Bab 37🔒

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌻

“Saya fikir awak dah tak pergi kelab lagi..” ucap Jungkook lalu memapah Nadine yang sedang mabuk masuk kedalam rumah milik gadis itu. Nadine dibawa naik ke tingkat atas lalu dibaringkan diatas katil.

Jungkook menyelimuti Nadine dengan selimut putih yang tersedia didalam bilik tersebut. Dia mengeluh perlahan, sebaik terpandangkan jam didinding yang sudah menunjukkan angka pukul 1 pagi. Kalau dia tahu jadi macam ni, baik dia ikut Ariel je tadi. Huh.

“Nadine, saya balik dulu-”

No, temankan saya. Please..” Nadine bingkas bangun dari pembaringannya sebelum menahan lengan Jungkook agar lelaki itu tidak pergi meningalkannya. Jungkook menggeleng sebelum menarik lengannya, tapi entah dari mana Nadine mendapat idea, dia menarik Jungkook buatkan lelaki itu jatuh diatas katil menimpanya.

“Nadine, stop!

Jungkook menahan tangan Nadine bila gadis itu mulai meraba- raba bahagian dada Jungkook. Nadine tidak memberi sebarang respon, dia teruskan rancangannya, bibir Jungkook dicium. Lelaki itu mengetap bibir, dia menolak tubuh Nadine dan cepat- cepat dia melangkah keluar dari bilik dan pergi dari rumah itu secepat yang mungkin.

Dia tidak mahu perkara yang lebih buruk berlaku kalau dia berlama- lama disitu.

Nadine tersengih sinis, dia memandang ke arah kamera yang disembunyikan didalam almari pakaian dengan senyuman yang penuh makna.

“Saya akan dapatkan awak semula, Jungkook..” ucapnya lalu berbaring diatas katil.

...

Keesokannya, Jungkook bangun lambat kerana lewat tidur. Dia bangun dan melakukan senaman ringkas ditepi katil. Dia kemudiannya melangkah keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Saat itu dia mendapati Ariel sedang berada didalam bilik kerja kerana bilik kerja gadis itu sedikit terbuka.

“Sayang?” panggil Jungkook, Ariel yang sedang berdiri dihadapan meja kerja membelakangi Jungkook tidak memberi sebarang jawapan. Jungkook cuma senyum, dia melangkah merapati Ariel lalu memberikan back hug pada gadis itu.

“Jam berapa sayang balik?”

“7..” jawab Ariel sepatah. Jungkook kerutkan dahi, kedengaran seperti Ariel tidak mempunyai mood untuk berbicara dengannya pagi ini.

“Kenapa ni?” soal Jungkook lembut.

“Last night, you seems to enjoy it..” ucap Ariel serentak dahi Jungkook berkerut tidak faham. Dia jongketkan kening sebelum melonggarkan pelukan lalu membalikkan tubuh Ariel agar menghadapnya. Wajah keruh Ariel dipandangnya pelik, dagu Ariel disentuh lalu wajah gadis itu dinaikkan agar memandangnya.

“Kenapa ni?”

“Awak pergi semalam?”

“Kan saya dah mesej, sayang. Saya pergi rumah ka- kawan. Kenapa? Tak percayakan saya?” ucap Jungkook, Ariel mengetap bibir.

“Kalau pergi rumah kawan, kenapa sampai macam ni?” soal Ariel seraya menayangkan beberapa keping gambar yang nampak mesra antara Jungkook dengan.. Nadine?

“Dari mana awak dapat semua ni?”

“Ada orang hantar, depan pintu rumah.” jawab Ariel, dia jauhkan diri dari Jungkook lalu berdiri dihadapan jendela. Permandangan luar rumah yang indah tak dapat menenangkan hatinya yang sedang gundah.

Jungkook mengetap bibir geram, Nadine memang tak berhati perut. Kalau dia tahu niat busuk gadis itu, baik tak payah tolong. Biar mampus dalam kelab tu!

“Sayang, I can explain.” Jungkook merapatkan diri dengan Ariel, gadis itu tidak memandang mahupun merespon. Dia sakit hati.

“Okay, saya mengaku. Saya bukan pergi rumah kawan, saya cuma ambil Nadine dekat kelab cause she needs my help. Thats it. Apapun yang berlaku selepas tu, apa yang awak nampak dalam gambar tu semuanya tipu. Dia tarik saya, I fall then, she kiss me but no- nothing happen. Saya tolak dia dan keluar dari rumah, itu je. Sayang, please.. believe me.” Jungkook berkata separuh merayu. Mendengarkan perkataan kiss buatkan Ariel laju menoleh memandang Jungkook.

Matanya tajam merenung wajah Jungkook buatkan lelaki itu kecut perut. Ariel melangkah setapak buatkan Jungkook terpaksa mengundur dan tersandar pada dinding.

So she kiss you?” soal Ariel dengan nada serius. Jungkook telan liur, aura Ariel nampak lain terutamanya bila gadis itu sedang marah.

Where?

Sayang.. it's not a big deal-

Not a big deal? Jadi awak suka bila saya kiss lelaki lain? Bermesra dengan lelaki lain dihadapan awak? Awak memang tak faham hati saya, Jungkook. I already give my all to you, what is not enough?” soal Ariel dengan tubir mata yang sudah penuh dengan air mata. Jungkook terpana.

Don't say that. It's hurt. Sayang, percayalah. Saya berani sumpah saya tak buat apa- apa dengan dia. Please, believe me..” rayu Jungkook, kedua pipi Ariel ditekupnya. Gadis itu sudah menangis. Jungkook menarik Ariel kedalam pelukan, kalau Ariel tersakiti, bermakna dia tersakiti juga.

“Saya percayakan awak Jungkook, but I still need time and space. I'm tired, leave me alone for awhile..” ucap Ariel, dia tolak perlahan tubuh Jungkook agar pelukan terlerai, lelaki itu hanya memandang dengan penuh kekecewaan. Tubuh Ariel yang melangkah menjauhinya dipandang sebak.

Sayang..

.

Hing :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro