7- Crush Baru atau Si Dia?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"AWAK pula nak apa? Ada buat temu janji?". Seroja penat la. Lepas seorang, seorang lagi. Kalau tadi bekas suaminya yang enggan pulang walaupun dipaksa, sekarang ni Lais pula yang sibuk menyendeng di sampingnya. Lelaki ini tak bekerja ke hari ini?

"Dah. Dah buat dengan Cik Su tadi". Seroja memandang Lais dengan wajah tidak percaya sebelum dia berpaling ke arah mamanya yang sedang menjaga kaunter dengan pandangan yang tidak berpuas hati. Puan Suhaila pula hanya menayangkan wajah tidak bersalah seraya mengangkat dua jari tangan kirinya; membuat tanda 'peace'.

"Saya sibuk ni. Awak nak apa?".

"Jom keluar makan tengahari. Saya belum makan ni. Teman saya makan, boleh?". Eh, tiba-tiba sahaja Lais mengajak Seroja keluar makan dah kenapa? Untuk rekod, Lais tidak pernah mengajak mana-mana perempuan untuk keluar makan atau pergi ke mana-mana bersamanya. Tidak pernah. Seroja yang pertama.

"Kenapa pula saya kena keluar makan dengan awak? Saya bukan kenal awak pun". Terus-terang Seroja menyembur Lais. Tidak kira lah jika kata-katanya itu akan menyakitkan hati Lais ataupun tidak.

"Sebab tu kena keluar dengan saya. Boleh kenal-kenal". Lais masih tetap dengan kata-katanya. Seorang Lais Idraqi mana pernah kenal erti putus asa. Sebab itu lah jarang-jarang dia kalah kes.

"Encik Lais".

"Ya, saya".

"Urusan kita dah selesai semenjak tiga tahun lepas lagi. Itu pun sebatas awak peguam saya, saya anak guam awak. Kes dah selesai, bayaran awak pun awak dah dapat. Jadi saya rasa, hubungan kita pun dah selesai. Tak perlu susah-susah awak nak kenal-kenal sebab saya tak nak pun kenal awak". Jujur Seroja berkata. Dia memang dah malas nak kenal dengan mana-mana lelaki setakat ini walaupun sebatas teman. Seroja betul-betul malas.

Lais mengangguk faham. Dia lalu bangun daripada duduknya ingin beredar pergi. Lagipun, masa makan tengaharinya hampir sahaja tamat. Takut nanti masuk pejabat lewat, bising pula bosnya.

"Okay, tak apa. Tapi... Saya datang lagi esok, boleh?". Haih, ingatkan dah putus asa tadi.

"Esok cuti. Kedai tutup".

"Kenapa tutup?".

"Esok kan hujung minggu". Balas Seroja tanpa belum sempat pun nak fikir betul-betul esok hari apa.

"Tapi esok hari Selasa".

Terdiam Seroja di situ. Rasa macam nak tepuk kepala sendiri. Macam mana lah dia boleh tak ingat yang esok baru menjelang hari Selasa. Ini mesti kes tak sabar-sabar nak cuti ni. Yakin je jawab esok hujung minggu.

"Kalau berani, tanya la mama sana".

"Dah". Ini ha lagi lah membuatkan Seroja terkejut. Betapa advance nya si Lais ini. Entah sejak bila entah dia minta izin Puan Suhaila untuk membawa Seroja keluar makan bersama.

Seroja melepaskan keluhan kecil.

"Esok, boleh? Saya betul-betul sibuk harini".

"Boleh. Esok saya datang lagi kedai awak".

🍁

IMAN NASUHA agak pelik dengan rakannya yang satu ini. Tadi ajak keluar makan, ingat kan nak makan lah. Ini duk termenung saja... Apa pasal ni?

"Kau okay tak ni, Seroja? Asal kau macam banyak berfikir je harini?". Iman menyoal seraya dia menyedut air sirap laici yang ada di dalam gelas tingginya. Nak makan buah yang ada, kena tunggu airnya kering dahulu. Karang kalau dia celup macam tu je guna jari tatkala air masih penuh, nampak tak beradab pula.

"Ish, tak tahu la Iman. Aku serabut lah harini". Seroja mula mengadu. Nasi di dalam pinggan dikuis-kuis. Nak makan pun tak ada selera bila teringatkan kejadian antara dia dan Idris di kedai tadi.

"Asal? Dah malas nak bekerja? Aku dah cakap dah, Seroja. Berhenti je kerja. Kau gajikan lah orang suruh jaga kedai kau tu. Ukir-mengukir tu pula kau suruh lah pekerja kau yang buat. Gajikan seorang lagi pekerja ke. Kan senang? Ini nak juga-".

"Eh, kau dengar aku habis cakap dulu boleh tak?". Geram Seroja dengan perangai Iman yang satu ini. Suka buat andaian sendiri sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Selalu macam tu!

"Hehe, okay. Sorry sorry. Go on".

Iman tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dia menyambung meminum air sirap kegemarannya. Sebiji ais turut disuapkan ke dalam mulut lalu dikunyah; menghasilkan bunyi yang sangat satisfying.

"Idris datang tadi".

Hampir tersembur ais yang dikunyah Iman tadi apabila ayat penuh yang dituturkan oleh Seroja itu sampai habis ke deria pendengarannya.

"WHAT?! MAMAT TU NAK APA?".

"Ish kau ni! Slow lah sikit suara tu. Orang tengok lah". Seroja seperti mahu menekup sahaja mulut Iman yang selalu sahaja bersuara seperti tertelan speaker ketika terkejut. Kuat sangat! Habis manusia-manusia yang sedang menjamu selera di gerai mamak itu memandang ke arah mereka berdua.

"Ah, engkau. Kau jangan nak suruh aku slow slow ke sabar ke. Aku tengah geram ni. Sekarang kau cakap dengan aku, apa pasal dia datang jumpa kau?".

"Dia datang nak minta maaf". Seroja memulakan cerita yang daripada tadi menggelisahkan hatinya.

"Habistu kau cakap apa? Kau layan ke dia?".

"Memang tak la. Tak ada masa aku nak layan dia. Aku halau dia balik ada la". Seroja menerbalikkan matanya. Tak ada hati dia nak melayan lelaki cheater macam tu. Dah la curang, tak bertanggungjawab pula tu. Ingat senang ke Seroja nak lupakan apa yang dia dah buat tiga tahun lepas? Idris layan Seroja macam sampah hanya kerana isterinya itu kurang upaya.

"That's my girl!". Iman memanjangkan tangannya lalu menepuk-nepuk lembut kepala berlapik Seroja. Bangga dengan kawannya yang satu ini.

"Aku harap dia tak datang lagi dah la lepasni. Malas nak melayan. Dia ingat aku kisah ke kalau dia melutut merayu dekat aku sekalipun?".

"Kan?! That's what I'm talking about! Eh kalau dia datang lagi, kau bagitahu aku wey. Sumpah aku terus pecut pergi dekat kau supaya aku boleh halau dia terus. Menganggu je kerja. Macam langau".

Ayat terakhir Iman itu berjaya membuatkan Seroja tergelak besar. Lawak betul kalau bersembang dengan Iman ini. Untung siapa nak ambil dia jadi isteri nanti. Eh-

"Tapi ni pertama kali ke dia datang jumpa kau lepas tiga tahun kau orang bercerai ni?". Iman bertanya lagi. Ingin mendapatkan informasi tambahan.

"Dua tahun lepas ada lah sekali. Aku pun tak tahu lah. Malas nak ingat. Tak penting pun". Sungguh Seroja malas nak simpan apa-apa lagi memori tentang Idris Akasha. Mamat hipokrit!

"Betul! Memang tak penting. Aku setuju!". Iman pula akan sentiasa menyokong Seroja. Kalau Seroja buat salah pun, dia sokong. Apatah lagi kalau Seroja buat perkara yang betul. Lagi lah dia bersedia menjadi penyokong utama!

"Lepastu kan...". Seroja mahu menyambung ceritanya.

"Ada lagi?".

"Tak, ni pasal benda lain". Seroja telan air liur kelat ingin bercerita tentang perkara yang satu ini. Risau pula Iman berfikir ikut lain nanti. Dia tu bukan boleh diharap sangat. Orang cakap lain, dia tafsir ikut lain.

"Pasal apa?". Iman bertanya seraya tangannya menggunakan straw panjang itu untuk menangkap sebiji buah laici yang sedari tadi terapung di dalam air sirapnya. Eh, buah laici terapung ke? Konsep fizik mana yang aku pakai ni?

"Kau ingat tak peguam aku tiga tahun lepas? Peguam yang uruskan kes cerai aku tu".

Iman mengangguk. Tak mampu nak buka mulut dek kerana si buah laici.

"Dua tiga hari lepas di ada datang rumah aku untuk makan malam. Mama yang jemput sebab mak dia tu kawan lama mama aku. Lepastu siang tadi, dia datang kedai pula". Cerita Seroja.

"Iya? Buat apa wey?".

"Dia... Dia ajak aku keluar makan".

Kali ini, giliran Iman pula yang tergelak besar mendengar kata-kata Seroja. Peguam sendiri ajak keluar makan SELEPAS tiga tahun? Biar betul?

"Kau dengar tak ni apa aku cakap?". Seroja bertanya dengan nada geram. Orang bercerita benda serius, dia boleh duk gelak.

"Dengar.... Tapi serius la?".

Seroja mengangguk.

"Menarik juga ni. Dia suka kau agaknya". Kan aku dah cakap. Suka sangat jump to early conclusion!

"Kau mengarut apa ni, Iman?". Seroja menayangkan wajah -_-.

"Eh eh mana ada mengarut. Kalau betul macam mana? Dia dah tahu kau janda, dia nak cucuk jarum lah tu! Lelaki kan suka janda!". Dan selepas itu Iman tiba-tiba sahaja menyanyikan serangkap lirik daripada lagu Perawan atau Janda nyanyian penyanyi Indonesia itu.

"Kau ada nampak muka aku ni macam aku kisah ke kalau lelaki suka janda ke suka perawan ke?". Seroja menunding jarinya ke arah wajah sendiri.

"Tak ada lah tapi... Mana lah tahu kan kalau...".

"Dah. Sudah dengan spekulasi mengarut kau".

"Hei, tak mengarut lah! Kalau dia suka kau pun, kau suka lah dia balik. Senang kan?". Iman mengajukan cadangan 'bernas'.

"Memang tak la. Aku kan dah ada crush".

"Ni mesti si STH tu kan?". Iman bertanya dengan nada bosan lalu Seroja mengangguk dengan gembiranya. Dia ni kalau sebut tentang Sang Tinta Hitam, memang dia lah orang yang paling gembira.

"Berangan je lebih kau ni! Dia kenal engkau pun tidak".

"Diam lah kau!". Seroja menjeling Iman. Orang nak berangan sikit pun tak boleh!

🍁

Tiga update kita kasi hari ni sebab saya sukerrr!

Sayang-sayangku semua makan apa tadi?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro