18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

On/Off

A/N:

Bab ini Taehyung akan mengganas tahap maksimum. Mohon tabah menghadap kerenahnya. Hihihi.

I'm waiting for your lovely comment and votes ya. 💜

-----------

"A-aku akan baik-baik sahaja. She not mine anymore. Bangun Jungkook. Sedar dari mimpi kau."dia bermonolog sendirian.

Hiasan pasu jatuh berselerakan di atas lantai bilik termasuklah cadar tilam dan bantal-bantal yang ada.

Kukunya digigit gelisah. Seperti lelaki hilang akal,suara jeritan Ji Yoon membuatkan jantungnya aktif mengepam darah.

"T-tapi, Tae akan bunuh dia. Aku tak nak Ji Yoon diseksa. T-tak nak."ujarnya pasrah.

Serpihan kaca digenggam kuat menggunakan telapak tangannya. Trauma yang melekat pada dirinya seperti virus memusnahkan segalanya.

Sepanjang keberadaan di hospital, wajah sinis Taehyung tampil di depan mata. Proses memulihkan badan bersilih ganti dengan proses penderaan mental secara halus oleh Kim Taehyung.

Bukan dia sendiri merelakan tindakan kejam Taehyung, kegagalannya menemui sebarang butang off sangat mengejutkan.

Taehyung menghancurkan butang off. Pada saat itulah, dia mulai sedar. Harapan untuk melihat Taehyung menjadi baik ranap serta-merta.

Tiada jalan penyelesaian terbaik kecuali satu perkara gila.

Taehyung akan mati jika Ji Yoon sendiri yang berjaya membunuhnya.

"Ji Yoon dah banyak berkorban untuk aku. Aku t-takut."

Jungkook menyembamkan wajahnya ke lutut. Teresak-esak lelaki itu menghamburkan tangisannya.

-------

Aku pandang kosong mimik puas wajah Taehyung. Lidahnya menjilat permukaan bibir lalu tubuhku dipeluk dari arah belakang.

Rasa sayangku kepada Taehyung sudah lama berlalu pergi. Semuanya berpunca daripada sikap rakus Taehyung yang ingin membalas dendam kepada Jungkook.

"Kita sambung malam ni pula. Lepas kita singgah tengok Jungkook, aku nak kau masuk bilik kita."aku memejamkan kelopak mata.

Rasa ingin mengamuk dan geram seperti mahu termuntah keluar dari dada. Bibirku dicium sekali lagi. Sengaja dia menolak rambut panjangku ke sisi kiri.

Leherku yang disentuh bibirnya dipandang khusyuk. Jemarinya mengelus setiap tanda cinta yang dihadiahkan secara melulu.

Bagiku, semua ini bukan cinta. Hanya Taehyung seorang yang gilakan aku.

"Jom kita jumpa Jungkook. Kau kena ucap selamat tinggal dekat dia awal-awal. Esok aku pasti dia dah...mampus."bicara Taehyung kedengaran sinis.

Aku terdorong untuk berjalan ke hadapan. Perutku yang berdenyut sakit diusap lembut.

Tanganku mendarat di tombol pintu milik Jungkook.

Lama.

Aku sedikit bungkam apabila suaranya menangis sayup-sayup menyinggah corong telinga.

"M-maafkan saya, Jungkook."bisikku perlahan. Bahuku ditolak kasar oleh Taehyung.

Senyuman Taehyung melebar tatkala pemandangan bilik yang bersepah teruk memenuhi ruang mata.

"Baguslah. Lelaki kesayangan kau dah meroyan. Jom tambah garam dekat luka dia. Shall we?"

Jungkook mengangkat wajah. Wajahnya berubah mendung apabila tatapan matanya jatuh di kawasan leherku.

-------

Taehyung duduk melutut di tepi katil. Diperhatikan tubuh Jungkook yang meringkuk di tepi almari kecil.

Manik-manik peluh membasahi kawasan leher dan wajah Jungkook.

"Ji Yoon dah jadi milik aku. Nanti giliran baby kau dalam perut dia untuk dilupuskan."provok Taehyung.

Sentuhan jemarinya di bahu lelaki itu menyebabkan Jungkook berkelakuan agresif dan panik.

"Bapa dan anak dalam perut menyusahkan aku. Mak dia je berguna. Sebab apa? Dia boleh bagi aku...kepuasan."ujarnya angkuh disulami pesanan yang memberi racun kepada diri Jungkook.

"J-jungkook, dengar cakap saya. Bukan Taetae."

Telapak tangan Jungkook terketar-ketar menarik serpihan kaca yang bertaburan di tepi kakinya. Dia diasak pertanyaan sinis yang bertalu-talu dari Taehyung serta pujukan Ji Yoon.

Sukar fikirannya ingin berada di jalan yang betul. Rahang Jungkook ditolak kasar ke sebelah kiri.

Mata dua lelaki itu saling bertaut. Taehyung tersengih lebar. Kocek seluar diseluk dari dalam.

Sepucuk pistol diletakkan di atas paha Jungkook. Bibirnya mengalunkan irama mengejek situasi Jungkook yang asyik gelisah.

"Kau tiada gunanya dalam hidup Ji Yoon. Tamatkan nyawa kau dan aku janji akan lepaskan Ji Yoon."

Hampir gugur jantung wanita itu melihat jemari Jungkook yang menggenggam kuat pistol tersebut.

Pergelangan tangannya dipegang kemas oleh Taehyung.

Taehyung dengan angkuhnya menyeka juraian air mata Jungkook. Lima jari diangkat di hadapan lelaki itu.

"Kau ada lima jam untuk hidup. Letak lubang pistol di bawah dagu kau dan tarik picu. Aku jamin kau akan bahagia, Jeon Jungkook."kata Taehyung.

Perbualan tamat pada petang itu apabila aku diheret keluar dari bilik.

Aku sempat melihat keadaan Jungkook. Bebola matanya bergerak silih berganti pada pistol dan wajahku.

Tubuhnya disandarkan lemah di sudut hujung bilik. Suara sayunya menghantar pemergianku.

"Selamat tinggal Ji Yoon. Be happy."

-tbc-

A/N:

Bab 19 adalah bab peleraian kepada konflik. Hehehe. Penamat kepada semuanya.

So, tunggu ya. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro