14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Senpai, I'm In Love | JJK

Bab 14

---

"Apabila perasaan sayang mula menyelit, perasaan cemburu pula datang menyusul."

-Jeon SoftlanKook

Aku melangkah tergesa-gesa ke dalam kawasan Universiti Bug Hit. Hari ini aku sudah terlewat ke kuliah gara-gara terlambat membaca emel yang dihantar oleh Mr Bang Shi Hyuk.

Sepatutnya kuliah bermula pada pukul 10 pagi. Entah semangat apa yang merasuk Mr Bang Shi Hyuk untuk mengadakan kuliah lebih awal seperti biasa.

Aku berjalan melulu tanpa memandang langsung ke hadapan. Janji kaki aku laju melangkah dan aku cepat sampai ke dewan kuliah.

Tiba-tiba sahaja, badanku bertembung dengan seseorang. Sepantas kilat aku dongakkan kepala untuk memandang manusia yang sudah aku langgar tanpa belas kasihan itu.

"Maafkan saya. Saya tengah rushing ni. Awak okay ke Cik?"soal seseorang. Suara garau milik lelaki itu membuatkan aku merenung wajahnya buat kali kedua.

Lelaki kacak datang dari manakah ini?

Sungguh ganteng ya amat. 

"T-takpe je. Saya okay."balasku ringkas. 

"Lega saya dengar awak okay je. Saya Kim Namjoon. Nama Cik?"

Pada saat itu, aku seperti sudah terlupa dengan kelewatan aku. Aku tampar pipi aku yang mula terasa membahang kepanasan.

Lelaki yang berada di hadapan aku ini bukan calang-calang orang. Wajah kacaknya menyebabkan mata aku terus terpaku untuk memandangnya lama.

"Saya Park Hae Yoon. Saya minta diri dulu. Ada kuliah sekarang ni."ujarku sebelum bahuku dipegang kemas oleh seseorang.

Eh, siapa pula ini?

Aku menoleh ke arah kiri aku. Bahuku dipegang erat oleh Jeon Jungkook. Bibirnya hanya mengukirkan senyuman tipis. Tidak seperti senyuman lebar yang sentiasa diberikannya kepadaku sebelum ini.

"Cepatlah masuk dewan kuliah. Awak dah lewat Park Hae Yoon."ujar Jungkook bersama iringan nada yang tegas.

Aku sempat menunduk hormat ke arah Kim Namjoon sebelum pergelangan tanganku ditarik oleh Jeon Softlan Kook.

Si Softlan ni pun. Waktu genting jugalah dia nak datang mengganggu detik-detik indah antara aku dan Namjoon.

----

"K-kau menyibuk apehal? Tarik-tarik aku ni. Aku boleh jalan, faham?"protes Hae Yoon.

Jungkook tersentak dengan reaksi Hae Yoon. Senyuman kecil yang tersungging di bibirnya hilang serta-merta. Insiden Hae Yoon terlanggar dengan Kim Namjoon sedikit sebanyak membuatkan dadanya sesak dan sakit.

"Lantak a-awaklah. Saya cuma nak pastikan awak tak lewat. Bye."ujar Jungkook perlahan suaranya.

Jari-jemarinya yang mencengkam bahu Hae Yoon dilepaskan segera. Jeon Jungkook untuk kali pertamanya pada hari itu berjalan menonong meninggalkan Park Hae Yoon bersama hati yang tidak keruan.

Gara-gara sahabatnya bertemu dengan si jejaka kacak yang baru.

-TBC-

A/N:

Update kedua.

Jumpa lagi pada minggu hadapan.

Saya akan fokus untuk update story lain pula.

Terima kasih. 



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro