Bab 36 accept me?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku terkedu lalu terkentut.

"iliya, bakal suami tanya tu jawab lah " kata Pakcik Saleh iaitu jiran opah yang hadir ke kenduri maksu.

Aku masih kaku di atas tangga dan tersenyum kekok ke arah tetamu yang tersenyum senyum ke arah aku.

Weh..

HARRAZ BILANG DIA SUKA SAMA AKU WADUH WADUH.

Aku tak bertepuk sebelah tangan lah ni kan kan!?

Aku menekup muka aku dengan kain tudung aku bila Harraz mula berjalan menghampiri aku.

Terpejam erat kedua belah mata aku bila Harraz mengambil tempat di sebelah aku. Sempat dia mengerling ke arah aku sebelum memandang ke arah lain.

"err..iliya saya.."

Aku angkat muka. Damn,dia pun tengah pandang aku dan kami bertentang mata buat beberapa saat sebelum aku kembali menunduk.

Kedengaran Harraz mengeluh bila aku tak berkata apa apa.

Weh kalau ada artis kpop kata kat korang yang dia suka korang apa korang buat hah ? Apa weh. Aku takleh brain.

"awak betul betul suka saya ke ?" soal aku perlahan sambil meletakkan dagu di atas lutut aku. Kaki aku dipeluk erat. Terasa rama rama berterbangan dalam perut.

Aku syak rama rama buat konsert donde kat dalam perut aku duh.

Harraz diam seketika,dia melunjurkan kaki ke anak tangga yang paling bawah sambil mengusap lehernya.

"iliya..s-saya nervous.." ujarnya perlahan sambil menunduk malu.

Sempat aku buka camera selfi aku dan tilik wajah aku. Mak! Merahnya muka aku !

Aku kemam bibir menahan rasa gemuruh dalam badan aku . Lagi lagi bila Harraz asyik tak duduk diam. Kejap keja lunjur kaki, kejap kejap bersila, kejap kejap peluk lutut macam aku.

Ha tadi bukan main kau duk nyanyi i labi u u labi air.

Aih iliya,kau sama ja dengan Harraz. Dua dua malu nak mengaku perasaan masing masing.

Tak boleh jadi ni, sampai maksu aku buat malam pertama pun takkan habis kalau aku dengan dia duk jadi katak atas tangga ni.

"s-saya"

"a-awak"

Shit,

Elok aku nak cakap dia pun cakap jugak. Payah weh payah.

"awak dulu" sekali lagi. Serentak.

Kami berdua mengeluh,tak lupa juga kami juga sama sama meraup muka secara serentak.

Pikir jodoh ke hanat.

Aku tarik nafas dalam dalam sebelum bersuara. Nampaknya aku kena cakap aku suka dia juga.. Kan?

"saya suka awak" kata aku laju

"awak reject saya ke?" kata Harraz laju

Babilah,serentak lagi !!

Aku pandang dia.

Dia pandang aku.

Tangga pandang kitorang.

Lauk kenduri pandang kitorang.

K melalut.

Aku kerutkan dahi , aku kena lari juga la wei !

Aku cepat cepat angkat punggung dan lari ke arah Ain dan Allysa . Serentak ,Harraz bangun dan berlari masuk dapur.

SERENTAK LAGI !

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"cantik duh camera phone kau" puji Ain yang turut baring di sebelah aku .

Aku hanya senyum memandang gambar selfi kami tadi

"weh nah pencuci muka kau. Thanks bagi pinjam tau" kata Allysa sambil tersenyum senyum melempar botol pencuci muka ke atas katil aku.

Aku menjelingnya. Tak habis habis nak mengusik aku lepas Harraz buat scene acah sweet tadi.
"sama sama" balas aku lalu bangun dari pembaringan.

Iphone aku sambungkan alat pengecas dan letak di bawah katil . Bukan apa ,bahaya letak atas nanti ada Pencuri.

"asal kau letak kat situ weh. Kotorla" tegur Ain

"entah,sejak Harraz luahkan cinta kat dia tadi terus jadi tak betul" tambah Allysa.

"sweet doh time kau dengan Harraz lari serentak tadi. Macam scene goblin AHAHAH" tambah Ain

Aku berdecit.

"pala otak anda, aku takut dua ekor tenuk tak berdara tu curi je. Mahal kot. Dahla tak sampai seminggu lagi aku pakai ni."balas aku dan mencapai getah ikat rambut

Terus Allysa ambil phone aku dan letak atas katil
"aku dan Ain ada je dalam bilik ni,kau rilekla. Diorang tak berani curi punyala" kata Allysa dan mengenyit mata kearah aku.

Aku sengeh nampak gigi
"korang berdua best cousin ever" kata aku sambil mengikat rambut panjang aku yang paras pinggang.

"aku mandi dululah" kata aku dan mengambil baju tshirt lengan panjang dan seluar track untuk ditukar dalam bilik air lepas mandi.

Keluar sahaja dari bilik terus aku menuju ke dapur,aku dikejutkan dengan Dhia dan Suraya yang sedang berdiri depan pintu bilik air.

Pehal duh,jadi makguard jamban ke? Cukup cukup ar muka diorang macam jamban jangan jadi makguard jamban. Nanti beranak keluar tisu jamban aku tak tanggung haaa!

Ni mesti nak ajak gaduh ni.

Aku mendengus perlahan sebelum melangkah ingin ke dapur. Tapi cepat cepat Suraya menghalang langkah aku dengan cara menarik rambut aku dari belakang.

"arkh sakit la bodoh!" jerit aku sambil memegang kepala aku. Aku pejam celik mata aku menahan air mata dari keluar. Terasa cengkaman kuku tajam Suraya seakan mengguris kulit kepala aku.

Dia punya cengkam macam nak tercabut akar rambut weh!

"hati aku lagi sakit ar !" jerit Suraya lalu ditarik lagi kuat rambut aku kebelakang menyebabkan aku hampir terjatuh tapi pantas aku berpaut pada pintu bilik air.

Habis serabai rambut aku,dengan getah rambut entah kemana. Aku bergelut sambil meronta bila kedua sepupu aku yang tak guna ni duk buli aku

"kau semua nak sapu,Abang Arham suka kau. Abang Arif suka kau. Kau memang tamak kan!?" marah Dhia dan mengangkat tangan ingin menampar aku.

Weh sesiapa takde orang nak tolong aku ke !?

Pang!

Suraya terbaring lemah di depan pintu tandas . Akibat dia jatuh dan tangan masih di rambut aku. Aku juga hampir jatuh terkena pintu tandas tapi pantas tangan Harraz memaut pinggang aku dari belakang.

"Harraz.." bisik aku sambil memegang bahagian kepala aku. Terkebil kebil kedua belah mata aku yang mulai kabur sebelum air mata aku laju turun mengalir.

Terus tangan kanan aku diangkat untuk menyeka air mata . Tiba tiba perbuatan aku untuk menyeka air mata terhenti apabila Harraz bertindak menarik aku kedalam pangkuannya dan memeluk aku.

Membulat mata aku, pertama kali lelaki sentuh aku macamni. Pertama kali lelaki peluk aku. Aku sabarkan hati, rupanya Harraz bertindak memeluk aku sebab Dhia cuba nak tarik rambut aku.

Positif iliya,Harraz tak akan ambil kesempatan. Dia sayang kau kan?

"kau pun nak kena lempang ke !?" jerkah Harraz.
Terkejut aku, belum pernah aku tengok Harraz marah macam ni selain dengan Aqim.

Belakang kepala aku dipegang Harraz lalu disembamkan di dadanya. Weofjaofjsjfks aku rasa makin nak nangis.

"ya allah.." bisik Harraz perlahan bila dia melihat beberapa helaian rambut di tangan Suraya akibat menarik rambut aku.

Terketar ketar Suraya cuba bangun dan menyapu nyapu tangannya yang penuh dengan rambut aku yang tercabut.

Aku juga sudah menggigil tubuh di dalam pangkuan Harraz.

"aku minta maaf sebab lempang kau. Tapi perangai kau memang layak kena lempang dengan aku!" Harraz mengangkat tangan untuk melempang Suraya yang sudah terketar ketar berdiri di belakang Dhia.

Tapi Harraz acah acah je,saja nak takutkan Suraya mungkin.

"abang Harraz.." Dhia cuba seperti mahu menangis melihat bibir Suraya yang sudah pecah akibat kena lempang dengan Harraz.

"apa abang abang? Ni abang kau!" Harraz acah acah nak lempang Dhia pula

Mengecil terus tubuh Dhia apabila disergah sebegitu . Kedua belah tangannya diangkat untuk mempertahankan diri jika Harraz betul betul ingin angkat tangan padanya.

"baik korang blah sebelum aku hilang sabar" kata Harraz tercungap cungap,jelas timbul urat urat di lehernya kerana hilang sabar.

"Harraz..saya okey" bisik aku di pangkuan Harraz. Belakang badan Harraz aku tepuk tepuk perlahan supaya dia lebih bersabar.

Berdecit Suraya dan Dhia berlari ke arah tangga.

Aku mengeluh, nasib baik aku dengan Allysa dan Ain je kat rumah ni ..kalau ada maklong dengan opah memang riuh serumah.

Huh diorang memang saja nak serang aku time takde orang kat rumah. Dasar,

Hilang sahaja kelibat mereka berdua. Aku dapat rasakan hembusan nafas Harraz makin tenang. Disebabkan wajah aku di dadanya,aku dapat rasakan degupan jantungnya.

Rambut aku diusap usapnya lembut sebelum tangannya turun ke bahu. Bahu aku ditolak lembut olehnya lalu kedua belah pipi aku ditekup dengan kedua belah tapak tangannya.

"sakit?" soalnya perlahan

Aku mencebik lalu mengangguk sambil menyeka air mata.
"sorry lambat.." ujarnya perlahan sebelum menjarakkan tubuhnya dengan aku.

"maaf peluk awak,maaf pegang awak. Sumpah saya tak niat pun--" Kata kata Harraz terhenti bila aku memotongnya

"takpe. Saya faham" ujar aku sambil tersenyum nipis.

Tangan Harraz naik menyentuh atas kepala aku dan diusap pelan sebelum dia menarik tangannya dari menyentuh aku.

"maaf,terbabas lagi" katanya dan berdehem janggal.

Aku ketawa kecil.

Tiba tiba wajah Harraz menjadi serius. Baju dan tuala aku yang jatuh berselerak di atas lantai dapur akibat bergelut dengan Suraya dan Dhia tadi diambilnya.

Getah ikat rambut dicapai juga,terus Harraz menghulur getah ikat rambut kearah aku.

Wait,

Wait,

AKU TAK PAKAI TUDUNG DEPAN HARRAZ WOI!!

Muka cuak aku dipandang oleh Harraz. Tiba tiba Harraz meletakkan tuala itu di atas kepala aku dan disempang ke bahu.

Aku terkedu.
"iliya,kalau saya marah awak. Awak nangis tak?" soalnya tegas tapi nadanya tetap buat aku dubdapdubdap.

"saya buat apa.."

"awak tak tahu kenapa saya nak marah awak?"
Perlahan lahan aku angkat bahu. Tuhan,kenapa tanya camtuh. Bae sungguh tunang aku ni huwargh.

Harraz mengeluh. Rambut aku yang terkeluar,dimasukkan ke dalam belitan tuala di atas kepala aku.

"sejak bila tak pakai tudung time orang luar ada ni ? " soalnya tegas. Kepalanya ditundukkan merenung aku yang sudah terkedu .

Aku menundukkan wajah.
"tapi sepupu saya je ada kat rumah ni..bukan sesiapa pun.." jawab aku perlahan. Tadi Harraz kata nak marah aku.

"sepupu awak lelaki iliya..saya tak suka..diorang tetap bukan mahram awak.." suara Harraz seolah olah kecewa dengan aku.

"tapi.."

"apa pendapat awak tentang freehair dan berhijab?"

Aku menggigit bibir sebelum menjawab.
"yang freehair nampak hot..yang berhijab pula er.. Nampak indah?"

Terkedip kedip kelopak mata aku memandang lantai sebelum memandangnya

Harraz tersenyum manis memandang aku. Tuala diatas kepala aku dibetulkan sedikit.

"samala macam syurga dan neraka..neraka nampak panas dan syurga nampak indah.. faham?"

Aku angguk sebelum membetulkan tuala di atas kepala.
"saya minta maaf.." ucap aku

"saya taknak tengok dah awak tak pakai tudung depan diorang dan depan saya..faham?"

Aku angguk
"faham.."

Dan Harraz masih senyum.

"kenapa senyum camtu?"

"sayang.."

Aku terkedu. Ini kali ketiga Harraz memanggil aku dengan panggilan manja itu. Terasa lemah pula lutut aku.

Aku mengemam bibir dan memandang ke arah lain.

"saya sayang awak, saya harap awak jaga semua yang awak miliki hanya untuk saya selepas saya halalkan awak nanti"

Aku mati kata.

Tbc❤

Ha spam komen cepat. Kalau lagi banyak cam chap sebelum ni aku update la. Bye❤ nak hiatus 4 hari dulu. Penat duh update 4 hari brturut turut.😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro