𝓑𝓐𝓑 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang...". Suara lembut di cuping telingga Tengku Dayren membuatkan lelaki itu tersentak. Cukup dekat membuatkan dia kegelian. Wajah si isteri yang berada di sebelahnya dipandang pelik. Sejak Antasya pulang daripada keluar dengan Dyah, gadis ini asyik bermanja dengannya. Tak senang jiwa dan raganya ingin melakukan pekerjaan yang dibawa pulang daripada pejabat ke rumah.

Sangat menganggu hatinya.

"Sayang, daripada tadi awak kacau abang, awak nak apa sebenarnya?". Tubuh sepenuhnya dipusingkan menghadap Antasya. Senyuman manis yang terukir mesra di wajah gadis itu membuatkan jantung berdegup kencang. Sudah lama jantung tidak buat hal.

Antasya hanya tergelak sahaja. Memang sengaja dia mengacau, lepas lelaki itu beristeri lain, entah dia dipandang ataupun tidak. Senyumannya mundur apabila teringatkan kenyataan itu. Sakit. Iya hatinya sakit tanpa kata.

"Saya nak awak boleh?". Nakal, senyuman menggoda terpasang cantik di wajah Antasya. Mahu memancing perhatian si suami. Belaian, dia perlukan belaian Tengku Dayren.

Dia rindu...

"Abang ada kerjalah sayang, kejab lagi okay?". Tengku Dayren memujuk. Bukan dia tidak mahu, hatinya juga meronta ingin Antasya dalam pelukannya, tapi apakah daya, kerja yang bertimbun di atas meja kerjanya itu masih memerlukan perhatiannya.

"But I can't wait...". Perlahan sahaja Antasya menuturkan katanya, bibirnya memuncung tanda dia merajuk. Dia nak pelukan hangat Tengku Dayren, lenanya seaakan tidak mahu datang selagi tiada tangan sasa itu di pinggangnya.

Aish! Mengada betul!

"Just for a while okay sayang?". Suka, mestilah suka apabila isteri sendiri minta bermanja. Tapi kerjanya lagi memerlukan dirinya. Tanggungjawab yang dipegang sangatlah besar membuatkan dia tidak boleh bermanja-manja dan bermalas-malasan di atas katil bersama isterinya. Lagipun dia ada disini bersama Antasya, bukannya dia mengasingkan diri di pejabat mini yang ada dalam rumahnya.

Meja kerjanya betul-betul bersebelahan dengan katil.

Antasya mencebik bibir, matanya memandang ke arah Tengku Dayren, akalnya cuba mencari idea untuk lelaki itu datang kepadanya. Puas memerah otak akhirnya muncul satu idea. Dia berjalan masuk ke dalam bilik pakaian. Barangan yang dibeli tadi dipunggah satu persatu.

Senyumannya melebar apabila melihat baju ditangganya. Misi menggoda berjalan!

Tengku Dayren yang berada di luar sekejab-sekejab memandang ke arah pintu bilik pakaian. Apa yang sedang isteri dia lakukan agaknya. Tertanya juga dia dalam hati. Namun diabaikan, laptop kembali dipandang, fail yang sederhana tebal dicapai dan dibaca. Pen ditangan dipusingkan sambil mata kekal di fail tersebut.

"Abang...".

"Hmm". Tengku Dayren menyahut tanpa memandang.

"Abang pandanglah sini!". Ish laki aku ni!

"Kejab lagilah sayang, abang banyak kerja ni". Lembut Tengku Dayren menuturkan kata cuba memujuk dengan lembut. Namun saat mata mereka bertentangan, pen yang dipusingkan dari tadi jatuh dari tangannya.

Isterinya dipandang atas dan bawah. Ya ampun! Imannya tak kuat, jiwanya bergelora. Kenapa pendek sangat baju isterinya malam ini?!

This is not okay!

"Baju apa ni sayang? Pendeknya, ketat pulak tu". Komen diberi, kalau Antasya kata ingin keluar guna baju ini, memang wajib untuk dia buang dalam tong sampah

"Cantik tak? Sayang ingat nak pakai esok pergi majlis Haikal". Antasya berpusing beberapa kali dihadapan Tengku Dayren. Sengaja ingin mengacau Tengku Dayren. Gila ke nak pakai baju ini keluar. Walaupun dia free hair baju ini bukan minatnya.

Dia beli baju ini pun atas pesanan Dyah.

"Kau kalau dengan suami pakai tu jangan tutup-tutup sangat. Open youself to your husband. Kita sebagai isteri kenalah buat suami kita rasa tak bosan dengan kita. Iya tak dinafikan kalau dah sayang yang buruk pun akan jadi cantik. But girl, kita kenalah pandai buat diri kita menarik dekat mata suami. Barulah suami takda alasan untuk tak stay dengan kita, faham?".

Teringatkan pesanan itu, Antasya cuba untuk memakai lebih terbuka. Bukan apa pun, hanya beri kehangatan dalam hubungan antara dia dan Tengku Dayren. Biar menarik lelaki itu melihatnya.

"Don't you dare sayang...". Tengku Dayren bangun dari duduknya. Baju punya seksa begini mahu ditunjuk ke orang lain. Tolonglah, semuanya yang ada pada Antasya hanya kepunyaan dia seorang! Tiada perkataan berkongsi apabila melibatkan Antasya.

"Why? Cantikkan baju ni?". Tengku Dayren yang berada dihadapannya dipandang manja.

"It beautiful if you wear this infront of me. But it will be very ugly if you wear this cloth infront of someone else my dear, abang tak izinkan sayang pakai baju ni depan orang lain". Serius Tengku Dayren berkata. Pinggang isterinya ditarik mendekatinya.

"Kalau macam tu, okay sayang takkan pakai baju ni depan orang lain. But you need to give me your attention, can't you?". Tangannya juga melingkari pinggang suaminya. Kepala didongak ke atas memandangkan Tengku Dayren agak tinggi baginya.

It perfect and cute hight for us tho!

"Anything for you dear, tapi sebelum tu tak boleh abang siapkan satu fail je. Please". Satu fail pun dah cukup mamandai untunya. Yang lain akan dibuat di pejabat esok.

"Hmmm, no! Tak boleh! Malam ni...". Kaki dijongkitkan mendekati telingga Tengku Dayren.

"Malam kita...".

"Dah tak payah nak ngada-ngada, jom tidur, awak manja-manja macam ni nak tidur je sebenarnya kan". Tubuh Antasya ditolak ke arah katil. Antasya hanya mencebik sahaja.

Ceh baru nak manja-manja. Spoil la Tengku Dayren ni!

.
.
.
.

Tengku Dayren memandang sisinya. Si isteri yang sedang tidur nyeyak di beralas lengannya dilihat. Wajah itu dielus lembut. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

Bahagia terasa menusuk ke dalam jiwa.

"Terima kasih hadir balik dalam hidup abang". Pipi Antasya dicium lembut. Sumpah dia bahagia. Orang yang selama ini dia pinta untuk kembali. Sudah datang semula dalam hidupnya.

Antasya Zara, takkan dia lepaskan lagi gadis ini

"Abang...". Suara serak Antasya menyedarkan Tengku Dayren. Dah bangun dah. Terganggu mungkin dengan sentuhan daripada dia.

"Sorry ganggu sayang".

Antasya menggelengkan kepala tanda tidak mengapa. Memang dia terbangun kerana usapan lembut di wajah. Tapi dia tidak memarahi Tengku Dayren.

"Alang-alang sayang dah bangun ni, kita solat sunat nak?". Ajakan Tengku Dayren dibalas dengan anggukan daripada Antasya. Dia suka apabila solatnya berimamkan suaminya sendiri.

Terasa tenang menghadap Illahi. Mungkin suara Tengku Dayren tidak semerdu ustaz-ustaz yang selalu dia lihat. Tapi hanya satu suara ini dapat dapat membawa ketenangan dalam dirinya. Suara imam halalnya.

"Jom, mandi sama-sama". Tengku Dayren bangun dari pembaringannya. Antasya juga sama. Apa salahnya mandi sama-sama. Dapat pahala lagi!

Ehek!

Selesai mandi, Antasya memakai baju tidur yang biasa. Telekung diambil dan dipakai. Baru sahaja dia ingin membentangkan sejadah, Tengku Dayren sudah terlebih dahulu membentangkan sejadah untuknya. Dia hanya tersenyum sahaja.

"Terima kasih".

"Sama-sama kasih".

Posisi diambil. Takbir diangkat. Berimamkan Tengku Dayren, bermakmumkan Antasya. Bersaksikan malam, pasangan itu mengerjakan solat bersama. Indah rasa suasana apabila kedua-duanya hanyut dalam ibadah.

Kesejahteraan dipinta dari yang Esa.

Selesai mengerjakan solat sunat dua rakaat. Berdoa bersama, mereka berdua duduk di atas lamparan sejadah, Tengku Dayren memusingkan badannya. Memandang si isteri yang sedang menunduk wajahnya.

"Taknak salam abang?". Antasya menaikkan wajahnya. Dia bangun mendekati Tengku Dayren. Sejujurnya dia sebak dengan doa yang baru dibaca oleh Tengku Dayren sebentar tadi.

"Ya Allah, kau janganlah putuskan kasih sayangku kepada isterku, dan janganlah engkau hilangkan rasa cinta dalam diri ini untuk isteriku. Sama juga dengan isteriku Ya Allah, kau teguhkan lah hati kami, kau lapangkan lah dada kami menerima segala cabaran dalam hubungan kami. Sesungguhnya, ujian dan dugaan yang kau berikan kepada kami, adalah tanda engkau kasihi kami...."

Cabaran mereka sekarang hanyalah Indah, bakal madunya. Dia sendiri tidak pasti hati akan rela ataupun tidak saat si suami melafazkan akad menggunakan nama Indah nanti. Dia takut dia tidak dapat menerimanya.

Terlalu takut.

"Maafkan saya hubby". Tangan Tengku Dayren digenggam erat tanpa lepas. Wajah ditundukkan kebawah, rasa bersalah perlahan memenuhi ruang hatinya. Kalau seminggu yang lepas, dia kebalkan hati, tapi malam ini diri terasa longlai untuk menerima kenyataan yang dia sendiri benarkan.

Perasaan ini terlalu sakit.

"Takda apa yang perlu sayang minta maaf daripada abang, abang dah maafkan semuanya dari dulu lagi. You are good wife for me". Kepala Antasya diusap perlahan. Tidak ada yang perlu meminta dan memberi maaf. Semua ini hanya kesilapan kecil yang boleh diubah semula.

"Terima kasih hubby, tapi saya betul-betul minta maaf sebab paksa hubby kahwin dengan Indah, perasaan ni yang rasa bersalah jadikan hubby mangsa, I'm sorry again hubby". Kepala diangkat. Mata mereka bertentangan antara satu sama lain.

Air matanya jatuh saat terasa tangan kasar Tengku Dayren mengusap lembut wajahnya. Semakin menebal perasaan tidak rela.

"Abang tak marah, abang cuma terkilan bila sayang benarkan abang kahwin dengan Indah, sayang sendiri tahukan hati abang hanya untuk sayang, abang tak boleh nak paksa hati abang suka pada Indah. Sejak kami bertunang, abang langsung tiada perasaan pada dia. Abang cuma nak sayang sahaja dalam hidup abang. But it okay, kalau itu yang boleh kurang rasa bersalah dalam diri sayang, abang ikutkan, don't worry, I don't blame you at all". Senyuman manis diberikan. Air mata isterinya dikesat menggunakan ibu jari.

Untuk Antasya segalanya dia sanggup. Walaupun terpaksa memberikan kasih kepada perempuan lain.

"Hubby, saya sayang hubby, sayang sangat-sangat". Tubuh lelaki itu dipeluk erat. "Janji dengan saya, hubby akan sayang saya selalu, can't you?".

"Hubby janji". Gelaran yang baru diberikan Antasya digunakan. Hubby? Nice...

"Tapikan sayang, awak ada peluang lagi untuk batalkan perkhawinan ni kalau sayang nak". Biar apapun yang menantu dia sanggup hadapi

Antasya diam di dalam pelukan Tengku Dayren. Memikirkan kembali keputusannya. Dia sudah menabur janji, dan sekarang dia ingin menarik kembali. Sanggup ke dia?

"Sayang, tadi hubby ada dengar nama lelaki sayang sebut, siapa dia?". Haikal, iya itulah nama yang dia dengar tadi.

"Adam Haikal, bekas tunang saya dulu, kitaorang terjumpa dekat mall tadi masa Antasya keluar dengan Dyah". Jujur Antasya berkata, melihat riak wajah Tengku Dayren bertukar, pantas sahaja Antasya berkata.

"Hubby jangan risaulah, saya tak sayang dia dah, hati ni untuk hubby seorang je. Janji!".

"Hubby tahu, dan hubby tak risau pasal sayang, tapi hubby risau pasal dia, macam mana kalau dia nak rampas sayang dari hubby, lagi-lagi hubungan kita sekarang...". Dia risau, dengan hubungan mereka sekarang mudah sahaja untuk Adam Haikal merampas Antasya darinya.

"Hisy hubby, takkan lah saya nak pergi dekat dia, Adam Haikal is my past, dia cuma kenangan lama jelah hubby". Tangannya naik mengusap wajah Tengku Dayren.

"Hubbykan future saya, datanglah seribu Adam Haikal pun, Tengku Dayren seorang ni jugak saya nak. Jadi hubby jangan fikir bukan-bukan okay. InsyaAllah hubungan kita takkan terputus, selagi ada kasih dan sayang dalam hati saya, hubby tetap akan jadi nombor satu". Manis dan romantis Antasya berkata. Dia tidak mahu bebankan lagi fikiran Tengku Dayren yang sudah sememangnya terbeban.

Jujur dia juga terkejut dengan kehadiran Adam Haikal di pusat beli-belah tadi. Ingatkan ilusi rupanya nyata. Lelaki itu menipunya hidup-hidup. Memang tak lah dia nak terima lelaki itu kembali. Lagipun hatinya sudah ada Tengku Dayren. Untuk apa terima yang lain kalau yang nyata sudah ada

"Hubby percayakan sayang..".

"Terima kasih". Mereka berbalas senyuman antara satu sama lain sebelum Antasya kembali meletakkan kepalanya di dada Tengku Dayren.

Malam dibiarkan berlalu, mereka menikmati malam yang tenang bersama. Berharap agar hati tabah menerima ujian yang akan mendatang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

1739

Done satu bab! Rasa-rasanya korang nak lagi tak scene Adam Haikal?

Apapun terima kasih yang sudi baca cerita ni. Sis hargai sangat!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro