➺4.0 *Finale*

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Beberapa hari sudah berlalu sejak peristiwa itu berlaku. Akhirnya Ryusang dapat menerima sepenuhnya setelah dia mendengar penjelasan dari Tuan Kang.

Malah, Tuan Im juga sudah sedar dari koma selepas seminggu dia tidur. Ryusang telah menceritakan semuanya kepada Tuan Im tentang dirinya yang sebenar.

“Ryu dah tahu semuanya, appa. Terima kasih sebab jaga Ryu selama ni,” ucapnya sambil memeluk Tuan Im dengan erat.

Selepas sahaja Tuan Im sudah sembuh sepenuhnya, dia dibenarkan untuk keluar dari hospital.

Walaupun Ryusang sudah tahu perkara yang sebenar, dia masih lagi tinggal bersama Tuan Im kerana dia sudah lama menganggap Tuan Im sebagai ayah kandungnya sendiri.

•°•°•°•°•°•

Pada waktu pagi di sekolah, Yeosang seperti biasa melepak di tepi tangga bersama dengan kawan-kawannya yang lain.

Dia mula menceritakan apa yang telah antara dia dan Ryusang beberapa hari lepas.

“HAH? RYUSANG TU ADIK KEMBAR KAU?” jerit mereka bertujuh serentak akibat terkejut.

Pantas Yeosang menyuruh mereka senyap sedikit. Dia tidak mahu orang lain tahu tentang perkara ini.

“Janganlah bising sangat!” marahnya.

“Maaflah. Kitorang terkejut sangat tadi,” celah Jongho. Disokong oleh Wooyoung.

“Haah. Aku dah lama agak yang korang tu kembar!”

Yeosang menggulingkan kedua bola matanya. Sudah agak itulah reaksi kawan-kawannya. Patut dia tak cerita jer tadi.

Secara kebetulan, mereka terserempak Ryusang dan Yeonjun yang kini dalam perjalanan menuju ke tangga. Lantas Mingi menyapa mereka berdua.

“Ryusang, Yeonjun! Jomlah lepak dengan kitorang!” ajaknya riang.

“Lain kalilah. Kitorang nak pergi kantin ni,” tolak Ryusang ramah. Mingi mengangguk kecil.

Mata Yeosang bertentang dengan mata Yeonjun. Di situ dia perasan bahawa Yeonjun melemparkan senyuman manis kearahnya.

“Nanti kita lepak kat kelas ya,” kata Yeonjun kepada Yeosang.

Dia membalas dengan membuat jari tanda 'okey'. Ryusang melambai tangan ke arah mereka sebelum menuruni tangga bersama Yeonjun.

Yunho yang perasan Yeosang sudah tersenyum seperti orang gila itu terus menegur.

“Yah, kau dah kenapa?” teguran Yunho tadi membuatkan Yeosang terkejut.

“Ish! Terkejut aku tahu tak?” balas Yeosang geram. Yunho tersengih.

“Mesti kau gembirakan Yeonjun dah berbaik semula dengan kau,” teka San.

Yeosang menjawab dengan mengangguk kepala. Baginya ini seperti magik kerana tidak menyangka bahawa Yeonjun yang pernah menikam belakangnya dulu kini berbaik semula.

Seonghwa yang dari tadi menjadi penonton itu mula tersenyum garis. Lega rasanya hati selepas melihat Yeosang sudah banyak berubah sejak dia berjumpa dengan Ryusang.

Yeosang yang dulu selalu murung dan pendiam sekarang sudah berubah menjadi periang. Namun, dia punya malu itu memang tak dapat dipisahkan.

Siapa sangka, orang yang kita anggap asing itulah sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan kita tanpa kita sendiri sedar?

•°•°•°•°•

“Sayang, saya datang nak lawat sayang...”

Ujar Tuan Kang perlahan sebaik sahaja tiba di hadapan kubur isterinya, Kang Ryuna.

Sejambak bunga yang dibawa oleh Tuan Im itu terus diletak di hadapan kubur kakaknya. Dia melemparkan senyuman tawar kearahnya.

“Kalau awak masih ada, mesti awak gembira dengar berita ni...” kata Tuan Kang dengan suara yang serak. Cuba untuk menahan daripada menangis.

“Akhirnya Ryusang dapat berjumpa semula dengan kembar dia. Walaupun dia tahu agak sukar untuk dia menerima, tapi sekarang dia faham.”

Sambung Tuan Im pula. Dia mengangguk tanda setuju.

“Sayang, saya harap awak tenang di sana. Saya janji, saya akan jaga anak kita tu dengan baik.”

“Kitorang pergi dulu ya? Nanti kitorang lawat noona lagi...”

Mereka berdua melangkah pergi meninggalkan tapak perkuburan selepas sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada Ryuna.

Walaupun agak menyedihkan kerana orang yang mereka sayang sudah pergi buat selamanya, tetapi mereka yakin bahawa dia sentiasa ada di sisi mereka.


═✼ THE END ✼═


Alhamdulillah...

Habis juga akhirnya fanfic TWIN ni. Tak sangka banyak juga chapter dalam fanfic ni AHAHAHAHAHAH

Saya harap ending dia tak meleset sangat. Sebab saya takut tak menjadi pula dia punya ending tu heheheheheh.

Btw, apa pendapat korang dengan fanfic ni? Okey tak?

Itu sahaja. Terima kasih banyak² kepada sesiapa yang baca, vote, komen dan juga letak fanfic ini dalam reading list korang.

I LOVE YOU GUYS 💖

-yeosyi8-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro