8- Her Therapist

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CAHAYA SEROJA mengeluh buat kesekian kalinya. Orang cakap tak baik berkata tidak kepada ibu bapa. Jadi, dia mengeluh saja lah. Apa penyebab terjadinya kejadian keluh-mengeluh ini? Kalau nak tahu, sepatutnya hari ini hari temu janji Seroja dengan pakar terapinya. For her legs. Tapi Seroja ini sedang berdegil. Dia tak nak pergi. Dia cakap...

"Buat apa nak pergi terapi semua ni, mama? Bukan Seroja boleh berjalan balik pun". Ayat itu lah yang diulang-ulang sejak daripada tadi dengan ton suara yang lembut. Dia tak sampai hati nak bercakap kasar dengan ibu kandungnya. Oleh kerana itu, dia menggunakan nada suara yang lembut.

"Heish, Seroja ni! Apa cakap macam tu. Rezeki tu kan di tangan Allah. Kalau Allah cakap Dia nak bagi rezeki supaya Seroja boleh berjalan balik, macam mana? Tak mustahil kan?". Puan Suhaila cuba memujuk Seroja lagi. Anaknya yang seorang ini akan ikut semua katanya kecuali berkait satu hal ini. Terapi. Memang kalau kena dengan waktu sahaja, dia akan pergi. Kalau tidak, memang tak jalan.

Seroja menggaru-garu kepalanya, mencuba untuk mencari alasan yang lain. Memikirkan cara bagaimana untuk dia lepas daripada harus pergi ke terapi pada hari ini.

Tak sampai beberapa saat selepas itu, bagaikan ada mentol bercahaya di atas kepalanya, Seroja berjaya mendapatkan satu alasan yang baharu.

"Iman. Ha... Iman, mama".

'Sorry, Iman. Aku petik nama kau'. Bicara Seroja seorang diri dalam hatinya.

"Kenapa dengan Iman?". Puan Suhaila yang tadinya sibuk mengira wang tunai yang ada di dalam alat money register di kaunter hadapan kedai ukiran kayu itu terhenti seketika perbuatannya.

"Iman tak ada hari ni. Dia sibuk. Ada kes baharu katanya". Bahagian ini memang betul. Seroja tak reka. Iman memang ada memberitahunya semalam bahawa dia tak dapat nak teman Seroja ke mana-mana atau bahkan makan bersamanya hari ini kerana ada kes baharu yang perlu diuruskan olehnya.

"Okay... Kalau Iman tak ada kenapa?".

"Tak ada siapa nak teman Seroja". Bahagian ni dia macam tipu sedikit. Sebenarnya boleh saja dia pergi sendiri ke sesi terapi itu tapi...

"Cahaya Seroja. Kamu tu dah 28 tahun. Bukan budak-budak lagi. Takkan lah setiap masa nak berkepit dengan Iman?".

"Iman kan best friend Seroja". Seroja tersenyum sumbing.

Puan Suhaila mengeluh kecil sebelum akhirnya dia meletakkan kembali semua wang yang dipegang ke dalam mesin di hadapannya. Fokusnya diberikan sepenuhnya ke arah Seroja.

"Tak apa la kalau macam tu. Kalau Seroja takut, mama yang temankan. Nak? Tak ada Iman tapi mama ada". Aduh! Makin susah Seroja nak cari alasan kalau macam gini. Kenapa lah banyak sangat idea insan bergelar ibu ni haih...

Tak apa! Puan Suhaila bagi penyelesaian, Seroja akan cipta alasan baharu!

Ting!

'Mentol' mindanya berbunyi lagi.

"Siapa nak jaga kedai? Kedai tak boleh tutup, mama. Banyak orang nak datang ambil tempahan hari ni. Contohnya, ni ha. Baru aje siap". Seroja mengangkat ukiran kayu kecil berbentuk bunga raflesia yang baru sahaja siap diukir olehnya. Sambil-sambil kena bebel dengan mama, sambil-sambil itu dia mengukir. Menyelam sambil minum air.

Setelah mendengar alasan bernas Seroja, Puan Suhaila mengeluh dalam kekalahan membuatkan Seroja tersenyum senget.

"Hm... iya la... Lain kali saja lah kalau macam t-".

Seroja - 1
Mama - 0

"Saya boleh teman Seroja. Cik Su duduk sini jaga kedai. Boleh ke, Cik Su?".

Okay, dah tak menang.

Seroja - 1
Mama - 1

Kenapa?

Sebab ada yang datang menyampuk!

"Assalamualaikum, Seroja, Cik Su". Lais dengan sopannya memberi salam kepada kedua-dua wanita di hadapannya.

"Waalaikumussalam. Lais kan? Anak Zura?". Puan Suhaila tersenyum manis ke arah anak angkat kawan lamanya itu. Lais lalu mengangguk.

"Ada datang kan haritu? Ke semalam? Maaf la, Cik Su dah lupa".

"Ada, Cik Su". Lais tersenyum lagi.

Beberapa saat kemudian, dia nampak Seroja membawa kerusi rodanya untuk mendekat dengan Lais. Hujung lengan kemeja putih Lais ditarik kasar.

"Awak buat apa datang sini?". Soal Seroja separa berbisik.

"Awak kan janji nak keluar makan tengahari dengan saya. Kebetulan saya datang, terdengar mama awak dan awak bincang tentang sesi terapi awak. Tak ada orang nak pergi dengan awak kan? I volunteer as a tribute". Lais menayangkan senyuman tidak bersalahnya.

"Eh awak tu peguam tau. Tak tahu ke mengintip perbualan tu salah?".

"Terdengar. Bukan sengaja saya nak mengintip". Lais membela diri meskipun dia tahu kalau dia bawa alasan ini masuk mahkamah, memang tidak lepas. Tiada bukti. Tiada saksi. Alibi tak kuat langsung!

Seroja menjeling tajam ke arah lelaki di hadapannya. Bukannya mahu terkesan dengan jelingan Seroja. Sebaliknya, dia berpaling semula ke arah Puan Suhaila.

"Cik Su izinkan ke kalau saya teman Seroja pergi terapi?".

"Tak menyusahkan ke, Lais?".

"Eh mana ada". Lais makin suka ada lah, Cik Su.

"Kalau macam tu, Cik Su izinkan. Terima kasih banyak-banyak ya, Lais. Nanti Cik Su buat kuih bakar istimewa untuk Lais dan ibu Lais". Janji Puan Suhaila.

"Sama-sama, Cik Su".

Lais dan Puan Suhaila saling berbalas senyuman manakala Seroja sahaja di situ yang mukanya masam mencuka.

🍁

TATKALA Seroja sedang menjalani sesi terapi yang dibantu oleh jururawat itu, Lais di tepi sanggup menemani. Rasanya sudah hampir satu jam Seroja menjalani sesi itu dan Lais sedikitpun tidak berganjak daripada kedudukannya. Tekun dia memerhatikan Seroja.

Tiga kali cubaan Seroja gagal untuk bangun daripada kerusi rodanya, tiga kali juga lah Lais memerhatikannya. Lima kali Seroja jatuh tersungkur, lima kali juga lah Lais memerhatikannya. Malu juga Seroja dibuatnya. Disebabkan itu lah dia tak mahu pandang ke arah Lais!

Sedang Lais ingin memeriksa waktu, terasa ada sentuhan di bahunya. Apabila dia berpaling, kelihatan seorang doktor pakar lelaki sudah datang hampir dengannya membuatkan dia dengan serta-merta bangun berdiri.

"Doktor". Sapa Lais.

"Boleh saya tahu, encik ni penjaga Cik Cahaya Seroja ke?". Ha sudah. Soalan yang mematikan. Tergaru kening juga la Lais hendak menjawab.

"Ya, saya. Saya suami dia". Jawapan spontan terkeluar daripada mulut lelaki ini.

Pandai betul Lais ni kadang-kadang kan? Kau tunggu lah nanti kalau jawapannya ini sampai ke telinga Seroja, memang melenting wanita itu.

"Boleh saya tahu nama encik?".

"Lais. Lais Idraqi".

"Baik lah, Encik Lais. Berdasarkan pemerhatian kami sepanjang beberapa sesi terapi yang dihadiri oleh isteri encik, tak ada banyak perubahan sangat yang ada pada Puan Seroja". Nama panggilan buat Seroja terus bertukar daripada 'Cik' kepada 'Puan'.

"Boleh saya tahu kenapa, doktor?". Lais bukan nak menyibuk tetapi dia tahu yang nanti dia perlu sampaikan juga informasi ini kepada Seroja. Jadi, lebih baik dengar dengan lengkap supaya tak tersalah maklumat.

"Sepanjang tiga tahun sesi terapi yang kami tawarkan untuk Puan Seroja dan tahun ini dah nak masuk tahun yang keempat, boleh saya katakan sedikit sangat sesi yang dihadiri oleh Puan Seroja. Dalam...". Kata-kata doktor itu terhenti seketika tatkala dia membelek-belek buku rekodnya.

"... tujuh atau lapan kali sahaja. Rekod yang sangat sedikit untuk kita lihat perubahan besar pada pesakit".

Tercengang Lais dibuatnya.

Memang. Memang dia tidak rapat langsung dengan Seroja tetapi rasa ingin tahunya semakin kuat. Mengapa wanita itu enggan melakukan terapi ini melainkan dia betul-betul dipaksa?

"Macam ni la, Encik Lais. Saya nasihatkan supaya Encik Lais galakkan isteri encik untuk hadir ke lebih banyak sesi terapi yang telah dan akan kami sediakan. Peluang untuk dia pulih seperti biasa semula sangat tinggi. Kalau ada usahanya, Insyaallah, Puan Seroja akan boleh berjalan seperti biasa semula". Doktor itu tersenyum.

Lais membalas senyuman itu seraya berkata,

"Baik lah, doktor. Saya akan cuba nasihatkan dia nanti. Terima kasih, doktor".

"Sama-sama. Saya pergi dulu ya?".

Lais mengangguk lalu doktor itu berlalu pergi.

Lais kelihatannya duduk semula sebelum beberapa minit kemudian, Seroja ditolak datang ke arahnya oleh jururawat bertugas. Lais mengangkat wajahnya memandang jururawat itu.

"Sesi harini susah selesai. Sesi seterusnya akan diadakan pada hari Sabtu hadapan. Kalau boleh, Puan Seroja hadir ya?". Jururawat itu tersenyum manis sebelum berlalu pergi meninggalkan Lais dan Seroja berdua di situ.

"Kenapa dia panggil saya 'Puan'?". Seroja menanyakan soalan itu kepada Lais namun Lais hanya berdiam diri sambil merenung ke arahnya.

"Awak ni kenapa? Doktor cakap apa tadi?". Seroja mengibas-ngibaskan tangannya di hadapan wajah Lais.

"Kenapa awak tak pergi terapi selama ni, Cik Seroja?". Dan soalan itu berjaya membuatkan Seroja terdiam.

🍁

Agak-agaknya kenapa ya?
Sayang-sayangku boleh teka tak?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro