24- Lais Idraqi, Truthfully

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI ini Lais sudah mulai masuk ke pejabat semula. Katanya ada kes penting yang dia perlu uruskan. Mulanya Lais kesian juga dekat Seroja. Katanya baru seminggu kahwin, tak sempat berbulan madu pun, dah kena masuk kerja.

Tetapi Seroja menyatakan bahawa dia tidak kisah sangat kalau itu sudah memang salah satu daripada tanggungjawab Lais. Kerja kan satu tanggungjawab, betul tak? Bulan madu tu, bila-bila pun boleh. Kalau tak nak berbulan madu pun, Seroja lagi suka. Tak payah lah dia selalu susahkan Lais untuk menolak kerusi rodanya ke sana ke mari.

Itu Lais lah. Pergi bekerja selepas seminggu kahwin.

Seroja sendiri pula membuat keputusan untuk duduk sahaja di rumah buat masa sekarang. Mungkin dalam seminggu lagi baru lah dia akan ke kedai semula. Dia ingin berehat sepuasnya terlebih dahulu. Lagi pula, Seroja sudah menggajikan seorang penjaga kedai dan seorang pengukir baharu untuk menemani Puan Suhaila.

Jadi, buat masa sekarang, Seroja hanya meluangkan masa di rumah sahaja. Kalau bosan, dia akan baca buku ataupun menelefon Iman.

Seperti hari ini...

Seroja hanya duduk membaca buku di dalam bilik istimewa yang disediakan oleh Lais buatnya. Sampai lah...

Ding! Dong!

...ada yang menekan loceng rumah membuatkan Seroja berpaling ke arah luar pintu bilik bacaannya yang tidak ditutup itu.

Ding! Dong!

Kali kedua loceng ditekan.

Seroja lalu meletakkan buku yang sedang dibaca ke atas meja kecil yang ada di dalam bilik tersebut sebelum menggerakkan kerusi rodanya untuk keluar daripada bilik.

Semakin lama, semakin dia hampir dengan pintu utama rumah.

Ding! Dong!

"Assalamualaikum!".

Kali ketiga loceng ditekan dan kali ini disertakan dengan ucapan salam.

"Waalaikumussalam. Sekejap".

Setelah bersusah payah (tak pun sebenarnya), Seroja akhirnya sampai di hadapan pintu. Dia kemudiannya terus melihat gerangan yang ada di luar melalui lubang kecil di pintu itu kemudian baru lah dia tersenyum segaris.

Kunci pintu dibuka dan tombol pintu dipulas.

"Menantu ibu!". Terus badannya dipeluk oleh Puan Azura.

"Ibu datang kenapa tak bagitahu? Lais tak ada dekat rumah". Seroja berkata di sebalik pelukan itu.

Puan Azura melepaskan pelukannya sebelum berkata,

"Ibu tahu. Lais kerja kan? Sengaja ibu datang time dia kerja. Ibu nak me time dengan menantu ibu ni". Puan Azura ketawa kecil seraya memegang bahu Seroja.

"Masuk lah, ibu". Seroja mengetepikan kerusi rodanya seraya menjemput Puan Azura untuk masuk.

Puan Azura melangkah masuk ke dalam rumah itu sebelum membantu Seroja untuk menutup dan mengunci semula pintu. Kedua tangannya kemudian memegang kerusi roda yang diduduki oleh Seroja untuk ditolak.

"Ibu... Seroja boleh buat sendiri lah". Seroja tersenyum sambil sebelah tangannya mencapai tangan Puan Azura untuk dipegang.

"Awak ingat ibu tak tahu ke awak boleh buat sendiri? Ibu tahu la. Cuma ibu nak tolong awak".

Seroja tersenyum lagi dan lagi.

Puan Azura persis seperti Lais. Sudah dibilang mampu dilakukan sendiri, tetap sahaja kedua-duanya ingin menghulurkan tangan buat Seroja.

Kerusi roda lalu ditolak ke ruang tamu dan ditempatkan di sebelah sebuah sofa sebelum Puan Azura sendiri mengambil tempat duduk di sofa tersebut. Kedua tangannya mencapai tangan Seroja untuk dipegang.

"Seroja macam mana? Sihat?". Puan Azura menyoal sebagai pembuka bicara. Dia ke sini memang untuk bersembang dengan menantunya yang satu ini. Sambil-sambil itu, ingin juga dia mengambil tahu dengan lebih lagi berkenaan Cahaya Seroja ini.

Sekali pandang dengan dekat, cantik! Padan lah Lais selalu bercerita kepadanya tentang wanita ini. Eh, oops! Terbocor rahsia pula!

"Sihat. Ibu sihat?".

"Ibu macam ni lah. Sihat-sihat orang tua. Kadang sakit urat, kadang itu, kadang ini. Tapi ibu dah biasa". Puan Azura memberikan senyuman yang cukup manis buat Seroja.

"Haritu sebelum kahwin, Seroja ada terserempak dengan Lais dekat hospital. Dia pergi ambil ubat ibu. Ibu ada sakit apa-apa ke?". Seroja bertanya dengan prihatin. Dulu dia tidak kisah sangat tapi sekarang dia dah kena kisah.

Orang kata, perkahwinan ni bukan hanya ikatan antara dua manusia tetapi juga ikatan antara dua keluarga. Jadi, Seroja merasakan bahawa dia perlu lah juga mengambil berat tentang keluarga Lais now that they are married. Lagipun, tak kan lah dia nak suruh orang lain sahaja yang mengambil berat tentang dirinya, kan?

"Ubat kolestrol ibu lah tu rasanya".

Seroja terangguk-angguk.

"Seroja pula buat apa dekat hospital waktu terserempak dengan Lais tu?". Puan Azura bertanya.

"Seroja masuk hospital sekejap haritu".

"Ya Allah... Macam mana boleh masuk hospital?". Berkerut sudah wajah Puan Azura merisaui Seroja.

Tersengih Seroja dibuatnya. Takkan lah dia cakap yang dia masuk hospital akibat ditolak jatuh oleh isteri bekas suaminya pula kan?

"Ish, tak payah lah cakap pasal Seroja, ibu. Bosan. Apa kata ibu cerita dekat Seroja pasal Lais. Seroja nak tahu tentang Lais". Ha yang ini benar.

Tempoh perkenalan Seroja dan Lais amat lah sekejap. Daripada menjadi anak guam dan peguam kemudian tiga tahun tak berjumpa kemudian tiba-tiba sahaja berkawan dan sekarang dah kahwin dah pun. Tak sempat pun Seroja mahupun Lais untuk mengenali sesama mereka dengan lebih lagi.

"Orang cakap pasal awak, awak cakap pasal Lais, ya?".

Seroja menggaru-garu lehernya sendiri sembari tersenyum tidak bersalah.

"Okay lah... Ibu cerita. Seroja nak tahu tentang apa?".

🍁

TERCENGANG Seroja saat mengetahui fakta yang baru sahaja dituturkan oleh Puan Azura. Baru saat ini dia tahu bahawa Lais Idraqi sebenarnya ialah anak angkat wanita separuh abad itu dan bukannya anak kandung.

"Dulu Lais tinggal di rumah anak yatim. Daripada umur dia tiga minggu sehingga lah ibu ambil dia untuk jadi anak angkat ibu waktu dia berumur sepuluh tahun. Ibu pilih dia sebab ibu tak ada anak lelaki dan Lais ni...ibu tengok...baik sangat. Beberapa kali ibu pergi rumah anak yatim tu, ibu selalu perhatikan dia. Bila ibu dah jatuh sayang dengan dia, ibu ambil dia sebagai anak angkat". Puan Azura bercerita sambil menunjukkan gambar seorang kanak-kanak lelaki yang ada di skrin telefon pintarnya.

Little Lais.

Comel.

Eye smile yang ternyata sudah wujud sejak daripada lelaki itu kecil lagi sungguh menambahkan kecomelannya!

"Lais tak pernah bagitahu Seroja pun". Pelik juga dia. Bila difikirkan balik, Seroja selalu bercerita tentang dirinya kepada Lais tetapi kenapa Lais tak pernah berbuat hal yang sama?

"Mungkin dia tunggu Seroja untuk bertanya. One thing about Lais anak ibu tu, dia tak akan bercerita kalau tak ada yang bertanya. Mungkin sebab dia dah terbiasa dengan situasi yang tak ada yang sudi untuk dengar celoteh dia. Iya la, sepuluh tahun dia terpaksa berkongsi kasih dengan anak-anak yatim yang lain".

Sebak pula Seroja mendengarkan ujaran Puan Azura yang satu ini.

"Maaf, Seroja tanya ni...tapi, Lais tahu ke siapa keluarga kandung dia?". Seroja bertanya dengan penuh berhati-hati.

Puan Azura mengeluh.

"Dia ditinggalkan dekat pintu rumah anak yatim tu hanya dengan sekeping surat beranak dia dan kalau tak silap ibu sekeping gambar rosak. Dekat surat beranak tu ada nama ibu dan bapa kandung dia. Tapi...entah lah, Seroja... Ibu tak rasa dia nak cari mereka. Berpuluh kali dah ibu pujuk".

Seroja terpana.

Sangkanya, kehidupannya sudah cukup menyedihkan namun kehidupan suaminya sendiri lebih menyayat hati.

Ingin sahaja Seroja melaburkan air mata di sini namun dia tahan.

"Ibu tahu dia rindu tapi dia tak nak mengaku. Banyak kali juga ibu tangkap dia tenung gambar rosak tu tapi setiap kali ibu tanya, mesti dia mengelat. Setiap kali ibu suruh dia cari mereka, mesti dia terdiam atau menolak".

Diam tanpa kata.

Seroja tidak mampu membalas lagi.

"Kalau tak keberatan, ibu nak serahkan tugas tu kepada Seroja pula".

"Tugas?". Seroja kepelikan.

"Pujuk Lais untuk cari ibu bapa kandung dia. Ibu tak sanggup nak tengok dia bersedih lagi, Seroja".

🍁

Kesian dekat Lais :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro