#02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

WARNING :

Many language here. Dominan Malay. 40% English. 15% Indonesia. 5% other. So if you don't understand, im so sorry about that. Just ask me if you dont understand it.

I can understand Indonesia language too. So just put your comments in your language. I will try my best to translate for you.

THIS IS ALL MY OWN STORY.
If it have a same, maybe it just my inspiration or unintentional(tidak disengajakan)

Shonen-ai , Romantic , Yaoi , Power , Blood scene , Mpreg

This book cant be perfect cause will have so many typo. So if it here, just ignored it and understand with your own.

Arigatou cause wanna read this book and want me continue (T▽T)


























>>>><<<<



















BILIK SANG PENGUASA BAYANG

Sewaktu mata hazel itu terbuka, benda pertama yang terlihat di mata ialah siling. Dia merasa lemah rasanya untuk sekadar bangun dari pembaringannya sendiri.

Kepala itu bergerak ke kiri, dimana ada almari besar yang melekat ke dinding. Walaupun hanya almari, tetapi hiasan yang terukir di almari itu sangat cantik dan unik. Campuran warna berdominankan warna ungu itu  membuatnya terfikirkan sesuatu.

Dia mula menghadapkan kepalanya ke kanannya pula. Ruang luas terbentang di sisi kanannya terus terlihat di matanya. Ruangan itu seperti bilik sewa yang lengkap segala macam keperluan. Malahan TV juga bukan calang-calang besar.

Dia mengerutkan dahinya. Kenapa pula dia berada di kawasan yang begitu mewahnya minta ampun? Padahal rasanya kali terakhir...

" eh kejap... kali terakhir? "

Nampaknya watak utama kita di sini baru berfikir seperti itu. Haih sabar saja ya.

Boboiboy - watak utama kali ini - cuba sedaya upaya duduk dari pembaringannya. Entah kenapa terasa begitu susah untuk bangun. Baru sekarang dia melihat keadaannya yang berbalut dan baju tidur yang disarung turut mewah.

Wah serasa baru sahaja mimpi.

" Ini mimpi indah~ " kesimpulan dibuat begitu sahaja.

Boboiboy bergerak sedikit untuk mebetulkan kedudukannya dengan benar. Dia memeluk selimut lembut nan tebal itu erat. Lembut sangat seperti memeluk sebuah teddy bear kecil yang lembut. Ditambah pula dengan warna ungu yang gelap dengan sedikit corak yang unik berwarna ungu terang. 

Puas bermain bersama selimut, Boboiboy berdiri di atas katil itu. Seperti kanak-kanak yang baru tahu apa namanya katil, dia malah melompat-lompat riang di situ. Katil yang lembut dan besar itu stabil walaupun Boboiboy melompatnya. 

Habis sahaja melepaskan tenaga di atas katil, Boboiboy turun dan mendekati kaca TV yang sebesar skrin panggung wayang. Matanya mencari remote untuk nyalakan TV itu. Tetapi tidak dia jumpa di mana-mana. Malah dia terduduk di kerusi lembut yang entah dari mana munculnya semasa Boboiboy undurkan dirinya.

Ahh, serasa syurga.

Aktiviti mencari remote TV diteruskan. Jumpa sahaja remote itu, penuh dengan segala butang berwarna berlainan yang pelik. lagipun rupa remote itu tidak seperti remote TV yang pernah dia jumpai. Keinginan untuk tahu itu terlalu tinggi untuk fikir bentuknya remote tersebut, Boboiboy menekan sembarangan sahaja.

2 minit berlalu setelah dia menekannya. Boboiboy hairan kerana tiada yang berlaku. Perutnya tiba-tiba berbunyi tanda dia sudah lapar. Dia ingin makan dan tidak lama, ketukan pintu yang terukir cantik nan indah itu berbunyi. Boboiboy segera mendekatinya dan membuka pintu tersebut. Seorang pelayan atau senang kata maid , membawakan makanan dan minuman yang lengkap berserta dengan tisu dan air membasuh tangan membuat Boboiboy terkejut.

" ini makanan pesanan tuan.. " kata maid itu dengan lemah lembut lalu sedikit menunduk, menghormatinya sebagai tuan muda.

Boboiboy berbinar senang. Tidak sangka, baru sahaja dia berfikir hendak makan, sudah muncul. Tidak lama, barulah otaknya memproses sesuatu.

" macam mana tahu saya lapar? "

Maid itu menunjukkan remote yang berada di tangan Boboiboy. " tuan muda menekan tombol untuk makanan, jadi saya hanya menghantarkannya sahaja. " jawab maid itu.

Setelah itu, Boboiboy menutup pintu bilik itu perlahan. Wajahnya jelas kebingungan ketara. Remote ajaib itu boleh memanggil maid untuk berinya makanan yang sedap tanpa perlu berkata apapun. Boboiboy jadi teringin bermain dengan remote aneh itu lagi. jarinya mula menekan tombol berwarna biru muda.

Tidak lama, ruangan di bahagian bawah terbuka perlahan. Setelah itu, munculnya sebuah tab mandi yang cantik dan suah terisi dengan air dan sabun yang wangi. Boboiboy menjadi kagum tersendiri dengan kemunculan tab mandi itu. Tapi sekejap sahaja dia terdiam. Ada anak patung penguin yang comel di dalam tab mandi itu juga seperti mahu mandi juga. Hairan tetapi dia abaikan sahaja.

Ditekannya pula butang yang lain. Tab mandi tadi mula menghilang dari situ dan membukakan jalan lain. Ada tangga ke arah bawah membuatkan Boboiboy terhairan. Dia melihat kiri dan kanannya secara cepat. Takut-takut ada yang memerhatikan dia. Dan kakinya mula bergerak ke bawah mengikuti tangga itu.

Mata hazel itu berbinar senang amat setelah mengetahui penghujung tangga itu. Pelbagai jenis buku terdapat di situ memenuhi keliling bilik itu. Ditengah-tengahnya ada meja kecil ala-ala Jepun yang mampu menghangatkan tubuh sekiranya duduk di situ. Walaupun ruangan itu sederhana kecil, tetap sahaja, tempat ini seperti eh bukan seperti! memang perpustakaan mini! Library simple dan tidak terlalu merimaskan.

Boboiboy kembali ke atas, dan menekan segala tombol itu satu per satu. Terlalu banyak benda yang dikagumi yang sukar untuk Boboiboy sendiri ceritakan. Dirinya serasa di syurga khayalan yang sangat nyata. Gembira tidak terkata tentang apa yang dia jumpa hari ini. Di bilik yang penuh serba canggih dan serba ungu.

Eh ungu?

Boboiboy terdiam. Baru berfikir seketika. Dia bukan penggemar warna ungu sesungguhnya, tetapi kenapa bilik yang dia duduk sekarang ini serba purple? membuatkan dia teringat pada si Fang gila popular.

Fang..

" rasanya kali terakhir aku dengan si landak tu kan? "



Ya lambatnya otak tu proses //tepuk dahi sambil taip

BBB : kau la buat aku macam ni!!

Fang : dia belum kena dengan aku agaknya.

AHH bising! masuk story balik sekarang!!









maaf iklan tak bermanfaat

- Back To The Story -

Tiba-tiba, pintu bilik itu terbuka menghentikan lamunan si Boboiboy. Mata hazel itu sedikit terkejut dengan kehadiran yang baru sahaja terfikir olehnya. Fang mendekati katil dan terus sahaja dia merebahkan dirinya. Seperti kelelahan. Boboiboy menghampirinya dan duduk di sebelah Fang.

" apasal ni Fang? "

Fang mendudukkan dirinya dan memandang Boboiboy, " aku penat... "

" buat apa? "

" uruskan bisnes papa tadi.. " 

Boboiboy mengangguk faham lepas itu dia memandang Fang kembali terkejut, " bisnes?! "

Fang tergelak kecil melihat reaksi Boboiboy. Sempat lagi Boboiboy sangat lambat berfikir. Fang tersenyum sinis, " ya. kau ingat aku ni tak pandai? "

Boboiboy mencebik tidak suka. Sempat sahaja si landak ini memuji diri sendiri dan meremehkan dirinya. Kembali Boboiboy memandang Fang.

" Fang, kita kat mana? "

" kat atas katil, kenapa? "

" tch! bukan itu lah! "

" habis tu? "

" eiii, jawablah soalan aku! "

" haih.. kita kat bilik la... takkan kat jamban pula.. "

" Eiii! landak! "

" hahahah~! " Seronok dia kenakan si Boboiboy. " comellah~ " pujinya tanpa sedar.

" ....eh? " wajah Boboiboy sedikit blushing mendengarnya.

Sekatika sunyi.

Fang berasa malu, mula menyorok dalam selimut tebal itu dengan secepatnya. Boboiboy tersentak. Tidak terima dia ditinggalkan begitu sahaja, dia turut masuk dalam selimut itu. Untung selimut itu besar. Boboiboy memandang Fang yang menyorokkan wajahnya dibalik tapak tangannya. tangan Boboiboy mengalihkan tangan Fang perlahan. Terlihat wajah itu memerah malu kerana telah memuji orang sesuka mulutnya sahaja.

" Fang...? "

Diam

Boboiboy tersenyum, " Sokay Fang.. "

Mata itu mula saling berpandangan. Tangan Fang mencapai tubuh Boboiboy dan memeluknya. Boboiboy hanya membiarkan sahaja. Lagipun dia suka seperti itu. Bau wangian dari tubuh Fang menusuk ke hidung Boboiboy membuat Boboiboy tenang. Fang juga begitu. Keduanya diam tidak berbicara. Tubuh semakin rapat dan erat.

Bau tubuh Fang mengingatkan Boboiboy pada tab mandi ajaib itu.

" Fang.. "

" hm...? " sahut Fang tanpa memandang Boboiboy.

" kita kat mana? " masih dengan tujuan yang sama.

" kita dalam bilik aku... " jawab Fang akhirnya.

Automatik Boboiboy menolak sedikit tubuh Fang, membuat Fang terkejut, " BILIK KAU?! " 

" Yela..? "

" MEWAH GILA? "

" tch! tak perlu menjerit la pendek! " Fang mengorek telinga seakan dia pekak sementara. " Ya bilik aku. aku nak terangkan macam mana lagi biar kau faham ha? "

Kelu sendiri. Boboiboy juga tidak tahu menyambung. Sampai-sampai dia menggaru kepala bingung. Fang hanya memandangnya datar. Beria-ria menjerit , tapi last-last tak tahu nak cakap apa. 

" sudahlah.. aku penat, nak tidur " kata Fang sambil memeluk Boboiboy. 

Tidak lama wajah Fang kembali tenang dan nafasnya teratur menandakan dia telah masuk tidur. Boboiboy ingin protes sahaja, tetapi melihat wajah Fang sedekat ini, dia terdiam. Membiarkan dirinya tenggelam dalam pelukan hangat Fang.

Akhirnya, kedua-duanya tertidur dengan tenang.































Fang : heh! hebat kan bilik aku? //bangga

Bbb : YA~! //happy

bolehlah ==

Fang : jealous cakap woi!

AAHH dah! Vote and Comment ya Readers~!

arigatou membaca buku nista milik author yini :3 




















































































Fang : hei! //kejar author
Bbb : abaikan mereka haha






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro