27- "Alright, baby..."

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI ini Lais tidak sesibuk hari yang lain. Dia hanya perlu membaca dan menghafal beberapa kes yang perlu diuruskan olehnya nanti. Ada lebih kurang dua atau tiga fail di atas meja kerjanya yang mewakili setiap satu daripada kes syariah yang perlu dia selesaikan.

Daripada masuk bekerja pagi tadi, sampai sekarang, tak berhenti Lais membaca. Lais orangnya memang sebegini. Jika sudah memulakan sesuatu kerja, memang sukar untuk dia berhenti.

Apabila bunyi ketukan di pintunya kedengaran, baru lah Lais mengalih pandang. Matanya daripada merenung fail dibawa ke arah pintu bilik.

Ada seorang perempuan yang juga merupakan rakan sepejabat Lais yang berdiri di situ.

"Lais, ada panggilan untuk kau". Kata wanita itu seraya kepalanya berpaling ke belakang buat sedetik; ke arah meja di luar bilik Lais yang terletaknya sebuah telefon pejabat.

"Panggilan untuk saya? Siapa? Kenapa dia telefon pakai nombor utama office?". Soal Lais kepelikan. Biasanya kalau ada yang mahu menggunakan perkhidmatan guamannya, pasti individu tersebut akan menelefon nombor business nya. Jarang lah orang akan menelefonnya melalui nombor telefon utama syarikat guaman itu.

"Aku pun tak tahu. Tapi suara perempuan".

Lais mengangguk lalu bangun daripada kerusinya.

"Okay, terima kasih". Lais tersenyum segaris ke arah Ina sebelum wanita itu mengangguk dan berlalu pergi.

Lais lalu berjalan keluar daripada biliknya dan berhenti di hadapan meja, tempat letaknya telefon tersebut. Tangannya lalu mencapai telefon yang tergeletak di atas meja tanda gagangnya masih belum diletak itu.

"Hello. Assalamualaikum. Lais Idraqi daripada Construct Truth Legal Firm bercakap. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?". Lais memulakan bicara sesaat selepas dia mendekatkan telefon tersebut ke telinganya.

"Waalaikumussalam, Lais...". Makin bekerut dahi Lais apabila dia secara automatiknya mengecam pemilik suara itu.

"Seroja? Kenapa ni?". Terus risau Lais dibuatnya. Tidak pernah-pernah Seroja membuat panggilan terus ke syarikat guamnya. Kenapa hari ini tiba-tiba sahaja?

"Maaf saya telefon nombor ni. Saya cuba telefon awak tapi awak tak angkat".

Lais mengusap wajahnya sendiri. Isterinya ada telefon tadi? Ya Allah, sungguh dia tak perasan kerana telefonnya diletakkan di mod senyap. Memang sudah menjadi rutin Lais ketika bekerja untuk seratus peratus mengetepikan telefon peribadinya.

"Tak apa, tak apa. Saya yang patut minta maaf. Saya tak perasan awak telefon tadi. Kenapa ni, Seroja? Awak sakit ke?". Makin menjadi-jadi kerisauan Lais terhadap si isteri. Sudah lah wanita itu sedang duduk bersendirian di rumah. Tidak pergi ke kedai hari ini kerana katanya dia tidak sihat badan.

Berat juga hati Lais tatkala dia ingin pergi bekerja tadi namun tup tup boleh pula dia pergi silent kan telefonnya.

Sumpah, dia terlupa!

"Tadi saya terjatuh daripada kerusi roda. Saya ingat biasa saja tapi lepas tu kaki saya sakit. Berdenyut-denyut. Saya dah telefon mama, papa, Iman tapi semua tak angkat".

Lais mulai gelisah. Dia sudah agak. Pasti ada yang tidak kena dengan Seroja.

"Astaghfirullahalazim. Tak apa, saya balik sekarang". Terpaksa la Lais mengambil cuti separuh hari. Kerjanya memang penting tetapi keselamatan dan kesihatan Seroja lebih penting daripada segalanya.

He didn't want to just sit down and continue working while his wife was suffering alone at home.
He did a big mistake once by silencing his phone.
Not anymore. Never again.

🍁

"ITU lah, skip lagi your therapy. Kan dah mudah sakit ni. Patut lah saya pergi kerja, awak tak ada update apa-apa tentang terapi awak. Awak tak pergi rupanya ya, Seroja?". Sambil Lais membantu Seroja untuk berjalan perlahan-lahan di rails besi itu, sambil itu dia membebel.

Perangai yang jarang dikeluarkan oleh Lais tapi sekali dia keluarkan, memang boleh membingitkan telinga Seroja. Memang lah dia bebel guna suara lembut dia tu tapi mak ai, banyak betul benda yang dibebelnya! Macam mak nenek!

"Saya lupa". Jawab Seroja ringkas seraya kakinya perlahan-lahan membuka langkah. Tangannya memeluk kemas lengan kanan Lais. Tangan Lais pula memegang bahagian belakang pinggang si isteri untuk mengelakkan wanita itu daripada terjatuh.

Ceritanya, selepas sahaja dia di rawat oleh doktor yang sama dengan doktor terapinya tadi, terus si doktor menunjukkan kepada Lais rekod kekosongan lawatan terapi yang sepatutnya dihadiri oleh Seroja beberapa hari yang lepas. Maka untuk mengisi kekosongan tersebut, doktor menyarankan untuk Seroja melakukan terapi selepas sahaja dia dirawat tadi. Niatnya ingin menolak tapi memang tak lepas lah kalau sudah ada si suami di sisi.

Lais terdiam.

"Awak marah ke?". Soal Seroja.

"Marah sikit la sebab awak kan dah janji dengan saya yang awak nak pergi setiap sesi terapi awak. Tapi saya tahu, ini salah saya juga. Saya yang patutnya teman awak. Saya pun dan berjanji".

Sampai di hujung rails tersebut, mereka berhenti sebentar. Lais tahu aktiviti ini sangat melelahkan buat Seroja. Lelah fizikal dan mental.

"Nak air". Pinta Seroja dengan nafas yang termengah-mengah. Berjalan tak sampai beberapa meter pun dia sudah kepenatan tahap babun. Oleh itu, dia ingin meneguk air dahulu. Nanti dia minta maaf dekat Lais hehe.

Lais lalu menghulurkan tumbler berwarna hitam dengan straw merah jambu milik Seroja yang sempat dibawa daripada rumah tadi ke arah sang pemiliknya. Penutup straw berbentuk tapak kaki kucing dibuka lalu straw didekatkan ke mulut si isteri.

"Bismillah".

Laju sahaja Seroja meneguk air masak yang ada di dalam tumbler tersebut. Dahaga nok!

Straw ditarik semula oleh Lais tatkala dia melihat Seroja sudah meneguk airnya.

"Lagi?". Tanya Lais prihatin. Kesian pula melihat isterinya yang sedang kepenatan itu. Seolah diri wanita itu baru lepas berjoging di padang pasir dengan terik mentari.

Seroja mengangguk dan meneguk air itu buat kali terakhir sebelum akhirnya dia sendiri yang menjauhkam mulutnya daripada si straw tumbler.

Mulut dikesat sekilas dengan lengan bajunya sebelum dia melihat ke arah Lais.

"Saya minta maaf". Bicaranya perlahan.

Rasa bersalah pula Seroja dek kerana memungkiri janjinya. Janji dengan suami sendiri pula tu.

Lais mengangguk.

"It's alright, wifey. Everything is fine. Awak tak sakit teruk-teruk pun saya dah bersyukur". Lais menggosok pundak berlapik tudung wanita itu.

Comel pula Seroja tatkala ini. Sebenarnya memang selalu pun comel tapi hari ni ekstra comel!

"Jangan lah panggil saya macam tu". Seroja menundukkan pandangannya. Malu pula dia apabila Lais seringkali menggunakan nama panggilan 'wifey' untuk dirinya.

"Okay... Kalau tak nak yang macam tu, nak yang mana mana? Sayang? Manja? Bunga? Atau baby?". Pandai Lais menyakat sampai merah habis kedua pipi Seroja.

"Awak ni...". Malu lah saya.

"Baby, can? I love the word 'baby'. Saya ni tak pernah bercinta. Daripada dulu tengok kawan-kawan saja yang buat. Teringin juga saya nak ada buah hati sendiri nak panggil baby. Ini dah ada isteri sendiri ni, boleh lah kan?". Makin Seroja malu, makin galak Lais menyakat.

"Suka hati awak la". Balas Seroja dengan suara perlahan. Dia tahu, selagi dia tak setuju, selagi itu Lais tak akan drop topik ini. Menyesal pula dia buka tadi.

"Alright, baby".

Lais kemudiannya membantu Seroja untuk duduk semula di atas kerusi rodanya dek kerana sesi terapi selama satu jamnya itu sudah tamat. Sudah tiba waktunya untuk mereka pulang.

🍁

Contohi lah Lais Idraqi...
Tak pernah couple!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro