Bab 37 Runaway love❤

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"umi tak marah ke?" soal aku sambil memandang Harraz di sebelah.

Kemudian pandangan mata aku dialih ke arah jam di kereta kepunyaan Harraz.

Sekarang dah pukul 8.

"saya dah call umi, saya cakap urgent . Esok saya akan explain kat dia, awak janganla risau" senyum Harraz. Kepala aku dipegang sekilas sebelum dia keluar dari kereta.

Aku mengeluh dan membuka seatbelt,dipandang ke luar tingkap kereta.

Selepas pergaduhan antara aku dengan Dhia dan Suraya, terus Harraz tarik aku masuk dalam kereta sekali dengan dia.

Aku dengan blur pergi ikut je. Dengan tak mandi lagi. Haish.

Harraz kata umi dengan walid akan balik rumah opah lambat sikit. Jadi untuk elakkan aku kena fitnah atas kejadian tadi lebih baik dia bawa lari aku dari rumah opah.

Nak call Allysa dengan Ain tak boleh juga sebab tertinggal phone kat rumah opah.

Aku memejamkan kata lalu dihantuk belakang kepala di tempat penyandar kerusi aku. Asal aku dapat rasa feeling feeling nak kahwin lari ni hah ?

Sekarang Harraz masuk ke dalam kedai baju untuk beli baju dan tudung. Dahtu dia tarik aku masuk kereta dengan sehelai sepinggang.

Tuala pulaktu yang tutup kepala aku sekarang. Jarang dibuat orang lilit shawl guna material tuala.

Tiba tiba pintu dibuka,Harraz masuk ke dalam bersama satu beg kertas bewarna putih campur tulisan hitam jenama kedai.

Diletakkan beg kertas di atas paha aku sebelum dia startkan enjin .

"awak beli apa?" soal aku dan mula menggeledah beg kertas yang Harraz bagi tadi

"saya beli shawl, sweater dengan seluar jeans. Cukup tak? "soal Harraz sambil memakai seatbelt.

"Ke nak beli underwear sekali?" soal dia lagi sambil menguntum senyuman nakal. Aku berdecit sebelum memukul bahunya.

"ark! Sakitlah!" jeritnya sambil menahan bahunya dari terkena pukulan tangan aku. Tak cukup pukul,aku pergi cubit.

"yang gatal sangat tu kenapa !" marah aku sambil membawa keluar isi pakaian dari beg kertas

Harraz buat muka bengang,sejak bila pandai cubit dan pukul orang ni?

"dasar,bukan nak berterima kasih orang tolong beli " kata Harraz perlahan sambil mengusap bahunya. Pedih weh pedih !

Aku hanya buat bodoh dan menilik pakaian dan shawl yang Harraz beli. Hurm not bad!

Harraz diam ,bibirnya muncung tanda merajuk dengan cik tunang. Hiks dahla kena pukul bukan nak berterima kasih!

"saya nak tukar baju kat mana ni?" soal aku memegang baju sweater bewarna kelabu dan memandang Harraz yang sudah menghidupkan enjin kereta.

"masjid"jawab Harraz sepatah.

"sekali dengan solat eh?" soal aku lagi sambil mengerling wajah masam mencuka Harraz yang ketat . Mata bukan main tenung jalan macam dia sorang manusia dalam kereta ni.

Eh iliya,kau yang buat dia merajuk kan?

Aku berdehem sebelum melipat balik baju yang Harraz bagi tadi dan dimasukkan ke dalam beg kertas. Aku memeluk beg kertas itu dan dekatkan diri dengan Harraz.

"awak.."

"pakai seatbelt" arah Harraz

Aku memuncung geram tapi hujung bibir tetap terukir senyuman manis.

Cepat cepat aku pakai seatbelt sebelum memandang dia balik.

"awakkkk"sengaja aku meleretkan suara sambil merenung wajahnya dari tepi.

Harraz diam

Aku mencebikkan bibir,lengannya aku cuit cuit dengan jari telunjuk.

"awak..merajuk eh?"soal aku dengan senyuman tak dapat dibendung.

"kalau ya awak nak buat apa?"

Aaaa comel bodo

"nak pujuk la.."

Harraz masih diam tapi aku nampak rahangnya bergerak,halkumnya turun naik menelan air liur.

"s-saya tak merajuk" jawab Harraz.

"harraz.."panggil aku

Harraz mengerling aku sekilas sebelum memandang jalan.

"nak apa? Saya tengah drive ni" jawabnya

"thankyou belikan baju ni untuk saya,thankyou selamatkan saya tadi. Thankyou sebab selalu ada ketika saya memerlukan. Thankyou my hero" luah aku ikhlas. Alis mata Harraz bergerak gerak apabila aku mengucap luahan itu

"lagi..?" soal Harraz

Aku menarik nafas sebelum meluahkan sesuatu yang belum pernah aku luah kepadanya
"saya sayang awak" ujar aku perlahan.

Tiba tiba sahaja wajah ketat Harraz tadi bertukar ceria. Senyuman lebar terukir di bibirnya tetapi dikawal supaya tak terlalu lebar.

"yeay senyum punn!" sorak aku sambil memegang pipi aku sendiri.

"diamlah.."

Aku menghembus nafas kasar

"alaa awak layanla saya!" ternaik nada suara aku dengan nada agak gedik.

Sejak bila aku jadi Clarra ni?

"iliya..duduk elok elok,"

"takmauu!!"

"eee budak ni..gomol dalam kereta ni kang" balas Harraz dengan membulatkan mata kearah aku. Serta merta aku menjauhinya dan melekat di pintu kereta sebelah aku.

"eeee gatal" aku menolak pipinya supaya menjauh.

"awak nak maafkan saya tak?" soal aku lalu kaki aku letak atas dashboard. Terkejut Harraz dibuatnya melihat perangai tak senonoh aku.

"iliya,turunkan balik kaki tu"pujuk Harraz perlahan tapi aku hanya senyum dan menggeleng kepala.

"taknak hee!"

"iliya saya bagi amaran!" cemas nada Harraz. Aku selamba menggoyangkan kedua belah kaki aku yang sudah berada di atas dashboard.

Sengaja cari nahas.

"kalau saya taknak?"ujar aku dengan senyuman nakal

"jangan menyesal" ujar Harraz tegas sebelum fokus memandu. Aku menggulingkan mata.

"jangan menye--"

Tiba tiba Harraz menekan break kereta dan automatik tubuh aku terdorong ke bawah seat di bawah dashboard disebabkan kereta berhenti secara mendadak.

MEMANG BONTOT AKU LICIN SANGAT KE APA SAMPAI MENGGELONGSOR BEDESUP MASUK BAWAH.

Dengan kaki masih atas dashboard. Allahu seksa woi aku sekarang!

Aku dahla cabut seatbelt time letak kaki atas dashboard tadi. Memang masuk goal bebetulla badan aku sekarang ni !

"HARRAZ!!" jerit aku bila Harraz sakan ketawakan aku yang sudah tersekat di bawah seat.

"haa tu lah nakal lagi,nak buat lagi tak?" soal Harraz . Dia bukan nak menolong malah pergi tonyoh tonyoh belakang badan aku supaya makin masuk dan lebih tersekat dalam tu.

"Harraz,jangan arrr. Sakit arr" adu aku sambil tangan aku meliar cuba mencapai dirinya tapi disebabkan tangan aku pun tersekat maka aku jadi kata di bawah seat.

Dengan tuala atas kepala aku dah senget habis,rambut aku habis serabai keluar sana sini dan Harraz buat bodoh je

"dah rupa kak limah dah ni!" jerit aku

"duduk diamla kak limah"kata Harraz dengan ketawanya.

"awak!!"

"orang dah bagi amaran tak dengar. Tanggung la sendiri yer hantu kak limah " balas Harraz dan sambung memandu dan menghiraukan aku yang tersekat di bawah seat.

"AWAK!"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"weh kak limah,cepat keluar"arah Harraz di muka pintu. Dan hendak dijadikan cerita,aku tersekat di bawah dashboard itu selama satu jam .

Kini Harraz membuka pintu di bahagian aku dan memandang aku yang masih tersekat dengan pandangan mengejek.

Aku mencebikkan bibir,kalau ikutkan hati mahu sahaja aku meraung menangis meratapi nasib. Tapi aku jadi terimagine Harraz akan tinggalkan aku tepi jalan kalau aku buat macamtu.

"Hey tak dengar ke?" Harraz duduk mencangkung di sebelah aku.

Aku berdecit
"sape kak limah awak"

Sakit pula hati bila dia ketawakan aku sekarang ni.

Sekarang dia memegang kedua belah bahu aku dan menarik aku supaya keluar dari kereta.

Aku sempat membongkokkan badan sambil berpaut di pintu kereta selepas keluar. Selepas sejam jadi tenggiling bawah tu habis cramp badan aku.

"awak okey tak?" terus aku tepis tangan Harraz yang memegang bahu aku ketika aku membongkok

"okey sangat. Best sangat duduk situ lama lama. Cramp teramat. Best sangat! Nak try!?" kata aku geram dan merempuh badan Harraz sebelum berjalan menghentak kaki masuk ke dalam masjid.

"solat elok elok sayang! Hati hati takut ada makmum!" jerit Harraz.

Aku tak menjawab tapi sempat mengangkat penumbuk kearahnya sebelum masuk selepas menanggalkan selipar.

Manakala Harraz pula selamba memasukkan kedua belah tangan ke dalam seluar jeansnya sambil bersiul masuk ke dalam masjid bahagian lelaki

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Selepas selesai solat,aku terus menukar baju yang Harraz beli tadi. Nasib baik semua muat. Ikutkan hati mahu saja aku mandi sebab aku memang ada tuala ngan aku.

Tapi disebabkan cuaca agak sejuk dan berembun sekarang,aku rasa malas pula AHAHAH

Keluar sahaja dari masjid,aku nampak Harraz sedang bermain phone dan duduk di atas hadapan keretanya.

"dah siap?" soalnya apabila perasan akan kehadiran aku.

Aku diam tak menjawab. Masih merajuk dengan dia. Aku terus masuk ke dalam kereta tanpa memandangnya.

Masuk sahaja dalam kereta aku tak nampak apa apa. Habis embun embun melekat di permukaan cermin kereta Harraz. Jadi aku tak nampak lansung kelibat dia.

Arh lantak dia lah !

Tiba tiba Harraz mengetuk pintu aku dari luar. Yela dari luar,kalau dari dalam memang cuak aku !

Aku terus memandang pintu sebelah aku dan menjerit

"nak apa!?"

Jelas walaupun aku tak nampak jelas tubuhnya tapi aku masih nampak bayang bayang tubuh tegap Harraz di sebelah pintu tepi aku.

"jangan bukak pintu! Tengok kat cermin pintu je!" jerit Harraz dari luar kereta. Aku menjulingkan mata.

Aku nak tengok apa siot. Nampak embun je. Tak nampak apa apa yang jelas

Tiba tiba jari Harraz melekat di permukaan tingkap kereta di sebelah aku. Lincah jarinya mula menulis sesuatu di atas embun itu dan aku membacanya satu persatu.

"i love you?" baca aku sendirian.

Aku tersenyum nipis,fikir sweet ker main tulis guna embun?

Aku selalunya tulis kat kereta cikgu aku je yang berdebu tu. Alaa,kau letak jari kat cermin tu pastu tulis sesuatu.

Aku selalu taip benda ni kat kereta cikgu aku yang berdebu.

Sila basuh kereta

Ha! Ngaku cepat siapa macam aku!

Tapi sekarang Harraz buat perkara begitu menggunakan embun yang ada di tingkap.

Tuhan,lelaki atau malaikat ni?

Tbc❤

Nak komen bebanyak macam chap lepas❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro