17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

On/Off

A/N:

Tell me, who's your favourite male hero in this story?

Do your right decision. ❤

------------

"Tae, lepaskan. Awak sakitkan saya."aku berdecit geram. Terus Taehyung melonggarkan cengkaman tangannya di pergelangan tanganku.

Kesan merah akibat cengkaman kuat jelas kelihatan. Aku mengetap gigi. Sedaya upaya aku bendung perasaan amarah daripada menguasai diri.

Kalau diikutkan hati yang panas, sudah lama aku menolak keras permintaan Taehyung. Kedua-dua lengan aku silangkan di atas dada.

Lama tenungan aku singgah di wajah polos Taehyung sebelum keluhan kecil dihembus perlahan.

Perasaan menyesal menyesakkan hati dan fikiranku. Bodoh betul aku menerima tawaran appa.

Jika aku tidak menyambut kehadiran Taehyung, segala musibah dan masalah ini tidak akan hadir serentak.

"Tolong biarkan ikatan kain ini dekat mata Yoon. Selagi Taetae tak benarkan, jangan buka. I have good suprises for you."

Aku mengangguk dalam keterpaksaan. Nafas ditarik dalam apabila ikatan kain penutup mata itu dikemaskan oleh jemari kasarnya.

Bahuku ditolak lembut oleh Taehyung dari arah belakang. Aku mengorak langkah perlahan.

Hatiku diusik rasa takut dan gementar. Amaran Jungkook membuatkan jantungku berdenyut gila.

Taehyung sayangkan aku. Mana mungkin dia mahu tamatkan riwayat aku?

"Bukalah ikatan tu. Semoga Yoon menyukai kejutan Taetae."

Haruman bunga Ros segar menusuk lubang hidungku. Ikatan tersebut dilonggarkan lalu ianya jatuh di atas paha.

Taehyung bergerak maju ke hadapan. Huluran tangannya disuakan kepada aku bersama tatapan mata redupnya.

"Taetae cipta syurga dunia buat Yoon. Tanda penghargaan setulus hati daripada Tae."

-------

Mulutnya melopong kecil gara-gara kejutan istimewa daripada Taehyung.

Segera mulutnya ditekup. Ji Yoon menjeling reaksi wajah Taehyung. Lelaki itu tersenyum kecil di ruang tamu.

Rangkulan lengannya memeluk mesra pinggang wanita itu seraya ditarik rapat menghimpit tubuhnya.

Jambangan bunga segar yang disembunyikan di belakang tubuh bertukar pemilik.

"Bunga ros untuk saya. Tapi, saya bukan orang yang berhak untuk terima semu-"

Kata-kata Ji Yoon dipotong oleh Taehyung. Jari telunjuknya dibenamkan di atas bibir Ji Yoon.

Kepalanya digelengkan. Taehyung menundukkan kepala lalu bibirnya mencium pipi wanita itu.

"T-tae, this is so wrong. Kita tak boleh bersama. Saya dah ada Jungkook."

Ji Yoon menolak bahu lelaki itu. Pipinya ditenyeh kasar menandakan dia bencikan sentuhan Taehyung.

"Maafkan saya Taehyung. Saya hanya sayangkan awak sebagai kawan. Tak lebih daripada itu."

Jambangan bunga Ros cuba diserahkan semula ke tangan Taehyung. Disangkanya semua akan berjalan normal.

Taehyung mengambil bunga Ros tersebut lalu dia campak sehingga bertaburan di atas lantai.

"Taetae merajuk. Taetae budak baik tau. Susah sangat ke nak terima Tae?"ulangan nama timangan 'Taetae' ditekan dalam menggunakan nada suara perlahan.

"S-saya dah off awak. Kenapa semua ni berlaku?"

Ji Yoon ditolak kuat sehingga tubuhnya terkena bucu meja makan. Perutnya yang terasa senak dan berdenyut sakit diusap lembut.

Nafasnya termengah- mengah menyedut oksigen. Dibawa tubuh yang menggigil berundur ke belakang tika Taehyung berusaha untuk menyentuh wajahnya.

"Taetae, saya sayang awak. Hentikan semua ini. Sekarang juga."

Dia kunci pergerakan tubuh Ji Yoon rapat ke dinding. Leher mulus wanita itu dibelek jemarinya sebelum Taehyung tergelak mesra.

"Aku boleh guna kau untuk seksa mental Jungkook. Aku nak dia tamatkan riwayat di tangan dia sendiri."

Kelu pergerakan lidah Ji Yoon. Dengan cemas,dia dongakkan dagu lelaki itu. Butang off sudah tertanggal.

Hanya tinggal butang On sahaja.

Pada saat itu, sendi-sendi tubuhnya mulai lembik.

"M-mana butang off? Taehyung, apa yang awak dah buat?"

Taehyung mengedipkan kelopak mata. Sudut hujung keningnya terjungkit naik.

-------

"Aku yang buangkan sendiri. Rimas hidup jadi budak baik. Sekurang-kurangnya jadi jahat, you will be mine."

Bibirnya dibenamkan di kulit leherku. Tingkah lakunya yang agresif menyebabkan aku meraung tangis di dalam hati.

Penumbuk kecilku mendarat di dadanya. Bertalu-talu aku lancarkan serangan agar tingkah laku nakalnya berjaya diputuskan.

"Menangis sekuat hati. Biar Jungkook tahu aku rosakkan kau. Aku nak dia betul-betul hancur. Louder, Ji Yoon."

Juraian air mata yang mengalir deras mengaburkan pandangan. Kepalaku terkulai jatuh di atas bahu Taehyung.

"Taetae, s-saya merayu. Tolong hentikan."

Malangnya, permintaan aku seperti deruan angin lalu. Bibirnya memagut pula bibirku apabila nama Jeon terlepas dari bibir.

Dendam kesumatnya tidak menghilang. Taehyung kekal menjadi versi on yang aku takuti sejak dari awal lagi.

-tbc-

A/N:

Bab-bab terakhir sebelum penamat agak mendebarkan. Jadi, be prepare for the worse in the next chapter.

Thanks sudi baca dan votes. 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro