23- Karipap & Bilik Itu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SELEPAS sahaja menunaikan solat subuh bersama Seroja pada awal pagi tadi, Lais sebenarnya berniat untuk terus mandi tetapi boleh pula dia tertidur. Mungkin kerana dia agak penat berjaga menenangkan Seroja malam tadi. Bangun-bangun sahaja, jam sudah menginjak ke pukul sembilan pagi. Lais toleh kiri dan kanan untuk mencari Seroja apabila dia perasan bahawa wanita itu tiada lagi bersamanya di atas katil.

Lais bangun daripada katil dan pergi ke arah pintu bilik lalu dibukanya. Dia keluar daripada bilik tersebut lalu berjalan ke arah dapur apabila telinganya menangkap bunyi celoteh antara dua manusia daripada arah ruangan itu.

Bilik Seroja berada di tingkat bawah berdekatan dengan dapur untuk memudahkan pergerakan wanita itu. Jadi, keluar sahaja daripada pintu bilik, terus akan terdengar apa sahaja bunyi yang dihasilkan daripada dapur.

Sampai di dapur, baru lah Lais boleh menarik nafas lega. Iya la, dia ingatkan Seroja dah larikan diri tadi. Rupanya ada sahaja di dapur sedang berbual bersama Puan Suhaila.

Teruk juga kan lelaki bila overthinking ni?

Lais menghampiri Seroja yang duduk berdekatan dengan kitchen counter  lalu dia tarik kerusi di sebelah si isteri.

Bunyi tarikan kerusi menarik perhatian Seroja membuatkan wanita itu berpaling ke tepi. Terus memerah pipi Seroja. Tengok saja wajah si Lais, terus dia teringatkan kejadian dia menangis di dalam pelukan lelaki itu semalam. Seroja malu!

"Morning, wifey". Lais mengungkap kata itu dengan suara serak baru bangun tidurnya membuatkan Seroja meneguk air liur dengan kasar.

Menggoda betul! Padahal Lais ucap selamat pagi je pun!

"Eh, Lais. Dah bangun?". Puan Suhaila yang sedang sibuk menggoreng sesuatu di dalam kuali itu berpaling buat seketika apabila dia terdengar suara si menantu.

"Dah. Selamat pagi, mama. Mama masak apa tu?".

"Selamat pagi. Mama tengah goreng karipap yang mama buat ni ha. Seroja tu, tiba-tiba saja nak makan karipap mama". Puan Suhaila menjuihkan bibirnya ke arah Seroja yang masih lagi terpaku itu. Terpaku dek kerana mendengar suara baru bangun tidur suami sendiri.

"Seroja suka makan karipap rupanya. Kenapa tak bagitahu Lais? Nanti Lais boleh belajar macam mana nak buat karipap dengan mama".

Puan Suhaila tertawa kecil mendengar niat yang dituturkan oleh Lais. Lais nak belajar buat karipap? Jarang-jarang kaum Adam dengan rela hatinya nak belajar memasak ni.

"Seroja makan semua benda. Tolak batu dan kayu saja. Nanti Lais kena belajar memasak semua benda lah. Boleh?".

"Mama...". Seroja menegur tatkala Puan Suhaila membongkarkan rahsianya. Bertambah malu lah Seroja apabila Lais sudah tahu yang dia suka makan semua benda.

"Boleh. Nanti Lais belajar masak semua benda dengan mama". Lais tertawa kecil di hujungnya. Seronok pula dia menyokong Puan Suhaila yang seolah-olah sedang menyakat Seroja itu. Makin berkerut muka Seroja, makin Lais suka.

"Awak". Tawanya terhenti apabila dia dipanggil oleh si isteri. Terus Lais talakan kepalanya ke tepi.

"Saya nak tanya sikit". Sambung Seroja.

"Tanya la".

"Butang baju melayu awak semalam tu, awak custom made ke?". Salah satu perkara yang masih berlegar di kepalanya ialah perihal butang baju melayu yang mempunyai ukiran huruf-huruf yang dapat dieja menjadi namanya itu. Kalau tidak ditanya kepada tuan badan sendiri, tak terjawab lah persoalan-persoalan di minda Seroja nanti.

Lais mengangguk.

"Iya. Saya tempah khas. Nasib baik sempat siap".

"Bila awak tempah?". Tanya Seroja lagi.

"Hm... Let see... Saya rasa tiga hari selepas awak beri kata putus. Then dua hari sebelum akad nikah, saya dah picked up. Kedai tu siapkan tempahan saya lambat sikit sebab slot mereka semua dah fully booked. Nasib baik saya sempat mencelah". Lais berkata seraya mencapai sebiji karipap yang baru sahaja masak dan diletakkan ke dalam pinggan oleh Puan Suhaila itu.

"Tak rasa membazir ke?".

Lais menggeleng.

"Tak la. Butang tu bukan saya berhajat nak pakai sekali saja. Setiap kali saya pakai baju melayu, setiap kali tu saya akan pakai. Jadi, tak membazir pun". Karipap panas digigit sejurus selepas dia menghabiskan kata-katanya.

Dia meletakkan baki yang masih ada ke dalam piring kosong di hadapannya dan mengambil sebiji karipap yang lain lalu ditiup perlahan.

"Memang niat awak nak eja nama saya atau...".

Karipap yang ditiup tadi dihulurkan kepada Seroja lalu dia membuat memek muka agar Seroja mengigit si karipap.

"Memang saya nak eja nama awak. Tapi butang baju melayu kan orang pakai lima saja. Nama awak ada enam huruf. Jadi, saya kurangkan satu".

Seroja akur dan menggigit karipap yang dipegang oleh Lais seraya mengangguk.

Ingat kan dia perasan lebih saja tadi. Rupanya memang Lais nak eja nama dia.

"Sedap tak karipap mama, Lais?". Puan Suhaila memecahkan kesunyian yang ada setelah perbualan singkat anak dan menantunya itu tamat.

Dapur gas ditutup dan dia membawa baki karipap yang baru sahaja selesai digoreng ke kitchen counter lalu diletakkan karipap-karipap itu ke dalam pinggan. Kerusi bertentangan dengan Lais dan Seroja ditarik lalu Puan Suhaila duduk di situ.

"Sedap sangat, mama. Lais betul-betul kena belajar dengan mama lepasni".

"Ada-ada saja kamu ni, Lais". Puan Suhaila tertawa.

🍁

PETANG itu, mereka terus pulang ke rumah Lais. Rumah yang selama ini diduduki sendirian oleh Lais kini sudah ada penghuni keduanya.

Kata Lais sendiri, dia ingin cepat-cepat menyuruh Seroja berpindah ke sini kerana rumah ini memang dibeli oleh lelaki itu untuk dia dan isterinya. Oleh kerana itu lah, walaupun baru sehari usia perkahwinan mereka, Lais sudah mengajak Seroja untuk berpindah ke sini.

Seroja hanya bersetuju tanpa banyak bicara. Lagipun, dia perasan akan pandangan mata seseorang di rumah keluarganya yang seolah-olah mahu dia cepat-cepat keluar daripada situ.

Pandangan mata Encik Murshid.

Oleh itu, Seroja akur. Seroja akur untuk terus mengikuti Lais walaupun bagi dirinya, semua ini berlalu dengan cukup pantas sekali. Dia masih belum puas untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rumah tempat dia membesar itu.

Dan dalam masa yang sama, Seroja suka dengan sikap Lais. Sikap yang suka merancang masa hadapan. Lihat sahaja la, dia sudah mempunyai tempat tinggal yang cukup selesa untuk diduduki bersama dengan isterinya iaitu diri Seroja sendiri.

Bukan lah Seroja mahu membanding-bandingkan Lais dan Idris... tetapi di waktu dia berkahwin dengan Idris dulu, lelaki itu menyuruhnya untuk tinggal berasingan dengannya. Seroja di rumah keluarganya dan Idris si rumah yang berasingan. Bahkan di malam pertama mereka pun, Idris sudah membuat keputusan untuk tidur di rumahnya meninggalkan Seroja sendiri.

Manakala Lais...

Ini yang dia lakukan buat Seroja.

Bare minimum yang tak pernah digapai oleh bekas suaminya.

Seroja menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak mahu lagi mengingati lelaki tak guna itu. Buat buang masa saja!

"Dan ini... Ini bilik kosong untuk awak".

Lamunan Seroja terhenti tatkala Lais berkata-kata seraya membuka pintu sebuah bilik yang ada di hadapan mereka. Bilik itu berada di tingkat bawah; berdekatan dengan ruang tamu. Bilik yang masih kosong berdinding hijau gelap.

"Bilik apa ni?". Soal Seroja dengan dahinya yang berkerut.

"Sebenarnya ini bilik tetamu tapi saya kosongkan khas untuk awak jadikan perpustakaan kecil awak. Nanti bila buku-buku awak dah sampai, awak boleh letak dalam bilik ni. Nanti saya letak beberapa rak buku, a table, a chair and a lamp dalam bilik ni. Bilik ni akan jadi bilik membaca awak. Awak kan suka membaca". Lais berkata sembari dia menolak kerusi roda Seroja untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

"Awak tak perlu pun buat semua ni, Lais".

"Perlu. Awak kan isteri saya dan isteri saya suka membaca. And... Haritu kan saya ada bagi cadangan dekat awak untuk buat perpustakaan kecil sebab buku awak banyak sangat, kan?". Lais menggosok lembut kepala Seroja yang masih berlapik dengan tudung bawal berona biru muda itu.

Dia lalu berpindah untuk duduk melutut di hadapan si isteri.

"And if you want, I can also build a new room for your sculpting workshop...". Lais memberi tawaran.

Dia boleh sahaja mengupah orang untuk membina sebuah lagi bilik tambahan di rumahnya untuk dijadikan bengkel mengukir Seroja memandangkan Seroja juga suka mengukir.

"Kenapa awak buat semua ni? Don't you feel these are all going to be wasted if we don't work out?". Seroja mengeluh di hujung katanya.

"Kenapa cakap macam tu? Awak tahu kata-kata tu doa kan? Kenapa doa macam tu? I married you not for us to not work out. I married you for life. Thus, these investments are worth it". Lais menggapai kedua belah tangan Seroja dan menggosoknya perlahan.

Lais faham. Seroja mungkin trauma. Dia tahu kisah silam perkahwinan wanita itu dan dia akan cuba sedaya upaya untuk membuktikan kepada Seroja bahawa sejarah tidak akan berulang buat kali kedua.

"Kisah kita terlalu cepat, Lais. Saya... Saya tak yakin". Seroja membalas genggaman tangan Lais.

"Bagi saya, saya suka akan kecepatan dalam kisah kita. Tak perlu saya tunggu lama-lama untuk kahwin dengan awak dan... Kan saya dah pernah cakap dekat awak... Kalau awak takut nak berharap dengan kemungkinan, awak berharap lah dengan Allah. Kalau awak takut nak berharap dengan perkahwinan ini, tak apa, saya faham. Awak taruh lah kepercayaan awak pada Allah". Lais mengakhiri kata-katanya dengan mencium lembut kedua kekura Seroja.

Seroja mengangguk perlahan.

"Senyum lah sikit. Mahal betul nak tengok senyuman isteri saya ni...". Lais berseloroh seraya dia sendiri tersenyum.

Seroja kemudiannya melorek senyuman tipis.

"Mana ada mahal. Limited je". Balas Seroja.

"Oh, iya? Saya kena buat apa untuk jadikan dia unlimited bagi saya?". Daripada duduk melutut, Lais menukar posisinya kepada duduk bersila di hadapan Seroja. Tangannya tidak lepas daripada terus menggenggam tangan si isteri.

"Saya nak tengok bilik kerja awak. Awak mesti ada home office kan?". Lelaki ini tinggal sendiri di rumah besar ini. Mustahil lah kalau salah satu bilik yang ada tidak digunakannya sebagai home office. Itu yang Seroja fikirkan.

"Ada tapi bilik tu ada kata kunci. Awak kena teka password dia dulu, baru saya akan bagi awak tengok".

Seroja berdecak perlahan mendengar syarat Lais.

"Susahnya...".

"Awalnya putus asa?". Lais menjongketkan keningnya.

🍁

Lais ni gentleman nak mampus 😔





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro