17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Oksijeon ° Jeon jk

A/N:
Saya nantikan komen korang. Hehehehe. Rinduuuu. Selamat membaca. TQ.

-----------

Kedamaian suasana pekan kecil di bandar Busan itu terlalu istimewa di anak mataku. Aku tidak melepaskan peluang yang ada. Permukaan kulit ibu jariku ligat menekan butang kamera di skrin telefon pintar.

Klik.

Klik.

Klik.

Asalnya aku ingin mengambil beberapa keeping gambar sahaja, suasana sekeliling teramatlah cantik sehingga jemariku lincah menangkap momen-momen bandar Busan.

"Amboi ralit betul. Sampai suami sendiri kena abai huh? "Jungkook memerli dalam nada manja. Pinggang rampingku menjadi mangsa pelukan lengan kekarnya dari arah belakang.

Genggaman tanganku di telefon bertambah kuat tatkala haruman badannya begitu mengasyikkan.

Keluar berjalan-jalan pun sempat lagi anak Jeon ni nak goda aku.

"Takdelah. Saya suka betul dengan pekan busan. Berbeza dari Seoul. Tenang dan cantik. Kenapa kita tak stay sini je sayang?"aku menyoal lembut kepadanya.

"Kenangan silam terlalu banyak di sini, Jeon Minji. Aku takut untuk mengingatinya semula. Aku bimbang diri aku yang asal kembali semula.."lirihnya sayu. Pelukan di pinggangku dilepaskan.

Suamiku berdiri di sebelah sambil memasukkan kedua-dua tangannya di dalam kocek seluar. Bibirnya dikemam perlahan. Aku perhatikan rahangnya bergerak-gerak mengawal perasaan marah mungkin?

"Jungkook, maafkan saya. Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak. Saya just tertanya-tanya aje. Mianhae."

Jungkook segera menggelengkan kepala. Bahuku pula dipeluknya erat. Senyuman di bibir menghiasi wajah kacaknya. Hatiku terus mengucap kata syukur.

Nasiblah sikap barannya cepat sejuk hari ini. Aku sangat berharap perjalanan kami untuk hari ini tidak akan terganggu akibat hal-hal mengejut.

Cukuplah dengan perangai syaitan Jungkook. Aku mahukan honeymoon ini seperti idaman para pasangan di luar sana.

Manis dan membahagiakan hati. Hopefully.

-------

Jeon Jungkook merengus kasar. Kemeja ungu pudar yang tersarung kemas di tubuh sasanya dipandang sinis.

"Aku taknak jadi syaitanlah bodoh. Minji.. Aku nak Minji gembira hari ni. Enough."terkumat-kamit bibirnya mengucap bait-bait ayat tersebut seperti satu mantera.

Pelawaan Minji untuk turun singgah ke kedai bunga ditolak mentah-mentah oleh lelaki itu. Jungkook tidak betah untuk berada di luar sana.

Bau-bau daging manusia menaikkan tanduk syaitan yang terselindung di sebalik figura bernama Jeon ini.

Masuk pekan busan, hatinya menjadi sasau. Kau tahu apa yang oksijeon dambakan ketika ini?

"Darah manusia. Santapan lazat aku sejak sekian lama. Behave Jungkook. Jadi budak baik. Minji marah n-nanti."jari telunjuk dibenam rapat ke permukaan bibir basahnya.

Helaian tisu ditarik kasar. Lalu, dia kesat permukaan wajah dan lehernya yang lencun dengan titik-titik peluh dingin.

"Minji.. Cepatlah sikit. Aku takut tak boleh nak kawal. Minji.."suara Jungkook berbisik perlahan. Kepalanya disembamkan di atas stereng kereta.

Kedatangan Minji dirasakan terlalu lama. Jungkook hanyut melayan tekanan dan kemelut yang sedang hebat menguji dirinya pada saat genting itu.

"J-jungkook."teguran Minji mendesup masuk ke dalam telinga seperti deruan angin laju.

Tubuhnya dijauhkan semula dari Jungkook. Lelaki itu kembali mendongakkan kepala. Pisau kecil dikeluarkan dari poket seluar.

"A-aku nak bunuh manusia semua tu. Kau izinkan aku tak Minji?"

Minji merampas pisau di dalam genggaman tangan si suami. Seluruh tubuhnya menggigil takut apabila Jungkook mengunci pintu kereta.

Iris mata Jungkook bertukar merah. Gelakan mengejek menganggu kesunyian suasana di dalam kereta.

"Kau nakal,Minji. Oksijeon nak kasi hukuman...di rumah nanti."

Pedal minyak ditekan kuat. Kereta dipandu Jungkook meluncur laju meninggalkan pekan busan.

Oksijeon teruja untuk memaparkan sisi berbedanya pada malam itu juga.

Lelaki pantang dicabar. Lagikan pula syaitan bertopengkan manusia.

-tbc-

A/N:

Saya nak ingatkan Jungkook dalam ff ini bukanlah drakula/vampire.

Dia syaitan je. Hehehehe.

Oksijeon= syaitan (faham?)

Hobi die mengganas. Darah manusia jadi menu faveret dia setiap kali oksijeon rasa serabut, keliru, gelisah.

Dalam erti kata lain, dia kena happy. Kalau under pressure, jadi syaitonirojimm. Hahahahaha.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro