𝓑𝓐𝓑 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Amaran!

Bab kali ini ada perkataan yang kurang sedap untuk didengar. Banyak kata carutan yang tak boleh guna untuk kehidupan seharian.

Jangan tiru atau ikut ayat yang tidak elok okay. Dan siapa yang tak selesa dengan part abuse yang ada dalam bab ini maafkan saya ye. Ini semua hanya cerita.

Lagi sekali. Maaf semuanya...


"Aku terima nikahnya Indah Farha binti Dato Syamsol dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai". Lancar dan jelas kedengaran suara penggantin lelaki mengucapkan akad. Para hadirin disitu semuanya mengucapkan syukur saat para saksi sudah mengatakan sah pada pasangan ini. Tok kadi juga menganggukkan kepala tanda perkhawinan ini sudah menjadi ikatan rapi dan mati antara penggantin perempuan dan lelaki.

Alhamdullilah, satu lagi masjid sudah terbina. Tangan diangkat mendoakan kesejahteraan pasangan dihadapannya ini.

Indah didalam bilik sudah tersenyum-senyum, menahan rasa gembira yang tidak terperi. Rasa bahagia menusup pantas dalam hatinya. Dia dan Tengku Dayren sudah menjadi pasangan halal di pandangan semua. Ah! Bahagia!

"Tahniah Indah, saya harap kita boleh jadi madu yang baik". Tangan Indah dicapai Antasya. Ini mimpi ngeri yang sudah jadi kenyataan. Nafas ditarik sedalam yang mungkin, kemudian dilepaskan perlahan, semuanya sudah jadi, tiada kata menyesal sekarang.

Bangun Antasya! Ini bukan mimpi, ini kenyataan yang kau harus terima dengan hati yang luas. Semua ini keputusan kau, tolong jangan menyesal hati.

Indah juga menggengam tangan Antasya. Senyuman manis dihadiahkan kepada madunya. "Terima kasih Antasya sudi terima saya jadi sebahagian daripada keluarga awak".

Saat pintu ingin dibuka dari luar. Antasya memejamkan matanya, tangan mengenggam erat tangan Indah. Ya Allah, tak sanggupnya hati untuk lihat suami sendiri sarungkan cincin pada perempuan lain. Tabahkan aku Ya Rabbi.

"Assalamualaikum...". Suara itu membuatkan Antasya membuka kembali matanya. Itu bukan suara suaminya, besar matanya melihat bukan Tengku Dayren yang masuk ke dalam. Kenapa lelaki ini pula yang masuk?

"Abang Dyler?". Satu senyuman nipis diberikan kepada Antasya apabila terdengar gadis itu memanggil namanya. Iya dia yang akan menyarungkan cincin pada isteri yang baru dinikahi sebentar tadi. Indah Farha binti Dato Syamsol sudah halal untuk dirinya.

Kejutan bukan?

Langkah dibawa rapi ke arah Indah. Diri melutut dihadapan gadis itu. Saat mata dia dan Indah bersatu, gadis itu bagai ingin mengalirkan air mata, mulutnya seperti ingin berkata sesuatu, Namun diabai Dyler, ini bukan masa yang sesuai untuk mereka berkata apa-apa

Tangan si isteri diambil, cincin yang diberikan Tengku Dayren kepadanya diambil dan disarungkan di jari manis Indah. Ini sebagai tanda, gadis ini sudah dimiliki, dimiliki oleh dia, Dyler Adiel bin Tan Sri Dilan

Cantik dan sempurna... Ya Rabbi semua ini keputusan yang benar bukan? Atau ini hanya kesilapan di masa depan? Buntu, iya dia buntu. Namun semua itu tidak penting lagi, perahu sudah terlajak jauh, mustahil untuk patah kembali, akad sudah diucapkan, tiada kata penceraian yang dia inginkan dalam perkhawinan ini.

Tubuh bangkit sedikit, ubun-ubun Indah dicium lembut, penuh syahdu, mata dikatup seketika menghayati suasana. Suasana baru untuknya.

Hanya masa depan menjadi hala tuju, jika benar kau bimbingkan kami Ya Tuhan, jika salah aturan kami ini, kau pisahkan kami dengan cara yang terbaik. Aku sebagai hamba berserah kepada Mu, hanya kepada Mu Ya Rabbi. Aku serahkan perkhawinan ini kepada Mu

Antasya juga hampir mengalirkan air mata. Hatinya betul-betul tertanya bagaimana penggantin lelaki boleh tertukar? Matanya mencari figura si suami, meminta jawapan yang pasti, saat mata mereka bertembung, Tengku Dayren menghadiahkan senyuman paling manis buat si isteri.

Tiada kata dia boleh ucapkan lagi. Semua ini berkat kemunculan Dyler yang tepat pada waktunya. Jika ada perkataan yang lagi berharga daripada terima kasih, sudah pasti kata itu menjadi kata-kata yang akan melekat dibibirnya untuk Dyler hari ini. Kerana lelaki itu, perkhawinannya diselamatkan.

Pertolongan yang dia sendiri tidak pernah sangka.

Menggigil tangan Indah menyarungkan cincin di jari manis lelaki yang sudah bergelar suami dihadapannya. Apa yang terjadi? Bagaimana penggantin boleh berubah? Bukankah Tengku Dayren yang sepatutnya berkhawin dengannya hari ini?

Kenapa? Kenapa semua ini tidak mengikuti apa yang dirancang! Tak adil!

"Penggantin lelaki dengan perempuan bolehlah turun ke bawah, kita tangkap gambar dekat bawah". Arahan daripada Puan sri Wardah membuatkan mereka tersentak. Antasya bangun dari duduknya disebelah Indah, tangan suaminya dicapai apabila Tengku Dayren menghulurkan tangannya.

"Kita bicang sekejab lagi, tolong jangan buat hal". Bisikan di telingga Indah membuatkan gadis itu pantas mencapai tangan yang dihulur Dyler kepadanya. Mereka berjalan berpimpin tangan menuju ke ruang tamu. Semua mata memandang ke arah mereka, membuatkan Indah mengenggan erat tangan Dyler.

Entah kenapa dia gugup. Ini kah perasaan orang yang baru kahwin? Terasa lain

"Duduk dekat pelamin sana". Arahan daripada Puan Sri Wardah lagi sekali diikut teguh mereka berdua. Dulang hantaran diberikan kepada pasangan penggantin. Sebagai tanda adat sudah diikuti. Berbalas dulang antara penggantin lelaki dan perempuan.

Sesi bergambar juga diadakan, semua tidak melepaskan peluang daripada bergambar dengan pasangan baharu itu. Indah tidak lepas tangannya menggengam lengan si suami. Dia rimas pula, para tetamu berhimpit dengan mereka.

Sesak

Terasa ada tangan menjalar di pinggangnya menariknya rapat ke arah lelaki itu membuatkan dia menoleh memandang Dyler disebelah. Perlu ke dia gembira berkhawin paksa begini?

Tidak tahu, dia sendiri tidak tahu apa emosi yang patut dia berikan, lelaki ini yang dia kenal dua hari lepas memang betul-betul mendatangkan rasa takut dalam diri. Perkataan yang dikeluarkan dua hari lepas ingatkan sekadar amaran, rupanya menjadi kenyataan.

"Ingat, jangan bantah walau apapun jadi antara aku dengan kau".

"Daddy..". Seruan Dyler membuatkan dia kembali ke alam nyata, lelaki yang mungkin sebaya dengan ayahnya berada dihadapannya. Manis senyuman yang dia paparkan. Tidak semena-mena senyuman juga timbul di wajah Indah.

Alangkan bahagianya jika ayahnya juga akan tersenyum manis begitu kepadanya setiap masa. Tidak ada rasa tertekan dalam dirinya jika ada seorang lelaki bergelar ayah menjadi pelindungnya.

"Hey sweetie pie, you look gorgeous honey, welcome to the family". Kepala Indah diusap Tan Sri Dilan. Seaakan tidak percaya anak lelaki tunggalnya ini sudah sah menjadi suami orang. Tiada lagi yang tinggal, semua anaknya sudah berpunya.

"And you, kalau daddy dengar you sakitkan hati menantu daddy, daddy crack you tulang, faham?". Dalam nada lembut Tan Sri Dilan memberi amaran. Dyler sekadar mencebik bibir sahaja.

Siapa anak, siapa menantu ni? Awal-awal dah rasa terpinggir. Not fair!

"Tunggu, Antasya nak masuk jugak". Dyler ditolak ketepi, terlepas tangan Dyler dari genggaman Indah. Lengan Tan Sri Dilan dicapai dan dipeluk, Indah yang kaku ditarik sama memeluk sama lengan kanan Tan Sri Dilan yang sedang berdiri di tengah

Indah hanya mengikut sahaja. Lengan Tan Sri Dilan dipeluk erat. Rasa ini sangat menyenangkan. Senyuman terukir manis lagi diwajahnya. Sudah lama rasa perasaan ini hilang.

Dyler pula berdiri dibelakang Indah, tangan gatal sahaja mahu memeluk pinggang si isteri, seronok pula ada orang nak peluk.

Haha, tahu hambar, apa kisah, janji hati suka. Korang ada ke?

"Dayren sini, kenapa berdiri je dekat situ". Tan Sri Dilan memanggil menantunya lagi seorang. Bolehlah dia letak gambar ini di dalam pejabatnya nanti

Gambar paling bahagia yang dia punya selain gambar isterinya. Darlin kalau awak ada lagi sekarang mesti semuanya akan kelihatan sempurna. Tapi sayang awak dah pergi dulu, takpa sayang, saya akan jaga kedua-dua anak kita sebaik mungkin.

Tangan dilepaskan daripada pelukan kedua-dua gadis itu. Bahu Antasya dan Indah dipeluk erat. Dua ini akan menjadi perempuan paling penting dalam hidupnya. Menggantikan tempat si isteri yang sudah dulu menghadap Ilahi.

"Perfect!". Jurugambar yang bertugas hanya tersenyum melihat keluarga dihadapannya ini. Kelihatan bahagia. Gambar ditangkap sebanyak yang mungkin, mengabadikan kenangan terindah.

Majlis berjalan lancar sehingga tetamu semakin surut. Dyler juga melayan sahaja tetamu yang hadir, kebanyakkannya memang dia kenal, kerana tetamu yang dijemput Tengku Dayren adalah orang-orang kenamaan yang pernah berkerjasama dengannya.

"Saya nak kahwin dengan Tengku Dayren, kenapa awak pulak yang kahwin dengan saya?". Bahu Dyler ditolak sedikit kasar oleh Indah, Pertanyaan diberikan Indah sebaik sahaja mereka menjauh sedikit daripada para tetamu.

"Kenapa? Kau dah kemaruk sangat ke nak kahwin dengan laki orang? Cukup baik aku ganti tempat Tengku Dayren, daripada kau malukan diri kau sendiri". Tenungan si isteri dibalas tenang. Tidak sedarkah Indah, dia hampir menjadi penghalang dalam satu hubungan yang halal?

"Iya memang saya kemaruk, saya kemaruk nak kahwin dengan laki orang! Saya tak malukan diri saya, Tengku Dayren sendiri nak kahwin dengan saya!".

"Kau nak bina hubungan atas air mata orang lain, dalam hati kau dah takda perasaan simpati ke? Antasya isteri sah dia, kau rasa dia rela ke bermadu dengan kau?".

"Antasya! Antasya! Antasya! Semuanya nak jaga hati perempuan tu! Kenapa!? Apa yang hebatnya dia!". Tengkingan Indah membuatkan Dyler terus sahaja menutup mulut gadis itu. Pandangan tajam diberikan, nasib sahaja mereka jauh daripada tetamu.

"Hebatnya dia, dia sanggup relakan hati dia sakit sebab nak selamatkam maruah kau, sekarang ni kau dah takda guna nak memekak pasal perkhawinan ni, kau dengan aku dah kahwin dah pun". Tegas suara Dyler berkata. Tangan masih di mulut Indah.

"Kau tak payah serabutkan fikiran kau lagi dengan Tengku Dayren, cukup dengan lelaki tu, kau aku punya sekarang, faham". Tangan dilepaskan, Dyler melangkah pergi dari situ. Kembali masuk ke dalam rumah melayan tetamu.

"Tapi aku taknak kau...". Indah memandang tajam ke arah Dyler. Ahhh! Kenapa semua ini terjadi!

.
.
.
.

"Indah, lepas hantar suami kau, masuk bilik bacaan aku, ada benda aku nak cakap dengan kau". Indah yang baru sahaja ingin melangkah naik terus sahaja terhenti langkahnya. Dyler juga sama.

Mereka bermalam di rumah mertuanya. Esok pagi-pagi mereka akan bertolak untuk majlis bersanding belah perempuan yang akan dilakukan di sebuah hotel ternama. Belah lelaki akan diadakan sebulan dari sekarang memandangkan penggantin sudah bertukar.

Sepatutnya petang tadi jika Tengku Dayren yang menjadi penggantinnya . Tapi dibatalkan majlis petang tadi kerana Tan Sri Dilan ingin buat di Italy. Keluarga besarnya memang semuanya tinggal di Italy dan negara lain. Ada sebuah atau dua sahaja keluarga yang tinggal di Malaysia. Sebab itu Daddynya mahu rancang sebaik mungkin untuk majlis bersanding belah lelaki.

Dyler tidak mahu membantah. Salah dia juga kahwin tergesa-gesa begini. Akad nikah pun di rumah orang lain.

"Ba... Baik ayah". Indah menjawab. Tangan Dyler dicapai dan dibawa melangkah naik ke atas. Biliknya dituju.

"Kenapa takut sangat dengan ayah?". Dyler bertanya. Nampak gugup sahaja gadis ini.

"Ma... Mana ada, awak mandilah dulu, saya nak jumpa ayah". Dyler sekadar mengangguk sahaja. Nafas ditarik Indah sebelum keluar daripada bilik tidurnya meninggalkan Dyler.

Perlahan kaki menapak ke arah bilik bacaan Dato Syamsol. Diketuk beberapa kali sebelum masuk

"A... Ayah panggil Indah?". Kepala ditundukkan, tidak berani bertentang mata dengan Dato Syamsol. Tangan menguis satu sama lain. Takut menyelubungi diri.

"Kau tahu tak sebab kau, aku malu harini! Hampir semua kawan-kawan aku bahankan aku, kata aku penipu, siapa jantan tu! Kenapa dia yang kahwin dengan kau!". Suara tengkingan Dato Syamsol membuatkan Indah semakin kuat menggengam tangannya. Mata ditutup, nafasnya menjadi tidak teratur.

Ini yang dia benci...

"In... Indah tak tahu. Indah ... Tak ... Tak kenal siapa dia".

"Reputasi aku musnah sebab kau! Anak tak guna! Dari dulu engkau ni langsung tak pernah menyenangkan aku! Bodoh! Penat aku rancang supaya orang bunuh isteri si Dayren tu untuk kau dapatkan jantan tu! Alih-alih harini kau kahwin dengan jantan lain pulak! Bangsat punya anak!". Segala cacian diberikan Dato Syamsol kepada Indah.

Penat sahaja dia rancang semuanya tapi Indah hancurkan segalanya! Fail yang ada di atas meja diambil dan dicampak geram pada Indah. Nasib sahaja gadis itu berjaya mengelak.

"Indah mintak maaf ayah...".

"Maaf? Kalau maaf kau dapat kembalikan nama baik aku, aku terima! Tapi ini tidak! Kau memang tak guna! Engkau memang tak guna Indah!".

Pang

Satu tamparan hingap di pipi Indah. Air mata Indah jatuh, sakit, sumpah sakit, bukan wajahnya tapi hatinya sakit. Setiap kali rancangan ayahnya tidak menjadi dia yang harus menjadi mangsa pukulan tidak berperikemanusian ayahnya. Setiap kali!

Kenapa dia!?

Pang

Lagi sekali, wajahnya ditampar, Indah terjatuh. Kuat sungguh tamparan Dato Syamsol diwajahnya kali ini.

"Sa.. sakit ayah". Rayuan cuba digunakan. Meminta sedikit simpati daripada ayahnya.

"Tahu kau sakit! Hati aku lagi sakit la anak bangsat! Jalang! Tak guna! Sepatutnya aku bunuh sahaja engkau bila kau lahir dulu! Aku tanam kau hidup-hidup dalam tanah. Biar kau mampus tak menyusahkan aku!". Cemuhan yang menyakitkan dikatakan Dato Syamsol. Tubuh Indah dipukul menggunakan tali pinggang yang dicabut dari seluarnya.

"Tak guna! Menyusahkan! Mampus kau betina jahanam!". Pukulan demi pukulan hinggap di badan Indah. Tangisan dan rintihan Indah tidak dipedulikan. Diabaikan sepenuhnya.

"Sakit ayah! Sakit!".

"Kau memang patut aku ajar!".

Datin Maimon yang baru masuk ke dalam bilik itu hanya menggeleng kepala sahaja melihat anak daranya dipukul didepan mata. Cawan di tangan diletakkan di atas meja kerja suaminya

"Dah-dah la tu abang, laki dia ada dekat luar tu, karang dengar dek Dyler tu habis abang". Nasihat si isteri diambil. Tangan yang galak memukul tadi berhenti serta merta.

Indah menjauhkan dirinya daripada Dato Syamsol. Memeluk tubuhnya sendiri. Pedih dan luka sebatan dari ayahnya tadi hanya mampu ditahan sahaja. Sakit... Hanya perkataan itu yang ada di dalam dirinya.

Iya dia sakit.

"Kau jangan mengadu dengan laki kau ye! Aku tahu siap kau! Dah pergi masuk bilik kau!". Halau Dato Syamsol. Air yang dibawa isterinya diambil dan diminum seperti tiada apa yang berlaku.

Keji, kejam dan sial! Kata-kata itu bergema dalam hati Indah.

Gadis itu pantas sahaja bangun dari duduknya. Sakit ditepikan, perlahan dia berjalan ke arah biliknya. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia lihat Dyler sedang duduk sambil menghadap telefonnya.

"Lama pergi bilik ayah, buat apa?". Dyler bertanya apabila melihat susuk tubuh isterinya masuk ke dalam bilik.

"Ayah.. ayah ajak borak tadi, saya mandi dulu". Towel dicapai, cepat-cepat dia meloloskan diri masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik air dikunci. Wajahnya dilihat di dalam cermin

Ada kesan merah-merah, mungkin akibat daripada tamparan yang dia terima daripada Dato Syamsol sebentar tadi. Air matanya mengalir lagi.

Inilah kehidupannya, tidak pernah ada kata tenang, dia benci rumah, dia, benci Dato Syamsol dan Datin Maimon. Dia cuma ada Hairi. Iya cuma Hairin, abangnya itu.

"Aku benci semua!". Sumpah dia benci!

Gaun penggantin dibuka, tubuh dimasukkan dalam tab mandi. Mata dipejam. Cuba membuang apa yang berlaku sebentar tadi. Luka yang sakit terkena air dibiarkan. Sudah biasa dengan keadaan ini.

Biar-biar semuanya berlalu...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

2245

Sis tak tahu sangat pasal kahwin-kahwin ni, adat-adat masa kahwin semua sis tahu yang biasa-biasa je. Baca dekat goggle lagi memeningkan kepala sis. Jadi sis main buat je. Maaf kalau salah, harap semuanya okay dengan bab kali ini.

Kata-kata kesat yang ada dalam bab ini sangat banyak. Sis harap readers tak ikut ye perkataan kurang elok yang ada dalam bab ini.

Lagi sekali maaf ye semua...

Love

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro