Bab 36🔒

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌻


“Sayang, nak pergi mana?” soal Jungkook dengan riak wajah pelik bila Ariel berpakaian lengkap dengan dress ungu yang sedikit pendek. Matanya menjeling kearah jam didinding, sudah pukul 8:30 malam.

“Ouh, ada birthday party kat Hotel kawan saya malam ni, baru tadi dapat makluman, jadi saya kena pergi. Awak.. nak ikut?” soal Ariel, Jungkook hanya mendiamkan diri seraya merenung Ariel, pakaian gadis itu yang menampakkan lekuk tubuhnya buatkan Jungkook mengetap bibir, tanda tidak suka.

“Dengan.. pakaian macam ni?” soal Jungkook perlahan, Ariel jongket kening. Dia renung dress yang melekat pada tubuhnya. Sepertinya tidak ada yang salah.

“Yup. What's wrong?

“Oh my god, sayang. Awak tanya saya apa yang tak kena?” soal Jungkook balik seraya melangkah menghampiri gadis itu. Wajah Ariel yang tenang dipandangnya.

You're showing too much skin, sayang. Saya tak suka..” ucap Jungkook. Ariel senyum kecil, dia letakkan beg tangannya diatas meja sebelum melingkarkan lengannya pada leher Jungkook. Lelaki itu sedikit terkejut namun tetap mahu bertahan.

It looks fine on me.

But not for me.” balas Jungkook, bahagian bahu Ariel yang terdedah dia pandang sebelum larikan pandangan. Argh! Tolonglah bertahan sekejap! Dengan drastik, Jungkook mengangkat tubuh Ariel lalu didudukkan diatas meja. Dia leraikan pelukan lengan Ariel dari lehernya.

This is too much, okay? Saya tak nak lelaki dalam party tu pandang isteri saya ni lama- lama. Saya tak suka. Your back, your shoulder, your lips is all so seductive. Kalau saya boleh tergoda, macam mana dengan lelaki lain?” ucap Jungkook. Ariel cuma memandang lelaki itu dengan senyuman.

“Kenapa senyum?” soal Jungkook dengan dahi yang berkerut.

“Saya suka dengar awak membebel. Comel..” ucap Ariel, Jungkook ketap bibir sebelum dia alihkan pandangan memandang ke tempat lain. Dia cuma malu ditenung sebegitu.

“Pe- pergilah tukar baju. Saya tak suka tengok awak pakai macam ni. Too much skin

“Tapi saya suka.” balas Ariel dengan sengihan. Laju Jungkook pandang gadis itu semula dan serentak Ariel menarik kolar baju Jungkook lalu mengecup sekilas bibir Jungkook. Lelaki itu terpana dan sedikit terkejut dengan tindakan Ariel.

I'll be fine, Hubby. Jangan risau pasal saya, lagipun dalam party tu majoriti semuanya perempuan. Kalau ada lelaki pun, kawan sekerja saya je.” Ucap Ariel, pipi Jungkook diusapnya perlahan. Lelaki itu mendiamkan diri, dia menyukai panggilan Hubby yang diucap oleh Ariel untuknya. Ianya sangat comel.

“Awak nak ikut tak?”

“T- tak. Saya nak rest.” balas Jungkook, Ariel mengangguk faham. Dia melompat turun dari atas meja lalu beg tangannya dicapai lalu disandang diatas bahu. Jungkook hanya mengekori Ariel yang sedang menyarungkan high heels pada kaki.

“Sayang balik jam berapa?”

“Mungkin saya tak balik-”

“Hem? Kenapa tak balik?” Laju Jungkook menyoal sebelum dia mengekori Ariel keluar dari rumah.

They ask me to sleep in Hotel tonight. Mereka dah tempah bilik. Kalau awak ikut.. kira macam honeymoon-lah.” jawab Ariel. Jungkook mendiamkan diri. Dia gosok lehernya sebelum merapatkan diri dengan Ariel.

“Jaga diri..”

“Eum.” balas Ariel lalu pipi Jungkook dia usap. Ariel masuk kedalam kereta lalu memandu keluar dari halaman rumah. Jungkook mengeluh perlahan, sunyilah malam ni.

...

Ketika Jungkook sedang duduk- duduk sahaja diatas sofa sambil menjamah potato chips seraya menonton Movie, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Memikirkan bahawa itu adalah, Ariel, Jungkook tanpa melihat nama si pemanggil terus menggesel butang hijau lalu phone dilekapkan pada telinga.

“Hai sayang!” ucap Jungkook namun tidak ada jawapan dari pemanggil. Jungkook mengerutkan dahi.

“Sayang, kenapa senyap?”

It's me, Nadine.” jawab si pemanggil, Jungkook terdiam. Dia sudah tersalah memanggil Nadine yang disangkakan Ariel itu dengan panggilan sayang.

“Eo, kenapa call?” tanya Jungkook acuh tak acuh. Hilang mood dia terus.

Saya.. kat kelab. Mabuk sikit, boleh awak ambil saya?” soal Nadine buatkan Jungkook terjeda seketika. Dia melirikkan matanya pada jam didinding, sudah pukul 12:30 malam, waktu orang sedang tidur tapi gadis ini masih berada didalam kelab malam?

“Awak minta tolong orang lainlah. Saya sibuk-”

Jungkook please, (hey sweetie) saya takut. Ini kali terakhir saya minta tolong, saya janji. Tolonglah.. no, don't touch me. (Are you alone?)

Jungkook mengetap bibir, suara seorang lelaki yang sedang menganggu Nadine buatkan dirinya tidak senang duduk.

“Send saya location, I'll be there..

Thank you, Jungkook. Thank you so much.

Jungkook berlari mendapatkan kunci kereta yang berada diatas meja sebelum dia berlari keluar rumah. Dia sempat meninggalkan pesanan ringkas buat Ariel untuk memaklumkan gadis itu dia tidak berada di rumah.

Syg.
Saya keluar rumah malam ni.
Jumpa kawan.
Don't worry, I'll be back soon.
💗

Huh..”

.

Konflik dah maii

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro