kalau tak cinta tak bahagia rumah tangga, rose." kata ibu.

Dah lah tu cite panjang panjang habis air liur aku je. Author pun penat taip kan author!

#End Flashback

4 p.m.

Selepas selesai kerja di hospital, hani memandu kereta menuju ke banglonya. Sebelum itu dia menukar pakaian hitamnya.

__

[HANI P.O.V ]

Aku membuka pintu rumahku dan terus menuju ke ruang tamu. Ramai konco konco aku berada disitu. Mungkin bob mengadakan makan makan...tanpa mengajakku?

"tak ajak ek" aku menyergah mereka. Semua berdiri terkejut.

"b-bos tak perasan pulak bos masuk" kata jackson, salah satu anak buahku. Aku tidak mempedulikan kata katanya

"bob masuk pejabat aku" bob yang sedang menyumbat seketul daging kedalam mulutnya itu segera mengangguk laju.

Aku mendaki tangga untuk ke tingkat tiga dimana terletaknya salah satu bilik bersaiz sederhana besar yang dikhaskan sebagai pejabat aku.

Aku masuk ke dalam pejabatku dan duduk di atas kerusi. Bob yang masuk selepas aku itu berdiri dihadapan meja.

"so how?" tanya aku.

"so far so good. Kes kes lama semua settle! Tinggal beberapa je lagi kami tak selesaikan." kata bob.

"bukan tu maksud aku" bob memandang aku penuh tanda tanya.

"pasal budak perempuan yang nak join aku!"kata aku.

"ohhh... Nama penuh dia Nur Farhanah binti Zamri, 24 tahun. Anak kedua dari tiga adik beradik. Mempunyai seorang adik lelaki,20 tahun dan kakak, 25 tahun ,juga masih mempunyai kedua ibu bapa. Menetap di Kuala Lumpur. Belum berkahwin. Pernah menjuarai pertandingan taekwondo peringkat kebangsaan semasa berumur 14 tahun." terang bob.

"farhanah zamri? Hanah?" aku pernah dengar nama tu.

"haa yang ni mesti bos terkejut" aku memandang wajah bob yang tak seberapa nak kacak itu.

"dia wanita kelulusan Ijazah Sarjana Muda kepujian! Dia berkerja sebagai Inspektor Gred YA 13 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Dan saya rasa dia mintak kerja dengan kita sebab nak hapuskan kegiatan haram kita ni. Bos! Kita dah banyak bunuh orang. Bos dah digelar serial killer tahu tak!" mukaku terus berubah merah padam selepas mendengar kenyataan bob itu.

"what the fu*k!!!" aku bangun dari duduk mengetuk meja. Kali ini marah aku tidak dapat dikawal lagi.

"kita kena buat sesu-"

"bunuh. Kita bunuh dia. Aku takkan biarkan kita kantoi lagi macam tu je." rambut aku ikat dan pergi ke bilik senjata aku. Bob hanya mengikut saja langkah aku.





"haritu aku ada suruh kau bagitahu dia untuk jumpa aku lepas aku habis cuti kan?" tanya aku.

"ya bos. Harini, pukul 9 malam dia kata dia free, dan saya dah suruh dia datang untuk mengetahui keputusan bos terima atau tidak." aku mengangguk faham.

"bagus. Harini jugak dia mati! Dengar! bila dia sampai nanti kau bawa dia jumpa aku dekat pejabat. Pastikan dia seorang. Panggil semua budak budak aku jaga keliling rumah dan setiap bilik! Ingat! Pastikan dia datang seorang! Faham?!"

"faham bos" bob keluar dari bilik senjata itu untuk menyelesaikan arahan aku.

Aku membelek belek senjata di situ. Cantik!











Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro