Bab 32 Sucker for you

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"ya,nama boyfriend i Harraz. You kenal?"

Derk--

Aku senyum janggal,

Sah,memang minah ni yang aku jumpa haritu kat 7Eleven. Aku genggam erat hujung pergelangan tangan baju aku menahan sabar.

Sabar ,mungkin dia ada penyakit mental ke apa kan? Perasa gila babi minah ni kata tunang aku tu pakwe dia.

Eh eh!

"o-oh, kenal kot. Dah lama ke couple dengan Harraz tuh?" soal aku tanpa memandangnya.

Sambil sambil itu aku sibukkan mata aku bermain whatsapp . Kalau boleh malas aku nak pandang wajah minah sebelah aku ni .

Aku bukan buka apa pun, buka status kat whatsapp je la mampu sekarang.

Tiba tiba chat Harraz masuk, hah !

Awak cepat la datang sini ! Ada orang nak mencabul kesabaran saya sekarang !

King👑
Lambat sikit , saya nak singgah kafeteria kejap nak beli makanan.

Awak nak kirim apa apa tak?

"lama jugakla , dalam setahun camtu. " balas Clarra. Terbantut aku nak reply chat Harraz sekarang.

"o-oh" balas aku

Taknak apa apa

Cepat sikit boleh tak !?

Lmbat cam gegirl

Ha kan dah kena panggil Gegirl dengan aku

"btw nama you apa ?" dia mencuit bahu aku supaya memberi perhatian kepada dia. Oh ,dari tadi minah ni nak attention aku.

Aku cantik sangat ke sampai gatal nak berfriendly ngan aku sekarang ni ?

"iliya humaira , just iliya " balas aku

"oh im clarra"

Dah tahu dah and aku tak tanya

Clarra bagi sedekah kat aku gais. Sedekahkan senyuman pada aku dan menghulurkan tangan nak berjabat tangan.

Aku pandang tangannya dan wajahnya silih berganti sebelum menyambut huluran tangannya.

"nice to meet you!"

"ha yer yer " tak nice betul meet ngan kau.

iliya,asal nak memarah ni ?

Awak kat situ lagi kan ?

Chat Harraz aku tenung bagai nak tembus. Oh Harraz,sedarilah bahawa aku rasa nak wwe dengan seseorang sekarang ni.

Kau faham tak perasaan bila ada amoi mengaku tunang kau tu pakwe dia. Bapak yakinnya kamu !

Harraz,


Like seriously..

Im not okey..

Faster boleh tak ,

awak pergi beli makanan ke ..
pergi memasak!?

"rasanya time ni boyfriend i dah lalu kat sini tapi sekarang tak nampak pun, takpela i boleh temankan you" ujarnya sambil menyilangkan kaki kirinya ke atas kaki kanannya.

"oh"

"boyfriend i sweet tau, dia tu dahla hensem ,kacak ,kaya , tinggi and urh perfect. Im so in love !" katanya teruja sambil memintal mintal hujung rambutnya secara gedik

Hala hala ,kamila 2.0 ke apa ni

Panas weh panas !

Arabic shawl bewarna krim yang aku pakai sekarang ,aku kibas di bahagian depan beberapa kali bila aku rasa suasana makin panas.

Cuaca takdela panas mana,sebab sekarang macam mendung nak hujan ..cuma tula

Aku..

Urh malunya nak mengaku.

AKU CEMBURU !

"wah beruntungnya awak ! Saya pun beruntung sangat dengan tunang saya. Perfect serba serbi !" balas aku

Taknak kalah ya! Taknak kalah !

Aku berdehem sambil membuka whatsapp bila Harraz chat aku.

Iliya , 2minutes

Saya otw to your heart !

Aku juling mata keatas. Otw to my heart pala hotak kau ! Kalau clarra tak wujud mungkin ya aku nak blushing tapi sekarang aku nak maki orang yang dekat dengan aku.

Lantakla otw to my heart ke

Pak cleaner punya heart ke

Saya panas ni cepat arh woi!

Terus iphone 7+ yang aku baru guna tak sampai 4 jam tu aku off dan letak dalam poket. Makin melayan makin slow pakcik tu !

Amboi sedap kau panggil dia pakcik ye iliya.

Tulah,gatal nak membeli tu kenapa? Boleh je kan ajak aku join beli makanan. Saja kan dia nak aku bergusti dengan sotong sebelah aku ni.

"oh ya, tu pun Boyfriend i !" ujar Clarra teruja. Terus aku mendongakkan kepala ke arah di mana Clarra tunjuk tadi.

Kelihatan Harraz sedang berjalan ke arah aku dan minah sotong disebelah aku. Aku mengerutkan dahi memandang plastik kecil di tangan Harraz.

Punya lama dia pergi beli,tu je dia dapat?

Kelihatan wajah Harraz yang tadi tersenyum ke arah aku kian mengendur bila dia perasan kehadiran makhluk sesat yang duduk sebelah aku.

Gaya macam takde bangku lain. Aku syak minah ni takde kawan ...aku rasa orang takut nak berkawan dengan dia sebab nanti kena sembur dakwat sotong yang boleh buat orang jadi gatal merenyam menggeletis.

Sabar kau iliya !

"Harraz!" dengan suara lenggok ala ala burung gagak,Clarra tergesa gesa bangun dan berjalan catwalk ke arah Harraz.

Bingit je telinga aku duk dengar bunyi tapak kasut tumit tinggi dia ni. Berdetak sakan weh !

KALAU AKU HANTUK KEPALA DIA KAT DINDING AGAK AGAK BUNYI CAMNI JUGAK KE TAK EH !?

Aku memeluk tubuh dan tayang wajah cemberut. Aku tak pula bangun sebab nak saksikan drama depan mata.

Entah entah memang Harraz tu boyfriend dia.

And curang dengan aku.

Eh wait...

Curang...

Tapi kitorang bertunang tanpa perasaan..dia tu bukan suka aku pun..and aku rasa aku je syok kat dia..

Dia berhak nak buat apa pun belakang aku..aku..aku..

Aku macam baru sedar,aku ni bukan sesiapa..

Damn, asal aku rasa camni tetiba. ?

Bapak sedih life kau weh iliya..

Rilex rilex, kita tengok dulu diorang punya scene.

Dengan langkah desperate,Clarra menghampiri Harraz. Dia punya perasan sebab Harraz pun kearah sini.

Harraz nak pergi kat aku sebenarnya tapi Clarra perasan Harraz pergi kat dia. Bapak sedih duh *lap hingus

Rasa nak tersembur air liur aku bila Harraz selamba badak berjalan melepasi Clarra tanpa memandangnya. Clarra pula apa lagi, menjeritla dia.

"harraz ! Saya kat sini la !" jeritnya tapi berdiri statik di sana memandang Harraz yang berjalan ke arah aku.

Harraz lansung tak pedulikan dia weh ! AHAHAHAH

"sorryla lambat, jom kita pergi rumah Umi dengan Walid" Harraz berdiri di hadapan aku dengan senyuman kecil.

"awak,dia tu panggil awak" kata aku sambil menunjuk ke arah Clarra yang menghampiri kami

"siapa ? Oh ,tak perasanla pula kewujudan dia " kata Harraz tanpa riak di wajahnya. Selamba dia je.

Aku hanya mengekek suka sambil bangun dari tempat duduk aku tadi. Beg sandang aku betulkan di bahu dan berjalan seiring dengannya.

Dapat aku lihat,Clarra memandang kami berdua sampai ke luar kolej.

Tanpa pengetahuan Harraz, aku melambai tangan mesra ke arah Clarra sambil menjelirkan lidah ke arahnya.

PADAN MUKA !

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"hey hey awak kenapa !?" Jerit aku bila tiba tiba Harraz menolak pintu kereta yang aku sedang buka. Mahu tersepit tangan aku kat pintu ni siapa nak tanggungjawab !?

"i am asking you..dia buat apa kat awak tadi ? Dia ada sentuh awak ke ? Dia marah awak? " soal Harraz buat kali kedua.

Berkerut dahinya merenung aku yang memeluk tubuh dan bersandar di keretanya smbil memandang ke arah lain.

" i am fine. Saya tak apa apa kan sekarang ?" kata aku sambil mengesat peluh di dahi. Aku rasa tadi mendung,asal tetiba panas ni ?

Dengan panas terik camni mamat ni nak ajak sembang kopi o .

"tapi--"

"cantikla lighting kat sini. Ambil gambar saya boleh?" tanpa pedulikan apa Harraz nak cakap. Terus aku pergi ke satu sudut di sebelah pasu besar yang ada pokok bersaiz sama dengan aku.

Harraz berdecit sebelum menghulur tangan ke arah aku. Aku kerut dahi, kenapa?

"marila phone awak. Kata nak ambil gambar " kata Harraz dengan muka bapak tak ikhlas

Aku tersengeh
"Guna phone awakla, camera awak kann cantik lagi!"

Harraz berdecit sebelum tersenyum senget memandang aku yang sudah senyum senyum.
Iphone 8 dikeluarkan dari kocek seluarnya sebelum dia bergerak mendekati aku.

Aku mengiringkan tubuh sambil membetulkan tudung dan pose sambil tersenyum.

"1,2,3.."

Click!

"dah siap" ujar Harraz sambil menilik gambar aku. Cepat cepat aku bergerak ke arahnya dan memanjangkan leher untuk mengintai gambar yang Harraz snap

"yeah,nanti send kat whatsapp saya tau!" ujar aku dan merampas phone di pegangan Harraz. Aplikasi kamera ditekan dan aku tekan kepada selfi.

Phone Harraz aku angkat tinggi dan buat mini love dengan jari aku.

Click!

"awak! Masuk la jugak. Kita tak pernah selfi sekali" ujar aku dan menarik lengan Harraz supaya berdiri di sebelah aku.

Harraz merengus kecil sebelum menundukkan kepalanya dan senyum .

"ish tinggi sangatla..awak jadi pendekla kejap"rungut aku

"camni?"
Harraz julingkan matanya sebelum kangkangkan kakinya di belakang aku.

Aku berdecit sebelum ketawa.
"ingat elok ar buat camtuh AHAHAH"

Harraz juga ketawa kecil,takdela besar cam aku ni hiks.

"pose elok elokla "

"huh banyak songeh betul budak ni"bebel Harraz.

Harraz merendahkan ketinggiannya dengan bengkokkan kaki . Dia tak buat pose cuma senyum manis.

"1,2,3.."

Click.

"hihi"
Bersinar mata aku memandang gambar selfi aku dengan Harraz.

Aku tekan camera bahagian belakang dan aku betulkan posisi aku sambil memandang bayang bayang aku.

Aku tengok cantik je pasangan bercinta amik gambar bayang bayang camni.

"awak,ambil gambar bayang bayang jom. Awak duk tepi saya. Cepatla " ajak aku. Harraz tak banyak bunyi dan terus berdiri di sebelah aku.

Dan jari aku memulakan misi mengambil gambar.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Masuk sahaja ke dalam kereta, aku diserang dengan pelbagai jenis soalan oleh Harraz. Dia siap ugut kalau aku taknak cerita, dia taknak kasi pavlova yang dia beli tadi. Urh.

Aku memandang Harraz yang sedang membuka penutup botol air mineral sementara aku masih memeluk tubuh memandang ke luar tingkap.

"harraz.."panggil aku.

Harraz hanya mengumam hmm lalu minum air tanpa memandang aku. Manakala sebelah tangannya memegang stereng kereta.

"awak pernah couple tak?"

"ppft!!"
Tersembur habis air mineral yang Harraz minum. Dia mengelap mulutnya yang comot sebelum memandang aku yang sudah buat muka tak bersalah disebelahnya.

"apa?"soalnya balik. Aku cebik bibir dan sandarkan belakang tubuh di tempat duduk aku.

"Clarra bagitahu saya awak tu boyfriend dia.."

Harraz hanya gelak kecil
"awak percaya ?"

Aku geleng
"bukan tu yang saya peduli..saya tahu dia tipu cuma..saya nak juga tahu awak pernah suka kat orang lain ke.."kata aku sambil bermain jari.

Harraz diam seketika, dia menyimpan botol air mineral dan diletakkan di tempat letak botol air di pintu sebelahnya.

"perlu ke awak tahu.."

Aku tersentak. Wajah Harraz dipandang lama oleh aku.

Perlu ke aku tahu..

Haha,yela. Perlu ke aku tahu ? Aku bukan sesiapa.

Aku cuba sedaya upaya mengukir senyuman sebelum menggeleng perlahan.

"saya tanya je. Maafla kalau saya kacau privasi awak. Saya tak patut tanya, saya bukan sesiapa pun" ujar aku dan memandang ke luar tingkap.

Aku menantikan Harraz memujuk aku tapi tak, dia terus menghidupkan enjin kereta dan keretanya mula bergerak meninggalkan kawasan kolej.

Sunyi seketika suasana di dalam kereta Harraz dan itu membuatkan aku ternyanyi sendiri

"You ain't my boyfriend
And I ain't your girlfriend" Harraz disebelah aku kerling sekilas sebelum memandang hadapan

Tak tahu kenapa tapi lagu ariana grande ni kena sangat dengan aku sekarang

"But you don't want me to see nobody else
And I don't want you to see nobody"

Betulla, Harraz marah betul aku dekat dengan lelaki lain terutama sekali Aqim.

Dan aku pun sama,aku pun tak suka dia dekat dengan perempuan lain.

"But you ain't my girlfriend
And I ain't your boyfriend "

Suara merdu Harraz menyentak lamunan aku. Dia siap tukar lirik duh, dahla suara sedap namati.

Sebab ni kot orang fanatik kat dia.

Aku diam bila dia juga diam. Harraz hanya nyanyi 2 rangkap lirik tu je sebelum membisu seperti aku.

"iliya.."

Aku tak menjawab tapi menoleh.

"you are not my girlfriend. But you are my fiance"

And i really love you . Ujar Harraz dalam hati. Dan tiada siapa yang tahu luahan ikhlasnya termasuk aku.

Tbc💄

50comments please !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro