02 | Try To Close

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Takdir pertemuan kita
pada awalnya?"

🍀🍀🍀

Seokjin mengusap dagunya sembari matanya fokus kepada beberapa lembar kertas. Mungkin ibubapa dan adiknya menyangka dia sedang giat belajar, tetapi sebenarnya tidak. Remaja itu sedang meneliti kertas yang mengandungi kegiatan kokurikulum di sekolah. Selain belajar, dia juga diwajibkan untuk mengikuti mana-mana dan kelab dan sukan.

Kelab memasak? Wah, Seokjin tidak menyangka sekolah yang diduduki mempunyai kelab itu. Lagipula dia belajar memasak kerana sering membantu bibiknya di dapur kerana ibunya agak jarang berada di rumah. Meskipun ibubapanya tahu tetapi dia tidak menghalang Seokjin melakukannya kerana masakan Seokjin tidak kalah sedap daripada masakan bibik.

Okey. Kelab memasak menjadi pilihan Seokjin.

Kini, beralih pada sukan. Jujur, Seokjin tidak beberapa menyukai sukan kecuali berjoging kerana ianya pasti melibatkan banyak orang.

Di sekolah itu cuma ada empat kelab sukan iaitu bola sepak, badminton, renang dan bola tampar.

Bola sepak? Agak ramai dan pasti bermain di tempat yang berlumpur jika berlakunya hujan.

Badminton? Pasti tangannya akan patah kerana terlalu banyak memukul dan bergerak sana sini.

Berenang? Seokjin mempunyai kisah silam yang buruk bersama air. Jadi dia tidak akan menyertainya.

Bola tampar? Meskipun Seokjin belum pernah bermain tetapi entah kenapa dia berasa tertarik.

Seokjin tersenyum kecil. Dia harap keputusannya itu adalah terbaik untuknya.

Bunyi ketukan pintu mengalihkan atensi Seokjin. Dia segera mengemas semua kertas dan memasukkannya ke dalam beg. Setelah itu, barulah dia membuka pintu.

"Oh, adik?"

Gadis berumur 11 tahun itu hanya terkekeh sembari memeluk sebuah anak patung alpaca.

"Adik menganggu oppa?"

Seokjin menggeleng. "Ada apa?"

"Adik nak masuk boleh?"

Seokjin tersenyum. Dia mempersilakan gadis kecil itu masuk ke dalam biliknya.

"Kenapa tak tidur lagi? Esok kelas jam 8 pagi kan?" soal Seokjin setelah menutup pintu.

"Adik dah siapkan kerja dan juga modul. Esok baru nak bincang dengan cikgu dekat bilik,"

Seokjin mengangguk kecil lantas dia kembali semula untuk duduk di atas kerusi belajarnya.

"Macam mana sekolah? Best tak oppa?" tanya gadis itu sambil mendudukkan dirinya di atas katil milik Seokjin.

Seokjin tersenyum kecil. Dia sudah mengagak itu tujuan utama sang adiknya itu datang ke sini.

"Hum, boleh lah. Tapi itulah, sebab oppa tak biasa lagi dengan suasana so kena bertahan sikit."

Gadis itu menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Oppa dah ada kawan?"

Seokjin terdiam sejenak sebelum kembali mengangkat kedua sudut bibirnya.

"Belum lagi. Lagipun ini kali pertama oppa sekolah jadi oppa tak terbiasa bergaul dengan orang luar. Cuma..."

Ucapan Seokjin terjeda. Dia kembali teringatkan sekumpulan pelajar yang disergah oleh pakcik Bae pada waktu rehat di sekolah tadi. Wajah-wajah tersebut Seokjin tidak beberapa ingat tetapi kelakuan mereka membuatkan Seokjin berasa terhibur. 

Bukankah seronok jika mempunyai sahabat yang ramai?

"Cuma apa?"

Seokjin tersedar dari lamunannya, melihat wajah sang adik yang tampak hairan dengan keterdiamannya sebentar tadi.

"Tak ada apa-apa. Dah, pergi tidur. Oppa nak kemas-kemas sikit," ujar Seokjin.

Gadis itu hanya mengangguk. "Adik tunggu kat bawah. Bibik buatkan susu untuk kita,"

"Okey,"

****

"Dah isi semua? Yah, kenapa tak biarkan pakcik je yang siapkan semua borang kamu?"

Seokjin hanya menggeleng kepalanya mendengar bebelan daripada Pakcik Bae.

"Apa yang Seokjin suka, kenalah tentukan sendiri."

Lelaki itu hanya menghela nafas.

"Bola tampar? Kenapa pilih yang ni?"

Dahi Seokjin mengernyit. "Kenapa? Memang dekat sekolah ada kan kelab tu?"

Lelaki itu menggeleng pelan. "Haish, sebenarnya ni borang lama. Bola tampar dah nak dibubarkan."

"Hah? Tapi pakcik yang beri borang tu kan?" Seokjin berdecak kesal.

"Lagipun Seokjin nak cuba main. Haih, macam tu pula."

Lelaki bermarga Bae itu hanya mampu terdiam.

"Macam ni la Seokjin. Apa kata kamu ambil bola se..." belum sempat lelaki itu meneruskan kata-kata, bunyi loceng rehat sudahpun habis.

"Seokjin pergi dulu!"

Lelaki bermarga Bae itu hanya mampu meraup wajah kasar sembari menatap pemergian tuan mudanya. "Haish, macam mana boleh salah bagi borang ni!"

****

Seokjin masuk ke dalam kelas dan mendapati semua pelajar telahpun duduk di tempat masing-masing. Dia masuk melalui pintu belakang kerana hampir dengan tempatnya.

"Seokjin, kami terpaksa ubah kedudukan meja sebab ada rakan sekelas kita yang dah pindah."

Seokjin mengangguk mengerti. "Oh, okey. Aku duduk dekat mana?"

"Kau duduk dengan Yoongi. Dekat belakang sekali sebelah kanan,"

Dahi Seokjin mengernyit? Min Yoongi? Dia lantas berpaling ke arah tempat duduk dan mendapati ada seseorang yang sedang duduk sambil menenggelamkan kepalanya di permukaan meja. Seokjin tidak dapat melihat dengan jelas wajah 'tablemate' barunya itu namun dia tahu betapa putih dan mulusnya kulit remaja itu melalui lengannya.

"Dia tu suka tidur dalam kelas tapi tak menganggu orang," ujar rakannya lagi.

Seokjin mengangguk sahaja walaupun sebenarnya dia tidak suka dengan orang yang tidur di tempat menimba ilmu namun Seokjin berfikir positif, pasti remaja itu belajar dengan giat sebab itulah sering ketiduran di dalam kelas. Tanpa berlengah, dia mengambil tempat duduk bersebelahan dan meletakan begnya dengan hati-hati.

Kalau boleh, Seokjin mahu tempat duduknya bersebelahan dengan tingkap namun dia bimbang bahawa hal itu akan membuatkan rakan semejanya tidak selesa dengan sikapnya yang masih berstatus pelajar baru.

"Kau nak duduk sebelah tingkap?"

Seokjin sedikit tersentak namun dia berjaya mengawal tingkahnya kerana suara milik rakan semejanya itu. Fikirnya, remaja itu tidur tapi tidak.

"Er... Boleh ke?"

Yoongi mengangkat wajahnya dan menoleh ke arah Seokjin yang tampak agak takut dengannya.

"Mari tukar tempat. Lagipun aku tak suka cahaya ni ganggu tidur aku,"

Seokjin mengangguk tipis. Ada sebab rupanya...

Setelah sesi bertukar tempat, pelajar menjadi riuh kerana kehadiran seorang pelajar yang melaung.

"Korang! Sediakan alat rahsia kita! Cikgu Chaelin dah datang!"

Mendengar itu, automatik para pelajar panik sehinggakan Seokjin menjadi bingung.

"Maaf kalau tak jelaskan lebih awal, tapi aku harap kau pakai." seorang rakan yang duduk di kerusi hadapan Seokjin menghulurkan dua gumpal kapas untuknya.

Seokjin menjadi bingung.

"Tapi..."

"Yoongi! Kau kena pakai!"

Yoongi hanya diam dan tidak bereaksi apa-apa.

"Yah! Yoon! Seokjin! Kau kena..."

"Min Yoongi!"

Suara Cikgu Chaelin bergema membuatkan Seokjin tersentak bukan main. Mujurlah dia berada di kerusi paling belakang sudut sebelah kanan jadi tidaklah ketara sangat orang memandang loncatan kecilnya.  Barulah dia faham kenapa kesemua pelajar  menyumbat kedua telinga mereka dengan dua gumpal kapas.

Baiklah, tampaknya dia harus memakainya di waktu seterusnya.

Berbalik pada jeritan cikgu tadi, terlihat Min Yoongi yang hanya pasrah melangkah dengan agak longlai menuju ke depan.

"Telur ayam lagi! Kamu ni nak berjaya ke tak hah?"

Lagi-lagi suara itu memekik nyaring. Sehinggakan Seokjin menyumbat gumpalan kapas itu demi keselamatan pendengarannya. Dalam hati, Seokjin tertanya-tanya, tidak sakit telingakah seorang Min Yoongi itu?

"Maafkan saya," ucap Min Yoongi lirih. Seokjin dapat lihat bahawa remaja itu berusaha menahan dirinya dengan tengkingan guru tersebut.

"Maaf, maaf! Hujung tahun ni dah nak masuk exam untuk kelayakan kamu masuk ke universiti! Setakat main bola tampar takkan menjamin hidup kamu kalau tak ada ilmu!
Kalau macam ni markah kamu, jangan mimpi nak jejak mana-mana universiti meskipun universiti sukan!  Apa kamu ingat universiti sukan tak tekankan fizik dan juga jasmani?"

Yoongi hanya mampu pasrah apabila bebelan cikgu Chaelin terus menerjah gegendang telinganya selain harus berdiri lama.

Sementara itu di tempat Seokjin, remaja itu berasa kasihan dengan keadaan Yoongi. Kalau ya pun nak membebel, haruslah dengan lebih tertutup supaya tidak memalukan orang lain. Seperti ibu dan ayahnya yang selalu memarahi dia dan adiknya secara tertutup.

Ya, sebelum Seokjin berpindah, kelas mereka mengadakan ujian secara umum dan sudah tentu Seokjin tidak sempat untuk menghadapinya.

Langkah kaki Yoongi mula menapak ke tempat asalnya. Reaksinya hanya biasa, dan Seokjin dapat menyimpulkan bahawa rakan semejanya sudah terbiasa diperlakukan sebegitu.

Min Yoongi? Orangnya tampak menarik, membuatkan Seokjin berasa tertarik untuk mengenal remaja itu lebih jauh.

Dan apa tadi? Bola tampar? Nampaknya Seokjin tidak salah dalam memilih kelab sukan. Namun seketika hatinya berasa bimbang. Apakah remaja itu mengetahui tentang pembubaran yang akan berlaku pada pasukan bola tampar nanti?


To be continue...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro