01 | See Them

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kita hidup di dunia ini bukan untuk bersendirian,"

🍀🍀🍀

Suasana perkarangan dataran Bighit Highschool tampak padat dengan keramaian para pelajar yang memakai pakaian lengkap beruniform sekolah. Hanya sebilangan kecil para pelajar yang seakan berjaga di sekeliling para pelajar yang mengenakan pakaian beruniform sedikit berbeza daripada pelajar yang lain.

Perhimpunan pada pagi itu berlangsung agak lama kerana ucapan pengetua yang begitu panjang bak kertas tiga Sejarah. Cukup membuatkan tiga orang pelajar yang berada di belakang barisan kelompok junior mengeluh bukan main. Sesekali mereka ditegur kerana duduk, namun hanya tatapan sinis dan tajam mereka berikan kepada yang menegur.

"Lama weh! Kaki aku nak tercabut!" keluh seorang remaja bernama Jungkook sambil memegang kedua lututnya.

"Ingat kuat," rakannya di sebelah hanya terkekeh mengejek.

"Diam ah! Kau kalau lawan aku dekat gelanggang takut," balas Jungkook agak pedas namun ianya tidak membuatkan lawan bicaranya itu takut.

"Yalah tu! Itupun kalau Yoongi hyung backup kau,"

Bukan si lawannya yang berbicara, tetapi rakan kepada lawannya.

Jungkook hanya mendengus sinis. "Kau pun apa kurangnya? Minta Hoseok hyung kau juga selamatkan kau kan? Jimin ah?"

Jimin hanya mampu menghela nafas. Ada sedikit perasaan menyesal kerana berkata-kata dengan remaja yang tua setahun daripadanya.

Lelaki? Muda ke tua ke, sama sahaja.

"Hei, rileks la!" lawannya tadi cuba meredakan perdebatan. Lagipula, mereka masih lagi berada di majlis perhimpunan.

"Main-main abang angkat pula. Macam perempuan..." belum sempat remaja itu menghabiskan bicara tiba-tiba kepalanya diketuk oleh seorang remaja bertubuh tinggi tegap dan beruniform pengawas.

"Setiap kali perhimpunan, tak sah tangan aku tak ketuk kepala kau kan Taehyung?"

Remaja bernametag Kim Namjoon hanya menggeleng kepalanya melihat Taehyung yang hanya meringis memegang kepalanya.

"Tau la kau tu Spiker! Aku bukan bola tampar kau nak spike!" dengus Taehyung kesal. Dia cuba menahan amarahnya daripada berteriak dengan kuat.

"Dah tu, duduk diam. Nak gaduh dalam gelanggang. Dasar, setter!"

Jungkook dan Jimin hanya terkekeh.

"Uit, abang pengawas! Aku nak pergi tandas boleh?" pinta Jungkook kepada seorang pengawas yang kebetulan lalu di hadapan mereka.

"Huh? Bo..."

Belum sempat pengawas itu menjawab, Namjoon cepat-cepat menghalang.

"No,"

"Ala, kau kenapa huh?" soal Jungkook tidak puas hati.

"Aku tahu kau nak melencong kat mana nanti. Sedar lah sikit kau tu junior. Maknae buat cara maknae,"

Jungkook mendengus. Selain merupakan junior di sekolah, dia juga satu-satunya junior di kumpulan Bola Tampar dan memegang posisi Setter.

***

"Oppa suka sekolah oppa nanti?"

Pertanyaan daripada seorang gadis yang berumur tujuh tahun lebih muda darinya membuatkan jejaka itu tersenyum.

"Tempat ni akan jadi tempat oppa belajar. Jadi kenalah suka meskipun tak seberapa pada mulanya,"

Gadis itu mengangguk. Dia kemudian memandang ke arah luar tingkap kereta. Mereka berdua sekarang berada di dalam kereta dan sedang dalam perjalanan menuju ke arah sebuah sekolah.

"Oppa, cantiknya sekolah ni."

Mata gadis itu berbinar tatkala kereta yang mereka naiki memasuki perkarangan sekolah yang terpapar namanya di pintu pagar.

Bighit Highschool.

Sekolah menengah tinggi yang menempatkan ratusan pelajar lelaki sahaja.

Seokjin hanya tersenyum menanggapi. Dia kemudian mengusap lembut kepala sang adik.

"Oppa, adik memang tak boleh sekolah kat sini ya?"

"Ya, sebab semua kat sini pelajar lelaki. Nanti adik takut pula."

"Eh, buat apa adik takut?"

Dahi Seokjin berkerut. "Kenapa?"

"Sebab ada oppa yang akan jaga adik,"

Seokjin terkekeh. "Haha, boleh pula ya? Meh, sini. Peluk oppa,"

Gadis itu mengangguk dan mendekat ke arah sang abang seraya memeluk dekat erat. Seokjin mengelus kepala gadis itu dengan lembut.

"Tuan, kita dah sampai."

Pintu kereta dibuka membuatkan Seokjin terpaksa berpisah dengan sang adik selama beberapa jam.

Sebelum ini, Seokjin hanyalah remaja yang belajar secara homeschooling. Dan hari ini, pada umur 18 tahun dia baru sahaja melangkah masuk ke sekolah menengah tinggi kerana saranan daripada guru-guru yang mengajarnya. Kata mereka, Seokjin mempunyai potensi yang sangat bagus dalam pembelajaran dan harus mengambil peperiksaan akhir untuk mendapatkan sijil lulus ke univerisiti. Sebab itulah ibubapanya bersetuju untuk menyekolahkan Seokjin.

Pada awalnya Seokjin menolak kerana dia tidak pernah bergaul dengan sesiapa selain jiran, saudara dan adiknya. Terasa canggung belajar secara beramai, namun mendengar cerita melalui sepupunya yang belajar di sekolah sedikit sebanyak membuatnya tertarik.

Banyak persatuan, ramai kawan.

Namun, pesanan yang Seokjin terima daripada kedua orang tuanya adalah,

Pergi ke sekolah untuk dapatkan sijil, bukan kawan. Itu tujuannya.

Seokjin menghela nafasnya.

Ya, dia harus mengikuti pesanan kedua orang tuanya.

"Bye oppa!"

Lambaian daripada gadis kecil kesayangan Seokjin semakin menjauh membuatkan senyuman Seokjin pada awalnya mengembang kembali mengendur.

Dia kemudian berbalik dan menuju ke arah seorang lelaki yang agak berumur. Lelaki itu melihat sedang menunggunya dan tentu saja dia mengenali siapa gerangan itu.

"Tuan muda dah siap?" soal lelaki itu sopan.

"Jangan formal sangat dengan Seokjin, pakcik Bae. Kat sini tak ada eomma dan appa."

Lelaki bermarga Bae itu hanya terkekeh.

"Macam mana? Dah bersedia nak sekolah?"

"Hum,"

"Baiklah. Kamu kena ingat! Misi kamu  kat sini hanya dapatkan sijil! Tunjukkan prestasi kamu! Tunjukkan yang kamu lebih hebat daripada mereka."

"Sudah tentu," balas Seokjin penuh yakin. Tidak ada nada angkuh dalam bicaranya, kerana sememangnya dia  berasa yakin.

"Mari ikut pakcik. Kita pergi ke kelas kamu. Pakcik harap kamu dapat sesuaikan diri. Kalau tak selesa, kamu pergi je bilik pakcik,"

****

"Aku dengar ada budak baru masuk kelas kau," ujar Namjoon kepada Yoongi yang baru sahaja selesai membasuh tangan bersama Hoseok.

Enam remaja lelaki duduk di sebuah bangku yang berada di sebelah kanan kantin. Kedudukannya sangatlah asthetic kerana berada betul-betul berhampiran gerai air dan juga gerai makanan serta tempat wastafel. Boleh dikata ianya tempat duduk idaman semua para pelajar di situ. Namun apalah daya, disebabkan keenam remaja itu tiada sesiapa yang berani menapak atau memijakkan kaki ke situ meskipun datang awal ke kantin.

"Haah. Tapi aku tak ingat sangat sebab aku tidur," balas Yoongi selamba sembari membuka plastik kimbab yang dibelinya.

"Haha, tak ada kerja kau." Hoseok tergelak.

"Jimin ah, tolong bukak kejap."

Jimin yang sedang menikmati tteobokki hanya mengangguk sahaja.

"Oh ya, budak baru tu dari mana?" soal Taehyung sebaik sahaja di selesai menelan separuh burger yang dimakannya.

"Budak, budak. Kau ingat dia tu sama umur dengan kau?" bebel Namjoon.

"Ish, takkan nak panggil oppa pulak."

Perkataan Taehyung sukses membuatkan Jungkook tersedak dan mendapat tawaan daripada mereka berlima.

"Bangang, Tae." maki Jungkook. Remaja itu kemudian mengambil air cola yang dibeli dan menegaknya rakus.

"Weh, tapi seriusla. Aku dengar pasukan bola tampar akan diblacklist dari sukan sekolah?" tanya Jimin. Semua atensi kelima rakannya itu tertuju kepadanya.

"Eh, dari mana kau dengar?" tanya Taehyung.

"Aku dengar time aku hantar buku latihan PJ dekat cikgu Song. Mula-mula dia gosip pasal girl group apa tah dengan cikgu Han lepastu keluar lah tajuk tu,"

Keenam mereka tersentak. Suasana di ruang meja yang mereka duduki mendadak sunyi. Suara para pelajar seakan menjadi background bagi mereka untuk mengenang masa lalu.

Setahu mereka, sudah lama pasukan bola tampar mereka tidak memenangi apa-apa pertandingan termasuk melepasi perlawanan pertama sejak tujuh tahun lepas. Tujuh tahun lepas, pasukan bola tampar sekolah mereka berjaya mendapat juara di peringkat Hybe Sports. Pada tahun lepas pasukan yang dianggotai mereka yang hampir layak ke suku akhir namun tewas juga. Hal itu membuatkan semua ahli berpecah belah dan memaki hamun antara satu sama lain. Bahkan ketika itu mereka masih berada di gelanggang dan masa itu permainan masih bermula.

Masing-masing menyalahkan diri sendiri. Sudah beberapa kali ketua kumpulan mereka meleraikan kerusuhan yang mereka perbuat dan akhirnya mereka dihalau keluar dari gelanggang.

Sungguh, itu adalah momen yang sangat memalukan bagi mereka lagi-lagi pihak sekolah. Dan disebabkan kes itu lah pasukan bola tampar tidak dibenarkan berlatih selama sebulan.

Tetapi, hubungan mereka tetaplah berjalan seperti biasa. Meskipun masih ada lagi rasa sombong kerana bangga dengan posisi masing-masing dalam permainan itu.

"Korang tak masuk kelas lagi?"

Suara seseorang menyentakkan mereka semua yang sibuk bernostaglia masa lalu. Tidak menyedari bahawa mereka terlalu lama termenung dan loceng telah berbunyi berapa minit yang lalu. Suasana kantin telahpun lengang.

"Alamak! Cikgu Bae!"

"Astaga! Kamu semua memang nak kena rotan eh!"

Maka dengan penuh lintang-pukang, mereka berlari meninggalkan area kantin.

"Haish, budak-budak ni." lelaki bermarga Bae itu hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku pelajar-pelajar itu.

Sementara itu, di sebelahnya terdapat seorang remaja yang sedari tadi tersenyum sembari terkekeh melihat gelagat para pelajar tadi.

"Kenapa kamu ketawa?" soal lelaki itu.

Seokjin cuba kembali menahan senyumnya namun tidak berhasil. Dia hanya terkekeh sebelum berbicara.

"Dieorang semua siapa ya? Dieorang kelakar,"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro