➺0.4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•°•

Ryusang bersiar-siar di sekitar kawasan sekolah barunya. Dia berasa sedikit kesunyian kerana dia belum jumpa lagi kawan baru setakat ini.

Budak bandar sudi ke nak berkawan dengan aku?” gumamnya dalam hati.

Sungguh dia rasa suasana di sini jauh berbeza dengan sekolah lamanya. Langsung tidak sama. Dari segi keluasan sekolah, kelas dan pergaulan.

Dia mula terfikir sesuatu yang pelik di sekolah barunya. Dia tertanya mengapa rakan sekelasnya memandang dia dengan pandangan pelik.

Mungkin diorang tak pernah tengok orang luar kot... Sebab itu rasanya...” detik Ryusang lagi dalam hati.

Ketika dia dalam perjalanan menuju ke sebuah mesin air, seorang lelaki tiba-tiba sahaja merangkul bahunya dari belakang.

“Yo, Yeosang! Sejak bila kau datang sekolah ni? Hyung ingat kau masih kat hospital,” kata lelaki itu tersebut.

Lantas Ryusang memandangnya dengan pandangan pelik. Lelaki itu hanya tersenyum sahaja.

“Erm... Mian tapi aku Ryusang bukan Yeosang.”

Selepas sahaja Ryusang balas, senyuman yang terlekat pada bibir lelaki itu tadi terus mati.

“Eh? Kau ja--” kata-kata lelaki itu terus dipotong oleh seseorang.

“Hongjoong! Sinilah!”

Jerit Seonghwa yang berada tidak jauh dari mereka. Pantas Hongjoong mendekati Seonghwa lalu meninggalkan Ryusang begitu sahaja.

Ryusang hanya terkaku selepas kejadian tadi. Malah, dia juga terfikir sesuatu di mindanya.

Kenapa orang panggil aku Yeosang? Siapa dia?”

Ya! Soalan itulah yang kini bermain di mindanya sekarang.

•°•°•°•°•°•

“Aku dah kata tu bukan Yeosang! Kau tak percaya,” kata Seonghwa geram. Hongjoong tersengih malu.

“Tapi... Macam mana kau tahu tu bukan Yeosang? Sebab aku tengok rupa dia iras sangat,” tanya Hongjoong ingin tahu.

“Kalau Yeosang, rambut dia warna blonde and kulit lebih cerah daripada dia.”

Balas Seonghwa lebar. Hongjoong hanya mendengar itu menjuih bibir.

Rasa malu pula kerana tegur orang yang tak dikenali secara tiba-tiba tadi. Nasib baik Ryusang tak marah...

“Aku ingat Yeosang tukar warna rambut sebab dia pernah warnakan coklat gelap,” cemuh Hongjoong. Seonghwa sekadar tersenyum sahaja.

Tiba-tiba satu panggilan masuk ke dalam telefon Seonghwa. Lantas dia menjawab panggilan tersebut.

Annyeong? Seriuslah? Okey petang nanti hyung ambil. Bye.”

Selepas itu Seonghwa terus memutuskan panggilan. Hongjoong yang mula rasa ingin tahu itu bertanya kepada Seonghwa.

“Kenapa tadi?”

“Yeosang keluar dari hospital petang ni. So petang ni kita semua jemput dia okey?” jawab Seonghwa riang. Begitu juga dengan Hongjoong.

“Okey!”

•°•°•°•°•°•°•

Fikiran Ryusang mula runsing. Hari ini merupakan hari yang pelik baginya.

Sudahlah sewaktu memperkenalkan diri tadi semua rakan sekelas memandangnya pelik.

Kali ini, ramai orang asyik memanggilnya Yeosang.

Siapa Yeosang tu sebenarnya? Kenapa orang asyik kata yang aku ni dia? Rupa kitorang sama ke?”

Entah mengapa perasaan rindu terhadap tempat tinggalnya mula muncul di hati Ryusang. Dia tersenyum kelat.

Dia ingatkan bahawa tinggal di bandar mungkin seronok. Tetapi baginya tidak pun.

Ryusang masih lagi belum menyesuaikan dirinya di tempat baru. Mungkin sebab itulah dia belum mempunyai kawan.

Haih... Aku haraplah ada kawan... Seorang pun jadilah...” monolog Ryusang dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro