𝓑𝓐𝓑 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Cantiknya penggantin perempuan". Bukan sikit, berlambak pujian yang diterima Indah sejak kakinya melangkah masuk ke dalam dewan mewah yang sudah terhias sempurna untuk majlis perkhawinannya. Cukup rimas dia mendengar pujian yang seakan tidak ada kata berhenti dari para tetamu yang hadir.

Inipun kaki sudah penat melangkah mengelak dari bertembung mata dengan para tetamu. Dyler juga sudah hilang entah kemana. Dia sendiri tidak pasti. Lebih baik lelaki itu tidak ada, cukup semalam dia ditangkap ingin bunuh diri di dalam bilik mandi.

Terasa pergelangan tangannya digenggam, Indah pusing memandang ke belakang untuk melihat siapa yang memenggangya. Saat mata bertatap dengan mata dingin milik suaminya. Tangan direntap kasar. Ah memyemak!

"Kenapa kau sentuh aku? Bukan kau jijik ke dengan aku?". Masih terpahat kemas diingatan setiap perkataan yang dilontarkan lelaki ini kepadanya. Hebat! Cukup hebat sehingga mengguris perasaan yang selama ini tidak pernah berdarah

Tak guna.

"Aku mengaku kata-kata aku semalam melampau, maafkan aku, aku cuma risau". Bersalah, iya dia bersalah kerana mencaci gadis ini. Tapi bukan salahnya juga, hampir ribut hatinya saat melihat wajah isterinya ini sudah 'hilang' di dalam tab mandi.

Nasib sahaja dia perasan Indah terlalu lama di dalam bilik mandi. Kalau tidak mungkin sekarang bukan majlis perkhawinan yang sedang berlangsung. Majlis tahlil untuk Indah agaknya sedang terjadi.

"Risau? Risau sampai mencaci jijik dengan aku? Kau tak berguna jadi laki aku Dyler. Kau dengan aku sikitpun tak serasi". Dada Dyler ditolak kasar dengan tangannya. Makin dia ingat dengan cacian yang dilontar semakin berdarah hatinya.

Bodoh punya hati! Selama ini kau dipukul dicaci oleh orang tua tak guna itu, sikitpun kau tak berkutik, kenapa masa lelaki ini mencaci sikitpun kau sudah terasa? Bodoh!

"Aku risau tengok isteri aku hampir mati depan mata aku! Otak aku tak waras, dengan kau dia jadi beku, hati aku sakit tengok kau cari nafas untuk hidup semalam. Aku... Aku caci untuk hilangkan risau pada kau!". Tangan Indah yang sudah digenggam dibawa ke dada.

"Jantung ni berdegup kencang tengok kau berlawan untuk hidup semalam". Lemah Dyler berkata, wajah ditundukkan, memang tipu jika dia kata sikitpun dia tidak terpikat dengan Indah, gadis ini sudah sah dengannya, mustahil untuk dia menidakkan perasaan yang semakin bercambah.

Saat akad terlafaz dari bibirnya, saat mereka menjadi suami dan isteri yang halal, hatinya sudah tertekad untuk menyayangi. Kenapa? Kerana dia juga sudah jatuh dalam perangkap cinta. Perasaan sempurna yang tidak dapat dielakkan.

"Dusta! Dengan perkhawinan yang kau sendiri tak rela, kau nak kata kau jatuh cinta dengan aku? Sumpah kau dusta!". Tangan lagi sekali ditarik kasar. Dia rimas, dia sakit, diri terasa jijik, lontaran perkataan yang diterima semalam semuanya membuatkan dirinya memilih mati. Baik dia pergi, jiwa tidak perlu terseksa dengan cacian lagi

Cacian Dyler seakan pedang yang terasah sentiasa. Tajam dan menikam, terbelah hatinya seakan tidak mampu untuk bercantum kembali. Dia cuma ingin pergi melepaskan dunia yang terasa tidak adil untuknya.

"Tak ada yang dusta, kau yang menidakkan apa yang cuba aku sampaikan, kau sedar aku tak sengaja, tapi kau tutup mata sebab kau benci aku kan!? Hati kau masih pada Dayren". Nada ditahan, tidak mahu menarik perhatian sesiapa. Namun dia tidak boleh menafikan, hatinya kecewa dipanggil dusta. Dusta ke dia hanya kerana risau pada yang halal?

"Iya! Memang hati aku masih pada Dayren! Kau yang tiba-tiba menyimpang masuk dalam hubungan aku dan dia! Kau punca segalanya!". Kali ini bahu Dyler pula ditolak kasar. Lebih baik jika lelaki ini berambus dari pandangannya.

Pedihnya hati memang tidak dapat diubat lagi

"Kau memang sayang ke dengan jantan tu?". Tertahan, sebolehnya nada suara tidak dibesarkan. Namun nada suaranya sudah keras menahan marah yang sudah bermaharaja dalam diri.

"Iya memang aku sayang dia!".

Dyler memejam matanya, tangan sudah digempal, amarahnya sudah naik ke kepala. Dinding disebelah menjadi mangsa tumbukannya. Sakit, memang sakit tangannya namun tidak setaraf dengan sakit di hatinya.

Kenapa susah sangat untuk Indah terima mereka sudah bersama?

"Abang Dyler, kenapa ada dekat sini, Indah pun, ramai cari korang berdua". Suara Antasya yang mencelah membuatkan keduanya memandang ke arah gadis itu. Tangan Dyler turunkan, tidak mahu Antasya tahu mereka sedang bertengkar.

"Abang nak pergi tandas tadi, terserempak dengan Indah, dia kata kaki dia sakit pakai kasut tumit tinggi kan". Senyuman manis diukir paksa di bibirnya. Pinggang Indah ditarik merapat.

"Ingat apalah tadi, kaki Indah sakit lagi ke?". Antasya bertanya, mata memandang pasangan dihadapannya itu menunggu jawapan dari empunya tuan.

"Sakit sikit, kejab lagi Indah masuk, Antasya pergilah masuk dulu dewan". Perlahan dia juga mengukir senyuman. Tangan cuba meleraikan pelukan erat yang diterima daripada Dyler. Sakit dicengkam kuat begitu.

Dyler juga tiada beza dengan orang tua itu. Dua-dua hanya menyakitkan dirinya. Benci!

"Okaylah kalau macam itu, Antasya masuk dewan dulu, kalau Indah sakit bagitahu je dengan Antasya, nanti Antasya ambilkan selipar ataupun kasut yang selesa Indah pakai". Indah mengangguk beberapa kali, tangan Dyler di pinggangnya sedaya upaya cuba ditolak

"Antasya pergi dulu". Hilang sahaja Antasya dari pandangan mereka berdua. Dada Dyler ditolak kasar oleh Indah, pandangan jijik diberikan. Dengan Antasya boleh pula bercakap selembut itu.

Dengan dia? Huh, hampeh!

"See? Kalau nak dibandingkan kau dengan Antasya, aku sanggup jauhkan langit dengan bumi untuk tunjuk betapa tak layaknya kau dengan Antasya untuk lelaki yang kau puja-puja tu". Rahang Indah dicengkam, tidak terlalu kuat, hanya ala kadar sahaja.

"Jadi jangan berangan nak jadi Antasya, kalau kau sendiri tak boleh nak jadi seindah nama kau, kau langsung tak layak, masuk dewan, tak payah nak tunjuk rajuk kau dekat sini, tak ada siapa nak layan". Dyler memulakan langkah menuju ke dewan kembali, namun langkahnya terhenti apabila Indah tidak mengikutinya. Tubuhnya pusing kembali memandang Indah

"Siapa kata tak ada orang nak layan rajuk aku? Jangan sampai kau sendiri makan hati". Sinis Indah berkata. Lagi-lagi dibandingkan. Dan lagi- lagi dia yang kalah. Fedap

"Makan hati dengan kau?" Dyler tersenyum nipis. Perlahan gelaknya keluar dari mulut.

Indah berjalan mendekati Dyler, tali leher lelaki itu ditarik mendekat dengan wajahnya, dekat sangat dekat sehingga terasa deruan nafas mereka. Dyler terdiam, terlalu rapat sehingga dia tidak tahu ingin beri reaksi apa.

"Jangan sampai kau makan hati tengok isteri kau ramai yang sudi memujuk". Wajah Dyler diusap perlahan lalu dicengkam rahangnya perlahan.

"Bukan Tengku Dayren seorang sahaja lelaki dalam hidup aku Dyler Adiel, berlambak yang sudi lap air mata aku selain daripada tangan kau". Cengkaman dilepaskan, dia berjalan mendahului Dyler menuju ke dewan yang sedang kaku berdiri.

Hancur rancangannya ingin lari dari bertentang mata dengan para tetamu. Dyler memang pemusnah! Benci kau!

Dyler terdiam, dalam diam, tangan sudah sedia menggepal penumbuk. Banyak? Huh, tak akan dia izinkan satu pun tangan jantan lain hinggap di fizikal Indah. Miliknya hanya milik dia.

Langkah dimulakan kembali, mengikut Indah dari belakang menuju ke dewan. Hati masih panas lagi.

.
.
.
.

Tengku Dayren menghentikan perbualan apabila lihat mata lelaki dihadapannya ini langsung tidak tertuju kearahnya. Nak gelak terasa berdosa pula, sudahlah abang ipar Bahu Dyler ditepuk perlahan. Dyler memandang

"Kenapa?"

"Kalau kau nak pergi dekat isteri kau, cakap jelah, kau bukannya tahanan aku untuk berborak dengan aku dekat sini". Air ditangan dibawa ke bibir. Perlahan air masuk ke dalam mulutnya, sejuk sahaja lalu di kerongkongnya.

"No, it okay, cakap jelah apa kau nak cakap, aku dengar". Dalam perkataan yang baru dilontarkan sebentar tadi sikitpun dia tidak maksudkan. Jika ikut hati yang sedang membara ini, nak sahaja dia melangkah ke arah Indah. Menarik jauh Indah daripada kumpulan lelaki yang berkumpul di sisi gadis itu.

Hati lelakinya membara dengan cemburu. Banyak yang dimaksudkan Indah memang betul-betul banyak. Bukan main-main

Tengku Dayren ketawa, kepala digelengkan, bahu Dyler ditolak sedikit.

"Pergilah, aku tahu kau nak pergi dekat Indah, aku nak cari bini aku, nak balik, dah lama sangat aku dekat majlis kau". Air dihabiskan, cawan diletak di atas meja kosong, adalah nanti pekerja catering ambil nanti.

"Hati-hati, esok aku jumpa kau dekat office, ada benda aku nak tanya pasal Indah". Mereka berjabat tangan, seusai berjabat, Dyler membawa langkah ke arah Indah. Tengku Dayren pula melangkah ke arah lain mencari si isteri.

Saat matanya ternampak si isteri yang sedang bermanja dengan Tan Sri Dilan senyuman di bibir terukir, mesti Antasya rasa sunyi, iyalah keluarga isterinya itu masih dia tidak dapat kesan dimana.

Entah hidup, entah mati, tidak dapat dia pastikan

"Tan sri". Tangan dihulurkan kearah Tan Sri Dilan. Disambut mesra lelaki tua itu. Manis wajahnya terhias dengan senyuman.

"Jangan panggil Tan Sri lah Dayren, panggil je Daddy, I'm really pleasure if you call me that".

Tengku Dayren senyum dan mengangguk. Tanda bersetuju. "Kalau Daddy tak kisah, Dayren nak bawa Antasya balik, petang nanti Dayren ada hal sikit". Sopan dia meminta.

"Bawaklah, budak ini memang dah penat dah, itu jadi manja sangat ni, menunggu je kamu kata nak bawa dia pulang". Hidung Antasya yang sedang memeluk tubuhnya dicuit lembut. Manjanya lain macam.

Tengku Dayren ketawa perlahan, tangan dihulurkan ke arah Antasya, pantas sahaja gadis itu menyambut. Pelukan di tubuh Tan Sri Dilan dilepaskan.

"Daddy, Antasya balik dulu okay, nanti bila Daddy nak balik Italy call Antasya dulu tau, nak peluk cium bagi tak rindu". Pesanan diberikan. Rasa tidak mahu lepas sahaja. Tapi Tengku Dayren lagi penting untuknya.

"Kalau rindu, datanglah Italy, kedatangan you dear sangat dialu-alukan, Daddy pun rindu you jugak tau dear".

"I will tapi bukan sekarang, tunggulah Dayren tak sibuk ke, nanti Antasya datang jenguk Daddy, bolehkan hubby?". Dia memandang Tengku Dayren, minta persetujuan.

"Boleh je, nanti bila Dayren tak sibuk, Dayren bawa Antasya ke Italy jenguk Daddy dekat sana, lagipun bulan depan memang kena kesana pun, majlis belah lelaki dekat sana kan?".

"Betul tu, bulan depan, you guys memang kena balik ke Italy, kalau boleh awal sikit ye, Daddy kurang pandai pasal persiapan kahwin ni. Daddy nak minta Antasya ni tolong tengok-tengokkan".

"Tak ada masalah Daddy". Tengku Dayren bersetuju, nanti dia kemas kini balik jadualnya. Bolehlah juga mereka berjalan di sana sehari dua.

"Okaylah kalau macam tu, kitaorang balik dulu". Lagi sekali tangan disua, Antasya juga sama menghulurkan tangan. Sempat wajah tua itu dicium sekilas.

Mereka berjalan keluar daripada dewan, Antasya menyandar di bahu suaminya, tangan bergandingan antara satu sama lain. Berjalan tanpa menghiraukan mata yang memandang. Penat menjengah diri secara tiba-tiba.

"Penat sayang?". Tangan kiri naik mengusap sekejab kepala si isteri. Anggukan kecil yang diterima membuatkan Tengku Dayren tahu keadaan isterinya.

"Saya masih tertanya, kenapa abang Dyler sanggup nak gantikan hubby, dasarkan dia pun dah ada yang nak". Rasa bersalah masih terasa dalam diri apabila semalam Tengku Dayren menceritakan keadaan sebenar. Rasa bersalah makin membesar apabila dia terima panggilan daripada Dr Humayrah, kawan baik Dyler yang dia tahu

Menangis gadis itu apabila dia baca berita tentang Dyler yang sudah menikah dengan orang lain. Katanya, dia baru sahaja ingin memulakan hidup bersama dengan Dyler. Bertambah-tambah rasa bersalah yang hadir.

"Dia sayangkan awak, itu je dia kata". Tengku Dayren berkata jujur apa yang diberitahu Dyler kepadanya semasa dia bertanya lelaki itu alasan ingin menggantikan dirinya untuk perkhawinan dia dan Indah.

"Kesian Dr Humayrah, she really love abang Dyler, end up jodoh tiada antara mereka. Menangis dia call minta kepastian dekat saya semalam hubby". Pintu kereta dibuka untuk si isteri, sebaik sahaja Antasya selesai masuk, dia melangkah ke arah pemandu.

"Kesian dia kan hubby". Tangan Tengku Dayren diambil dan digenggam, badan dibaringkan menghadap ke arah suaminya yang sedang memandu keluar dari kawaan hotel.

"Nak buat macam mana sayang, dah jodoh diorang, kita tak boleh nak halang kan". Antasya dipandang sekilas sebelum kembali memandang jalan didepan. Tangan biar digenggam Antasya.

Antasya mengangguk kepala, mengiyakan apa yang dikatakan suaminya. Jika Dyler tidak menggantikan tempat Tengku Dayren, pasti hidupnya sudah bermadu sekarang. Berkongsi kasih tanpa rela.

Besar betul pengorbanan Dyler untuk dirinya. Sayang Dyler ketat-ketat!

"Tapikan sayang, cuba sayang fikir kalau semalam hubby yang berkhawin dengan Indah, hubby tak rasa kita berdua akan macam ini sekarang kan?". Kereta berhenti di lampu isyarat merah, dia memandang Antasya. Anggukan Antasya membuatkan dia tersenyum

"Sebab itu kita kena percaya dekat Allah, cantik dia buat takdir kita". Hidung Antasya dicuit lembut. Tangan isterinya yang berada dalam genggaman dicium sekilas. Syukurlah Allah masih ingin mereka bersama.

Antasya tersenyum, cantik terlalu cantik takdir menyusun perkhawinan mereka. Sedang melayan perasaan, telefonnya berbunyi. Tangan Tengku Dayren dilepaskan, beg tangan digeledah mencari telefonya. Melihat nama yang muncul membuatkan wajahnya tersenyum

"Hello Dyah".

"Iya! Serius lah!".

"Tahniah! Nanti aku jenguk kau okay, jangan buat kerja berat-berat tau, jaga kandungan kau tu".

"Okay-okay, tahniah tau! Bye". Panggilan dimatikan, senyuman masih tidak lekang di wajahnya. Dia tumpang bahagia dengan berita yang baru dia terima tadi.

"Kenapa sayang, happy semacam je?".

"Dyah mengandung, seronoknya hubby! Mesti nanti baby dia comel kan! Tak sabar nak tengok, nanti kita jenguk dia tau hubby". Teruja dia berkata dengan Tengku Dayren

"Boleh, nanti hubby kosongkan jadual okay?". Antasya mengangguk pantas, namun senyumannya memudar saat kenyataan mula menghimpit diri. Tangan naik mengusap lembut perutnya yang kempis.

"Kan best kalau dalam perut ni ada baby jugak, kan hubby?". Sedih, hati terasa pula dengan ayat sendiri. Setahunya perkhawinan mereka sudah lama, tapi tiada lagi tanda-tanda dia sudah berbadan dua.

"Nanti adalah rezeki kita, sayang jangan risaulah, hubby tak kisah pun pasal anak". Saja dia berkata begitu, ingin menyenagkan hati, jujur dia juga inginkan anak. Tapi keadaan tidak mengizinkan

Antasya pula asyik hilang sahaja darinya, memang jauh kemungkinan untuk mereka memiliki anak. Tapi takdir Tuhan dia tidak tahu, rezeki mereka cepat mungkin, walaupun baru 3 bulan mereka duduk bersama. Duduk yang selayaknya suami dan isteri.

"Hubby taknak ada anak dengan saya ke?". Berkerut dahi Tengku Dayren mendengar soalan isterinya. Nasib sahaja mereka sudah sampai di rumah. Kereta diparkingkan di dalam garaj yang ada.

"Sayang, kenapa cakap macam itu? Mestilah hubby nak ada anak dengan awak".

"Habistu, kenapa hubby macam tak kisah langsung?"

"Sebab hubby taknak awak stress dengan benda-benda macam ni sayang, awak tu sakit lagi, hubby taknak bebankan fikiran awak dengan hal anak, takpalah hubby boleh tunggu". Kepala Antasya dibelai lembut. Senyuman manis dihadiahkan kepada si isteri.

"Hubby ada kerjakan, pergilah nanti lambat, saya masuk dulu". Tangan Tengku Dayren dicapai dan dicium sebelum melangkah keluar daripada kereta. Tengku Dayren ditinggalkan sendirian di dalam kereta.

Entah kenapa, dia terasa... Jiwanya meronta ingin ada nyawa lain dalam rahimnya. Tak boleh mengandung ke dia? Ataupun rezeki sahaja yang lambat turun? Buntu

Takut juga ada, pelbagai fikiran yang kurang senang muncul di benak. Macam mana kalau Tengku Dayren ada perempuan lain di belakangnya? Perempuan yang boleh mengandungkan anak lelaki itu, memberi anak yang memang ditunggu setiap perkhawinan.

Kepala dipukul perlahan, berhenti boleh! Kau yang fikir, aku yang terseksa! Hati ni merana tahu! Duduk diam-diam. Tak boleh ke?

Keluhan kasar dilepaskan. Fedap.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2403

Lepas ni kita beralih romance dekat tengku dayren dengan antasya okay, sikit-sikit je author masukkan part dyler dan indah.

Maaf kalau hambar. Terima kasih sudi baca cerita ni semua. Author hargai sangat

Love

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro