26- Iman Nasuha & Nuh Iman

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"WOI! Best tak kahwin?!".

Seroja yakin, suatu hari nanti tukul dan pemahat kecil yang dipegangnya ini akan tertancap juga di kepala Iman. Perempuan ini suka sangat masuk ke kedai tanpa salam dan membuat Seroja terkejut tatkala dia sedang bekerja.

"Kau baik-baik sikit boleh tak, Iman? Aku risau karang betul-betul mati kau dalam kedai aku ni nanti". Tukul dan pemahat diletak ke tepi takut betul-betul tercampak ke arah Iman. Dadanya diurut perlahan. Sungguh Seroja tak pernah tak terkejut kalau Iman datang menyergah.

"Hehe... Sorry sorry... Gurau sikit pun tak boleh". Iman menarik muncung itiknya lalu mengambil tempat duduk di sebelah Seroja.

Seroja menjeling Iman sekilas sebelum dia bertanya,

"Kau tanya apa tadi?".

Iman menayangkan semula senyum sengetnya. Ada lah tu nak mengusik!

"Seronok tak kahwin?". Perempuan itu bertanya seraya menyiku-nyiku lembut lengan Seroja. Saja dia mahu menyakat teman baiknya ini. Rindu lah katakan. Semenjak dua menjak ini, Iman jarang meluangkan masa bersama Seroja kerana terlalu sibuk. Hari ini ha baru sempat singgah ke kedai wanita itu.

"Kau tanya macam ini kali pertama aku kahwin".

"Eh, eh kau. Aku anggap ini yang pertama tau! Setakat dengan mamak menyedihkan mata duitan; si Idris tu dulu, kalau boleh aku nak hapuskan rekod perkahwinan kau dengan dia daripada memori kau dan memori aku. Biar tak payah ingat!". Baran pula Iman dibuatnya apabila dia teringatkan bekas suami Seroja yang satu itu. Dasar lelaki tak guna!

Kedua sarung tangannya dibuang sebelum Seroja berpaling ke arah Iman.

"Best lah... I mean, he's okay...". Lebih daripada okay sebenarnya. Lais melayannya dengan sungguh baik sekali. Jauh berbeza dengan layanan Idris yang terdahulu. Again, bukan nak membanding-bandingkan mereka berdua cuma Seroja teringat sahaja. Teringat akan memori pahit yang tak akan pernah padam. Dilayan seperti--sudah! Seroja dah tak mahu memikirkannya lagi!

"Okay je? Cuba brag sikit. Aku nak tahu juga". Iman masih cuba untuk mengorek cerita rumah tangga si sahabat. Iya la, diri sendiri teramat bujang. Nak buat macam mana kan?

"Sibuk je kau ni". Tangan Seroja melintasi bahagian hadapan wajah Iman untuk mengambil sepapan kayu baharu yang ada di hujung meja kerjanya. Dia ingin mula mengukir tempahan yang berikutnya nanti.

Iman masih tidak menanggalkan senyum senget yang ada di wajahnya seraya dia berkata lagi,

"Pada pendapat kau, kau suka dia better daripada Sang Tinta Hitam kau tu tak?". Iman tahu, Seroja minat sangat dengan penulis kegemarannya itu. Sampaikan Iman rasa macam Seroja ni tidur pun peluk buku-buku karya Sang Tinta Hitam. Parah benar.

Laju tangan Seroja menepuk lengan Iman. Ada ke patut perempuan tu tanya soalan macam tu? Ish, ish, ish!

"Ow! Sakit la!". Adu Iman sambil dia menggosok-gosok lengannya yang masih berlapik dengan blazer hitam itu.

"Itu makannya tanya soalan pelik-pelik. Mesti lah aku suka suami aku better. Aku kahwin dengan dia kut. Sang Tinta Hitam tu aku minat saja. Tu pun sebab buku-buku dia. Tak lebih pun".

Pam!

Meja kerja Seroja ditepuk kuat oleh Iman secara tiba-tiba membuatkan Seroja terperanjat buat kesekian kalinya pada hari ini. Boleh sakit jantung Seroja kalau macam gini!

"Kan aku dah kata! Mesti kau suka dia lebih punya daripada Sang Tinta Hitam tu".

Seroja mengerutkan dahinya.

"Bila masa pula kau kata ni?". Aku ni nyanyuk sikit (hanya disambung di dalam hati).

"Ah, kau tak ingat sudah. Yang penting aku ingat! Apa-apa pun, aku harap kau berbahagia dengan suami kau yang sekarang ni sampai akhir hayat! Aku dah tak nak tengok kau sedih lagi, babe. Aku sayang kau!". Tetiba sangat Iman ni. Tapi, Seroja layankan sahaja.

Di saat Iman memeluknya kemas, dia memeluk gadis itu kembali.

"Kau doakan aku dapat jumpa jodoh cepat-cepat, Seroja. Aku pun nak kahwin". Sebak pula Iman dibuatnya.

"Ini masalah kau sendiri. Dah banyak kali aku doa, dah banyak kali juga lelaki mengorat kau...satu pun kau tak nak. Macam mana nak kahwin?". Seroja berkata-kata seraya menggosok perlahan bahagian belakang tubuh Iman.

Sahabatnya ini...bukan tiada yang nak. Ramai saja lelaki yang pernah dan masih terkejar-kejarkannya, namun dia tolak semua. Mula daripada rakan sekerja, klien sendiri, mamat barista tempat dia selalu beli kopi sampai lah stranger mana entah dia jumpa dekat CU Mart time beli rosé tteokbokki haritu. Semua dia tolak!

Kalau dulu boleh lah Iman gunakan Seroja sebagai alasan. Katanya tak sanggup nak tinggalkan Seroja sendirian lah, Seroja perlukan dia di sisi sebagai emotional support selepas bercerai lah, apa lah. Ini Seroja dah kahwin dengan Lais. Dah tak bersendirian. Iman nak pakai alasan apa lagi?

"Alah yang mengurat aku tu semua cincai-cincai. Bukan type aku...". Iman melepaskan pelukannya dan memulakan sesi adu-mengadu bersama Seroja. Terpaksa la Seroja tadah telinga.

"Klien kau yang namanya Iman juga tu tak cincai-cincai pun aku tengok. Elok saja".

Teringat pula Seroja pada seorang klien yang pernah diceritakan oleh sahabatnya ini. Namanya Iman juga. Nuh Iman. Klien Iman yang satu ini pernah meluahkan hasrat untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat selepas Iman berjaya memenangi kes bagi pihaknya. Senang cerita, Nuh Iman terpikat dengan Iman Nasuha selepas sahaja dia menang kesnya.

Tapi... Iman tolak!

Nak tahu sebab apa?

Sebab...

"Ish, tak mahu aku! Dah la nama sama dengan aku. Ada anak pula tu!".

Yup.

Nuh Iman yang diceritakan ialah seorang duda dan kes yang dimenangi oleh Iman Nasuha bagi pihaknya tadi ialah kes hak penjagaan anak yang dimaksudkan oleh perempuan itu tadi.

"Memilih sangat kau ni". Seroja tertawa kecil di hujung katanya seraya dia meneguk air mineralnya.

"Diam la kau".

🍁

"AUNTY IMAN!!!". Biasa Iman yang terkejutkan orang, kali ini dia pula yang terkejut apabila keluar sahaja daripada kedai Seroja, namanya dipanggil kuat oleh seorang kanak-kanak perempuan. Belum sempat dia mahu merespon, kedua tangan kanak-kanak perempuan tersebut sudah memeluk kemas kedua kakinya terlebih dahulu.

Iman menundukkan kepalanya ke bawah dan dia meneguk air liur kesat.

'Panjang umur kau, budak'.
'Eh, kalau anaknya ada dekat sini mesti bapaknya ada juga kan?'.

Iman angkat kembali kepalanya dan terlihat lah sebuah figura tegap berkulit sawo matang berambut hitam pekat berdiri di hadapannya.

'Aku dah kata dah...'.

"Sorry, Iman. Elle excited sangat nampak awak daripada jauh tadi. Tak sempat saya nak halang dia". Jejaka itu menggaru-garu bahagian belakang kepalanya. Dia turut cuba untuk memanggil si anak kecil untuk datang kembali kepadanya.

"Eh tak apa. Biasa lah budak-budak kan...". Iman tersenyum janggal. Biasa apa? Ini tak biasa ni!

"Aunty Iman, Aunty Iman!". Kanak-kanak kecil bernama Elle itu mulai memanggil Iman berkali-kali.

"Ya, Elle. Kenapa?". Nak tak nak, Iman harus lah juga duduk bercangkung di hadapan Elle untuk memudahkan kanak-kanak itu bercakap dengannya. Tak perlu lah Elle medongak sepanjang masa.

"Daddy just picked me up from school! Elle nak pergi makan dengan daddy. Aunty Iman ikut, boleh?". Elle meminta dengan matanya yang bersinar-sinar. Ini yang Iman lemah ni.

"Elle... I said ealier, it will be just the two of us". Nuh mencuba untuk tidak membuat keadaan di situ menjadi lebih janggal lagi.

"But you got too excited too looking at Aunty Iman earlier. I thought you wanna invite her for lunch with us...". Ha sudah. Elle memang amat teramat tersangat jaguh dalam membocorkan rahsia Nuh.

Iman yang sedang memandang Elle dan Nuh bersilih ganti itu semakin resah.

'Takkan lah mamat ni ada hati dekat aku lagi?'.

Nuh menarik Elle untuk mendekat dengannya sambil menahan malu.

"Maaf sekali lagi, Iman. She got confused sometimes". Nuh berdehem dua tiga kali di akhir ayatnya. Berbahang wajahnya menahan malu.

Iman lalu bangun daripada duduknya dan tersenyum nipis ke arah Nuh dan Elle.

"It's okay".

"Kalau macam tu, kami pergi dulu lah ya?". Nuh rasa macam nak terus terbang pergi daripada situ. Dia punya malu tu sudah sampai ke tahap maksimum!

Iman mengangguk dan melihat Nuh membawa Elle pergi. Monyok saja wajah kanak-kanak itu.

🍁 Missing scene...🍁

"Daddy lied!". Elle memarahi Nuh seraya mereka berjalan pergi daripada Iman.

"Sorry lah... I was nervous, okay?".

Kenyataannya, memang Nuh sendiri yang menyuruh Elle untuk mengajak Iman makan tengahari bersama mereka tadi. Tapi bila dah bertentang mata dengan si gadis, terus keyakinan Nuh merundum jatuh. Terpaksa dia 'burukkan' nama anaknya sendiri tadi. Sorry, Elle!

"Baik daddy tak payah suruh Elle tadi... You gave me fake hope!". Elle masih tidak berpuas hati dengan Nuh.

"Lain kali pula okay? Lain kali daddy janji, daddy won't be nervous anymore. We will have a lunch with Aunty Iman, okay?". Nuh menabur janji.

"Janji?". Elle menghulurkan pinky finger nya.

"Janji". Dan Nuh memautkan jari kecil itu dengan jari kecilnya sendiri.

🍁

Perkenalkan, second lead couple kita...
Iman Nasuha & Nuh Iman!

Comel kan mereka berdua?
Hehe...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro