➺3.9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•°•

Ryusang melepaskan semua tekanannya dalam bilik. Dia menangis dengan kepala membenam di antara kaki dan dadanya.

Sungguh hal ini betul-betul mengejut baginya. Agak sukar untuk percaya pun ada juga.

Tuan Im bukan ayah kandung dia.

Dia diambil sebagai anak angkat.

Yeosang ialah abang kembar dia.

Tuan Kang ialah ayah kandung dia yang sebenar.

Malah, lebih mengejutkan lagi nama dia bukanlah Im Ryusang tetapi Kang Ryusang.

Kenapa selama ni appa tipu aku? Kenapa tak berterus terang jer dulu? Hina sangat ke aku ni?”

Detiknya dalam hati. Air matanya juga dari tadi mengalir dengan deras. Begitu sukar untuk dia terima semua ini sekali gus.

Kemudian, dia terdengar pintu bilik diketuk oleh seseorang. Malah, suara orang itu juga amat dia kenal.

“Ryusang-ah. Boleh aku masuk?”

Itu suara Yeosang! Tanpa berkata apa Ryusang buka kunci pintu bilik mereka itu.

Yeosang melangkah masuk. Dia terkejut melihat mata Ryusang sudah bengkak akibat menangis tadi. Dia mula rasa simpati.

“Kau mesti terkejut fasal tadi tu kan?” teka Yeosang perlahan. Ryusang sekadar mengangguk kecil.

“Aku tak tahu macam mana lagi... Aku langsung tak pernah tengok wajah omma masa aku kecil. Tak pernah langsung aku tinggal dengan keluarga kandung. Aku rasa... Aku tertipu selama ni,” luah Ryusang lebar. Sesekali dia tersedu akibat tanggisannya itu.

Yeosang terdiam. Melihat Ryusang mula menangis lagi itu lantas dia memeluk Ryusang dengan erat.

Dia membiarkan Ryusang menangis di dakapannya. Perbuatan itu mula mengingatkannya bagaimana dia menangis di dakapan Ryusang ketika dia cuba untuk membunuh dirinya dulu.

“Walaupun susah, kau kena terima juga...” ujar Yeosang perlahan. Belakang badan Ryusang diusap perlahan.

“Sebenarnyakan, aku rasa bersyukur sebab kau adik kembar aku...” tambahnya lagi membuatkan Ryusang tertanya.

“A-apa maksud kau?” soal Ryusang tidak faham. Air matanya tadi dikesat dengan kasar.

Pelukkan mereka tadi terus dileraikan. Yeosang memandangnya sambil tersenyum nipis.

“Sebab kau jaga aku baik selama ni. Waktu aku susah, kau selalu ada untuk tolong aku. Waktu aku jatuh ke bawah, kau ada untuk bawa aku naik atas semula.”

“Malah, disebabkan kau juga hubungan aku dengan Yeonjun dah baik semula. Aku rasa sangat terhutang budi kat kau...”

Jawab Yeosang dengan lebar. Ryusang yang mendengar itu terdiam seketika.

“Lagipun, kalau kau nak tahu sebenarnya nama kau diambil sikit dari nama omma.” tambah Yeosang lagi.

“Huh? Yakah?” tanya Ryusang lagi tidak percaya.

“Ya! Nama omma Ryuna. Dia letak nama Ryu tu kat kau sebabnya kau ni istimewa bagi dia. Kau seorang jer yang sihat dalam kalangan kita. Kalau aku, memang payahlah sebab aku ni selalu sangat sakit,” balas Yeosang membuatkan Ryusang terdiam buat kali kedua.

Dia tidak menyangka bahawa nama ibunya hampir sama dengan namanya. Dia juga baru tahu nama ibu dia yang sebenar.

“Jomlah kita turun bawah. Appa tengah tunggu kau tu.”

Yeosang mengajak Ryusang untuk turun ke ruang tamu bersama. Dia yang tidak memberi reaksi apa-apa itu sekadar akur sahaja.

Selepas dia dengar penjelasan dari Yeosang tadi, barulah hatinya mula terbuka untuk menerima semua ini sedikit demi sedikit.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro