Bab 33 Hometown

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"umi Harraz dah balik ke ?" soal aku setelah siap solat zohor, kain sembahyang sudah aku tanggalkan tadi tapi aku tak pula mencabut telekung.

Disebabkan aku solat lambat dan sekarang sudahpun pukul 4 . Aku decide nak sambung asar lepasni.

Jangan contohi aku gais solat lambat.

"baru je tadi dia balik, kenapa tak teman dia? Sian umi tengok dia duduk kat ruang tamu main ngan Ilham je" ujar umi sambil memandang aku yang menuruni tangga perlahan lahan.

Aku toleh pula kearah adik aku,ilham yang sedang main mobile legend di atas sofa. Dengan tv masih terpasangnya,memang membazir betul budak tu. Lepastu kecik kecik dah pandai main game kau yer.

"iliya sakit kepala sikit..tu sampai je sini terus masuk bilik" ujar aku dan duduk di sofa berpetak 3 yang adik aku tengah baring. Disebabkan dia pendek jadi muat aku nak duduk situ.

Umi yang sudah keluar daripada dapur setelah mengemas meja makan mula menghampiri aku dengan senyuman.

"sampai bila nak duduk dengan Najihah?" soal umi seraya duduk di sofa bertentangan dengan aku.

"entah,kakak tu tak kesiankan ilham ke main sensorang. Tinggal la sini balik" celah ilham yang sudah mengoff kan phone.

Dia mengensot menghampiri aku sebelum dia baringkan kepala kecilnya di atas riba aku.

"ceh, time kak ada kat rumah bukan main suka berperang dengan akak"aku menunjal perlahan kepala adik aku yang sudah memuncung.

"yelah,nanti iliya duduk sini balik. Rindu jugak kat umi "ujar aku dan mencabut telekung. Panas pula.

"bagusla macamtu. Sian kat umi tau hiks takde kawan nak membawang" umi acah acah lap air mata. Manakala aku menggulingkan mata menyampah. Drama betul umi aku ni.

"oh ya, buat apa kita balik kampung ?" soal aku tiba tiba. Kalau diikutkan ,malas pula aku nak sertai family aku balik kampung sana.

Tambahan lagi saudara aku yang sebelah umi aku ni semua annoying annoying. Lepastu opah aku yang belah umi aku ni memang berbeza dengan arwah nenek aku yang sebelah walid.

Opah aku yang sebelah umi aku ni hitler la jugak. Tegas,garang, strict dia punya strict memang tak boleh bawa bincang la !

Lepastu dia macam tak suka aku pun ada. Dia macam pilih kasih dengan sepupu sepupu aku yang lain. Erh malas betul ! Memang opah aku berbezala dengan arwah nenek aku.

Aih sedih pula bila terkenangkan arwah nenek aku yang sebelah walid tu, memang the best grandma ever la. Buktinya,walaupun dia dah meninggal dia tetap beri tuah pada aku.

Contohnya wasiat arwah nenek yang suruh aku bertunang dengan jejaka kacak bernama Harraz.

Urh,bercakap pasal Harraz. Aku dan dia dah isytihar perang dingin yer. Huh jangan harap aku nak bercakap dengan kau kat Kampung aku nanti.

"opah call suruh balik cecepat. Maksu nak kahwin" kata umi dan aku hanya meng oh kan saja.

"kenapa monyok ni?" soal walid yang baru turun dari tingkat atas.

"takla walid, iliya mana kamceng sangat dengan cousin sebelah umi..semua annoying,jahat dengan iliya " rungut sambil mengusap kepala ilham diriba aku.

Serious duh aku takde kawan kat sana.

"takpe..ain dengan alyssa pun ada kat sana nanti"ujar umi dan hal itu membuatkan aku tersenyum lebar.

"SERIOUS AR UMI !? " jerit aku sambil menepuk tangan.

Ain dengan Alyssa ni sepupu aku belah walid aku. And kalau jumpa diorang memang feeling jumpa dengan member member ar. Terbaik punya !

"so..diorang balik Kampung jugakla ni!? " soal aku suka.

"yelah,lagipun diorang kan tinggal dekat Kelantan jugak. Apa salahnya" kata umi.

Aku angguk sahaja. Kampung Umi kat Kelantan jadi tak hairan kalau Ain dengan Alyssa nak join pun.

"ermm, Dhia dengan Suraya ? "soal aku perlahan

"diorang pun ada " balas Walid dan itu membuatkan senyuman aku sedikit mengendur.

Dua orang tu sebenarnya aku paling anti. Huh.

"abang Harraz pun pergi kak !" kata Ilham sambil bangun dari riba aku. Amboi teruja bukan main

"tapi dia asing. Dia datang time majlis start" ujar umi dan aku hanya angguk dan bangun .

"iliya pergi kemas baju dulu" kata aku
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tepat pukul 8 malam 36 minit. Kereta aku selamat sampai di perkarangan rumah opah. Dapat aku lihat beberapa buah kereta yang sudah terparking di luar rumah .

Yela takkan dalam rumah lak.

Aku mengeluh bila terpandang kereta kancil bewarna kelabu yang diparking di bawah pokok rambutan. Sah tu kereta family Dhia dengan Suraya.

"kak jom la naik" tegur ilham bila aku seakan tenggelam dalam hayalan aku. Aku perhati langkah adik lelaki aku yang sudah keluar dari kereta dan memanjat tangga rumah opah.

Terlihat pintu rumah itu terang benderang dengan lampu. Dari jauh aku dapat dengar betapa riuhnya suasana di dalam sana.

Aku sandarkan belakang badan aku sambil membuka iphone 7+ aku. Aku tak bagitahu umi lagi pasal Harraz belikan iphone ni. Kalau tak memang dia marah la aku pastu tuduh aku paksa Harraz belanja.

Takpun dia akan bebel kenapa bawa phone. Biarla Harraz sendiri explain kat umi aku tuh.

Whatsapp dibuka,

Satu keluhan berat terbit di hujung bibir aku.

Harraz tak chat aku pun..

Aku rinduuuu :"(

"asal tak naik budak bandar ?" satu suara yang tak berapa sedap didengar menegur aku.

Gadis yang berusia 17 tahun sama dengan aku sedang berdiri di tepi pintu sebelah aku,Nursuraya. Oh ya dia tak keseorangan.

Dia bersama kembar dia, Nurdhia

Aku buat bodoh. Contact Harraz ditekan lalu aku menaip sesuatu

"oi, sombong kau yer mementang dah lama tak balik sini" tegur Dhia pula yang memeluk tubuh di sebelah Suraya. Ey ada juga aku sepak minah kampung takde class ni.

"wei dia tak layan kita lah" kata Dhia dan menyenggol pelan siku kembarnya

"ewah, pekak ke !?" marah Suraya dan menolak bahu aku kuat. Aku sedikit berganjak tapi aku tahan tubuh supaya tak tergolek.

Wajah mereka aku jeling tajam.

"nak apa yer awek awek kampung? Budak bandar tak kuasa nak melayan korang berdua" kata aku secara sarkastik. Tubuh Suraya yang berdiri di hadapan pintu yang aku nak keluar tu aku tolak kasar.

Dia dipegang oleh Dhia supaya tak jatuh.

Aku hanya buat muka selamba dan berjalan catwalk menuju ke arah tangga rumah opah. Sempat aku pijak ibu jari Suraya ketika jalan melepasinya.

Oh ya,aku juga tak lupa untuk flip shawl aku. Hoho.

Sempat bibir aku bernyanyi kecil

"Awek kampung tak sedar diri muka berulat ada hati nak lawan orang bandar yang cun melecun!" nyanyi aku dengan melodi dangdut yang aku reka.

"eeee babi betulla !" marah Suraya yang sudah memegang hujung kakinya yang terpeleot tadi.

"assalamualaikum" ujar aku sambil masuk ke dalam rumah opah. Aku cuba ukir senyuman ketika memandang ahli keluarga belah walid.

Kelihatan maksu,opah, paklong,maklong ,umi dan walid sedang bersembang di ruang tamu.

Mata aku hanya fokus kepada opah yang sedang memandang aku tanpa reaksi sebelum opah senyum nipis.

"ha baru naik, ingatkan tak sudi naik" ujar opah sambil menghulurkan tangan ketika aku mahu bersalam.

Cis,belum apa apa lagi dah sindir sindir aku.

"Mak..iliya sakit kepala tu" tegur umi bila dia perasan akan wajah keruh aku.

Opah hanya diam dan bangun menuju ke dapur.
Takpelah,dah puas hati sakit bila datang sini

"alasan, aku tengok muka anak kau pun aku dah tahu nampak macam terpaksa datang sini . Betul kan iliya " tegur maklong pula ketika aku bersalam dengannya.

Aku tak menjawab tapi hanya senyum hambar.

Maklong ni memang tak berapa suka dengan family aku. And dia kakak ipar umi bukannya kakak kandung.

Umi kata dia maybe dengki sebab Walid berharta sebab kerja arkitek. Sedangkan suaminya iaitu abang kandung umi aku tu kerani je.

And maklong dan paklong aku tu ibubapa kepada Suraya dan Dhia. Jadi tak hairanla anak kembarnya juga bersikap kurang ajar yer seperti ibunya.

And paklong aku ni okay je cuma maklong tu, iri hati sangat. Lepastu suka mengata family aku, dia selalu kata family aku sombong . Jarang balik jenguk opah aku.

Dia tak sedar yang family aku malas balik sebab malas nak hadap muka dia. Aku sorang jeke ada family problem camni ?

"eh kaklong ni apa cakap macamtu" tegur walid yang dari tadi berdiam diri.

"eh aku kata betulla, kau tengok muka anak kau ni" tiba tiba maklong seakan mahu melenting.

"eh kaklong ni bisingla! " marah Maksu aku yang sibuk menilik inai di jarinya yang masih belum kering.

Ha kau tengok. Maksu aku pun meluat.

Maksu aku ada cerita dekat umi aku, Maklong tu baru ja jual rumah dia sebab nak beli barang kemas. Lepastu memandai decide nak tinggal dekat rumah Opah .

Meluat betul aku dengar.

"Hasiah, dah dah la tu" tegur Paklong bila dia sedari perbuatan maklong bakal mencetuskan perang.

"Hasiah cakap benda betulla !" balas maklong

"dah dah la kau nak cari salah anak aku..tak rasa--"

"Lyn, masuk bilik dulu yer?" ujar walid menyekat percakapan umi aku sambil menyentuh bahu umi.

"tapi abang.."

"masuk" arah walid.
Aku hanya memandang umi yang masuk kedalam biliknya sebelum duduk bersila di atas karpet sebelah kerusi kayu yang walid duduk.

"tengoktuh, tak elok duduk bersila . Tak manis!" tegur opah aku yang baru keluar dari dapur. Aku berdecit sebelum duduk bersimpuh.

Maklong menjeling aku dalam diam.

"ibuuuu sakit!" jerit Suraya sambil dipapah oleh Dhia masuk ke dalam ruang tamu.

"anak aku!" terus maklong menjerit dan mendapatkan anaknya.

"iliya tolak ibu" rungut Dhia sambil membuat muka sedih

Aku mengerutkan dahi. Bila masa aku buat dia jadi cacat ni?

"kau tolak anak aku!"mencerlung tajam anak mata maklong memandang aku.

"Hasiah, duduk. Bertenang boleh tak?" pujuk Walid yang sudah duduk tegak di atas kerusi. Bersedia jika Maklong ingin menyerang aku.

"eh Zarif, kau tengok apa anak kau buat!" jerit Maklong seraya membelek kaki suraya yang kononnya seliuh disebabkan aku

Terus aku bangun dan menggeleng laju.
"iliya tak tolak pun sampai Suraya jatuh. Sumpah ! Lagipun dia yang kacau iliya dulu!" balas aku dengan suara sebak.

"iliya, kalau tak menyusahkan orang memang tak sah ?" soal opah aku sambil menggeleng perlahan.

Aku menggengam erat penumbuk sebelum mencapai beg beroda aku dan berlari masuk ke dalam bilik yang aku guna jika pulang ke sini.

Masuk sahaja,terus aku menghempas kuat pintu bilik dan aku kunci sebelum perlahan lahan tubuh aku melorot jatuh di atas tikar buluh yang melapik lantai kayu di dalam bilik ini.

Aku pejamkan mata seketika sebelum celik dan mengeluarkan iphone aku dari poket seluar.

Nombor Harraz aku cari. Tanpa berfikir apa apa. Terus nombor jejaka itu ditekan laju. Aku merenung skrin yang sedang membuat panggilan phone pada Harraz

"Harraz.." bisik aku perlahan apabila aku sedar bahawa Harraz reject call aku.

Tak semena mena kedua belah mata aku sudahpun mulai kabur dengan air mata . Terketar ketar jari aku menekan kembali nombor Harraz.

Harraz,saya perlukan awak..

Sekali lagi panggilan telefon aku direject. Bergetar habis bibir aku. Air mata aku laju sahaja turun membasahi pipi aku.

Sekali lagi aku tak putus asa untum menekan nombor Harraz.

Jawablah..dapat dengar suara awak pun dah boleh buat saya okey.

Membulat mata aku apabila Harraz menerima panggilan aku. Terus aku letakkan phone di telinga kanan aku.

"a-awak--"

"nak apa? Saya busy ni. Esokla kita jumpa yer " ujar Harraz dengan suara mendatar. Dia marah aku ke sebab soal tentang pernah couple ke tak tadi.

Tapi takkanla marah sampai macamni..

Aku diam seketika, aku hembus nafas aku perlahan.

"eh cepatlah, nak apa ni ?" desak Harraz dihujung talian.

Aku sangkakan suara Harraz sekarang dapat buatkan aku rasa okey tapi aku salah. Dia makin buatkan aku berjauh hati dengan keadaan sekeliling.

Aku mengelap air mata secara perlahan sebelum hingus ditarik.

"m-maaf ka-kacau awak" ujar aku dengan suara tergagap sebab terlalu kuat menangis sekarang. Tambahan lagi aku cuba tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

"iliya..awak okey tak ni.." suara Harraz mengendur menjadi lembut setelah mendengar esakan tangisan aku.

"isk.." aku sedut hingus beberapa kali.

"apa jadi kat sana.. Awak kenapa.." soalnya lembut.

"t-takde apa. Hiks,Sorry kacau awak. Bye" terus aku endcall.

Aku melangkah lemah ke arah katil sebelum memejamkan mata.

Tuhan,semoga hari esok lebih baik..

Tbc ❤

60 comments baru aku update

Ada pesanan buat Harraz??

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro