Bab45 Putus Tunang?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ya allah!!" masuk je dalam bilik aku terus umi menjerit macam nampak mimi peri terbang dalam bilik aku.

Manakala aku yang sedang terbaring di atas lantai memerhati hamster yang dibeli Harraz minggu lepas hanya membulatkan mata. Tidak pula aku melenting.

"iliya ! Jangan pegang tikus tu kotorla!"marah umi geli geliman melihat hamster yang diusap oleh aku dari tadi. Aku mula bangkit dari pembaringan dan duduk bersila.

"umi,ni hamsterla!" aku mengangkat hamster bewarna peach putih itu kedalam akuarium kecil yang juga baru dibeli . Ada la juga habis 50 ringgit,nasib Harraz belanja muehehehe.

Lagi satu,Ilham dengan walid je tahu aku bela hamster ni. Kalau umi tahu memang dia tak izinkan! Geli la katakan.

"eeeeeee geli la. Sejak bila benda tu ada kat sini hah!?" terpekik pekik suara umi memarahi aku.

"Harraz tolong belikan "

"buang!"

"umi!"

"jangan bagi keluar dari bilik kalau tak umi bagi kucing makan!" selepas diberi last warning ,umi terus bergegas keluar dari bilik aku.

Aku pula hanya tersenyum senyum sambil menggosok gosok belakang badan hamster kecil aku. Mochi nama dia.

Sumpah,benda ni akan buat aku teringatkan Harraz.

Jam di dinding aku pandang beberapa saat sebelum aku bergerak kearah almari baju aku.

Nak date ngan Harraz!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"balik awal okey?"

"yer umi,before pukul 10 Harraz bawa balik" Harraz hanya tersenyum nipis dan menyalami umi sebelum dia masuk ke dalam kereta bersama aku.

"how is your day?" soal aku apabila Harraz sudah masuk ke dalam kereta.

"fine"jawabnya dan aku hanya mengangguk

"kenapa awak jarang chat saya eh sekarang?" soal aku tiba tiba. Yer,jarang sangat kitorang chat sejak menjak ni. Ada pun dalam 2 3 kotak je chat. Lagipun aku chat dengan Harraz secara senyap senyap menggunakan phone Ilham adik aku tu.

"baru je chat tadi kan?" nada mendatar Harraz agak membuatkan aku terkedu.

"lagi pun awak tak ada phone,takkan nak chat kat phone ilham je"

Aku diam seketika,takkan la aku nak terasa kot? Betulla,aku macam susahkan adik aku je. Kalau umi dengan walid tahu ni mesti ilham kena denda juga. Nanti kena rampas phone macam aku baru huru hara

"okey sekarang nak pergi mana?" soal aku sambil membuka radio . Nak dekat 9 bulan aku kenal Harraz so aku dah tahu semua benda dalam kereta dia.

Harraz terus menutup radio setelah aku memasangnya. Aku mengerutkan dahi.
"awak marah saya ke?" soal aku geram

"tak lah" jawabnya lagi. Aku mengemam bibir aku dan memandang keluar tingkap memerhati lampu lampu jalan .

"nak pergi mana ni?" soal aku lagi. Suara aku agak tersekat sekat menahan kegeraman.

"eh iliya lusa birthday awak kan?" tiba tiba Harraz bertukar soalan. Aku hanya mengeluh dan mengangguk menandakan iya.

"awak nak apa?"soalnya

Aku memandangnya dan mengangkat senyuman,bila Harraz baru ada mood nak bercakap dengan aku.

"saya nak awak" kata aku sarkastik, namun senyuman aku mula luntur bila Harraz tidak beriak,wajahnya dingin.

Aku berdehem cuba menghilangkan rasa janggal.

Seketika Harraz main phone lepastu pergi main whatsapp. Aku macam agak tertekan jugakla bila dia buat macam tu like hello,aku wujud lagi di sini.

"Harraz,dahla main phone tu" aku cuba merampas phone Harraz namun Harraz menolak kasar tangan aku.

"jangan sibuk lah"

"tengah drive kan,takyah la main!" suara aku mula naik dan cuba merampas phone Harraz lagi. Tiba tiba phone Harraz terlucut dari tangannya dan jatuh ke bawah seat.

"awak ni kenapa!?"suara Harraz juga naik. Secara tiba tiba Harraz berhentikan keretanya secara mengejut ke tepi jalan.

Hampir terhantuk kepala aku di dashboard,dahla aku tak pakai seatbelt. Harraz tidak pula bertanya khabar ke apa tentang keadaan aku seperti selalu

Harraz berdecit dan menjeling aku,sejurus itu kedengaran nada dering milik iphone Harraz. Harraz terus mencapai phonenya dibawah seat tanpa memandang aku.

Terus panggilan itu dijawab di hadapan aku. Manakala aku sudah tergamam . Disebabkan aku mengintai nama pemanggil di phone Harraz, apa yang aku nampak..

Baby❤ ?

Wait...dia curang dengan aku ke? Takkanla selama 2 bulan phone aku kena rampas dia dah bosan dengan aku?

"nanti i call you balik,ha yer. Take care" suara Harraz yang sedang menjawab panggilan orang disana sedikit sebanyak membuatkan hati aku koyak. Take care? Huh?

Aku tidak pula melenting,aku hanya mampu mengunci mulut aku dan memeluk tubuh aku.

Pandangan aku lontar ke luar jendela. Nafas aku seakan bergetar menahan diri daripada menangis kat sini.

"iliya" panggil Harraz. Aku diam. Mata aku mula berkaca. Tuhan,apa ni?

"iliya, dengar tak saya panggil?" panggilnya lagi . Tapi kali ini suaranya semakin keras.

"iliya!"

"apa?" suara Harraz sudah naik tapi nada suara aku tetap lemah ketika menyoal dia tanpa memandangnya

"saya nak cakap something ngan awak" katanya. Sebelah tangan kirinya diletakkan atas stereng dan diketuk beberapa kali.

"apa dia?"aku mengelap air mata aku dan memandangnya.

"saya harap awak tak marah la" aku memejamkan mata aku seketika dan memandangnya kembali.

"apa awak nak cakap sebenarnya?"

"saya rasa bersalah nak cakap sebenarnya.."

"awak nak cakap apa!?" suara aku sudah naik,tidak dapat menahan sabar lagi.

"susahla nak explain"

"awak nak cakap apa!? Cakap lah!" menjerit aku dibuatnya,bahu Harraz aku tumbuk sekuat hati.

"saya nak putus!" jeritan Harraz membuatkan aku berhenti menumbuk bahunya. Perlahan- lahan tangan aku melorot jatuh ke bawah sebelum digenggam.Aku diam seketika sebelum ketawa, mesti ni nak prank aku mamat ni.

"hahaha, tak lawak la Harraz!" Namun Harraz masih beriak dingin dan memandang kedepan sementara aku menghiburkan diri sendiri.

"saya tak bergurau,saya nak putus tunang" katanya lagi dan kedengaran lebih tegas.

"awak nak p-prank je k-kan?"Aku mengemam bibir dan menunduk memandang bawah. Kedua belah tangan aku disatukan dan digenggam sesama sendiri.

"saya serius" balasnya dingin.Aku bersandar di kerusi dan cuba menahan sebak dan cuba kuatkan diri supaya tidak ternangis kat sini.

"apa motif awak nak jumpa malam ni? Nak cakap pasal ni la?" soal aku. Harraz masih diam. Suasana makin tegang diantara kami berdua.

"cakapla awak bergurau..Harraz..apa salah saya? Awak takkan tinggalkan saya kan? Awak sayang saya kan?" aku cuba tersenyum. Wajah Harraz aku cuba sentuh walaupun ianya tidak menjaga batas tapi aku seakan terdesak tak mahu ditinggalkan olehnya. Terus Harraz menjauhkan wajahnya dari disentuh aku. Aku sedikit terkilan.

"maaf saya betul betul tak boleh" katanya dan menunduk kebawah

"habistu selama ni tu apa? " soal aku. Suara aku masih boleh dikawal.

"saya tak pernah sayang awak,selama ni saya berpura pura. Saya minta maaf" jeda,dia menarik nafas dan memandang aku yang sudah memandang depan,tidak kuat untuk memandang wajah dia.

"saya dah ada orang lain" katanya lagi. Hati aku makin dirobek robek ketika ini. Terasa dikhianati lagi.

"yang call tadi tu girlfriend awak?"soal aku. Aku memandang atas apabila pandangan aku mulai kabur dengan air mata. Tuhan,aku tak boleh.

Lambat lambat Harraz mengangguk.

"oh harini berani bercall bagai dengan dia depan saya. Kiranya memang decide nak break harini la kan?" soal aku tanpa berbasa basi dan Harraz masih mengangguk tanpa bersuara.

"huh,apa salah saya?" kata aku perlahan tanpa memandangnya.

"awak tak salah,saya yang salah" katanya.

Aku sudah menyedut hingus dan mengelap air mata yang mengalir di pipi aku.

"awak tak sayang saya?"soal aku lagi. Berharap dia akan kata dia sayangkan aku namun hampa ,Harraz menggeleng.

"awak tipu" tangisan aku mula berbunyi. Aku bersandar di pintu kereta dan menekup wajah aku seketika untuk mengelap air mata.

"iliya.."

"saya kenal awak,awak takkan buat saya macam ni kan..?" tolonglah,aku tak kisah nampak terdesak ke apa. Aku tak mahu Harraz tinggalkan aku.

"buat apa saya tipu awak?" soalnya dan air mata aku sudah laju membasahi kedua belah pipi aku. Wajah aku juga sudah lencun dengan air mata.

Aku sudah membisu,tak tahu nak kata apa lagi.

"tolongla jangan nangis"kata Harraz dan menekur ke stereng. Dia juga kelihatan agak tertekan. Kenapa? Girlfriend dia marah dia dengan aku ke?

"kalau saya ada buat silap cakap jela,jangan buat saya macam ni. Kalau saya buat salah cakap jela saya boleh ubah sikap saya. Saya-saya--" ayat aku terhenti,tak mampu nak teruskan lagi. Aku mengelap air mata aku dengan lengan aku.

"dah la tu.." kata Harraz lembut tidak seperti tadi. Dia menarik leher aku kearahnya dan mengelap air mata aku dengan ibu jarinya.

Pantas aku menepis tangannya.
"kalau awak dah berpunya kenapa awak kena bagi saya harapan?"

"saya minta maaf" Harraz masih cuba untuk mengelap air mata aku yang kian kuat mengalir.

"saya pasti ada orang lain jauh lebih baik dari saya"pujuk Harraz. Pantas aku menggeleng menafikannya.

"saya taknak orang lain. Saya nak awak. Orang lain takkan sama dengan awak!" ternaik suara aku. Aku menepis kuat tangan Harraz yang mengelap air mata aku.

Harraz tidak berkata apa- apa,dia membuka dashboard di depan aku dan satu kotak kasut dibawa keluar lalu diletakkan atas riba aku.

"apa ni?"soal aku perlahan. Tangan masih ligat mengelap air mata dan hingus. Pengotor? Aku tak kisah!

"kalau sayang saya ,cepat buka"arahnya. Aku mengerutkan dahi tetapi tidak membukanya.

"apa kaitan kena buka kotak pulak?" suara aku bergetar,tersedu sedu aku menahan tangisan .

"saya kata buka tu buka jelah" suara Harraz yang tadi dingin tiba tiba jadi annoying. Arh perasaan aku je kot.

"kasut untuk girlfriend awak ke?"

"buka jela"

Aku mencebik dan membuka kotak kasut tu perlahan lahan.

Ada kasut fila bewarna kelabu dan yang menarik perhatian aku ialah surat besar di atas kasut yang bertulis..

Happy Birthday Sayang❤
Ini cuma prank , ala nangis ke tak tu?

What de fark?

What de....fudge?..

"kasut saya kecil sangat,bagi kat awak jela" kata Harraz dengan suara nakalnya. Aku mencebik bibir dan memandang tajam kearah Harraz yang sudah mengemam bibir menahan ketawa.

"awak..."panggil aku dan serasa mahu menangis lagi. Aku kena prank ke?

Tak tahu nak rasa happy ke nak marah sekarang ni.

Aku menunduk dan kembali mengelap air mata

"suka tak?" soal Harraz. Aku diam dan menggeleng laju

Harraz tiba tiba ketawa dan menggosok kepala aku
"alololo sayang saya nangis" katanya dan ketawa . Aku mengerutkan dahi.

"hey,nak nangis lagi ke?" kedua belah pipi aku disapu sapu menghilangkan sisa air mata.

"suka tak?"soalnya dengan senyuman nakal .

"huwaaa tak lawaklaaa!" jerit aku lalu kotak kasut itu digunakan untuk memukul Harraz dengan kadar yang amat laju.

"dahla tu nangis ,saya gurau je" Harraz tersenyum lembut dan menepuk nepuk perlahan kepala aku.

"senyum?"

"tanak!" jerit aku. Wajah aku masih cemberut.

"saya sayang awak,tak tipu. Saya gurau je tadi.." pujuk Harraz lagi. Dia masih tersenyum.

"habistu yang call awak tadi tu baby mana?"soal aku geram. Prank tak prank,baby tadi tu siapa!?

Terus Harraz keluarkan phonenya dan nombor baby❤ ditunjuk kearah aku. Aku perhati betul betul and..whatde..

"nombor saya?" soal aku tak percaya.

Harraz mengangkat bahu.
"saya berpakat dengan umi ,phone awak dengan dia kan? "

"awak save nama saya..erk seriousla"suara aku makin perlahan.

"yerla baby, awak kan baby bucuk saya?" tak semena mena muka Harraz, aku tampar.

"sakitla!"

"sudahla,saya nak putus bebetul!"jerit aku geram

"iliya!?" pucat wajah Harraz, ha tahu cuak.

Tbc❤
Jumpa jumaat ni gais.
Nak 30comments kalau tak,aku tanak update.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro