Bab 41 Alelelee

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Harraz! Awak buat apa ni!?" jerit iliya cemas. Cepat cepat dia bangun dan berlari laju ke arah Harraz supaya berhenti sembur air dekat Arham yang sudah terketar ketar di situ.

"aip,jangan dekat. Nak kena juga ke!?" Harraz memberi amaran bila iliya sudah menghampiri dirinya.

Iliya hanya buat tidak endah,dia maju melangkah sehinggalah Harraz menghalakan muncung wayar getah ke arahnya dan sekelip mata sahaja Iliya sudah pun basah kuyup seperti Arham yang sudah seperti mati katak di atas tanah .

"HARRAZ!!"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Harraz!" memetir suara gadis itu, seusai solat isyak terus Iliya menyarungkan tudung expressnya dan keluar ke ruang tamu mencari tunang kesayangan.

Harini Harraz betul betul buat perangai!

"apa terjerit jerit ni,bangun opah tu kang baru la bising dia membebel" tegur umi yang sedang mengunyah keropok cheese di atas kerusi malas milik opah. Mata ditumpu kearah televisyen

"tapi umi, Harraz tu pergi sembur air paip dekat Arham time maghrib tadi apa kes!?" jerit iliya lagi. Harraz yang berada di sofa buat tidak dengar .

"awak tengok tu,demam dah dia"Iliya menjegilkan matanya memandang Harraz yang ralit menonton televisyen bersama Ilham di atas ribanya.

"siapa demam kak ?" soal Ilham terkebil kebil di atas riba Harraz. Baru sahaja nak pejamkan mata tiba tiba suara bagai petir kakak sulungnya menyentak niat dia nak ke alam mimpi.

"orang hutan,tak penting pun dah tidur tidur" Harraz memujuk sambil menepuk nepuk bahu Ilham supaya baringkan kepala di atas dadanya .

"orang hutan awak kata kat Arham!?" jerit iliya lagi.

Umi yang sedang menonton drama anak dan bakal menantunya itu hanya menggelengkan kepala sebab dari tadi iliya meninggikan suara.
Iliya melopong

"Harraz betul ke buat si Arham tu demam?" soal umi lembut merenung wajah kacak Harraz yang tidak beremosi. Bukan macam iliya gaya macam nak makan orang.

"Harraz tak buat apa pun,nak siram pokok bunga opah je" kata Harraz selamba dan membetulkan kedudukan Ilham di atas ribanya bila Ilham seakan tak mahu tidur.

"siram pokok bunga la sangat!" kata iliya sambil memeluk tubuh.

"kak,bawa bersabar dan bertenang" kata Ilham dengan suara lembutnya. Dia memandang wajah masam kakaknya.

"macam mana kak nak bertenang dik?" iliya mengeluh

"kalau kak tak bertenang ,kecewa saya" Ilham memegang dadanya dan membuat raut wajah yang agak sedih. Harraz hanya mengemam bibir menahan tawa dari terlepas.

Umi hanya ketawa kecil dan menghampiri Ilham . Tubuh kecil berumur 9 tahun itu di tarik dari riba Harraz.

Nasib keluarga Ain dan Allysa tak kata apa apa tentang kejadian Harraz siram Arham dengan air paip tadi.

Mungkin mereka faham sendiri bahawa Harraz hanya cemburu bukan nak buat dajjal sesuka hati dekat anak teruna mereka itu.

"jomla tidur,dah 10 malam dah ni" kata umi dan ilham hanya mencebik. Ala baru nak bermanja dengan abang ipar.

"nak tidur dengan abang Harraz" pinta ilham dengan muka dicomelkan sehabis boleh.

"tak boleh, tak payah nak gedik sangat" celah iliya dan menjelirkan lidah kearah ilham yang sudah buat muka tak puas hati.

"abang Harraz..." Ilham buat muka simpati sambil memegang lengan Harraz. Harraz hanya ketawa besar dan mencium pipi Ilham sekilas.

"akak awak tak bagi. Sorry la yer" pujuk Harraz sambil mengusap kepala ilham. Ilham mengeluh kecil dan masuk ke bilik bersama umi sambil menghentak kakinya.

"ha hentak lagi,hentak lagi biar roboh rumah ni tidur dalam kandang la kau esok" kata Iliya sarkastik

"eee akak ni!" Ilham menjelirkan lidah sebelum masuk dalam bilik dan menghempas kuat pintu bilik.

"eh budak ni kan"bisik iliya

"adik awak kan tu,bagi la muka sikit" kata Harraz tiba tiba. Iliya memalingkan wajah kearah Harraz sebelum mengambil tempat di tepi Harraz.

Tapi bukan atas sofa,dia duduk atas karpet manakala Harraz atas sofa tapi kedudukan mereka bersebelahan.

"kenapa buat Arham macam tadi?" soal iliya tegas. Harraz hanya diam buat muka tak berperasaan sebelum mencapai remote televisyen dan mematikan televisyen.

"hey saya tanya ni!" lutut Harraz ditepuknya kuat.

"apa yang hati saya rasa ni taknak tanya ke?" Harraz mengangkat kening dan merendahkan badannya ,kedua belah sikunya ditongkat di atas kedua belah lututnya.

Wajahnya didekatkan kearah iliya yang sudah kaku.

"kenapa nak tanya pasal hati awak. Ada kena mengena ke?" Iliya mengerutkan dahi bila wajah mereka agak dekat sebelum memandang ke arah lain.

"Pasal Arham lagi penting ke?" entah kenapa soalan itu seakan menjentik tangkai hati iliya. Mata gadis itu terkelip kelip sambil menunduk.

"apa maksud awak?" wajah dingin Harraz dipandang. Harraz menjauhkan kedudukan mereka sebelum bangun dari duduknya.

"awak,saya tak habis cakap lagi!" suara iliya mula naik bila Harraz bergerak ke arah suis lalu suis kipas ditutup.

Harraz mengangkat bahu sambil bermain lidah hingga mengeluarkan bunyi

klak! klak!

"Harraz.."

"pergi la tidur"

"Harraz!"

"iyer!"

"Awak marah saya ke?" Harraz tersenyum hambar kerana nada suara gadis itu seakan mengejek bukan bertanya risau.

Dia ingat aku main main ke?

"fikir sendirilah,kenapa saya buat sesuatu perkara. Ada sebab" Kata Harraz sebelum berlalu ke bilik tidurnya meninggalkan Iliya di ruang tamu keseorangan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"ya marabbuka!" tubuh terus dilontarkan di atas katil menghempap Ain dan Allysa yang sudah tidur tak ingat dunia.

"woi,agak agak ar"rintih Ain cuba mengalihkan tubuh iliya dari berada di atasnya. Terus tubuh iliya berada di antara Ain dan Allysa.

Allysa pula masih tak sedar,tidur mati betul.

"asal baru masuk tidur ni? Pukul berapa dah ni?" Ain menggosok gosok kedua belah matanya dan mata sepetnya memandang ke arah iliya yang sedang baring di sebelahnya .

"baru kul 10.30,hehe"

"kau pergi mana ngan tudung bagai" soal Ain. Segar terus matanya. Keluar dengan Harraz ke?

"takda pergi mana la,kat luar ja. Harraz tu mana bagi aku freehair. Dia marah" terang iliya dan Ain dah tayang muka mengusik.

"alaa baiknya tunang sepupu aku ni aum"Ain buat muka miang. Iliya buat muka jengkel.

Ain bangun dan duduk bersila,getah rambut di bawah bantal dicapai lalu rambut panjangnya disanggul tinggi.

"mati ke apa ni?" soal iliya menjuih bibir kearah Allysa yang berdengkur disebelahnya.

"alaa macam tak kenal,susah nak bangun makcik tu. Aku selalu lewat sekolah sebab dia" sempat Ain mengutuk si kakak sambil ketawa kecil.

"btw,kau sembang apa dengan Harraz?"

"takde apa ,aku marah sebab buat abang kau demam tu je"kata iliya dengan cebikkan bibir.

Ain terus membeliakkan matanya dan menampar bahu Iliya.
"woi sakitla!"

"kau marah dia tu apahal bongok!" Ain menepuk dahinya.

"laa,dah dia buat Arham camtu memang patut kena marah la!" kata iliya pula cuba mempertahankan diri. Orang backup abang dia,dia nak marah kita pulak.

"tak,sepatutnya kau pujuk dia" kata Ain dan membuatkan iliya bingung.

"aduu payah la kau ni" Ain mengurut dahi

"dia sembur air paip kat abang Arham sebab cemburu. Kau faham tak? Aku saksi ok!" kata Ain geram dan menarik tudung Iliya sehingga senget.

Iliya hanya diam cuba menafsir.

"damn,aku-aku keluar jap" terhegeh hegeh iliya berlari keluar dari bilik. Nasib lampu tak tutup,berani sikit.

Sampai saja di pintu bilik Harraz,terus dia mengetuk pintu bilik itu.

Dalam hati sudah berdebar debar,tuhan,apa salah akuuu. Kalau aku duduk tempat Harraz aku tak akan simbah air paip weh aku simbah taik lembu terus!

"kenapa tak tidur lagi?" soal Harraz setelah membuka pintu bilik

Iliya hanya diam sambil menunduk,takut takut dia mengangkat wajah memandang raut tenang si tunang. Makin serba salah pula hati ini.

"awak...saya minta maaf. Maaf sebab marah awak. Maaf sebab berduaan dengan Arham tadi. Saya betul betul minta maaf. Saya sanggup buat apa sahaja asal awak maafkan saya" kedua belah tapak tangan dicantumkan dan memandang wajah Harraz minta simpati.

Harraz agak tersentuh hati dengan rayuan gadis dihadapannya ini,dia mengeluh sebelum memandang jam dinding. Nak dekat pukul 11.

Namun Harraz masih bekukan wajah,lansung tak tunjuk yang dia terusik dengan pujukan gadis itu.

"awak, tak maafkan saya ke?" kata Iliya lagi.

Harraz masih kekal berwajah beku,dia mengemam bibirnya sambil memeluk tubuh memandang ke arah lain.

"awak.."bergetar suara gadis itu, kedua belah matanya mula berkaca.

Harraz meraup wajahnya sebelum menepuk sedikit belakang bahu kiri iliya apabila gadis itu sudah menundukkan kepala menahan sebak.

"sayang, it's okey" ditepuk lagi belakang bahu gadis itu. Diikutkan hati mahu sahaja dia peluk seerat eratnya tubuh gadis dihadapannya ini.

"t-tapi.."

"dah pergi tidur,malam dah ni. Esok kita cakap pasal ni lagi yer?"pujuk Harraz. Dia menguntum senyuman manis sambil menundukkan kepala cuba menenangkan iliya.

Iliya hanya mengangguk perlahan sebelum mengangkat wajah. Gadis itu mengesat air matanya sebelum tersenyum manis seperti Harraz. Harraz hanya mengeluh,dah agak nangis lagi.

"goodnight"bisik Harraz lembut, matanya dibesarkan supaya senyuman Iliya melebar. Iliya tak menjawab tapi hanya mengangguk. Harraz menjarakkan tubuhnya lalu memegang tombol pintu.

Baru sahaja nak tutup pintu,Iliya macam tidak mahu ke biliknya pula. "tercegat apa lagi,pergila tidur sayang" kata Harraz lembut supaya tidak kedengaran menghalau.

"taknak goodnight wish je"ujar Iliya segan. Dia menggengam kedua belah tangannya dan mengemam bibir.

"dahtu, nak kiss?" soal Harraz sengaja mahu mengusik.

"tak..." wajah gadis itu memerah. Harraz ketawa kecil.

"fine. Sweetdream sayang, I love you" bisik Harraz dan menepuk kepala Iliya sekilas.

"love you more"Iliya tersenyum senyum sebelum berlalu pergi ke biliknya. Harraz yang memerhati hanya tersenyum sendirian.

Alahai tunang siapa yang comel tu?

Tbc❤
50comments pls🍬

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro