18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Oksijeon ° Jeon jk

A/N:
Update selesai untuk minggu ini. Harap korang sukakannya. ♥

Paparan babak ganas di dalam bab ini adalah rekaan semata-mata. Jangan ditiru di rumah ya.

-----------

Sebaik sahaja pintu utama rumah agam itu dibuka, Jungkook bergegas masuk tanpa menghiraukan reaksi terkejut isterinya.

Bunyi nafasnya kedengaran kasar. Minji diusik perasaan kurang enak disebabkan perubahan mendadak tingkah laku suaminya.

Nikmat berbulan madu belum cukup terasa, dia bimbang jika hati lelaki itu tiba-tiba berubah arah.

"Jungkook, tunggulah saya. Kenapa terburu-buru ni?"soal Minji tatkala iris matanya menangkap gerak-geri aneh lelaki itu.

Serba tidak kena semuanya. Jungkook menggelabah sakan. Dia cuba untuk duduk diam. Jungkook jeling tajam riak takut yang terpamer di wajah Minji.

"Kau masih takutkan aku, Minji?"

Sepi. Suara Minji tidak keluar menyapa gegendang telinganya. Baran Jungkook terasa dicabar. Lantas, dia berdiri menghadap tingkap bilik.

Separuh terbuka sehingga deruan angin meresap ke dalam tubuh badan.    Namun, Jungkook tetap berasa panas.

Satu demi satu butang kemeja dilucutkan sehingga hatinya lega. Kedinginan malam meniup satu semangat di dalam diri.

Sudah lama dia tidak mengganas. Apa salahnya jika diri terbabas sekali-sekala?

"Soalan aku perlukan jawapan. Kau pekak atau buat-buat bodoh Minji?"

-------

Habislah kau Jeon Minji. Suka sangat dibuai perasaan bahagia dengan sikap romantis Jungkook sehinggakan aku lupa.

Aku lupa amaran yang terkumpul di benak fikiran. Lelaki ini adalah syaitan.

Dia bukan manusia. Aku sepatutnya perlu berhati-hati. Cuai sedikit, buruk padahnya yang menanti diri.

"Sayang.."keluhan kecewa meniti di bibirnya. Aku cuba meraih pergelangan tangannnya. Pergerakan Jungkook ternyata pantas kerana aku gagal menyentuh tubuhnya.

Suamiku teragak-agak melangkah ke pintu bilik. Baju kemeja sudah tertanggal bebas dari badannya.

Tubuhnya tidak berbaju. Hanya seluar slack berwarna hitam melekat di tubuh lelaki itu. Jungkook mendaratkan penumbuknya di permukaan pintu bilik berulang kali.

Hembusan nafasnya berbunyi agresif.  Helaian anak rambut yang terjuntai di dahi diraup kasar.

"Aku nak pergi cari darah. Dah kau tak nak layan suami jahat ni kan? Fine! "

Jungkook membentak keras. Nada suaranya garang melunturkan kata-kata amarah gara-gara kebisuan bibirku sejak dari tadi.

Aku takut Jungkook. Kau tak faham ke?

"Bukan macam tu. Sebenarnya saya taku-"aku belum sempat menjelaskan kebenaran di hati apabila Jungkook menepis lenganku.

Tubuhku ditolak kasar sehingga aku terdorong ke meja solek.

Sakit dan ngilu menguasai diriku yang lemah. Aku cuba untuk bangkit.

"Kau takutkan aku. You don't trust me at all. Kau takut, maksudnya kau tak cintakan aku seikhlasnya kan?"

Giliran rahangku dicengkam kuat sehingga jeritan kecil melolos keluar dari celah bibir.

"S-saya cinta dan sayang awak seorang Jeon Jungkook. Awak.. Oksijeon saya..."aku tetap berusaha gigih untuk memujuk hati lelaki itu.

Peluang tipis untuk melarikan diri. Usahalah setakat mampu.

Jungkook mengetap gigi. Matanya menikam pandangan mataku.

"Manusia gila sahaja yang tergamak cintakan syaitan. Kau tipu aku. Aku tahu."

Jungkook mencium bibirku. Tiada kelembutan dalam rentak bibirnya. Desahan nafas memberontak sakit membantutkan tindakan liar suamiku.

"Semoga kau sukakan layanan syaitan ini for tonight and tomorrow my dear."

Tubuhku ditekan rapat ke lantai bilik. Kesejukan lantai marmar tersebut menambahkan ketakutan di dalam diri.

"Jungkook, fikir betul-betul. I'm your wife for god sake! "

Jungkook duduk melutut di hadapanku. Tanpa sebarang amaran, rambutku ditarik kuat. Kesakitan menjalar di segenap ruang permukaan kulit kepala.

Tiada ruang untuk melakukan protes serta mempertahankan diri, kepalaku dihentak kasar di atas lantai.

Suara garau itu menemani kesakitan yang ditanggung sebelum mataku terpejam rapat.

Belaian jemari kasar Jeon Jungkook mengakhiri kesakitanku pada malam itu.

"Tidurlah. Esok kau kena hadap lagi oksijeon tak guna kau ni. Aku kasi kau mimpi indah. Sayangku Minji."

-tbc-

A/N:

Hehehehe.

Oksijeon mengganas lagi pada bab seterusnya.

Jadi, tunggu next update ya. ;)

So far, komen korang untuk cerita ni.

Best atau makin hambar?  Hehehe nak tahu pendapat korang :))))))

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro