Bab42 Sweety

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"nak belajar drive boleh?"dikerdipkan kedua belah matanya beberapa kali ke arah Harraz yang sibuk makan kacang telur di atas kerusi kayu.

"takyah,bahaya"jawab Harraz acuh tak acuh,bukan masih merajuk tapi dia kusyuk menonton rancangan didi and friends di kaca televisyen.

Iliya berdecit,dia duduk di atas kerusi kayu sebelah Harraz lalu mendekatkan jaraknya dengan Harraz dengan cara mengensot.

"awak! Bolehla! Teringin nak drive sendiri" muka dibuat comel sehabis mungkin

"tak payah"balas Harraz lagi,lansung tidak dipandang wajah iliya di sebelahnya.

Iliya menghentakkan kakinya dan memeluk tubuh.

Harraz terus memandangnya
"ha elok la hentak hentak macam tu"

"awak tak sayang saya"rungut iliya,bibirnya sudah muncung sedepa

"mana ada.."kata Harraz lembut

"dah awak taknak ikut permintaan saya,ha tak sayang ar tu"laju sahaja bibir gadis itu menutur semua tidak puas hatinya

Serta merta dahi iliya dijentik sekilas
"awak! Sakit la!"

"sebab sayang la taknak bagi,bahaya sebab awak tak cukup umur lagi"Harraz hanya buat muka macho dia. Geram je nak tendang tendang

Iliya diam,bekas kacang telur di atas riba Harraz dirampas lalu dia menyumbat semua kacang telur ke dalam mulutnya.

"dahla taknak kawan"

Harraz hanya menggelengkan kepala
"saya nak keluar ni,nak ikut tak?" Soal Harraz separa berbisik,wajah cemberut iliya ditenung lama. Alaa comel la pula budak ni merajuk.

"tak"

"betul ni?"soal Harraz lagi dan bangun dari tempat duduknya. Iliya sudah pun mengetap bibirnya menahan geram.

"taknak sudah,saya ajak ilham jela pergi" kata Harraz lagi dan menunduk melihat iliya yang masih duduk di atas kerusi tanpa memandangnya.

"ei geramnya budak ni,dah la tu merajuk" hujung shawl di bahagian iliya ditarik ke depan secara kasar.

Terus Iliya meletakkan bekas kacang telur di atas meja sebelum membetulkan tudungnya.

"Awak! Habis rambut saya keluar nanti" terkejut bukan kepalang,iliya terus membetulkan terbusnya dan menarik shawl kebelakang supaya cantik seperti tadi.

Wajah tak bersalah Harraz dijelingnya tajam,tak tahukah kamu bahawa tudung ni benda paling sensitif bagi kaum wanita!?

Harraz sudah pun ketawa terbahak bahak melihat wajah tak puas hati iliya.

"ha nak ikut tak?"soal Harraz lagi. Iliya masih membisu dan memandang kearah lain.

Harraz mengeluh dan tersenyum nipis,dia mula duduk melutut di hadapan iliya. Bekas kacang telur di atas meja diambil .

"adinda adinda"panggil Harraz,bekas kacang itu digunakan untuk mencuit cuit lutut iliya. Iliya agak tercuit tapi masih memilih untuk membisu.

"kekanda janji lepas adinda habis Spm kekanda ajar drive yer?" bisik Harraz lagi dengan nada romantik.

Wajah iliya dipandang dari bawah disebabkan dia sedang melutut di atas lantai maka senang untuk dia melihat reaksi iliya yang sedang menunduk itu.

"adinda,balaslah sesuatu" kata Harraz lagi tersenyum sumbing. Iliya berdecit dengan senyuman kesabaran.

"adinda rasa kekanda tipu"balas iliya, ha amek kau taknak kalah. Nak kekanda adinda konon.
Zaman sekarang pun raja tak formal macamni dengan permaisuri hikhik.

"ambilla bekas kacang ni sebagai bukti bahawa kekanda berkata benar" penuh dramatik ayat Harraz menutur kata.

Iliya mengemam bibirnya sebelum ketawanya meletus jua akhirnya. Bekas kacang yang masih dihulur Harraz itu diambil.

"saya pegang janji awak" iliya tersenyum suka.

"awak percaya saya?" soal Harraz lagi. Mukanya penuh harapan.

Iliya berdehem sebelum memandang kearah lain. Segan la pula Harraz tenung dengan muka macam tu.

"mestila,tunang saya sendiri"

Harraz hanya menghela nafas lega.

"tapi!"iliya mencantas nafas lega Harraz

"apa lagi sayang,saya nak keluar cepat ni lapar la"rengek Harraz dengan muka pasrah. Iliya sudah memandang ke arah lain pula. Dah la panggil sayang nya bikin aku seganla!

"k-kalau mungkir janji saya akan buat awak menyesal" kata iliya dan terus bangun

"saya nak panggil ilham" kata iliya dan terus meluru ke arah bilik umi dan walidnya di mana Ilham tidur .

"wei budak" bahu Ilham ditepuk kasar dari belakang oleh Iliya. Terkekek suka gadis itu melihat wajah cemberut Ilham yang dari tadi merenung masa depan di luar jendela.

"akak ni kacau ar" rungut ilham perlahan dengan muka tertekannya. Iliya berhenti gelak,dia terpandang beberapa helai kertas kecil di tangan adiknya itu.

"apa ni?" soal iliya lalu kertas di tangan ilham dirampas. Ilham tak pula membantah malah budak lelaki berumur 9 tahun itu hanya membiarkan sahaja.

Bergerak gerak kedua belah mata iliya membaca ayat ayat puitis di atas kertas yang seperti surat cinta.

"iliya" tegur Harraz di muka pintu bilik,tak berani pula nak masuk takut kena kecam.

Terus iliya menekup bibirnya daripada terhambur tawanya ketika membaca setiap bait bait ayat di surat cinta monyet adiknya yang satu ini.


"AHAHAHAHAHAHAAHAH" terlepas juga tawanya ,dia menekan perutnya sambil membaca ayat ayat cinta taik kucing di pegangannya.

"Eeee akak ni jahat la! Taknak kawan akak!" kertas dipegangan iliya terus dirampas lalu ilham berlari keluar dari biliknya.

Sempat dia memukul belakang leher iliya sebelum berdecit melarikan diri.

"eh eh sedap sedap dia pukul aku!" marah iliya sambil memegang lehernya yang terasa pedih

"ilham nak ikut abang keluar tak!?" jerit Harraz apabila kelibat Ilham sudah menghilang ke dapur.

"taknak! Sebab kakak ada !!" bising keadaan dapur oleh suara umi dan opah sejurus ilham menjerit sebegitu.

"apa yang lawak sangat ?" soal Harraz dan menyandarkan tubuhnya di tepi pintu memandang iliya yang berjalan kearah pintu mahu keluar.

Gadis itu masih ketawa sambil memegang belakang lehernya.

"takdela,ilham tu ha dapat surat cinta versi cheezy tahap dewa"kata Iliya dan keluar dari bilik.

"awak tunggu la kejap saya bersiap" kata iliya dan Harraz hanya memerhati gadis itu masuk ke biliknya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Disebabkan iliya dah craving nak makan sushi ,terus Harraz bawa iliya ke Aeon Mall Kota Bharu!

"tak pernah pernah awak craving sushi ni" kata Harraz ketika mereka menaiki lif. Iliya hanya tayang senyum

"awakla punca,awak hasut saya makan benda alah tu" kata Iliya berpeluk tubuh . Dia mengira dalam hati nombor lif yang tertera di tepi pintu lif.

Buka sahaja lif terus mereka berdua berjalan seiringan ke sushiking.

"eh Tengku Harraz Arshad ?" tegur seseorang, selamba badak je dia memegang lengan Harraz dari belakang.

Tapi iliya paling laju menoleh, berkerut kerut dahi dia melihat tangan gadis seusia sepertinya memegang lengan encik kesayangan buah hati jiwa raga bakul nya

Harraz turut menoleh apabila terasa namanya dipanggil dan ada tangan memegang lengannya.

"yes? " soal Harraz hairan dengan senyuman kekok.

Terdapat dua orang gadis di tepinya. Harraz mengerling iliya yang sudah tak senang duduk itu. Terus lengannya ditarik perlahan dari pegangan gadis itu.

"awak Tengku Harraz Arshad kan? Instafamous tu? Yang nyanyi tu!" naik suara gadis berambut pendek yang berada di belakang gadis bertocang yang memegang Harraz tadi.

Harraz mengangguk dengan perasaan serba salah,terasa api pula berada di sebelah iliya sekarang. Iliya jealous ke?

"kami berdua peminat awak! Nak ambil gambar boleh??" soal gadis bertocang itu lalu selamba badak dia menarik lengan Harraz mendekatinya.

Harraz membeliakkan matanya sebelum memandang ke arah iliya yang berpeluk tubuh di situ memandangnya.

"erk sorry tapi saya tak suka sentuh sentuh ni" memang dia tak selesa,semua orang dah pandang pandang. Yela dekat kelantan ni memang pantang pegang pegang semua ni.

Lebih lebih lagi dua perempuan tu freehair,memang tarikan la.

Harraz pula hanya beriak biasa,sudah biasa dengan peminatnya. Kalau berjalan dengan Hariz dan Ashraf lagi ramai peminat nak tegur ambil gambar bagai .

Tapi masaalahnya sekarang,dia bersama cik tunang bukan dengan kawan kawannya.

"eh tu siapa? Adik awak eh? Tak pernah nampak pun dalam feed insta awak" tegur gadis berambut pendek itu melihat iliya yang seolah olah seperti tunggul di situ.

Iliya mengangkat kening,dia tersenyum kurang ikhlas. Heh ingatkan kewujudan aku di sebelah Harraz ni tak dipedulikan .

"ni tuna--"

"eh adik awak tolong ambilkan gambar boleh tak?" potong gadis berambut pendek itu lalu phonenya dihulur kearah iliya.

Harraz menganga,aku baru nak expose tu tunang aku bukan adik aku tapi minah ni selamba je potong percakapan aku.

"ya saya adik dia,ha cepatlah pose ,saya tengah lapar ni" iliya berkata dengan nada suara mendatar lalu camera ditekan dan phone gadis itu diangkat untuk mengambil gambar.

Tergedik gedik gadis dua orang itu berdiri rapat dengan Harraz yang sudah senyum kekok .

Click!

Click!

"nah"

"wow thankyou! Abang awak ni hensem la" puji mereka berdua tanpa segan silu.

"btw my name is Aina and this is Dairah" kata yang rambut tocang itu dan menunjuk kearah kawannya.

Iliya hanya angguk sekilas.

"Ha korang borak borak la dulu dengan ABANG saya ni,saya nak masuk dulu . Lapar" sengaja perkataan abang ditekan oleh iliya. Wajah panik Harraz dijelingnya tajam. JANGAN BUAT MUKA MACAM TU LA ! AKU CEMBURU NI SAITON!

Iliya memusingkan tubuhnya ingin bergerak ke Sushiking seorang diri. Namun belum sempat dia melangkah , bahunya ditarik lalu belakang badannya di pegang Harraz dari tepi.

"sorry untuk salah faham. Actually ni tunang saya,and bukan adik saya" jawapan Harraz membuatkan Daira dan Aina melopong memandang ke arah iliya.

"wait,seriously? Tak pernah nampak pun!?"jerit Dairah

"saya tak suka share privacy,kami dah lama bertunang and tunggulah gambar wedding kitorang nanti ok la sayang jom makan"

selamba badak sumbu Harraz berkata begitu dan menarik lengan iliya masuk ke dalam sushiking meninggalkan 2gadis tak tahu malu terkebil kebil di depan pintu masuk Sushiking

Tbc,

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro