Bab44 Exam?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pejam celik pejam celik, berak flush berak flush dan waktu seakan jealous dengan aku.

Sedar tak sedar dah bulan october sudah dan tinggal sebulan sahaja lagi sebelum peperiksaan paling besar yang akan dihadap .

Peperiksaan yang akan menentukan adakah kau akan jadi manusia yang berguna atau tak berguna. Tak bekerjaya atau seorang bekerjaya.

Peperiksaan dimana kau baru nak study,ada yang decide time malam before Spm baru nak study.

Ada jenis ulat buku memang dah ready untuk apa yang bakal berlaku. Ada yang tak usah study sebab dah bijak .Ada yang rasa dia tak bijak tapi malas nak prepare awal awal so sebulan before Spm baru nak study.

And aku tergolong dalam spesies tak bijak tapi malas nak prepare awal awal so sebulan before Spm baru nak study.

And mesti ada yang tanya aku merapu sekarang.
Exam apa lagi. SPM LA WEI!

"suruh parents korang sign and bagi cikgu before khamis minggu ni"

Cikgu Hazanah merangkap guru kelas aku mula bangun dari tempatnya dan mengedarkan satu persatu borang kelas tambahan kepada setiap sorang pelajar kelas 5 Account .

Aku hanya diam merenung setiap perkataan di atas borang pembayaran kelas tambahan untuk cuti deepavali minggu depan.

"Seriousla,aku malas siot" Najihah yang duduk di sebelah aku mula menyenggol lengan aku dari tepi dengan sikunya. Aku mula buat muka jengkel sepertinya.

"baik makan " ujar Alia pula yang berada di sebelah kanan aku.

"haishhhhh!" aku menyembam wajah di atas meja sebelum mengeluh.

Selang beberapa saat loceng mula berbunyi dan aku dapat dengar pelajar kelas aku mula bergegas keluar dari kelas untuk rehat.

"Iliya,study group nak?"soal Izham yang entah dari mana muncul di depan aku bersama Aqis dam Afif.

Beginila harian kitorang,walaupun berlainan kelas tetap bersama.

"aku bukan apa,aku ni tak pandai la weh.. Time pt3 pun cukup cukup makan je weh.." ujar aku perlahan. Aqis mula menjentik dahi aku membuatkan aku mencebik

"pala hotak kau,kalau kau bodo kau tak duduk kelas ni" Aqis meletakkan buku notanya di atas meja aku.

Trial Spm kau lansung tak dapat A. Kau masih taknak berusaha? Bisik aku perlahan.

Ya,trial Spm aku lansung tak dapat A and umi aku membebel jugakla. Walid? Teruk lagi. Dia ugut nak putuskan pertunangan aku kalau aku tak berusaha.

Takut? Mestilah. Tapi aku malas nak berusaha.

Harraz pula boleh setuju dengan cadangan walid,tak sayang aku ke apa mamat cina tu? Sudah la phone yang Harraz bagi tu kena rampas dengan walid.

Dah hampir 2 bulan aku tak contact dengan Harraz, dah tak boleh duduk kondo Najihah .

Dan tak boleh jumpa Harraz....

KAU FAHAM TAK AKU TERSEKSA.

MACAM MANA KALAU HARRAZ BOSAN DENGAN AKU?

DIA CURANG KE? HUWARGHH

"petang ni set pukul 5 berkumpul jom?" soal Afif kearah aku memandangkan aku je yang kemurungan kat sini.

Trial Spm sebelum ni Najihah dapat 3A ,Alia dapat 4A, Afif dan Aqis 5A, Izham pula 6A.

Aku? TAK ADA LANSUNG HUWARGHH!

"woi aku tanya ni!" Afif menghentak meja aku. Aku berdecit dan menampar bahunya.

"umi aku tak bagi keluar la" dan hampir 2 bulan aku tak berjumpa Harraz. Wehhhhhhh aku rindu Harraz huwarghhhh!

"habistu kau jumpa tunang kau tu?" soal Aqis

Aku menjulingkan mata
"dah 2 bulan aku tak jumpa Harraz since keputusan full trial Spm aku tu..walid aku tak kasi jumpa. Nak suruh aku study. Lepastu phone aku kena rampas. Siot ar tu Harraz bagi kot."keluh aku.

Kawan kawan aku hanya diam membuat wajah simpati.

"kita study kat rumah kau jelah?" cadang Najiha dan aku hanya mengangkat bahu dengan senyuman nipis.

"okey je" balas aku.

"oh btw, Aqim ex kesayangan kau bagi " Izham meletakkan sebungkus hadiah di atas meja aku.

Aku memandang sebungkus hadiah itu dan Izham silih berganti.
"nampaknya orang tu still tak boleh move on" bisik Alia halus sambil tergelak . Alia mengambil bungkusan hadiah itu dan membeleknya.

"eh ada surat!" terus Alia membuka surat itu tanpa soal aku. Aku pula tak sekat dia. Biar je.

"eh, birthday kau minggu depan kan?" soal Najihah yang turut membaca surat Aqim di hadiah itu.

"so?"soal aku malas dan tidak berminat.

"aqim bagi ni for your birthday ehek" Aqis tergelak halus. Aku berdecit dan mengambil hadiah tersebut lalu disimpan ke dalam beg.

"Amboi? Simpan!" Izham menepuk tangannya sekilas. Aku menjeling.

"jomlah rehat" kata aku dan selamba keluar dari kelas meninggalkan kawan kawan aku yang terpinga pinga.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"omygoddd!!! Comelnya!!" Jerit aku sambil mengintai ke dalam beg Alia.

Tak ku sangka,disebabkan Alia tahu aku sedih hari ni. Dia boleh bawa hamster kepunyaan dia yang baru dibeli minggu lepas.

Disebabkan waktu balik sekarang dan semua pelajar dah tiada so aku Najiha dan Alia stay di kantin untuk tengok hamster Alia.

"huwargh comelnya!!" aku melihat hamster jantan bewarna putih dan oren berbelang itu sedang makan kuaci di dalam sangkar hamster itu.

"comel duh. Macam aku" tiba tiba Najihah puji diri sendiri.

"kau hodoh cam katak. Dah stop it" kata aku dan terus Najiha buat muka derp

"nak pegang boleh?" pinta aku sambil memerhati tingkah laku hamster di dalam sangkar kecil itu.

"hati hati weh,dia liar lagi" kata Alia dan membuka bekas itu. Terus Alia mengambil hamster itu dan aku mula menyentuh kepalanya dengan berhati-hati.

"walid kau ambil pukul berapa?" soal Najihah dan menggalas beg nya.

"sekarang kot, urm jom la pergi kat bus stop" ajak aku . Mata aku masih tak berkelip memandang hamster yang Alia simpan di dalam sangkar.

"aku datang dengan motor harini, aku balik dulu la bye!" Alia melambai sebelum berlari anak ke arah garaj manakala aku kearah bus stop bersama Najihah

"comel weh hamster tadi,aku nak beli la!" penuh teruja aku berkata begitu sambil menepuk pipi sendiri.

"kau suruhla Harraz beli, confirm dia beli" kata Najiha.

Sampai sahaja di bus stop aku terpandang satu kereta yang amat aku kenali.

"weh weh,aku balik dulu" terus aku berlari anak ke arah kereta Volkswagen putih yang diparking di hadapan bus stop.

Sampai sahaja di pintu kereta,terus aku buka pintu itu.

"Harraz!" jerit aku teruja dan terus masuk ke dalam kereta tanpa dipelawa. Dah dia datang sini mesti nak jemput aku kan?

Harraz yang tadi sedang bermain phone terus menoleh ke arah aku bersama senyuman manisnya. Seperti selalu.

"sayang saya dah balik ?" soal Harraz dan mula menyimpan phone ke dalam poketnya.

Aku hanya mengangguk lembut

"macam mana dengan awak time saya tak ada?" soalnya lembut dan merenung aku . Aku hanya diam dan tiba tiba kedua belah mata aku berkaca.

"saya rindu awak"

"dah 2 bulan saya tak jumpa awak.." kata aku lagi dan kini makin perlahan.

Harraz tak menjawab malah mengambil tisu di atas dashboard dan mengelap air mata aku.
"don't cry. Saya kat sini sekarang kan? Ey comotnya budak ni!" tak cukup dengan itu satu wajah aku dia tenyeh dengan tisu.

Sibuk melayan perasaan.
Aku perasan akan mata mata pelajar sekolah aku yang sedang memandang ke arah kereta Harraz. Sekali lagi aku berdecit.

"lain kali tukar tinted cermin kereta, saya nak semua cermin kereta awak warna hitam biar orang tak nampak awak dalam kereta ni" kata aku tanpa berbasa basi

"aik kenapa pulak?"Harraz mula mengerutkan dahi .

"menyampah tau time awak jemput saya balik mesti ada budak sekolah saya puji awak lebih-lebih, saya pun tak pernah puji awak macamtu" tanpa sedar aku terjujur yang aku cemburu. Aku pandang Harraz,dia dah buat muka sengal dia.

"Alaaa firstime tunang saya jealous,happy pulak saya" Harraz mula tersenyum senyum. Ha mula dah,

"asal lak?" soal aku

"yela, saya baru sedar awak sayang saya"Harraz mengenyitkan mata ke arah aku . Aku terkesima. Terasa kekok pula dengan ayat sweet dia.

"tunang saya kot..gi-gila tak sayang" bisik aku perlahan.

"i know,"balasnya dan menghidupkan enjin keretanya.

"sebabtu saya sayang awak" katanya dan aku sudah memandang ke arah lain.

"macam mana hidup tanpa phone?" soalnya memecah sunyi dalam kereta.

"bosan" sepatah je dapat mengungkapkan segala derita aku 2 bulan ni. Berkurung dalam rumah. Nak tengok Tv berebut dengan Ilham. Huh sedeyh!

Harraz hanya ketawa kecil, aku mula memuncung sambil memeluk tubuh.
"dah la orang tu tak jenguk saya lansung" kata aku tanpa tapis.

Air muka Harraz sedikit sebanyak berubah tapi aku buat tak endah.

"saya final exam. I'm sorry " ujarnya perlahan tanpa memandang aku.

"sekarang?"

"exam dah habis,sebab tu saya boleh jumpa awak. Awak ingat walid awak sorang je ke yang tegas? Papa saya pun tegas tau" Harraz mengetuk kepala aku. Tak jadi aku nak merajuk.

"urm,tadi kan..Alia bawa hamster" kata aku dan memandang Harraz.

"ye ke? Warna apa?" aku tersenyum apabila Harraz bertanya begitu.

"warna putih berbelang oren..erm..saya rasa nak bela jugakla..comel" ujar aku dan sengaja dicomelkan wajah aku kearah Harraz.

"buat apa? Awak dah comel"

Aku jeling.

"tapi-"

"nak jaga hamster ni susah tau,banyak pantang larang dia. Sangkar dia pun dah seratus lebih,lepastu mahal penjagaam dia. Tak jaga betul betul boleh mati" panjang lebar Harraz berkata dan memandang aku sekilas

"dah la malas cakap dengan awak" aku memuncung kembali.

Harraz menghela nafas dan ketawa kecil.
"tak pernah pernah suka haiwan"

"saya nak jaga nak main dengan dia. Saya bosanla,dahla phone kena rampas haish"

"awak sedia nak bela? "soal Harraz

"yes!" aku angguk laju dan buat muka yakin

"betulni?"

"Betul!"

Harraz hanya diam dan menggelengkan kepalanya dan memarkirkan keretanya ke dalam kedai yang aku jarang lihat.

"wait a minute.."aku membaca nama kedai tersebut.

Kaka petshop?

"awak..jangan cakap.."

"apa? Tadi kata nak hamster, jom la beli" Harraz buat muka suci dan keluar dari kereta dan diikuti aku.

Whatdefudge!?

Tbc❤

Bab45 esok onxon?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro