03 | Planning

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Terkadang, sebuah permulaan harus memerlukan sedikit pengorbanan,"

🍀🍀🍀

Seorang lelaki berumur pertengahan 30 hanya terdiam di meja kerjanya setelah selesai berbicara dengan pihak atasan beberapa minit yang lalu.

Lelaki itu adalah Jurulatih Choi, merangkap jurulatih bola tampar yang baru sahaja berpindah pada dua tahun lepas.

Dan, apa yang membuatkan dia terdiam adalah, pemakluman mengenai pembubaran bola tampar yang akan dibincangkan semula beberapa hari lagi. Dia cukup faham tentang kemerosotan yang berlaku pada anak-anak buahnya.

Komitmen tiada, prestasi kebanyakan ahli tidak memberangsangkan. Dan lebih utama, ketua pasukan tiada yang lebih layak untuk memimpin pasukan.

Sekurang-kurangnya, jika ada kapten untuk bola tampar, berkuranglah juga sebab pembubaran itu.

Jurulatih Choi buntu. Apa yang harus dia lakukan sekarang?

Jurulatih Choi menghela nafas berat. Notis yang diberikan oleh pihak sekolah mengenai pembubaran pasukan Bola Tampar cukup membuatkannya kurang tidur semalaman.

Enam tahun penantian, dan tahun lepas adalah tahun yang hampir mereka menjejaki puncak namun apalah daya disebabkan ego para pemain membuatkan semuanya hancur.

Sudah hampir tiga tahun dia memegang posisi sebagai jurulatih pasukan bola tampar Bighit Highschool. Dan selama itulah dia melihat potensi para pemain.

Anggota pemain bola tampar Bighit Highschool hanya sebelas orang sahaja kerana ketua kumpulan pasukan itu mengundur diir pada akhir kejohanan Hybe Sports. Pasukan itu dianggotai oleh pasukan utama iaitu Kim Namjoon, Min Yoongi, Jung Hoseok, Kim Taehyung dan Jeon Jungkook. Manakala untuk pasukan kedua adalah Park Jimin, Choi Soobin, Choi Yeonjun, Choi Beomgyu, Kang Taehyun dan Hueningkai.

Namjoon dan Hoseok sebagai posisi perejam. Manakala Taehyung dan Jungkook sebagai setter. Min Yoongi sebagai libero.

"Huh,"

Jurulatih Choi menghembus nafas sekali lagi. Posisi blocker adalah posisi yang kurang disukai oleh ahli pasukan utama. Mereka lebih suka merejam, membaling dan menangkap berbanding menghalang bola. Ianya cukup membuatkan jurulatih Choi hilang kesabaran.

Patutkah dia membubarkan sahaja pasukan ini? Tetapi? Apa reaksi ahli-ahli itu?

Ada perasaan sedikit bersalah kerana dia tahu betapa minat dan sukanya keenam-enam remaja itu bermain bola meskipun hanyalah sekadar membaling melepasi jaring. Dia tahu segala keluh kesah dan kisah di sebalik senyuman keenam-enam pemain utama tersebut.

Petang ini, dia harus memaklumkan hal itu kepada sebelas pemain itu. Bagaimana reaksi mereka, moga sahaja dapat dapat diterima dengan sebaiknya.

"Hai, cikgu."

Jurulatih Choi sedikit tersentak dari lamunannnya. Dia segera membetulkan posisinya yang sedang menyandar kepada tegak.

"Oh, ada apa? Eh, sekejap. Kamu siapa?" soal Jurulatih Choi sedikit hairan. Sejujurnya dia belum pernah wajah tersebut sepanjang berkhidmat di sekolah itu.

Pelajar itu tersenyum. "Nama saya Kim Seokjin dan saya ada benda nak bagitahu cikgu,"

Sementara itu di gelanggang bola tampar...

"Kenapa coach panggil kita ya?"

Taehyung merebahkan badannya di atas lantai gelanggang. Kelima-lima pemain utama itu tiba di sana setelah mendapat arahan pada loceng terakhir persekolahan.

"Latihan dah boleh mula? Kalau macam tu aku ready sangat-sangat!" ujar Jungkook penuh semangat sambil meregangkan ototnya.

Jimin yang baru sahaja tiba selaku pemain kedua hanya menggeleng sahaja. Dia mengambil tempat untuk duduk sambil memeluk kedua lututnya. Dia sebenarnya termasuk dalam pemain utama namun apalah daya dia hanya berkebolehan dalam digging dan mendapat posisi libero. Namun disebabkan Yoongi juga merupakan libero dan seniornya, Jimin merelakan Yoongi untuk mengambil posisi itu.

Lagipun menjadi libero pasukan kedua ada baiknya kerana lima pemain yang lain adalah rata-rata peserta baru dan mudah untuk dia memberikan tugas dan arahan. Meskipun ada kalanya Jimin berasa frustasi kerana 'keributan' yang dilakukan oleh tiga saudara Choi yang suka mengusik antara satu sama lain.

"Mana ahli-ahli kau?" soal Hoseok selaku senior yang agak rapat dengan Jimin.

"On the way," balas Jimin singkat. "Mana Yoongi dan Namjoon?"

"Oh the way jugak. Tapi aku nampak dieorang pergi kantin tadi," balas Hoseok.

"Ouh,"

"Hai hyung-hyung!"

Dari jauh terlihat lima orang remaja menuju ke arah gelanggang dengan penuh bergaya. Mujurlah sekolah mereka hanya didiami oleh kaum Adam sahaja. Kalau tidak, habislah suara teriakan daripada pelajar perempuan memenuhi gegendang telinga mereka.

"Dah datang dah bocah-bocah," Jungkook tersenyum sinis sambil mencekak pinggangnya.

"Kau setakat dua tahun lebih tua dari dieorang, please sedar diri." Taehyung mencebik.

Jungkook adalah junior di pasukan utama, namun tidak bermakna dia akan menjadi 'kuli' untuk para hyungnya. Remaja itu orangnya agak kasar dalam berbicara dan bergurau sebab itulah para seniornya kadang-kadang terpaksa 'mengalah' hanya kerananya.

"Coach dah datang?" tanya Yeonjun sambil meletakkan beg sandang kecilnya di bangku berdekatan.

Jimin menggeleng. "Belum,"

Kelima-lima mengangguk dan setelah itu duduk bersama dengan para senior mereka yang baru mereka kenali tahun lepas. Mereka berlima adalah pelajar tahun kedua dan berada di kelas yang sama.

"Hyung," Soobin, selaku pelajar junior yang terkenal dengan ketinggian dan memperoleh posisi blocker menghela nafasnya sejenak.

"Aku dengar pihak sekolah nak bubarkan pasukan bola tampar. Betulke?"

Mereka semua agak terkejut namun cuba untuk bertenang.

"Aish, takkan punya. Apa yang kau merepek ni?" tegas Jungkook. Sejujurnya dia sangat bimbang jika hal itu benar-benar berlaku kerana bola tampar sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidupnya.

"Rilek, Jung. Khabar angin je tu." Hoseok cuba menenangkan keadaan.

"Kita tanya je la dekat coach nanti senang," ujar Taehyun, selaku perejam kumpulan kedua.

"Masalahnya, dah dekat setengah jam kita tunggu coach. Tak sampai-sampai lagi." balas Taehyung sebelum beralih menatap ke arah para juniornya.

"Macam mana skill korang?"

Bukan apa. Sejak pertandingan tahun lepas, mereka tidak dibenarkan menggunakan gelanggang. Namun tidak untuk waktu pendidikan jasmani. Hanya latihan ringan dan juga penggunaan gelanggang untuk permainan selain bola tampar daripada kelas lain.

"Entahlah hyung. Dah lama tak berlatih. Digging pun asyik tak okey je," balas Hueningkai.

"Haish, kau kan setter. Digging tu cuma untuk libero je." ujar Jungkook membuatkan Hueningkai menggaru kepalanya sembari terkekeh.

"Jom try berlatih dulu? Lagipun bola ada je cuma kempis sikit. Ni mesti budak senior yang main tak reti nak pam," ajak Taehyung.

Mereka semua mengangguk dan mula berdiri. Namun sebaik sahaja mereka berbalik, ada figura yang ditunggu mereka sedari tadi.

"Coach!"

Jurulatih Choi hanya tersenyum tipis dan mengajak mereka untuk mendekat. Namun, siapa tahu sebaliknya ada rasa sakit yang tersimpan seketika. Lagi-lagi dua ahli pemain telahpun mengetahui lebih awal mengenai apa yang mahu disampaikan pada petang itu.

****

Yoongi dan Namjoon menghela nafas berat sembari meneguk satu tin soda. Kedua-dua mereka berada di sebuah bangku di hadapan mart yang terletak 500 meter daripada sekolah mereka.

Mereka berdua larut dalam fikiran yang berlaku beberapa minit lalu.

Mengenai pasukan bola tampar akan dibubarkan. Mereka tidak sengaja terdengar perbualan Jurulatih Choi dan guru penyelaras kokurikulum mengenai pembubaran itu ketika membeli makanan di kantin. Kebetulan ketika itu kedua guru itu sedang berada di area kantin dan dapat didengar jelas setiap pembicaraan mengenai hal itu. Hal itu sukses membuatkan Namjoon dan Yoongi terkedu bukan main. Lagi-lagi apabila Jurulatih Choi melihat keberadaan mereka. Tanpa perlu dicegah, mereka beredar tanpa menghadiri pertemuan kerana tahu, isi di sebalik pertemuan itu nyatanya ada berita yang sangat buruk.

"Dieorang mesti tengah syok sekarang," kata Namjoon sebaik sahaja tin minumannya sudahpun habis.

"Lagi-lagi Jungkook. Aku boleh agak reaksi muka dia. Mesti dia tengah mengamuk sekarang," balas Yoongi, kemudian dia kembali meneguk air yang tersisa.

Namjoon terkekeh. "Tak ada yang lebih penting daripada bola tampar bagi seorang Jeon Jungkook,"

Yoongi tersenyum tipis. Dia kembali meneguk air sehingga sisanya habis. Dia kemudian menghulurkan tin itu kepada Namjoon.

"Apa?" tanya Namjoon hairan.

"Tolong buangkan. Hormat sikit orang lebih tua,"

Namjoon mendecih. "Salah guna kuasa hyung,"

"Kau pun apa kurangnya? Denda aku masa aku tidur dekat perhimpunan!"

"Yah! Itu memang salah!" Namjoon mendecak.

"Lagipun masa tu cikgu Sandara sendiri nampak hyung. So, tak boleh buat apa. Aku masa tu tengah jaga puak-puak junior."

"Yalah tu. Bagitahu je la yang kau memang tak suka aku."

"Eu, so cringe."

Yoongi tertawa. Bergurau bersama Namjoon kadang-kadang menyeronokkan juga. Andai sahaja kalau ada Hoseok di sini, pasti bertambah meriah dengan tawa khas yang lebih cringe dari Hoseok.

"Haih, tapi aku rasa motivasi aku hilang juga nanti."

"Kenapa hyung?" Namjoon mula mengambil huluran tin yang sedari diberi oleh Yoongi. Lagipun hal itu tidaklah susah sangat untuk dilakukan.

"Aku lebih suka sukan berbanding akademik. Tapi kalau nak pergi universiti pun kena tahu juga sikit hukum fizik,"

"Hum, tapi taklah juga. Itupun cuma untuk sekadar pengetahuan. Contohnya macam nak main bola keranjang, kena tahu jarak dan kedudukan yang tepat untuk jaringkan bola. Momentum bola pun kena tahu," balas Namjoon.

Antara mereka, Namjoon lah yang paling pintar dan sering mendapatkan tempat pertama dalam kelas dan juga tahun. Jadi tidak hairanlah jika rejaman Namjoon kebanyakan mengenai lantai gelanggang. Namun salah setter dan juga libero jua yang tidak menyambut dan menghantar bola dengan baik ketika itu.

Yoongi mengangguk. Selama dia menjadi libero, dia banyak mengambil dan menyelamatkan bola daripada terkeluar dan menyentuh lantai gelanggang. Namun apalah daya jika tamparan bola dari awal ianya sangat kuat? Pernah dia tersalah menyangka bahawa tamparan itu kuat padahal ianya adalah teknik 'mudah' untuk mengelabui matanya agar menyambutnya dengan digging yang kuat. Sehinggakan bolanya melantun keluar begitu sahaja.

"Dah la tu. Jom balik hyung," ujar Namjoon lalu bangkit menuju ke arah tong sampah berdekatan.

Yoongi hanya mengangguk. Dia merangkul tali begnya dengan erat dan berjalan sejajar dengan Namjoon.

Apa yang berlaku esok hari, dia harus pasrah. Rasanya tidak sanggup untuk dia melihat wajah sedih ahli-ahli lain untuk apa yang berlaku pada hari ini.

Yoongi akui, mereka kadang-kadang agak menyakitakan hati dan berlagak. Namun mereka tetap bersama berjuang dan berlatih untuk menyertai mana-mana pertandingan terutamanya Hybe Sports.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro