#01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

WARNING :

Just a flashback before go to the story.

Many language here. Dominan Malay. 40% English. 15% Indonesia. 5% other. So if you don't understand, im so sorry about that. Just ask me if you dont understand it.

I can understand Indonesia language too. So just put your comments in your language. I will try my best to translate for you.

THIS IS ALL MY OWN STORY.
If it have a same, maybe it just my inspiration or unintentional(tidak disengajakan)

Shonen-ai , Romantic , Yaoi , Power , Blood scene , Mpreg

This book cant be perfect cause will have so many typo. So if it here, just ignored it and understand with your own.

Arigatou cause wanna read this book and want me continue (T▽T)



























>>>><<<<

















Tempat perkhemahan mereka kelihatan bersih dan tiada lagi sisa sampah. Mereka sudah membersihkan kesemuanya kerana takut amukan Kaizo. Iyalah, Kaizo seperti tidak akan segan untuk hayunkan pedang biru muda kegemarannya di pinggang itu pada sesiapa yang tidak mengikut arahannya.

Betapa bahayanya Kaizo =="

Gopal dan Stanley sudah mengumpulkan 2 plastik hitam itu bagi memudahkan pekerja pengangkut sampah mengambilnya. Amar Deep serta Iwan telah memasukkan kesemua barang-barang perkhemahan di dalam tempat yang disediakan khas letak barang di bahagian bawah bas a.k.a bonet bas. Semertara itu, pelajar perempuan pula sibuk memastikan barang-barang dan kawan-kawan cukup sambil gosip.

Semua guru memerhati kesemua pelajar agar tidak ada yang tertinggal. Setelah puas melihat, Kaizo meminta semua berkumpul di hadapan para guru pengiring. Cikgu Timi tersenyum melihat mereka semua dalam keadaan baik.

Kaizo hanya membiarkan cikgu-cikgu memberikan ucapan dan peringatan bermakna buat semua pelajar. Lagipun, dia cuma kena ganti cikgu yang tidak dapat hadir pada hari perkhemahan itu sahaja. Kalau tidak, rasanya dia sedang mengemas rumah sehingga berkilat sekarang.

Upacara penutup sudah selesai. Kesemuanya mula mengikut barisan menaiki bas. Kaizo yang terakhir memastikan semua pelajar telah masuk. Seketika, dia memandang tayar bas tersebut.

Kaizo termenung seketika.

Setelah itu, dia mula menaiki bas setelah puas memastikannya. Cikgu Timi mula mengeluarkan senarai dan mengetiknya. Memastikan lagi semuanya cukup. Pelajar-pelajar malah sibuk membuat bising menceritakan pengalaman yang mereka lalui.

Bas mula bergerak dan keributan semakin berkurangan. Aircond yang sejuk membuat terasa nyaman. Lagu di radio juga seperti menambahkan suasana yang aman dan damai. Kebanyakan pelajar mula merasa mengantuk dan tertidur tanpa sedar.

Boboiboy pula memandang ke arah luar. Dia yang duduk di sebelah bahagian bahu jalan dan tepi tingkap membuatnya dapat melihat dengan jelas bagaimana permandangan diluar.

Fang juga mendapat posisi seperti Boboiboy tetapi hanya sahaja, dia di bahagian depan Boboiboy dan dia tidak menikmati pandangan di luar. Dia sibuk menyumbatkan telinganya dengan earphone menikmati lagu favourite nya.

Kaizo melihat ke arah luar. Dia seperti bergumamkan sesuatu dan langit perlahan mula gelap secara perlahan. Fang tersedar hal itu mula mengalihkan pandangannya diluar tingkap. Boboiboy turut terkejut melihat cuaca itu berubah perlahan-lahan.

Tapak kaki itu mendekat ke arah mereka berdua iaitu Fang dan Boboiboy. Walaupun masih ada Gopal di sebelah Boboiboy dan Iwan di sebelah Fang, itu tidak menghalang orang ini melihat mereka berdua.

Mata itu mula berubah warna dan suasana semakin mencengkam. Seakan mereka bertiga sahaja yang berada di situ. Pelajar-pelajar di sana seperti tidak merasakan apa-apa. Mulut itu mula bergerak , menunjukkan taringnya yang tajam.

" so, are you 2 ready? " tanyanya pada Fang dan Boboiboy.

Boboiboy terkejut. Takkan la rancangan Fang boleh diketahui oleh orang itu. Padahal Fang tidak jumpa ataupun bercakap apapun dengan orang ini. Seolah mendapat membaca fikiran Boboiboy, Fang melutut di atas kerusi bas itu tanpa rasa takut akan terjatuh pergerakan bas. Dia melihat ke arah Boboiboy yabg berada di belakangnya

" kami boleh berkomunikasi melalui batin " kata Fang.

" so? " tanyanya lagi

Boboiboy sedikit ragu. Meninggalkan dunia ini dengan cara mati. Masih memikirkan ayat Fang sebelum menaiki bas. Tak disangka semua ini terjadi padanya secepatnya.

" aku belum jumpa atok lagi...? "

Fang tersenyum tipis maklum , " kau boleh jumpa dengan dia nanti, tapi kau tak boleh cakap dengan dia "

" really? "

" yes Boboiboy. Just trust me "











And then, the accident happen there.








Boboiboy merasakan dirinya mati rasa secara tiba-tiba. Seakan dia mati secara perlahan tanpa rasa sakit. Mukanya tadi berjumpa dengan jalan raya terseret sedikit dengan kaca bersepah di situ. Sakitnya akan hentakkan dirinya ke atas jalan tidak terasa. Kaca-kaca tingkap yang pecah mengenai kulit Boboiboy tidak dia rasakan. Padahal darah mengalir sangat cepat membuatkan dia terasa sedikit pening. Semakin lama, mata hazel itu meredup dan tertutup perlahan.

Selain Boboiboy, Fang juga terima benda yang sama. Tetapi nasibnya lebih malang kerana dirinya tercampak sampai tersangkut di pokok--

















Fang : aku harap kau ready malam ni ok~? //suara dengan aura menyeramkan















- wait a moment -











































Ugh
..Back to story..


Kaizo pula tercampak sehingga terjatuh ke gaung. Untung para pelajar yang lain masih baik-baik sahaja walaupun luka mereka juga agak parah. Pemandu bas beruntung sudah sediakan keselamatan cermat pada tempat duduknya. Guru pengiring yang lain cuba memeriksa keadaan pelajar-pelajar yang sebilangannya terbaring di jalan raya.

Cikgu Timi mampu menyelamatkan pelajar di dalam bas. Cikgu Papa terluka teruk di lengannya sempat menelefon ambulance untuk menyelamatkan keadaan. Pemandu bas dan seorang lagi guru pengiring membantu mengangkat pelajar yang cedera parah.

Cikgu Timi sedikit kecewa melihat pelajar-pelajarnya kebanyakan mengalami luka yang teruk. Paling dia takut, pelajar akan trauma setelahnya.

Gopal yang mengalami patah tangan menangis melihat Boboiboy sudah penuh dengan darahnya sendiri. Boleh dikatakan keadaan Boboiboy begitu kritikal sehingga dia tidak bernafas lagi. Stanley menenangkan diri Gopal walau dia sendiri hampir mahu menangis juga. Amar Deep cuba mengejutkan Iwan yang pengsan. Yaya dan Ying kesakitan juga tetapi masih kuat dan sepertinya mereka baik-baik sahaja.

Setelah itu, ambulance tiba dan mula membantu yang mana mampu diselamatkan lagi. Pasukan penyelamat mula turun ke bawah mencari Kaizo. Manakala , Fang dan Boboiboy dibawa ke hospital secepat mungkin.

🌟🌟🌟🌟🌟


Berita di media sosial cepat tersebar sehingga ke telinga Tok Aba sendiri. Tok Aba terkaku. Sempat hatinya terhenti seketika mendengarnya. Ingin dia menangis tentang perihal tersebut.

Tergesa dan cepat walaupun telah dimakan usia, kaki itu berlari secepat yang mampu ke arah hospital. Niat hanya satu dan tidak mahu perkara yang didengarnya benar.

Tetapi, akhirnya tubuh dimakan usia itu terjatuh. Rapuh. Cucunya telah pergi meninggalkannya. Dalam keadaan Boboiboy kritikal kerana separuh wajahnya sudah tidak begitu berbentuk kerana tusukan kaca serta seretan jalan raya.

Tidak terima, Tok Aba marah pada pemandu bas yang tidak cedera begitu serius. Panik para guru cuba menenangkan Tok Aba. Memang sedikit tenang, tetapi jiwanya tidak. Jiwanya masih tidak menerima cucu kesayangannya pergi selamanya dari dia.

Tiada senyuman cerah.

Kecerobohannya.

Suara manjanya.

Pelukan hangatnya.

Dan tiada di sisinya lagi.

Gopal sendiri juga memaksa diri melihat Boboiboy kali terakhirnya. Sedih tidak terhingga kawannya sudah menemui ajal di masa muda. Dia menangis sejadi-jadinya di sebelah Boboiboy yang sudah tertutup dengan selimut. Yaya dan Ying hanya mampu berdiam diri di luar pintu dan melihat dari jauh.

Tiba masanya Boboiboy meninggalkan duka pada kesemuanya.






🌟🌟🌟🌟🌟









Apa yang terjadi, telahpun terjadi. Boboiboy tetap tidak kembali kepadanya sambil tersenyum. Tok Aba mampu tersenyum sangat pahit. Kubur yang sudah tersedia untuk cucunya telahpun disediakan dan siap sedia untuk dimasukkan.

Tok Aba mendekati peti itu dan mengangkat tubuh ringan cucunya perlahan dan sangat lembut. Ini kali terakhirnya dia bersama cucunya. Ingin sekali jiwa raga Tok Aba mahu membawa mayat cucunya ke rumah sahaja. Tetapi, yang pergi telah pergi. Dia tak mampu apa-apa.

" Boboiboy.. " dengan lembut Tok Aba berbicara dengan Boboiboy.

" ..atok... sangat sayangkan Boboiboy... " air mata ditahan. Wajah itu sudah separuh tetapi tetap nampak sisi wajah Boboiboy yang tenang tidak menyahut.

" kenapa begitu cepat....?  Aku.. nak dia dikembalikan pada aku semula... "

Menunduk ke bawah mahu meletakkan mayat Boboiboy, tetapi tiba-tiba sahaja mayatnya hilang begitu sahaja di hadapan Tok Aba. Yang hadir di sana turut terkejut. Sungguh tidak dijangka luar dek akal.

Semuanya panik luar biasa. Terutama sekali Tok Aba. Tangannya tidak merasakan tubuh kecil cucu kesayangannya lagi. Dia kembali mengalirkan air mata. Kali ini tidak dapat ditahannya lagi. Menyesal dia ucapkan dalam hati sambil menangis.

Orang-orang menahan Tok Aba daei membuat kerja pelik. Membawa orang tua itu ke atas menarik nafas dahulu. Tetapi, dia malah pengsan. Sukar dirinya menerima kesemuanya serentak dengan cepat.

Akhirnya acara itu dibiarkan begitu sahaja.

Dari jauh, seseorang menangis melihatnya. Menangis, sangat sedih. Nangis sekuat hati. Tak ditahan. Kemudiannya, seseorang dari belakangnya memeluknya erat sambil menenangkannya. Tidak mampu apa-apa selain memberikan pelukan.

Dia menyalurkan kekecewaan dan kesedihannya pada orang yang memeluknya. Tidak mampu dia tahan melihat orang yang disayanginya menangis akan dirinya. Mereka terdiam beberapa lama juga di situ. Akhirnya dia tertidur kerana kepenatan.

Ornag itu mula mendukung dia lembut. Untung ringan. Kemudian sayap gelap itu mula muncul sedikit demi sedikit di belakang punggungnya. Dan mula mengembang selebar-lebarnya yang berwarna hitam keungguan seperti warna rambutnya. Cahaya bulan yang baru sahaja muncul, memantulkan cahaya minimum pada wajah yang digendongnya.

" hope you can get it Boboiboy.. " katanya perlahan seakan berbisik sebelum berlepas ke arah atas dengan kelajuan tinggi.

Sehelai bulu itu mula jatuh dan menyentuh tanah di mana sepatutnya Boboiboy berada di sana. Bulu itu sedikit bersinar dan tiba-tiba tertumbuhnya tumbuhan yang besar dan kukuh. Menandakan di situ mempunyai penghuni tidak diketahui sesiapapun.

Tanda bahawa seorang vampire telah menjadikan seseorang manusia biasa menjadi mate abadinya.














🌟🌟🌟🌟🌟

FIRST CHAPTER GUYS

ANA YABG REQUESTS CARA MATINYA BOBOIBOY. JADI, DAKU FOKUS PADA BOBOIBOY.

Hope u like it...
And gomen kerana menunggu lama
👉👈







Alang-alang, follow la Instagram author ni. Sebab kat sini insyaallah author akan berikan tempat ruangan untuk korang requests. 🤗❤️ harap-harap korang sukakannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro