15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Senpai, I'm in Love • JJK

Bab 15

"Merajuk itu tanda kau sayang."

-Park Jeman 2018

----

"Jangan fikirkan lelaki lembut tu. He's nothing. Hentikan fikiran yang mengarut ni. Ergh."aku berbisik kepada diri sendiri.

Berkali-kali aku menepuk kepalaku walaupun ditegur oleh Min Yoongey.

Lantak, janji aku dapat stop otak aku ni daripada berfikir tentang Jeon Softlan.

Jujur aku dilanda perasaan bersalah. Raut wajah Jungkook yang mendung. Tindakan merajuknya telah menyebabkan aku tidak senang duduk.

"Okay,kelas. Kita berhenti setakat ini."

Mendengar sahaja kata-kata pensyarah yang mengajar untuk sesi kuliah terakhir pada petang itu, aku segera bangun daripada tempat duduk.

Kaki aku dibawa ke luar dewan kuliah dengan kadar laju. Semata-mata ingin bertemu Jeon Jungkook.

---

"Ala, Jungkook busuk masam anak manja mama Jeon. Baju pink kau tak basuh ke? Tetiba tukar angin pakai baju style Abang Jeman. Eceh."

Suara-suara sinis rakan-rakan sekuliah dengannya langsung tidak menjentik hati kecil milik Jeon Jungkook.

Pipinya mengembung disebabkan insiden yang baru dilihatnya pada awal pagi tadi.

"Weh Softlan, ada perempuan gangster nak jumpa kau."

Jungkook segera mengangkat muka. Wajah Park Hae Yoon sahabat barunya itu muncul di pandangan mata.

Jantungnya tidak henti berdegup dengan laju. Hatinya diserang perasaan aneh ketika anak matanya bertemu anak mata Hae Yoon.

"A-apa semua ni? S-saya tak selesa lah. Hati duduk senyap boleh tak?"gumam Jungkook dalam nada yang begitu perlahan.

Gelak tawa rakan sekuliah  sedang sibuk menjadikan Jungkook sebagai bahan ketawa.

Lantas, lelaki berjiwa lembut itu bangun daripada tempat duduknya.

Dia melangkah laju tanpa memandang sedikitpun ke arah Hae Yoon.

"K-kau sombong sangat dah kenapa? Marah sebab hal pagi tadi?"soal Hae Yoon.

Jungkook cuma mampu  mengeluh. Bibirnya mengukir senyuman paksa.

"Takdelah. Saya mana ada hak nak marah sahabat baik s-saya."balas Jungkook.

Hae Yoon mencebikkan bibir. Gadis itu ternyata tidak puas hati dengan balasan yang diberi oleh Jungkook.

Dia tahu Jungkook merajuk dengannya.

"Aku minta maaf sebab aku tengking kau pagi tadi. Lagipun, lelaki yang aku j-jumpa pagi tadi aku baru je kenal. Kau jangan risaulah."terang Hae Yoon panjang lebar.

Hae Yoon menerpa ke arah Jungkook. Lengannya pula dilingkarkan di sekitar leher lelaki itu.

"Ugh huh hahshsjdjs"ujar Jungkook apabila hatinya sudah berdegup kencang dengan kadar yang begitu laju kalah Usain Bolt.

"Alahai, kau sihat ke tak? Tadi merajuk. Sekarang ni, dah macam kena serang dengan makhluk asing. Melalut je kerja kau."

Jungkook membuka mulut. Satu senyuman kekok ditayangkannya bersama barisan gigi yang menawan.

"S-saya gembira Yoon hargai seketul Softlan yang terpinggir macam saya. Terima kasih. Erm Yoon, saya nak tanya something."

Jungkook menarik telapak tangan Hae Yoon untuk ditekapkan ke dadanya.

Hae Yoon membulatkan mata. Mulutnya terlopong luas akibat tindakan drastik Jeon Jungkook.

"Hati saya asyik jadi macam ini. Saya rasa tak selesa. Apa maksudnya, Park Hae Yoon? Erm erm erm ha tengok tu asyik menggila aje degupan jantung ni. Tak suka, tak suka , tak suka!"bebel Jungkook.

Kelopak matanya dikedipkan begitu sakan sekali waktu itu. Kasihan Softlan, jatuh cinta pun tak tahu.

Kasihan juga sama itu Hae Yoon.

Kerana gadis itu adalah punca Jungkook menjadi sedemikian.

-TBC-

A/N:

Hai.

Ada yang rindukan Jeon Softlan tak?

Fuh.

Bersawang dah.

🐒🎈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro