Bab 34 Cousins!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku sedut sedut angin melalui lubang hidung aku bila aku rasa ada sesuatu merayap kat lubang hidung aku.

Akhir sekali aku cuba tepis bila benda tu seakan menjolok jolok lubang hidung aku. Bapak besar serangga ni !

"woi"

Terperanjat aku dengan suara itu. Aku mencelikkan mata dan memandang dua manusia yang sorang duduk di birai katil dan sorang lagi berdiri di hujung katil.

Aku memandang wajah mereka berdua silih berganti sebelum menenyeh dua biji mata aku

"adakah aku bermimpi?" soal aku perlahan

"bermimpi kepala hotak kau!" kata Ain dengan kakaknya Allysa .

"aku kunci pintu duh camna korang masuk?" soal aku hairan

"kitorang ada kunci okeyhh" kata Ain

"kau tak solat subuh eh ?" soal Allysa kearah aku. Dia melabuhkan punggung di birai katil dan menarik lengan aku supaya bangun dari pembaringan

"mana ada!" nafi aku. Padahal memang aku tak solat pun. Tak sedar lansung.

"ish ish, penipu nombor satu kau yer ! Dengan baju camni,tudung tak cabut lagi. Camni kau kata dah solat subuh?" mencerlung mata Ain memandang aku yang sudah tersengeh sengeh.

Aku mendongak kekiri aku memandang tingkap sebelum mengeluh. Dah pagi.. Confirm kena bebel dengan opah lepasni.

"pukul berapa ni? Bila korang sampai ?" soal aku sambil memicit kepala aku yang terasa sakit.

"kitorang baru je sampai . Sampai je sini terus kitorang cari kau. And sekarang dah pukul 9 dah." Ain bangun dan menyelak langsir

"habislah kau kena bebel dengan opah lepastu kena kutuk dengan nenek sihir tu" Allysa ketawa melihat wajah cemberut aku. Ya,aku dan dua cousin kesayangan aku ni memang tak suka maklong tu. Kami panggil dia nenek sihir.

Dan walaupun Allysa ni tua setahun dari aku,aku tak janggal nak panggil aku kau . Well,diorang je kawan yang aku ada kalau balik Kelantan ni.

"weh cepat ar mandi !" kata Ain dan menarik tubuh aku lalu aku mencabut pin tudung . Tudung aku sangkut di hujung katil sebelum aku bangun dan mencapai tuala mandi.

"Wei wei iliya !" pekik Allysa ketika aku sudah mulai membuka pintu ingin keluar . Aku tayang muka -kau pehal-

"Arham dan Arif ada kat luar la! " aku hanya meng oh kan sahaja. Lupa pula diorang ada 2 abang .

Jujur lah, kalau dengan cousin lelaki pun aku freehair kat rumah.

Korang pun mesti freehair ngan cousin korang kan? Entahla, dah biasa bagi aku. Padahal kitorang bukan mahram pun.

Disebabkan Allysa berkata begitu,aku membuka beg roda aku lalu baju dan seluar aku keluarkan untuk tukar baju dalam bilik air. Selalunya kalau sepupu aku yang lelaki takde datang aku berkemban je.

Keluar sahaja bilik,aku betulkan rambut ketika berjalan ke bilik air di bahagian dapur. Aku pandang Allysa dan Ain yang turut keluar dari bilik aku lalu Ain kunci bilik aku.

Yela,kami dah sedia maklum Dhia dengan Suraya tu memang dajjal sikit perangai. Dengki ngan kitorang yang budak bandar ni lepastu mula la nak curi barang kitorang.

Macam raya tahun lepas,diorang curi keronsang,powerbank,foundation. Ehhh beauty blender aku pon dia rembat.

Tapi aku diam je, kalau aku merungut bukan ada yang backup aku pun huh!

Tahun ni aku dengan Ain dan Allysa dah sepakat. Kami dah tabur jampi hael husaini dah kat baju kitorang. Kalau diorang rembat esok bontot diorang berbuluw.

"weh sape kat dapur?" soal aku bila suasana agak bising

"opah dengan mak aku je. Maklong takde dia pergi shopping aku rasa" ujar Ain sambil mengintai di pintu dapur.

Aku cebikkan bibir
"shopping mendanya?"

"beli baju dalam baru untuk anak anak kembar siam dia kot" kata Allysa dengan ketawa tak keluar suara. Dia memang ketawa camtu, cam orang nazak aku tengok.

"aku ada story weh pasal semalam. Lepas mandi aku story k?" kata aku dan turun tangga . Nasibla dapur dengan bilik air semua kat situ.

"ha anak dara baru nak bangun?" soal Opah sambil memandang aku yang menuju ke bilik air.

Aku senyum kekok
"takla opah, tak perasan" kata aku janggal.

Rambut aku garu perlahan.

"hurm, apa nak jadi . Time ni anak aku si suraya dengan dhia tu dah siap mandi tolong masak apa dah. Apa nak jadi dengan kamu iliya ?" celah Maklong yang baru masuk ke dapur melalui pintu belakang.

Aku mengherotkan bibir menyampah sambil memandang Ain dan Allysa yang sudah duduk di meja makan berhadapan mak diorang dan opah.

"tolong masak apanya? Kitorang sampai tadi nampak makngah dengan maksu je yang memasak nasi lemak ni. Anak kesayangan maklong tu sibuk selfi kat depan tangga. Huh menolong sangat !" kata Allysa tanpa berlapik.

Pinggan di hadapan mata diambil dan dihulur kearah Ain yang sudah senyum senyum melihat wajah merah maklong.

"ha betul tu betul!" sokong Ain dan mengenyit mata kearah aku

Aku sayang sepupu aku duh!

Btw,makngah yang Allysa sebut tu umi aku. And aku panggil mak diorang aunty je. Entah la kelas dia macamtu.

Maklong diam tak bersuara. Plastik yang berisi ayam dan daging diletak kasar di tepi peti sejuk sebelum keluar dari dapur.

Opah pula membisu, bab maklong jadi biadab dia buat senyap je. Yelah, menantu kesayangan la katakan.

Sebelum aku masuk ke dalam bilik air. Sempat aku mengangkat ibu jari kearah mereka berdua.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"kau buat apa ni?" soal aku dingin sambil berpeluk tubuh di pintu bilik

Dhia yang sedang menyelongkar barang aku terhenti bila aku tegur dia.

"Oh nak mencuri yer?" Allysa goyangkan jarinya kearah Dhia yang sudah pucat lesi wajahnya.

Perlahan lahan dia bangun dan keluar dari bilik. Sempat dia melanggar bahu Ain . Nasib tak tergolek budak tu.

"eh siotnya lahai perangai ey!" kata Ain kegeraman lalu menumbuk angin. Ada jugak jadi mangsa masuk ward kecemasan lepasni.

"kenapa ni?"soal Arham yang baru lalu hadapan bilik aku. Aku hanya diam dan lap rambut aku yang basah dengan tuala.

Arham ni abang Allysa dan Ain. Umur dia 19,disebabkan aku syak birthday Harraz lambat lagi so aku rasa diorang sebaya je kot.

And diorang ada sorang lagi abang ,kembar dengan Allysa. Nama dia Arif. Fuh ramainya kembar. Asal aku takde kembar weh AHAHAH

"takdela abang, Dhia tu lah nak mencuri barang iliya. Tak serik serik!" jawab Ain.

"dia sempat curi ke?" soal Arham dan memandang ke arah aku. Entah kenapa dia macam duk perati rambut aku pula. Selalunya takde aku rasa pelik camni. Entah kenapa sekarang rasa aneh.

"taklah. Sempat cegah tadi" jawab aku dan menyangkut tuala aku di leher sambil senyum ke arahnya .

"abang cepatnya siap!" tegur Allysa sambil menilik rambut Arham.

"eish,jangan sentuh!" marah Arham. Allysa mencebik.

"ha cepatla siap. Pukul 12 nak pergi masjid dah untuk akad nikah" ujar Arham dan senyum kearah aku sebelum dia melangkah ke arah dapur

"kata kat iliya je? Eh aku rasa abang aku tu syok kat kau la" kata Ain sambil ketawa lalu bahu aku ditampar tampar. Sakit hanat--

"biala dia. Jom masuk" kata aku dan masuk ke dalam bilik. sempat aku kunci pintu bilik selepas Ain dan Allysa masuk.

"weh..abang aku cam syok kat kau. Tak rasa apa apa ke? Sepupu pun boleh kahwin tau!" kata Ain lagi sambil memandang aku yang sudah menanggalkan baju tshirt aku. Rilexla ,aku biasa je pakai singlet depan diorang.

Beg beroda aku dibuka,bersepah sikit sebab Dhia tadi.

Baju kurung bewarna putih dan kain bercorak batik aku capai. Yeah tak berkedut,malas aku nak gosok.

"tak kuasa aku"balas aku

"eh wait!" tiba tiba Allysa menjerit

"aku lupa kau dah bertunang !" sambungnya dan membuatkan aku terperanjat.

Ain terus menepuk kuat tilam katil
"yelah! Lupa pula aku. Weh cerita pasal tunang kau weh. Hensem tak!?" teruja Ain sambil tersengeh sengeh.

Aku buat muka jenggel sambil mencari baju
Aku terus sarung baju kurung dan kain batik di tubuh aku sambil menilik di cermin.

"hensem" kata aku sambil tersenyum manis dan bahagia tapi seketika sebelum aku matikan senyuman.

Aku lupa aku gaduh dengan dia huh!

"waaa sweet tak!?" jerit Ain . Terus aku ambil botol rexona kosong di meja solek dan aku baling kearahnya.

"diamlah wei! Kalau si kembar sihir tu dengar macam mana!" marah aku. Yelah, Dhia dengan Suraya bukan boleh tengok aku bahgia. Ada je nak dengki.

"oo sorry sorry hehe"

"kau nampak iphone 7+ atas meja tu?" aku muncungkan bibir ke arah iphone di atas meja yang aku caj.

"ha yerr"serentak Allysa dan Ain menoleh .

"dia yang belikan" kata aku sambil mengembangkan hidung sebab terlalu riak.

Membulat ,melopong wajah mereka berdua memandang aku.

"WOW BAPAK UNTUNGG!!"

"nak tengok gambar dia wei . Bolehla bolehlaa" Allysa cuba memegang lengan aku yang sedang memakai tudung bawal di hadapan cermin.

"woi rosak awning tudung aku!" marah aku sambil menjauhinya. Pin tudung aku capai dan pin di bawah dagu.

Setelah siap melilit tudung bawal. Aku rapikan tudung supaya kemas. Cermin di meja solek aku pandang.

Liptint aku capai dan dapdap sikit di bibir. Aku tak suka sangat mekap tebal. Natural is enough.

"dia datang lepasni kat kenduri suami maksu tu. Kau wait and see okey?"kata aku

Aku harap aku dengan dia okey je lepasni..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Setelah akad nikah maksu dan paksu baru aku,aku dengan Ain dan Allysa berulang alik mengangkat barang hantaran dari pihak lelaki dan disusun mengikut barisan di tepi pelamin.

Nak harapkan kembar Suraya dengan Dhia tu? Huh diorang awal awal lagi pergi kat pelamin duk bergambar.

"tepi sikit bontot tu boleh tak?" tegur Allysa dengan nad mengejek bila selamba Dhia duduk bersimpuh di tempat kitorang nak susun barang hantaran.

"huh sibuk je !" kata Suraya dan menarik Dhia supaya duduk di atas pelamin dengannya

"menyampah siot" kata aku dan turun ke bawah bersama Ain dan Allysa

"fuh siap!" kata Ain dan menyeka perlahan peluh di dahi. Kami bertiga akhir sekali mengambil pinggan dan mengambil nasi dan lauk untuk santapan.

"weh,ramainya nak duduk mana ni?" bisik Allysa . Ya betul, semua tetamu penuh kat bawah kemah . Memang satu tempat duduk pun tak ada.

Yela,majlis kenduri baru start memang riuhla suasana.

"makan kat dalam boleh ke?" soal aku perlahan ke arah Abang aku. Ilias yang sedang mendukung anak perempuannya yang baru berusi sebulan. Nuryani Huda

"entahla, tak biasa pula kat rumah orang ni. Iliya pergi tanya Maksu " Abang ilias memuncungkan bibir ke dalam rumah.

"abang nak pergi tandas la,tolong pegangkan Yani kejap boleh?"berkerut kerut dahi abang aku. Tak lupa,badan dia jadi cam slime melenggok lenggok. Nak tekencing ke tu?

"kak sara mana?" yela,mana pula bini dia sampai suruh aku jaga anak dia.

"kak sara tolong umi kat dapur basuh pinggan" ujar Abang ilias dan menyerahkan Yani ke arah aku.

Aku mengeluh dan meletakkan semula pingga yang aku ambil di tempat asal.

Terus tubuh bayi kecil itu aku dukung berhati hati.

"takpe,lepasni kau nak makan kita teman" pujuk Ain yang sudah siap mengisi pinggan dengan nasi lauk ayam merah dan daging masak hitam.

"jomla makan kat atas" ujar Allysa dan menyenggol lengan aku. Aku tak banyak bunyi , terus aku mengikut mereka memasuki rumah.

"auuuadwkfjsodj" rengek Yani di dukungan aku
(aku tak tahu nak type bayi merengek camna"

"yer sayang,yani nak makan?"soal aku perlahan sambil mencium pelan pipi gebu budak perempuan ini.

Punggungnya aku tepuk tepuk dan acah acah nak lambung dia.
Tersengeh suka budak ni. Aish comelnya!

"weh yani lapar aku rasa"kata aku ke arah Ain. Allysa pula tengah ambil air di tempat air.

"kau pegang kejap boleh?"soal aku

Berkerut dahi aku bila Ain buat muka terkejut beruk di depan aku. Aku berdecit sambil menepuk bahu dia kasar.

"oi dengar ke tak?" soal aku geram.

"i-iliya"

"yer! Tolongla pegang jap. Aku nak ambik puding nak bagi anak sedara aku ni makan" kata aku dan betulkan pegangan Yani ditangan aku dan diberi kearah Ain yang masih ternganga.

Dia pandang apa duh?

Tiba tiba lengan aku ditarik dan dipusingkan dari belakang. Melihat tuan yang menarik aku tadi telah membuatkan wajah aku terkejut macam Ain tadi.

Harraz tersenyum manis ke arah aku dan mengambil tubuh kecil Yani dari dukungan aku.

Didukung tubuh itu dengan sebelah tangan kanan manakala tangannya yang sebelah kiri memegang belakang badan Yani untuk menampung badan itu supaya seimbang.

Membulat habis mata aku,ternganga luas mulut aku memandang susuk tubuh tegap yang tinggi lampai di hadapan aku sekarang.

Bila masa dia sampai? Tak perasan pun--

"sampai bila awak nak scan muka saya?" suara Harraz memecah lamunan aku. Terus aku tutup mulut aku dengan tangan.

Nampak sangat ke aku scan dia ?

"pergila ambil makanan. Saya jaga Yani" ujar Harraz dan beredar menaiki tangga dan masuk ke dalam rumah. Aku hanya menghantar kelibatnya dengan ekor mata aku.

Aku menoleh ke arah Ain.

"Ain.."

"iliya..hensemnya lelaki tadi!" jerit Ain tiba tiba. Dia memanjangkan leher mencari kelibat Harraz.

"tunang kau yang tu ke ? Bapak untungnya kauu huwaaaa!" kata ain dan acah acah mengelap air matanya yang tak wujud.

"behavela bodoh"tegur Allysa

Aku hanya berdehem janggal sebelum melangkah ke arah kuih muih yang tersedia.

Jantung,jangan kuat sangat berdetak.

Tbc❤🌸

50 comments aku update

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro